Está en la página 1de 4

Ucapan Perasmian Pengetua SMK Agama Baling Majlis Perasmian Minggu Teknik & Vokasional 14 April 2013

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih diucapkan kepada Pengacara Majlis Yang Berusaha PK Pentadbiran, Ustaz Abdul Somat Bin Md Don, Penaggung Kerja HEM Ustaz Mohd Shamsurry Bin Yahya, PK Koko En Ahmad Shukri Bin Ahmad, Kaunselor-kauselor Cemerlang, Guru-guru Kanan, Guru- guru Cemerlang, guru-guru dan seterusnya anak-anak kesayangan saya. Alhamdulillah, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat keizinan dan limpah kurniaNya, kita dapat berhimpun di dewan ini sempena Minggu Teknik & Vokasional 2013 buat pertama kalinya. Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru yang terlibat dan bertungkus lumus untuk menjayakan majlis ini. Saya tertarik dengan dua sistem baru pendidikan vokasional yang telah diperkenalkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini. Yang pertama, transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga. Dan yang kedua, pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu, melalui subjek Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada
1

tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada di tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat.

APABILA transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umum beranggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang akan memasuki kelas matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini. Sebagai mengakhiri kata-kata, dengan lafaz BISMILLAH saya dengan ini MERASMIKAN Majlis Teknik & Vokasional bagi Tahun 2013. Diharapkan semua warga dapat memperlihatkan satu usaha dan daya saing yang tinggi serta memberikan komitmen yang berterusan ke arah mencapai matlamat melalui pendekatan yang kreatif dan berinovatif.

Sekian, terima kasih.

Teks Ucapan Pengerusi Majlis Majlis Perasmian Minggu Teknik & Vokasional 14 April 2013

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi rabbil alamin, wabihi nastain ala umurid dunia waddin, wa ala alihi wasahbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahiwabaraktuh.. Pada hari ini akan berlangsung Majlis Pelancaran Minggu Teknik & Vokasional yang di anjurkan oleh Jabatan Teknik & Vokasional, SMK Agama Baling. Bagi meneruskan acara, dengan segala hormatnya di jemput Guru Kanan Teknik & Vokasional , En Ghazali Bin Ahmad bagi memberikan ucapan sempena pelancaran Minggu Teknik & Vokasional . Di persilakan

Terima kasih diucapkan kpd Guru Kanan Teknik & Vokasional , En Ghazali Bin Ahmad di atas ucapannya.

Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda, Tak lengkap malam tanpa purnama, Tak lengkap laut tanpa ombak badainya, Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..

Untuk itu, dengan segala hormat dan tunduk kasihnya, pihak majlis mempersilakan Pengetua SMK Agama Baling, Ustaz Mohammad Mokhtar Bin Md Isa untuk menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan pelancaran Minggu Guru Kanan Teknik & Vokasional . Dengan Segala hormatnya, dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada , Ustaz Mohammad Mokhtar Bin Md Isa atas ucapannya sebentar tadi.

(Persembahan Montaj) _________________________________________________________

Guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian, dengan berakhirnya persembahan montaj itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini. Apa yang baik datangnya dari Allah, apa yang buruk juga datangnya dari Allah tetapi di atas kelemahan dan kekhilafan saya. Sekian, terima kasih.

Tutup majlis.

También podría gustarte