Está en la página 1de 6

STPM > Ekonomi Bahan Arkib 2004

Peranan Wang Dalam Ekonomi

Nota

ii. Sumber pinjaman terakhir


Bank Negara juga ada menyediakan kemudahan pinjaman terakhir
kepada bank perdagangan yang mengalami masalah kekurangan wang
tunai untuk memenuhi tuntutan pelanggan.

Bentuk pinjaman yang disediakan oleh Bank Negara adalah


mendiskaunkan semula bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan
dan pinjaman terus dengan cagaran. Pinjaman ini diberikan kepada bank
perdagangan supaya orang ramai dapat mengekalkan keyakinan terhadap
kekukuhan sistem kewangan dalam negara.

a. Mempengaruhi keadaan kredit negara selaras dengan


perkembangan ekonomi dan kepentingan negara menerusi
perlaksanaan dasar kewangan.
Bank Negara akan memastikan penciptaan kredit oleh bank perdagangan
adalah selaras dengan perkembangan ekonomi dan kepentingan negara.
Penciptaan kredit dapat dilakukan oleh bank perdagangan dengan
memberikan pinjaman kepada orang ramai. Penciptaan kredit yang
berlebihan akan menimbulkan masalah inflasi dan sebaliknya keadaan
kredit yang berkurangan akan menyebabkan kemelesetan ekonomi. Oleh
itu Bank Negara perlu mengawal perkembangan penciptaan kredit dengan
menggunakan dasar kewangan.

Peranan Wang Dalam Ekonomi

1 Pengenalan
. Pada minggu ini, kita akan membincangkan pula tajuk yang baru iaitu ‘Peranan
Wang Dalam Ekonomi.’ Sebagai permulaan, kita akan membincangkan
subtajuk ‘Wang’. Di dalam subtajuk ini, kita akan membincangkan beberapa
perkara, iaitu
a. Definisi wang
b. Ciri – ciri wang
c. Nilai wang dan kuasa beli wang
d. Kelemahan sistem barter
e. Fungsi wang
2 Definisi wang
. Wang boleh didefinisikan sebagai suatu barang yang diterima umum oleh
masyarakat sebagai alat perantaraan dalam kegiatan jual beli dan urusniaga
lain. Misalnya, wang kertas dan duit syiling telah diterima oleh masyarakat
Malaysia sebagai alat perantaraan dalam melakukan jual beli atau tukar
menukar.
3 Ciri-ciri wang
.
Suatu barang yang dipersetujui untuk digunakan sebagai wang haruslah

mempunyai ciri-ciri seperti berikut;


a. Nilainya stabil dari masa ke masa.
b. Mudah untuk dibawa, dipindahkan dan disimpan.
c. Tahan lama dan tidak ubah bentuk atau kualitinya dalam jangka masa
panjang.
d. Penawarannya terhad dan tidak mudah ditambah dalam jangka panjang.
e. Sukar ditiru.
f. Mudah dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil.
4 Nilai wang dan kuasa beli wang
. Nilai wang boleh didefinisikan sebagai keupayaan atau kuasa beli wang
tertentu untuk membeli barang dan perkhidmatan. Apabila seunit mata wang
dapat membeli lebih banyak barang dan perkhidmatan berbanding dengan
seunit mata wang yang lain, maka nilai mata wang tersebut adalah lebih tinggi
dari nilai mata wang yang lain. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa perubahan
tingkat harga akan mengubah nilai mata wang .
Nilai wang atau kuasa beli wang mempunyai hubungan songsang dengan
tingkat harga. Apabila tingkat harga umum meningkat, nilai wang akan turun.
Ini adalah kerana dengan sejumlah wang tertentu, jumlah barang dan
perkhidmatan yang dapat dibeli akan berkurangan apabila tingkat harga umum
meningkat dan sebaliknya.

Perubahan nilai wang dapat diukur dengan menggunakan indeks harga


pengguna seperti berikut,
5
. Kelemahan sistem barter
Sistem barter boleh didefinisikan sebagai suatu sistem ekonomi di mana jual
beli barang dilakukan secara pertukaran barang dengan barang. Wang tidak
digunakan sebagai alat perantaraan sebaliknya setiap individu saling bertukar
barang antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan masing-masing.
Namun begitu, sistem barter ini mempunyai beberapa kelemahan, antaranya:

a. Memerlukan penemuan dua kehendak serentak


Untuk menjalankan urusniaga secara sistem barter, ia memerlukan
penemuan dua pihak yang masing-masing mempunyai dua barang yang
saling inginkan barang tersebut. Misalnya, individu A inginkan barang
milik individu B dan individu B inginkan barang milik individu A.
Keperluan penemuan dua kehendak serentak ini adalah sukar kerana
kehendak individu adalah adalah berbeza dan berbagai. Oleh itu jika
kehendak kedua-dua individu adalah berbeza, maka sistem barter tidak
dapat dijalankan.
b. Masalah penentuan nilai pertukaran
Dalam sistem barter, pertukaran barang dengan barang adalah
mengikut nilai pertukaran yang telah dipersetujui antara kedua-dua
pihak. Misalnya, nilai seekor ayam sama dengan nilai lima ekor ikan
yang sederhana besarnya. Oleh kerana sesuatu barang juga boleh
ditukar dengan barang yang lain, maka nilai pertukaran lain pula harus
ditetapkan. Dengan ini tiada suatu penentuan nilai pertukaran yang
seragam terdapat dalam sistem barter.
c. Membatasi pilihan pembeli
Dalam sistem barter, pertukaran barang hanya berlaku antara dua
barang yang dimiliki oleh individu masing-masing. Oleh itu setiap
individu tiada pilihan barang yang lain yang boleh mereka perolehi untuk
memenuhi kehendak mereka. Untuk memperolehi barang lain, individu
perlu mencari individu lain yang mempunyai dua kehendak serentak.
d. Bayaran tertunda sukar dilakukan
Dalam urusniaga kredit yang menggunakan wang sebagai alat
pertukaran, sesuatu pembayaran akan dilakukan pada suatu tarikh
tertentu selepas penjualan barang. Dalam sistem barter, bayaran
tertunda ini sukar dilakukan kerana sifat barang itu sendiri yang tidak
tahan lama dan mudah rosak.
e. Kesukaran membahagi barang ke unit yang lebih kecil
Urusniaga yang dijalankan melalui sistem barter akan dilakukan
mengikut nilai pertukaran yang telah ditetapkan. Misalnya, lima unit
beras sama dengan satu unit kambing. Oleh itu pemilik kambing
terpaksa menukarkan kambingnya untuk mendapatkan lima unit beras
walaupun ia hanya memerlukan dua unit beras sahaja.
f. Kesukaran menyimpan kekayaan dengan barang
Untuk menyimpan kekayaan dalam bentuk barang memerlukan tempat
dan kos untuk menyimpannya. Ini akan membebankan pemilik barang
untuk menyediakannya. Selain dari itu barang yang akan disimpan ini
tidak tahan lama dan cepat rosak.

6 Fungsi wang
.
Dalam ekonomi moden, masyarakat menggunakan wang sebagai alat
pertukaran untuk memiliki sesuatu barang. Berikut adalah fungsi wang yang
digunakan dalam urusniaga, iaitu:

a. Alat perantaraan pertukaran


Dengan menggunakan wang, individu yang inginkan sesuatu barang
tidak lagi memerlukan dua kehendak serentak. Ia hanya perlu
membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang
berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk
mendapatkan barang yan diperlukannya.
b. Alat satuan nilai
Dengan menggunakan wang, individu akan menilai sesuatu barang
dalam unit wang iaitu ringgit dan sen. Misalnya, barang X bernilai RM10
dan barang Y bernilai RM50. Dengan ini pembeli boleh membandingkan
nilai suatu barang dengan barang yang lain dalam unit ukuran yang
sama.

Pembeli tidak perlu lagi mengingatkan nilai pertukaran yang pelbagai


untuk sesuatu barang yang diinginkan.

c. Menyelesaikan bayaran tertunda


Wang boleh digunakan dalam urusniaga kredit kerana nilainya yang
stabil. Dalam ekonomi yang stabil tanpa inflasi, peniaga sanggup
menjual barang secara kredit kerana nilai benar wang semasa
penerimaan adalah sama dengan nilai benar wang semasa penjualan
barang. Oleh itu masalah untuk memikirkan sesuatu barang yang
diperlukan untuk menyelesaikan bayaran tertunda dapat diatasi.
d. Alat penyimpan nilai
Wang boleh dijadikan sebagai alat penyimpanan nilai yang baik kerana
nilainya yang stabil dan sifatnya yang tahan lama. Dalam ekonomi yang
stabil, masyarakat cenderung menyimpan kekayaan dalam bentuk wang
di institusi kewangan untuk memenuhi perbelanjaan pada masa akan
datang. Dengan menyimpan kekayaan dalam bentuk wang, maka
penabung akan dibayar faedah atas tabungan yang mereka lakukan.

También podría gustarte