P. 1
Fonetik

Fonetik

|Views: 56|Likes:
Publicado porgodokboy
fonetik & Fonologi
fonetik & Fonologi

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: godokboy on May 20, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/08/2013

pdf

text

original

Sections

  • 1.0KANDUNGAN ISI
  • 1.1.1 Fonetik Artikulasi
  • 1.1.2 Fonetik Akustik
  • 1.1.3 Fonetik Auditori
  • 1.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi
  • 1.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu
  • 1.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu
  • 1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu
  • 2.0KANDUNGAN ISI
  • 2.1Definisi Artikulasi dan Artikulator
  • 2.2 Alat-Alat Artikulasi
  • 2.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal
  • 3.0KANDUNGAN ISI
  • 3.1Definisi Diftong dan Konsonan
  • 3.2Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
  • 3.3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
  • 4.0KANDUNGAN ISI
  • 4.1Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
  • 4.2Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
  • 4.3Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu
  • 5.0KANDUNGAN ISI
  • 5.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu
  • 5.2 Simbol Konsonan
  • 5.4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TAJUK 1

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: • • • Konsep fonetik dan fonologi Matlamat sebutan baku Pelaksanaan Sebutan baku

Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonemik. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita.
FONETIK FONOLOGI FONEMIK

Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Namun demikian, penumpuan bidang fonologi moden lebih menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya. 1

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi; 2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi; 3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu; 4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK

Fonetik dan Fonologi

Konsep fonetik dan fonologi serta perbezaannya

Matlamat sebutan baku bahasa Melayu

Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu

1.0

KANDUNGAN ISI

Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep fonetik dan fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu.

1.1 Definisi

Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? Fonologi (daripada Greek: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu 2

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan. Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή (phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”. Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang bermaksud “fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia”. 3

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Kenstowicz dan Kisserberth (1979) fonetik

ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics” yang bermaksud “pengkajian tentang bunyibunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”. Para pengkaji fonologi menggunakan istilah-istilah teknikal ketika

menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tanda baca. (Fonem ialah unit bunyi yang lebih besar daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa.) Lazimnya fonetik dikaji secara berasingan. Hal ini demikian kerana bidang fonetik amat rumit dan bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik 4

Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. fonetik akustik dan fonetik auditori. 1. 1. fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. bibir.3 Fonetik Auditori Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak.1. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.2 Fonetik Akustik Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. dan sebagainya. cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator). lelangit keras.1. anak tekak. Dua cabang lagi. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Selain itu. 5 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. frekuensi dan amplitud. seperti lidah. iaitu fonetik artikulasi. lelangit lembut. iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada.1 Fonetik Artikulasi Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagianbahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. 1.1.Dari ketiga-tiga cabang ini.

fonetik akustik. tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut: Fonetik Fenomena bunyi atau pertuturan manusia seluruhnya.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang fonetik artikulasi. Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia. 2.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu 6 . menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik. Fonetik pula bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. kemudian bentangkan di dalam kelas anda. 1. Fonologi Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Banding beza bahan tersebut. Asas kepada kajian fonologi.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1. Dapat merumuskan. Input kepada kajian linguistik tinggi. dan fonetik auditori. iaitu morfologi dan sintaksis. Aziz. (Siti Hajar Abd. 2008: 90) 1.

dengan asas yang padu dan kukuh ini. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah. bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Bahasa baku ialah bahasa standard. alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. morfologi. dan kosa kata. Namun sebagai bahasa yang hidup dan berkembang.1999). Penggiat bahasa risau. tatabahasa. Kini. mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya. Menurut Awang Sariyan (2004). ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. sintaksis dan semantik. sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan 7 . Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi. 2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem. pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”. Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. bahasa Melayu khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi.

supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa. Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: i. ahli. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut : 8 .ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa. ii. untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah 1. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K. dan laras bahasa.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu. iii. iv.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu Menurut Awang Sariyan (1988:6). sistem ejaan. dan tidak ada huruf yang senyap”.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi. Secara khusus. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah).

tertutup. Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. Contoh: Huruf Vokal a Fonem/ bunyi [a] Ejaan saya berapa apa Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’. Huruf dan fonem vokal ‘a’ Sebutan Baku Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan Huruf: Pada umumnya. Intonasi: Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan. di tengah atau di akhir kata. Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ]. Sebutan Kata: Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan. setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Contoh: 9 Sebutan [sa ya] [be ra pa] [a pa] .Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan.

KVK . Kata terbitan dengan imbuhan awalan Ejaan Pengajar Pengedar Terasa Berlari terangkat Sebutan baku [pe nga jar] [pe nge dar] [te ra sa] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan Johor-Riau [pe nga ja] [pe nge da] [te ra sé] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan baku [be tul] [la nun] [tu tup] Sebutan Johor-Riau [ be tol] [la non] [tu top) Kata terbitan bahasa Arab. KVK + KVK.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Ejaan Alih Mukim Hasil Sebutan baku [a lih] [mu kim] [ha sil] Sebutan Johor Riau [ a leh] [mu kem] [ha sil] Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’. Indonesia dan Inggeris 10 . Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o]. sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. Contohnya: Ejaan Betul Lanun tutup Penyebutan Kata Terbitan Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV . Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ]. KV + KV .

Ejaan Standard i) Bahasa Indonesia Sama bunyi Anda Merdeka Berbeza bunyi Bangsa ii) Bahasa Arab Sama bunyi Fatwa Takwa Beza bunyi Makna iii) Bahasa Inggeris [fra sa] Frasa drama [dra ma] [fra sa] [dra ma] [mak na] [mak né] [fat wa] [tak wa] [fat wa] [tak wa] [bang sa] [bang sé] [an da] [mer de ka] [an da] [mer de ka] Sebutan baku Sebutan Johor-Riau 1.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kata serapan Bahasa Arab . Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu 11 .

ketakutan dan ratusan sikap yang lain. kekecualian. Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza. iv. ii. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis. 3 dan 4. keakraban. sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan. seperti kegembiraan. Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat. penjual ubat atau sarjan tentera. ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. seperti khatib. vi. positif atau negatif dan seumpamanya. kebosanan. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. kemarahan. ayat tanya. Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran. v. Ada beberapa fungsi intonasi. ayat perintah. Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap. Antaranya: i. Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut. sama ada ayat penyata biasa. 12 . Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang. seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan. 2. iii. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1. kekejutan.

ze.wéi le.dé.ros gha.rul éh.na] [pyong.ngor da.lẼnd] [sun.yang] [niu zi.vi.ta] [jéms bÕnd] [nẼl.ham.mad hat.ros but.go.li] Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa.la] [lim kéng yék] [but.san] [bos.la.sen man.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan bagi Nama Khas Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya: Ejaan Muhammad Hatta James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali Sebutan [mu.gun] 13 . Contohnya: Ejaan Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon Sebutan [se.nia her.

mé.si peng.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan) Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara. Contohnya: Ejaan Felda UNESCO UMNO tadika ADUN Plus Sebutan [fél.gén.ti.nés.ver.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan 14 .nan mul.ra] [ra.gi me.lé.sia] [a.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti.no.pu.dia] atau [a.ti.lé.te.vi.mé.lé.da] atau (Federal Land Development Authority) (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) [yu.lo.sia] [u. Contohnya: Ejaan DBP TLDM JKKK Sebutan [di.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu.si.mi.la.ko] atau (United Nations Educational.gén.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [jé. Contohnya: Ejaan Bank Bumiputera Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia Sebutan [baângk bu. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.ti ték.ni.ké.di.si pe.ké. atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh.ngi. Öik. Scientific and Cultural Organization) [am.syen me.di.la.él.bi.no] atau (United Malays National Organization) (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) [ta.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a.dia] Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan.dio té. iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi.nan mul.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kampung) [ar. (1988).ti. Ilmu Fonetik dan Linguistik.o] atau (Palestinian Liberation Organization) (Pertubuhan Pembebasan Palestin) RTM PLO BACAAN TAMBAHAN Asmah Hj Omar.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. (1982). Petaling Jaya: Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing? 15 . Awang Sariyan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Sebutan Baku Bahasa Melayu. (1977). Agensi Penerbitan Nusantara.él. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal KERANGKA TAJUK-TAJUK ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR DEFINISI ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR ALAT-ALAT ARTIKULASI Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1 ALAT-ALAT ARTIKULASI VOKAL 16 . HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 2 SINOPSIS ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran.

Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.1 Definisi Artikulasi dan Artikulator Untuk pengetahuan anda. iaitu lidah. gusi. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas.2 Alat-Alat Artikulasi Tahulah anda bahawa. 17 .0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal. gigi. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 2. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan. menelan dan menghembus nafas. alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi?. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. 2. gusi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan seperti lidah. iaitu mengunyah makanan. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. manakala daerah artikulasi ialah gigi atas. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas. bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Oleh itu. 2. iaitu artikulator dan daerah artikulasi. artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. lelangit keras dan lelangit lembut. lelangit keras dan lelangit lembut.

lidah. i. Rongga mulut 15. Anak tekak 9. e. Epiglotis 11. dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin. Bibir atas 2. iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir. Gusi 6.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU lelangit. Lidah 10. Tenggorok Rajah 2. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah. Lelangit keras 7. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat. Lelangit lembut 8. o. anak tekak. Huruf-huruf tersebut ialah a. iaitu tinggi. Rongga tekak 13. Gigi atas 4. ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir.3 Alat-Alat Artikulasi Vokal Anda perlu mengetahui bahawa. Gigi bawah 5. 1998:16-17) Kedudukan Artikulator Daerah Artikulasi 1. Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Rongga hidung 14. dan u. Pita suara 12. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut. separuh tinggi. separuh 18 . Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku.2: Alat-Alat Artikulasi 2. Bibir bawah 3.

Keadaan Bibir semasa menghasilkan vokal hadapan. separuh sempit. o. tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut: Depan hampar Tinggi (sempit) i Separuh tinggi e (separuh sempit) Separuh rendah ε (separuh luas) Rendah (luas) a Tengah neutral Belakang bundar u  o  Rajah 2. Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis vokal yang dapat dihasilkan. Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal belakang. bibir bundar 19 . separuh luas dan luas.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU rendah dan rendah. iaitu sempit. iaitu neutral. ≅] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu. iaitu [i. hampar dan bundar.3: Bahagian Lidah Seterusnya. Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi vokal Bahasa Melayu. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian. e. keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian. u. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu. a. ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga. iaitu depan. seperti beg dan bos. Bunyi-bunyi [ε] dan [Ο] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. iaitu [ε] dan [Ο]. bibir terhampar.

______________________________ vii.4: Keadaan Bibir AKTIVITI Secara berpasangan._______________________________ iii.___________________________ xii.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 2.__________________________ viii. i._______________________________ vi. berdasarkan rajah di bawah.______________________________ v.__________________________ ix.___________________________ xi. labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa._______________________________ ii.___________________________ 20 .______________________________ iv.___________________________ x.

Ilmu Fonetik dan Linguistik.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia . Raja Mukhtaruddin Raja Dain. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan daerah artikulasi. Indirawati Zahid. TAJUK 3 ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR 21 . Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan. (1980). Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. (1982). Mardian Shah Omar (2006). Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator. Asas Fonetik.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan. Perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu.0 KANDUNGAN ISI 22 . HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu KERANGKA TAJUK-TAJUK DIFTONG DAN KONSONAN DEFINISI DAN JENIS DIFTONG SERTA KONSONAN ARTIKULASI DIFTONG ARTIKULASI KONSONAN Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3 3.

Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya.2006:44). 3. [ai] dalam [pandai] pandai.1 Definisi Diftong dan Konsonan Tahukah anda. mengenai (Abdullah Hassan.2 Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa. letusan. gigi-gusi. lelangit lembut. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong. 2006:42). seperti dua bibir.1997:63). menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah. lelangit keras. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #]. Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya. dan [au] dalam [pulau] pulau?.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. 3. 3. diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. sama ada letupan. [au] dan [oi].3 Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu 23 . hentian sebahagian atau hentian sekejapsekejap (Abdullah Hassan. geseran dan sebagainya. anak tekak dan lain-lain. serta titik artikulasi atau daerah sebutannya. iaitu [ai]. [# panau #] dan [# amboi #]. sengauan. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. jenis-jenis diftong dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu.

(ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan lidah contohnya.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Tahukah anda bahawa. geseran. lelangit lembut atau pita suara. [ai] dalam [pandai] pandai dan (iv) diftong sempit. [oi] dalam [sepoi] sepoi. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan. anda juga perlu mengetahui bahawa. Bunyi Letupan 24 . Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut: Rajah 3. iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang sempit pada kedudukan lidah contohnya. Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir. (iii) diftong menurun. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). sengauan. bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah?. dan [aυ] dalam [pulaυ] pulau. konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan. [ai] dalam [pandai] pandai. malaran dan getaran. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa. sisian. [ai] dalam [pantai]. iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya. letusan. iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya. lelangit keras.2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong Seterusnya.

Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian. Ini menghasilkan bunyi [l]. manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j]. Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi. dan [ϑ].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Fon [p] [b] [t] [d] [k] [g] [?] Awal Akhir [pulau] [atap] [bumi] [rəbab] [talam] [liat] [datu?] [kad] [kata] * [garau] [bεg] ** [ana?] *bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. 25 . iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č]. Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. [n]. geseran (frikatif) dan malaran. Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m]. [Ν]. **bunyi [?] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu.

Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. iaitu [r]. Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Untuk menghasilkan bunyi malaran. kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi Letusan [č] [cawan] [j] [jam] [caj] [mač] Bunyi Sengauan [m] [muda] [cium] [n] [niat] [jalan] [Ν] [ΝaΝa] [bujaΝ] [ ϑ] [ϑaϑi] * *Bunyi [ϑ] tidak dapat hadir pada akhir suku kata Bunyi Sisian [l] [lalu] [awal] 26 . dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal. dan [h]. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y]. [s]. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f]. [z]. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. [š]. [v].

(v) Geseran lelangit lembut tak bersuara dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara. [d]. [t]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara. (iii) Geseran gigi tak bersuara. [vərsi] ‘versi’. (iv) Geseran gigi bersuara. [g]. Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’. seperti bunyi [p].BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi Geseran [f] [faseh] [alaf] [v] [vεn] * [s] [sarat] [awas] [z] [zat] [lafaz] [š] [šarat] [skuaš] [h] [harta] [sah] Bunyi Getaran [r] [rasa] [siar] Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Contoh sebutan: [vΟkal] ‘vokal’. [m]. dan [h]. 27 . [r]. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. pita suara tidak digetarkan. dan [univərsiti] ‘universiti’. Cara mengeluarkan geseran bibir-gusi bersuara pula sama dengan cara mengeluarkan geseran [f]. [w]. dan [y]. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. seperti bunyi [b]. [k]. Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibirgigi tak bersuara. [n]. (ii) Geseran bibir-gusi bersuara. [l]. Perbezaannya ialah. [hafal] ‘hafal’. [s]. [f]. dan [ma ?af] ‘maaf’. bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar.

BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. 28 . dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir). Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44). Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. [iθnen] ‘Isnin’ (Ithnin). Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. dan [bale7] ‘baligh’. penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [ Ο7aΝ] dan [ba7aΝ] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r]. Contoh sebutan: [7aeb] ‘ghaib’. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim). [axbar] ‘akhbar’. Akhirnya. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. ketika mengeluarkan bunyi [ 7] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’. Perbezaannya ialah. dan [hadeθ] ‘hadis’ (hadith). Perbezaannya ialah. Udara dikeluarkan dari paruparu dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. [lo7at] ‘loghat’. Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. dan [axer] ‘akhir’. Contoh sebutan: [θalaθa] ‘Selasa’ (thalatha).

Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman yang telah anda pelajari. (Beri contoh daripada beberapa dialek yang berbeza. LATIHAN 1. Berikan juga sepuluh contoh perkataan yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah (vi) balai (vii) laut (viii) sepoi (ix) tekukur (x) sarat (ii) cabar (iii) masyhur (iv) dekad (v) pulau 2. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. BAHAN BACAAN 29 . berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU AKTIVITI Secara berkumpulan.

Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Marzukhi Nyak Abdullah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.Bhd. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu . Lutfi Abas. (1997). Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . TAJUK 4 HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU 30 . Mardian Shah Omar (2006). (1980). Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Indirawati Zahid. (1975). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1977). Asmah Hj Omar. (2006). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Abdullah Hassan. Abdullah Hassan. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. (1985). Raminah Sabran dan Rahim Syam. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu.

0 KANDUNGAN ISI JENIS-JENIS HURUF VOKAL. PINJAMAN. iaitu konsonan asal. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu. KONSONAN DAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU 4. gandingan dan rangkap.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal.1: Kerangka Tajuk 4 KONSONAN ASAL. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal. KONSONAN DAN DIFTONG BAHASA MELAYU Rajah 4. gandingan dan rangkap. konsonan dan diftong. KERANGKA TAJUK-TAJUK HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU DEFINISI HURUF VOKAL. pinjaman. GANDINGAN DAN RANGKAP BAHASA MELAYU 31 . HASIL PEMBELAJARAN (i) (ii) (iii) Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal. pinjaman.

Perbincangan juga turut ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya. Rajah 4. hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. i.2 di bawah menunjukkan huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu.1 Definisi Huruf Vokal. gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah. ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Huruf Vokal Fonem / Bunyi 32 Ejaan Sebutan . Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh Konsonan pula pengaruh lidah. iaitu konsonan asal. iaitu huruf a. pinjaman. Dengan perkataan lain. e taling dan o. Seperti yang telah dipelajari.2006:44). jenis-jenis huruf vokal. e pepet.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi. 1977:42). 4. bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.2 Jenis-Jenis Huruf Vokal. iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan. u. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. 4. diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal.

3 di bawah.da] [fa.pa?] [ni‫؟‬mat] [qa.jah] [zi..ga] [ka.ri] [ra.ri] [nya. Huruf Konsonan b c d f g gh h j k kh l m n ng ny p q r s sy t v w x y Fonem / Bunyi [b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) ‫؟‬ (4)[q] [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] [s] [sy] [t] [v] [w] [z] [y] 33 Ejaan bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat saham syirik tajam virus wajah xylem yuran Sebutan [bo.da] [sé.duk] Rajah 4.ga] [ja.la] [ca.lik] [bo.pat] [sa.kir] [ga.rik] [ta.la] [ka.lak] [bi.rat] [la.rus] [wa.mak] [se.zal] [har.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga.lai] [ma.ham] [syi.ran] .di] [khai.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU a e taling e pepet i o u [a] [é] [e] [i] [o] [u] ada semak selak bilik botol duduk [a.tol] [du.tat] [da.lem] [yu.kah] [nge.bus] [gha.par] [qa.jam] [vi. terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.la] [pa.dah] [naf.

Daripada segi cara sebutan. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.pin] Rajah 4.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong. gandingan dan rangkap.tai] [pu. Huruf Diftong ai au oi Fonem / Bunyi [ai] [au] [oi] Ejaan pantai pulau sepoi Sebutan [pan. iaitu ai. seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4. getaran. 34 . Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal. pinjaman.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu 4. konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh. 2006). sengauan dan separuh vokal. Pinjaman. Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut.poi] Rajah 4. sisian. geseran. Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. iaitu letupan. letusan.5 di bawah.3 Konsonan Asal. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU z [z] zapin [za. au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4.al.4 di bawah.lau] [se.

35 .BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Daerah Sebutan Lelangit Lembut Lelangit Keras Gusi-L Keras Cara Sebutan Pita Suara 6 ? h 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal t b b t b b b t b b b b b w p b Gusi 2 t d Bibir 3 4 5 k g č m f v r l y n j ϑ s z Š Ν x Rajah 4.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Selain itu. Sa’odah. digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya. ‘a (‘alam). Pada tempat lain. Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na. Ejaan nama seperti ‘Abdullah. ‘u (‘umur) digugurkan. digantikan dengan huruf k menjadi makna. huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. skuasy. Nor ‘Aini sudah ditiadakan. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab. huruf ‘i (‘ilmu).

2006:95-96). 36 . dh dan th. iaitu kh. (Abdullah Hassan. ch. terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan. dh menjadi d dan th menjadi s. AKTIVITI Secara berpasangan. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Seterusnya. konsonan gandingan dan rangkap sh diubah suai menjadi sy. bunyi sebutannya tetap sama. ny dan ng. Namun. sh. empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal. iaitu kh. walaupun huruf berubah. dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu. ng. gh. gh. Akan tetapi. iaitu ch menjadi c. dz. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan kepada lima. dz menjadi z. ny. teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Selain itu. tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang ditunjukkan. iaitu empat kekal. Sebenarnya jika anda peka. manakala satu berubah satu huruf.

Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU LATIHAN 1. Daerah Sebutan Lelangit Lembut 5 G č j ϑ Ν h Lelangit Keras Gusi KerasGusi-L Cara Sebutan Pita Suara 6 ? 1 Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian b b Bibir 2 t d 3 4 l 37 .

Nik Safiah Karim et. (1985). Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. (1997). Raminah Sabran dan Rahim Syam. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn. (2006).Bhd. Marzukhi Nyak Abdullah. (1980). Indirawati Zahid. Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. 38 . Lutfi Abas. (1975).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Separuh Vokal b w BAHAN BACAAN Abdullah Hassan. Mardian Shah Omar (2006). Tatabahasa Dewan. Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia .Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu.

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini. 2. Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal. Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah. anda seharusnya dapat: 1. Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 5 SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU SINOPSIS Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa Melayu. simbol konsonan rangkap dan simbol diftong. KERANGKA TAJUK-TAJUK Simbol Fonologi Vokal Konsonan Diftong 39 . simbol konsonan.

0 KANDUNGAN ISI Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang meliputi simbol vokal. Huruf a e (pepet) e taling i o u Simbol bunyi [a] [e] [ə] [i] [i] [u] Jadual 5. dan simbol diftong. Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. Untuk mencapai tujuan tersebut. 5. simbol konsonan rangkap.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. simbol konsonan. berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu 40 .

[Q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [š] [t] [v] [w] [z] [Y] [z] Jadual 5.3: Simbol Diftong Berdasarkan senarai dalam jadual 1.2: Simbol Konsonan Huruf Gabungan Vokal ai au oi Simbol bunyi [ai] [au] [oi] Jadual 5.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5. 41 . kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu. 2. dan 3.2 Simbol Konsonan Huruf b c d g h j k l m n p q r s t v w x y z Simbol bunyi [b] [č] [d] [g] [h] [j] [k]. [/].

4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap Konsonan Rangkap gh ny ng sy th dz akh Simbol bunyi [7] [ɲ] [ŋ] [∫] [θ] [ð] [x] Rajah 5.BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap 42 .

Ilmu Fonetik dan Linguistik. (1982).BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU BACAAN TAMBAHAN Radiah Yussoff dan Nor ‘Aini Ismail. Linguistik Pengenalan. Petaling Jaya: Secara individu. anda dikehendaki mencari sebuah petikan pendek yang panjangnya antara 30 perkataan hingga 50 patah perkataan. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. kemudian transkripsikan petikan tersebut dengan menggunakan simbol-simbol fonologi yang telah anda pelajari? 43 . 2005. Agensi Penerbitan Nusantara. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn Bhd.

You're Reading a Free Preview

Descarga
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->