Está en la página 1de 2

Pendahuluan

Dalam Naskah Mirat al-Thullab terdapat istilah nikah dan kahwin. Dalam al-Quran dan hadis terdapat istilah nikah dan tazwij, demikian pula dalam kitab -kitab fiqh. Dalam Undang-Undang no.1 tahun 1974 tentang Perkahwinan dan penjelasannya, Peraturan Pemerintah no. 9 tahun 1975 tentang Pelaksanaan undang-undang tersebut dan penjelasannya tidak terdapat istilah nikah, yang ada ialah istilah kahwin.

Pengertian Nikah dan Hukumnya

Arti nikah menurut bahasa Arab ialah bergabung dan berkumpul. Arti nikah menurut syarak ialah akad yang membolehkan seorang lelaki bergaul bebas dengan seorang perempuan tertentu dan pada waktu akad menggunakan lafaz nikah atau tazwij atau terjemahannya. Perkahwinan ialah ikatan lahir batin antara seorang lelaki dengan seorang wanita sebagai suami isteri dengan tujuan membina sebuah keluarga yang bahagia dan kekal berdasarkan Ketuhanan Yang Maha Esa. Menurut Mazhab Hanafi, makna nikah yang sebenarnya ialah wata (bersetubuh) sedangkan maknanya menurut kiasan ialah akad. Berdasarkan makna hakiki, apabila seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang wanita secara tidak sah (berzina) maka perbuataan yang demikian dapat disebut nikah juga. Menurut mazhab SyafiI, makna nikah yang sebenarnya ialah akad sedangkan maksud kiasan ialah wata. Jadi menurut dari Hanafi, hukumnya pun berbeza dan akan dijelaskan kemudian.

Hukum nikah bergantung pada keadaan seseorang. Untuk menentukan hukum nikah bagi seseorang, haruslah mampu melaksanakan kewajipannya sebagai suami ataupun sebagai isteri dan dapat memelihara diri sendiri. Dengan memperhatikan hal-hal yang tersebut, para ulama menyebut beberapa hukum nikah, iaitu: Wajib bagi seorang lelaki yang ingin sekali menggauli wanita dan mampu membiayai nafkah zahir dan batin. Sunat bagi seorang lelaki yang ingin menggauli wanita untuk memperoleh keturunan dan ingin memelihara diri dan mampu membiayai nafkah zahir dan batin. Mubah apabila seseorang yakin bahawa dia tidak akan jatuh ke dalam lembah perzinaan kalau ia tidak kahwin, seandainya ia kahwin, ia tidak akan mengabaikan kewajipannya sebagai suami atau isteri. Makruh bagi seorang lelaki apabila ia sudah berkahwin, telah menimbulkan pelbagai kemusykilan kepada isteri dan anaknya seperti tidak mementingkan hak isteri dan anaknya dengan sewajarnya kerana ia terlalu mementingkan keperluannya sendiri. Haram bagi seseorang lelaki yang tidak mampu membiayai nafkah rumah tangganya, tidak ada sumber pendapatan untuk membiayai diri dan keluarganya atau berat dugaan bahawa ia akan buat perkara zalim terhadap isterinya.

También podría gustarte