Está en la página 1de 13

Lampiran A Bahagian Pendidikan Guru, KPM ( Lampiran kepada Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 20 Tahun 2012 )

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)


Garis Panduan Pelajaran Pelaksanaan SPLG@2012 Kementerian Malaysia

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

1.0 PENGENALAN 1.1 Bersesuaian dengan prinsip Perkembangan Profesional Berterusan (CPD), usaha lebih berkesan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu digembleng bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai kepada warga pendidik secara berterusan untuk membina diri menghadapi perubahan dalam pendidikan. Sehubungan itu, adalah wajar penyelarasan dan pelaksanaan LDP di semua peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dimantapkan melalui aplikasi SPLG. Aplikasi ini sebagai kayu pengukur menilai keberkesanan output dan outcomes pelaksanaan latihan.

2.0 TUJUAN

2.1 Tujuan garis panduan ini adalah untuk memaklumkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) di semua sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan bahagian-bahagian di KPM bagi menguruskan semua pentadbiran latihan dalam perkhidmatan.

3.0 LATAR BELAKANG

3.1 SPLG dibangunkan bagi mengurus, mentadbir dan merekod semua maklumat/data latihan yang dilaksanakan di peringkat pelaksana di samping merekod kursus-kursus, sesi pembelajaran dan pembelajaran kendiri yang dihadiri oleh guru-guru melalui modul Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan modul Book Review (BR).

3.2 SPLG merupakan satu aplikasi utama bagi mengumpul dan melaporkan maklumat/data latihan di Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.3 SPLG dibangunkan bagi mengatasi masalah pertindihan data latihan guru yang telah dilaporkan ke Bahagian Pendidikan Guru (BPG) oleh JPN, PPD dan sekolah seperti amalan biasa.

3.4 Dalam menguruskan latihan dalam perkhidmatan, SPLG ini dapat memenuhi keperluan BPG dari segi : 3.4.1 Pengurusan rekod latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan di peringkat penyedia latihan.

1
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

3.4.2

Menyediakan analisis latihan yang boleh dicapai oleh peringkat Pengurusan Tertinggi KPM, JPN dan PPD selari dengan kehendak Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 / 2005.

4.0 PUNCA KUASA

4.1 Mesyuarat yang telah dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi KPM pada 17 Januari 2010 telah membuat ketetapan bahawa fungsi utama BPG sekarang adalah melaksanakan latihan kepada guru dalam perkhidmatan dan pengambilan guru. Keputusan tersebut telah dipersetujui melalui satu mesyuarat bersama YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin. Oleh itu, satu memo daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 24 Februari 2010 memaklumkan mengenai keputusan YAB Menteri Pelajaran Malaysia. Hal ini, selari dengan Majlis Mesyuarat Profesional Khas KPM bertarikh 22 Ogos 2007 yang memutuskan BPG sebagai penyelaras pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) KPM.

4.2 Urus setia Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) telah mengambil maklum tentang pembangunan SPLG melalui memo KP.BPM(S) 1/07/011/01/Jilid 8 (14) bertarikh 22 April 2011 bahawa SPLG dibangunkan secara dalaman.

4.3 Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) BPG Bil.2/2011 pada 11 Julai 2011 telah memutuskan bahawa SPLG akan diwajibkan penggunaannya kepada semua guru di sekolah.

4.4 Penggunaan SPLG telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus KPM Bil. 2/2011 pada 01 Ogos 2011 untuk makluman dan persetujuan bagi mewajibkan penggunaannya kepada semua guru. Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus KPM Bil. 3/2011 pada 15 November 2011 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah memutuskan bahawa hanya satu sistem sahaja digunakan untuk pengurusan latihan guru iaitu Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) yang dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru.

2
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

4.5 Fungsi SPLG bertepatan dengan peranan BPG sebagai peneraju Latihan Bina Upaya KPM. Merujuk Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) Bil. 3/2011 pada 21 Disember 2011, ahli-ahli mesyuarat telah memutuskan dua perkara mengenai program latihan dalam perkhidmatan iaitu BPG mengkaji semula program latihan keguruan KPM dengan berfokuskan bina upaya warga pendidikan dan BPG sebagai peneraju utama program latihan KPM.

5.0 PELAKSANAAN

5.1 Peringkat Pelaksana 5.1.1 Bahagian KPM Peringkat KPM, seorang pegawai akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan memantau pelaksanaan SPLG di peringkat Bahagian masing-masing.

5.1.2

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Peringkat JPN, seorang pegawai akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan memantau pelaksanaan SPLG di peringkat JPN, PPD dan sekolah.

5.1.3

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Peringkat PPD, seorang pegawai akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan memantau pelaksanaan SPLG di peringkat PPD dan sekolah.

5.1.4

Sekolah Peringkat sekolah, Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (SULDP)

dipertanggungjawabkan mengurus dan menyelaras pelaksanaan SPLG.

5.1.5

Individu Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bertanggungjawab

memastikan rekod latihan dikemaskini dari semasa ke semasa.

3
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

5.2 Peranan Pelaksana

5.2.1

Penyelaras Latihan di Bahagian KPM Memastikan semua maklumat PPP dalam pangkalan data SPLG sentiasa dikemaskini. Mendaftar maklumat semua latihan yang akan dijalankan di peringkat Bahagian melalui Modul SULDP. Menawarkan latihan kepada semua PPP di Bahagian secara atas talian. Menganalisis keperluan latihan di Bahagian masing-masing melalui Modul TNA (Analisis Keperluan Kursus). Merangka dan merancang takwim latihan tahunan. Membuat analisis dan laporan latihan di Bahagian masing-masing.

5.2.2

Pegawai Latihan di JPN Memastikan semua maklumat PPP dari data EMIS ke dalam SPLG. Mendaftar maklumat semua latihan yang akan dijalankan di peringkat JPN melalui Modul SULDP. Melaksanakan taklimat / bengkel aplikasi SPLG kepada semua PPP JPN dan Penyelaras Latihan PPD Menawarkan latihan kepada semua PPP di JPN , PPD dan guru secara atas talian. Menyemak dan menyokong KKL dan BR yang didaftarkan menerusi modul individu secara atas talian. Memastikan semua PPP mengisi instrumen TNA melalui Modul Individu. Merangka dan merancang takwim latihan tahunan peringkat jabatan. Memantau pelaksanaan latihan peringkat PPD dan sekolah. Menganalisis keperluan kursus di JPN, PPD dan sekolah melalui Modul TNA Membuat analisis dan laporan latihan di Jabatan, PPD dan sekolah.

5.2.3

Penyelaras Latihan di PPD Memastikan semua maklumat PPP dalam data SPLG yang diperoleh dari data EMIS adalah betul. Menawar dan mendaftar semua latihan yang akan dijalankan di peringkat PPD dan sekolah secara atas talian melalui Modul SULDP. Melaksanakan taklimat/bengkel aplikasi SPLG kepada semua pegawai PPD dan SULDP sekolah.

4
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

Menyemak dan menyokong KKL dan BR yang didaftarkan oleh PPP di PPD menerusi Modul Individu secara atas talian. Menguruskan maklumat berkaitan latihan yang melibatkan PPP di PPD dan guru-guru di dalam daerah. Menyokong dan meluluskan permohonan latihan oleh pihak sekolah secara atas talian. Menganalisis keperluan latihan di PPD dan sekolah melalui Modul TNA Merangka dan merancang takwim latihan tahunan peringkat PPD. Memantau pelaksanaan latihan peringkat PPD dan sekolah. Membuat analisis dan laporan latihan di PPD dan sekolah.

5.2.4

Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan (SULDP) di sekolah Memastikan semua maklumat guru dalam SPLG yang diperoleh dari data EMIS adalah betul. Mendaftar maklumat semua latihan yang akan dijalankan di peringkat sekolah dalam SPLG melalui Modul SULDP. Melaksanakan taklimat/bengkel aplikasi SPLG kepada semua guru. Mencalonkan peserta bagi latihan yang ditawarkan di peringkat PPD. Mengurus, menyemak dan menyokong KKL dan BR yang didaftarkan oleh guru menerusi Modul Individu secara atas talian. Memastikan semua guru mengisi instrumen TNA melalui Modul Individu. Membuat analisis dan pelaporan latihan di sekolah.

5.2.5

Individu Mengisi instrumen TNA tahun. Mendaftar KKL dan BR melalui Modul Indivudi secara atas talian. Menyerahkan ulasan buku yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan kepada Pegawai Latihan/Penyelaras Latihan/SULDP. Mencetak Pelaporan Individu dan Sijil Kehadiran Latihan Dalam mengikut kategori masing-masing setiap awal

Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia secara digital dan mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan masing-masing untuk direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) pada berakhir tahun berkenaan.

5
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.0 CARTA ALIR PROSES SPLG

6.1 Modul SULDP 6.1.1 Daftar dan tawaran latihan secara berkumpulan di Bahagian KPM, JPN dan PPD

INDIVIDU ( PPP )

PEGAWAI/PENYELARAS LATIHAN

Login

Daftar Kursus Berkumpulan

Daftar peserta

Pelaporan Digital

Laksana kursus

Kemaskini kehadiran peserta

Analisis

6
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.1.2

Tawaran kursus oleh Bahagian/JPN/PPD dan permohonan kursus oleh individu di Bahagian/JPN/PPD

INDIVIDU (PPP)

SU LDP BAHAGIAN/JPN/PPD

Login

Mohon Kursus

Daftar Kursus Dalaman


Tidak

Pelaporan Digital

Terima permohonan kursus


Ya

Laksana kursus

Kemas kini kehadiran peserta

Analisis

7
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.1.3

Daftar Kursus Berkumpulan (Schoolbased) di sekolah dan pengesahan serta sokongan oleh PPD

INDIVIDU

SU LDP/PENGESAH

PPD/PENGESAH

JPN/PENGESAH

Login

Daftar Kursus Berkumpulan

Daftar peserta

Pengesahan

Pelaporan digital

Laksana kursus

Kemas kini kehadiran peserta

Analisis

Analisis

Analisis

8
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.1.4

Tawaran kursus oleh PPD dan pencalonan peserta dari sekolah

INDIVIDU

SU LDP/PENGESAH

PPD/PENGESAH

JPN/PENGESAH

Login

Calon peserta

Daftar Kursus

Daftar peserta

Sokongan pencalonan peserta Pelaporan digital Laksana kursus

Kemas kini kehadiran peserta

Analisis

Analisis

Analisis

9
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.1.5

Tawaran kursus oleh PPD dan permohonan kursus oleh individu di sekolah

INDIVIDU

SU LDP/PENGESAH

PPD/PENGESAH

JPN PENGESAH

Login

Mohon kursus

Daftar Kursus Terbuka


Tidak

Pelaporan digital

Terima permohonan kursus


Ya

Laksana kursus

Kemas kini kehadiran peserta

Analisis

Analisis

Analisis

10
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.2 Modul Individu 6.2.1 Daftar Book Review (BR) dan Kehadiran Kursus Luar (KKL)

INDIVIDU

SU LDP/PENGESAH

PPD/PENGESAH

JPN/PENGESAH

Login

Daftar BR Pengesah Daftar KKL

Pelaporan digital

Analisis

Analisis

Analisis

11
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012

Bahagian Pendidikan Guru, KPM

6.2.2

Instrumen TNA (Analisis Keperluan Kursus)

INDIVIDU

SU LDP/PENGESAH

PPD/PENGESAH

JPN/PENGESAH

Login

TNA Analisis Analisis Analisis

7.0 PENUTUP

7.1 Semua Bahagian/JPN/PPD/sekolah hendaklah menggunakan SPLG bagi mengurus dan merekod pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan pegawai, guru dan warga pendidik menerusi modul SULDP aplikasi SPLG.

7.2 Semua guru dan warga Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah mengisi kehadiran kursus luar (KKL), book review dan soal selidik Analisis Keperluan Kursus TNA menerusi modul individu aplikasi SPLG.

7.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG), sila hubungi : Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 2- 6, Blok E13, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, No. Tel: 03-8884 6000 (TALIAN UMUM) 03-8884 1052 / 1055 / 1069 / 1053 / 1066 / 1214 No.Fax: 03-8889 3570

12
Garis Panduan Pelaksanaan SPLG@2012

También podría gustarte