Está en la página 1de 14

ALAT-ALAT ATRIKULASI

DAERAH ATRIKULASI

Merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Mempunyai tugas-tugas asas seperti mengunyah makanan,menelan dan menghembus nafas.

Tugas alat-alat ini saling bertindih termasuk tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
Alat-alat atrikulasi terbahagi kepada dua bahagian,iaitu Atrikulator Daerah atrikulasi

Atrikulator

Atrikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan.


Contohnya; lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah atrikulasi Daerah atrikulasi adalah bahagian alat pertuturan yang terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerakgerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Contohnya; gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut.

Rajah di bawah menunjukkn kedudukan alat-alat atrikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah), gigi (atas dan bawah), lelangit (keras dan lembut), anak tekak, lidah (hujung, hadapan, tengah, belakang dan akar), dan rongga hidung.

Keterangan rajah 1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 11. Tengah lidah 12. Belakang lidah 13. Akar lidah 14. Epiglatos 15. Pita suara

6. Lelangit keras
7. Lelangit lembut 8. Anak tekak

16. Rongga tekak


17. Rongga hidung 18. Rongga mulut

9. Hujung lidah
10.Hadapan lidah

19. Rahang
20. tenggorok

Petunjuk 1. Bibir 2. Hujung lidah 3. Daun lidah 4. Tengah lidah 5. Belakang lidah 6. Akar lidah 7. Anak tekak 8. Pita suara

Lidah

Lidah adalah organ yang paling aktif dan yang paling berfungsi dalam penghasilan bunyi.
Ia terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu: hujung lidah Permukaan lidah

Tengah lidah
Akar lidah Bahagian-bahagian ini boleh digerak-gerakkan sama ada diangkat, dinaikkan atau diturunkan untuk menyekat udara yang keluar melalui rongga mulut apabila mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

Fungsi bahagian-bahagian lidah ini ialah untuk mengeluarkan bunyi-bunyi vokal, sama ada vokal hadapan, tengah atau belakang. Bibir

Bibir adalah organ yang paling luar dari rongga mulut dan merupakan kumpulan otot yang kenyal dan boleh diubah bentuknya untuk menjadi bundar atau hampar. Fungsinya menyekat perjalanan udara dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.
Bibir akan menjadi hampar apabila membunyikan [l] dan bibir akan menjadi bundar ketika membunyikan [u]. Bibir atas dan bawah dirapatkan untuk menyekat udara apabila membunyikan [m]

Gigi Gigi tidak begitu aktif walaupun berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Fungsinya ialah menahan uadara daripada terus keluar dengan bebas dari rongga mulut.

Ia berperanan sebagai daerah penyebutan dalam penghasilan bunyi-bunyi [o], [y], [c],dan [d].
Gusi Gusi terletak di antara gigi dengan lelangit keras.Fungsinya sebagai daerah atrikulasi. Ia berperanan penting dalam pengeluaran bunyi seperti [t], dan [d] apabila lidah membuat penyebutannya dengannya.

Lelangit

Lelangit keras terletak di antara gusi di bahagian atas rongga mulut dengan lelangit lembut dan mengisi lebih kurang 2/3 daripada lelangit. Fungsinya sebagai daerah-daerah atrikulasi dalam penghasilan bunyi.
Lelangit lembut merupakan bahagian lelangit yang terbahagi dalam rongga mulut sebelum anak tekak. Ia boleh diturunkan atau dinaikkan untuk menyekat pengeluaran udara. Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau. Sebaliknya, jika lelangit dinaikkan, bunyi yang dihasilkan bukanlah sengau.

Anak tekak

Anak tekak terletak dibahagian belakang rongga mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut.
Fungsi anak tekak sebagai alat pertuturan ialah bersamasama dengan lelangit lembut untuk menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu sengau atau tidak.

Petunjuk 1. Gigi atas dan gigi bawah

2. Gusi
3. Lelangit keras

DI SEDIAKAN OLEH:
NADIA FARHANA BINTI ROSLIZA. NUR HIDAYAH BINTI ABDUL RAZAK. NUR EZZATI BINTI ZAILANI. RUSLINA BINTI NAJAHUDDIN.

También podría gustarte