Está en la página 1de 1

Perpaduan kaum di Malaysia amat sukar direalisasikan dengan kata-kata kosong sahaja.

Ia memerlukan tindakan atau usaha semua pihak untuk mewujudkan satu negara yang bersatu padu dan maju dalam pelbagai aspek. Kita semua mewarisi kemakmuran negara ini daripada generasi sebelum kita. Kita pula akan mewariskan bumi tercinta ini kepada generasi yang seterusnya. Justeru itu, sebagai bakal warga pendidik, kita mestilah mempunyai minda yang kental dan inovati untuk mengukuhkan lagi integrasi dan perpaduan kaum. Bayangkan setiap orang guru menerapkan konsep perpaduan kaum kepada anak-anak murid masingmasing, Malaysia akan mencapai perpaduan kaum pada Wawasan 2020 nanti.

Apa boleh setiap kaum atau etnik menyumbang kepada negara? Kita tahu bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan sendiri. Tuhan mencipta manusia dengan jari tidak sama panjang, tetapi ianya begitu padan untuk membuat kerja. Begitu juga manusia dicipta dengan pelbagai kelebihan dan kelemahan, saling bergantungan untuk melaksanakan tugas yang mempunyai pengkhususan tersendiri. Bayangkan Malaysia pada masa depan (Contohnya) Orang Melayu memimpin kegemilangan politik Malaysia, Orang Cina memimpin kestabilan ekonomi Malaysia, Orang India memimpin kesinambungan profesional Malaysia, Bumiputera nagara memperkayakan keunikan sosial Malaysia.

Kombinasi ini hanya akan mencapai kerjayaan apabila setiap kaum tidak membelah bahagi antara satu sama lain, dengan hanya bertujuan untuk mencapai kecemerlangan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan unik. Sekiranya semangat perpaduan tidak dibina, suara ketidakpuasan daripada pihak-pihak tertentu akan timbul. Misalnya, , Saya orang Melayu juga mampu memperkayakan keunikan sosial tersendiri Saya orang cina juga boleh berpolitik, dan lain-lain. Sememangnya kita tidak boleh membuat pengkhususan tugas bagi golongan kaum yang difikir sesuai sahaja. Ia juga boleh dicampur aduk oleh golongan lain. Tetapi jika kita berfikiran luas bahawa Malaysia itu dikongsi bersama, kita tidak akan berpendapat sedemikian. Politik, Ekonomi, Profesionalisme, Kebudayaan dan Sosial negara milik setiap orang di Malaysia. Jika bergitu tidak kira siapa yang menjalankan tugas, asalkan kerja itu mencapai matlamatnya untuk membina sebuah negara yang maju.

También podría gustarte