Está en la página 1de 9

MPUS DATO RAZALI ISMAIL

PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL 1.0 PENDAHULUAN

Seni merupakan suatu bidang yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Tanpa seni, maka kehidupan manusia tidak mungkin akan berseri dan menyeronokkan. Menurut Dudi (2011), seni banyak membantu dalam pelbagai aspek kehidupan. Ia memberi info atau maklumat, mengembangkan minat dan memperluaskan pengalaman manusia. Kemahiran berfikir secara abstrak berseni akan banyak membantu dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas pada seni tarian atau visual sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain.

Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia. Justeru untuk memahami sesuatu masyarakat, harus difahami dahulu bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi sesuatu masyarakat. Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya. Ramai pendidik berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di sekolah. Ramai berpendapat seni mempunyai potensi untuk dikembangkan. Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang. Seni banyak membantu dari sudut kerjasama dan kasih sayang, merancang dan melaksanakan, meningkatkan kemahiran berfikir, berkebolehan dalam mengadaptasi diri dengan orang lain, mengembangkan bakat, berani mengambil risiko dan membuat keputusan, meningkatkan harga diri dan keyakinan diri dan sebagainya.

Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara abstrak dan kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni. Hidup pada hari ini terlalu banyak maklumat. Amat mustahil untuk memperolehi dan menyimpan semua info atau maklumat. Seni berbeza kerana ia bersifat abstrak. Dengan melihat karya seni sahaja kadang-kadang akan berasa tenang. Jelas sekali bahawa seni sebagai ekspresi diri. Proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh dilakukan dalam seni melalui pembentukan dasar kearah melahirkan masyarakat cinta akan kesenian bermula seawal pendidikan rendah lagi.

HALAMAN |1

MPUS DATO RAZALI ISMAIL

PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL 2.0 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual merupakan program pendidikan yang bersistem, terancang dan prestasinya boleh di ukur bagi memenuhi keperluan individu. Keperluan Individu dicapai melalui aktiviti seni yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai proses, teknik dan media serta pembentukan nilai dan juga moral.

Subjek ini dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara penerapan nilai-nilai murni yang merangsang kreativiti dan sebagainya. Selain itu aktiviti seni juga, para pelajar boleh mengalami aktiviti dan pengalaman tentang penggunaan media, alatan, proses dan teknik menghasilkan serta bermacam-macam lagi kaedah. Pendidikan seni visual merupakan suatu bidang ilmu yang mengandungi pembentukan kurikulum, objektif, methodologi dan sebagainya.

Konsep pendidikan seni visual ialah dapat memenuhi keperluan pembentukan sahsiah dengan cara melahirkan perasaan, perluahan emosi, pengzahiran idea dan memanifestasikan buah fikiran. Selain itu, bidang seni visual juga membenarkan pelajar mengalami aktiviti dan pengalaman kearah membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti, dan meningkatkan nilai estetika.

3.0

PRINSIP PENDIDIKAN SENI VISUAL

Prinsip utama pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual merangkumi empat prinsip utama yang dipentingkan iaitu : Pemerhatian secara aktif Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Apresiasi seni visual secara mudah Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

3.1

Pemerhatian secara aktif

Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus, dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembang deria penglihatan, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman

HALAMAN |2

MPUS DATO RAZALI ISMAIL

PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL tentang asas seni visual juga turut diperkembang melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi , dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.

3.2

Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembang aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang.

3.3

Apresiasi seni visual secara mudah

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.

3.4

Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan semua pelbagai situasi.

HALAMAN |3

MPUS DATO RAZALI ISMAIL

PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL 4.0 MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pendidikan Seni Visual digarapkan supaya memberikan peluang kepada murid menyemai minat, memperkembang jati diri, memberi kesedaran dan cakna terhadap unsur-unsur kesenian dan alam sekitar.

Kanak-kanak yang mendiami sistem persekolahan peringkat rendah pada umumnya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. PSV menjadi suatu wadah dalam meningkatkan lagi sifat di atas melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan merekabentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membuatkan mereka dapat meluahkan idea dan ekspresi diri. Ianya penting bagi membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. PSV di peringkat rendah ini juga menyarankan kepada guru untuk menjalankan konsep pengabungjalinan diantara PSV dan juga matapelajaran lain seperti sejarah, sains dan sebagainya. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.

Kanak-kanak yang lahir secara fitrahnya mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna.

4.1

Matlamat PSV Menurut KBSR

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

HALAMAN |4

MPUS DATO RAZALI ISMAIL

PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL 4.2 Matlamat PSV Menurut KSSR

Matlamat mata pelajaran Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

5.0

OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL

Objektif mata pelajaran ini adalah bertujuan untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbangkan ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Seni dalam penidikan ini juga mengintegrasikan tiga komponen yang mampu melengkapkan pembinaan otak kanan dan otak kiri. Ia bertitik tolak daripada pengintegrasian perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

5.1

Objektif PSV Menurut KBSR

Pendidikan Seni Visual KBSR secara umumnya berobjektif untuk melahirkan murid yang: Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan. Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin, disiplin dan bertanggungjawab. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan karya seni visual. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti yang berfaedah di masa lapang.

HALAMAN |5

MPUS DATO RAZALI ISMAIL

PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL 5.2 Objektif PSV Menurut KSSR

Menurut KSSR pula, Pendidikan Seni Visual KBSR secara umumnya berobjektif untuk melahirkan murid yang: Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan. Menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera. Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air. Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual. Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.

6.0

KESIMPULAN

Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual amat diperlukan untuk diaplikasikan kepada murid di sekolah. Menurut Elliot Eisner, seorang tokoh pendidikan dan beliau adalah seorang yang memperjuangkan pendidikan seni visual sebagai bentuk disiplin yang perlu ditekankan disekolah. Semasa beliau mengajar di Universiti Stanford dan beliau telah mencetuskan model DBAE sebagai kerangka kurikulum pendidikan seni. Beliau telah membentangkan rasional kepentingan pengajaran seni dikalangan pelajar : 1. Seni dapat menyempurnakan pelajar terhadap penumpuan dan pemerhatian dengan teliti terhadap sesuatu yang dilihat. 2. Seni dapat membangunkan pelbagai bentuk literasi yang memberikan asas kepada pelajar untuk akses makna " budaya". 3. Seni menyediakan kanak-kanak dengan peluang-peluang untuk menggunakan imaginasi mereka untuk mencipta penyelesaian pelbagai masalah, dan bergantung kepada pertimbangan mereka sendiri untuk menentukan apabila sesuatu masalah itu diselesaikan.

HALAMAN |6

MPUS DATO RAZALI ISMAIL

PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL Dalam jawapan kepada soalan yang ditimbulkan dalam artikelnya 1987 pada DBAE, "Adakah pendidikan seni sebagai hiasan di sekolah-sekolah?" Eisner maklum balas, Art is only ornamental if meaningful access to some of our most significant cultural achievements is a marginal educational aim. It is only ornamental if the kinds of mental skills fostered by work in the arts are tangential to the kinds of problems both children and adults encounter outside school. The arts represent a form of think-ing and a way of knowing. Their presence in our schools is as basic as anything could be.

HALAMAN |7

MPUS DATO RAZALI ISMAIL

PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL

BIBLIOGRAFI
Buku/Dokumen

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Diakses pada 23 Februari 2013 dari URL http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/seni/kbsr/

sp_pseni_kbsr.pdf Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Seni Visual KSSR. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Diakses pada 23 Februari 2013 dari URL http://www.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/14%20Dunia%20Kesenian

/04%20DSK-Seni%20Visual%20Tahun%201.pdf

Laman Web

Angel Simon. Konsep Pendidikan Seni Visual. Diakses pada 9 Mac 2013 dari URL http://blogsenivisual.blogspot.com/p/tokoh-seni-visual-di-malaysia.html Dudi. (20 Disember 2011). Pengalaman Pendidikan Seni Membantu Meningkat Kreativiti Dalam Kehidupan Sosial Masyarakat. Diakses pada 23 Februari 2013 dari URL http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-kreativitidalam-kehidupan-sosial-masyarakat/ Isza. (2010). Pendidikan Seni Visual - Kolaj. Diakses pada 23 Februari 2013 dari URL http://chekguisza.blogspot.com/2010/01 /pendidikan-seni-visual-kolaj.html Konsep Pendidikan Seni Visual. Diakses pada 9 Mac 2013 dari URL

http://oumnote.blogspot.com/2011/12/topik-1-budaya-dan-masyarakat.html Konsep Pendidikan Seni Visual. Diakses pada 9 Mac 2013 dari URL

http://zihanthesensei.blogspot.com/2010/08/psv-p1-konsep-pendidikan-senivisual.html Matlamat & Objektif Pendidikan Seni. Diakses pada 9 Februari 2013 dari URL http://psvisual.wordpress.com/2010/03/28 Shelly Esaak. (2010). Matlamat dan Objektif KBSR dan KSSR. Diakses pada 23 Februari 2013 dari URL http://arthistory.about.com /cs/reference/f/what_is_art.htm/matlamatobjektif/

HALAMAN |8

MPUS DATO RAZALI ISMAIL

PSV 3107 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL Akhbar

Hafizah Iszzahanid. (24 Ogos 2012). Pengertian Seni. Diakses pada 23 Februari 2013 dari URL http://www.bharian.com.my/bharian /articles/ PolemikseniIslam/Article/ Ummi Nadiah Rosli. (9 Disember 2009). Meniti Seni Kolaj. Diakses pada 1 Mac 2013 dari URL http://www.bernama.com.my /bernama/v3/bm/news_lite.php?id=461019 Zaman. (24 Ogos 2012). Seni Mampu Mencerna Jiwa Naluri Tawaduk. Diakses pada 2 Mac 2013 dari URL http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Senimampu

mencernajiwa_naluritawaduk/Article/artikel

HALAMAN |9

También podría gustarte