Está en la página 1de 9

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

KONSEP

TUJUAN

PENTAKSIRAN PSV

JENIS-JENIS

PEMILIHAN KRITERIA

ANALITIK

HOLISTIK

KANDUNGAN

PENGELOLAAN

PROSES PERBANDINGAN

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

1.0 Pentaksiran

1.1 Konsep pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu

episod dalam proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Menurut Kamus Dewan, pentaksiran adalah berasal daripada kata dasar taksir. Taksir membawa maksud kira ataupun menghitung. Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pemerolehan bukti melalui hasil soalan khusus seperti ujian dan tinjauan, dan digunakan untuk menentukan kesimpulan berdasarkan segala penemuan daripada kaedah tersebut,(Tabatha Rayment, 2006). Menurut beliau lagi, pentaksiran dalam konteks pendidikan merangkumi, Kaedah siasatan bagi menentukan tahap pembelajaran Kaedah untuk memperoleh dan mengumpul maklum balas penting Proses menilai pelajar dalam konteks pendidikan Proses mendokumenkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kepercayaan Pendekatan dan teknik pengajaran yang penting Proses yang sentiasa berkitar dan berterusan bagi menilai pengajaran dan pembelajaran Kaedah untuk menentukan hala tuju pengajaran dan pembelajaran Alat diagnostik dan penilaian

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

1.2 Tujuan pentaksiran Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

1.3 Jenis-jenis pentaksiran Terdapat dua jenis pentaksiran yang digunakan dalam Pendidikan Seni Visual (PSV). Pentaksiran tersebut adalah secara analitik dan holistik. 1.3.1 Kaedah Analitik Kaedah analitik dikenali juga sebagai kaedah markah point kerana kaedah ini memerlukan skema pemarkahan yang terperinci dan setiap unit jawapan diberi perhatian dan pemberatan. Pemarkahan analitik memberikan perhatian bukan sahaja kepada idea utama tetapi juga kepada kebersepaduan beberapa idea yang berkaitan. Kaedah analitik sering digunakan dalam peperiksaan awam, khasnya bagi soalan yang memerlukan jawapan yang terperinci, seragam, dan berstruktur. Skala pemarkahan yang digunakan ialah skala interval, di mana skema pemarkahan akan dihuraikan secara terperinci. Ia akan memudahkan pemeriksa untuk memberikan markah dengan tepat.

Kelebihan kaedah analitik Skema pemarkahan yang terperinci memudahkan pemberian markah dengan tepat terutama apabila terdapat lebih daripada seorang pemeriksa. Memberikan gambaran yang jelas tentang asas taburan markah, oleh sebab itu cara ini dapat menjelaskan mengapa pencapaian calon tinggi atau rendah. Pemarkahan lebih objektif Ketekalan dapat dikekalkan sekiranya pemeriksa menjalankan tugas dengan teliti.
3

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

Kelemahan kaedah analitik Masa yang agak lama diperlukan untuk memeriksa setiap skrip jawapan. Pemeriksaan dilakukan secara fakta dan tiada penekanan pada kemahiran penulisan. Pemeriksaan boleh bersifat negatif, iaitu markah yang diperuntukkan bagi sesuatu aspek ditolak apabila pelajar membuat kesilapan dalam aspek tersebut.

1.3.2 Kaedah Holistik Pemarkahan jawapan dengan kaedah holistik untuk menentukan pencapaian calon dalam ujian subjektif didasarkan pada andaian bahawa pelajar mempunyai pandangan keseluruhan tentang keseluruhan soalan. Kaedah ini menekankan aspek yang baik, bukan yang buruk, dalam sesuatu jawapan. Oleh itu, kaedah ini sesuai digunakan untuk memeriksa soalan yang menekankan pengkonsepsian yang menyeluruh. Dengan demikian penekanan holistik diberi berasaskan pandangan pemeriksa terhadap jawapan pelajar secara keseluruhan. Dalam pemarkahan kaedah holistik ini, ada dua jenis skala yang lazim digunakan, iaitu skala ordinal dan skala nominal. Proses pemarkahan secara holistik amat subjektif sifatnya. Oleh sebab itu pemarkahan cara ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman serta menguasai bidang berkenaan. Ciri keobjektifan pemarkahan secara holistik ini dapat ditingkatkan dengan mengadakan mesyuarat penyelarasan antara ketua pemeriksa dengan pemeriksa-pemeriksa. Pada mesyuarat itu pemeriksa akan diberi taklimat dan panduan tentang cara memeriksa skrip jawapan dan kemudian berlatih memeriksa beberapa contoh skrip jawapan. Dengan cara ini, perselisihan dalarn pemberian markah dan penentuan gred antara pemeriksa dapat dikurangkan.

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

Skala pemarkahan bagi kaedah holistik terbahagi kepada dua iaitu skala ordinal dan skala nominal.

Sekiranya pemarkahan secara holistik dibuat dengan menggunakan skala ordinal, pemeriksa perlu mengikuti langkah-langkah yang berikut : Memeriksa setiap skrip jawapan calon secara keseluruhan. Menyusun skrip-skrip jawapan calon mengikut prestasinya, iaitu prestasi terbaik diletakkan di atas dan prestasi terburuk diletakkan dibawah. Menentukan berapa peratus calon yang patut diberi gred A,B, C, D dan sebagainya. Memberikan gred kepada skrip jawapan mengikut kumpulan berdasarkan peratusan calon yang telah dipertimbangkan untuk setiap gred.

Bagi skala pemarkahan nominal pula adalah seperti berikut : Dalam pemarkahan yang menggunakan skala nominal, pemeriksa dikehendaki membaca skrip jawapan calon sekali lalu berdasarkan kriteria kandungan, pengolahan, dan proses untuk memperoleh gambaran setinggi mana tahap jawapan calon.

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

Pemeriksa kemudian dikehendaki menetapkan gred yang difikirkan sesuai diberikan kepada skrip pemarkahan yang disediakan. tersebut berdasarkan kriteria

Kelebihan kaedah holistik Memeriksa skrip jawapan tidak mengambil masa yang panjang. Dapat menilai jawapan secara keseluruhan dalam aspek penguasaan pengetahuan serta dapat menilai kemahiran yang lain terutamanya kemahiran aras tinggi seperti kebolehan mengolah idea dan membuat rumusan tentang sesuatu perkara atau keadaan. Penilaian jawapan dibuat oleh lebih daripada seorang pemeriksa atau pemarkahan dibandingkan antara pemeriksa dalam kumpulan. Mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada pelajar yang memberi jawapan secara kreatif dan inovatif.

Kelemahan kaedah holistik Terdapat kemungkinan perselisihan memberikan markah antara pemeriksa dan sukar diselaraskan. Pemarkahan kurang objektif. Pemeriksa mudah dipengaruhi oleh faktor lain yang tidak relevan seperti bentuk tulisan dan kekemasan skrip jawapan. Pemeriksaan hanya sesuai dijalankan oleh orang yang menguasai bidang berkenaan dan yang berpengalaman sahaja. Kesan halo dan kesan horn akan berlaku apabila pemeriksa dipengaruhi oleh pengetahuannya tentang latar belakang pelajar. Kesan halo merujuk kepada situasi pemeriksa memberikan markah tinggi untuk satu jawapan yang sederhana atau kurang baik kerana calon dikenalinya sebagai pelajar yang cergas. Sebaliknya kesan horn merujuk kepada keadaan satu jawapan baik diberi markah yang rendah kerana jawapan itu datangnya daripada calon yang dianggap kurang berkebolehan.

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

1.3.3 Perbandingan antara kaedah analitik dan kaedah holistik. Perkara Skema Pemarkahan Pemarkahan Analitik Pemarkahan Holistik

Kriteria pemeriksa

Unsur-unsur penting dalam jawapan Kegunaan

Sangat terperinci berdasarkan Sangat subjektif (Berdasarkan unsur-unsur yang terkandung di andaian bahawa pelajar dalam jawapan mempunyai pandangan menyeluruh ke atas keseluruhan soalan) Semua guru boleh menggunakan Hanya guru yang berpengalaman teknik ini termasuk yang kurang dan menguasai bidang pengalaman berkenaanmampu menggunakan teknik ini Kandungan, pengolahan dan Apa sahaja aspek baik yang proses terdapat di dalam jawapan Peperiksaan Awam (peperiksaan Soalan biasa) pengkonsepsian Skala Interval Skema pemarkahan dihuraikan secara terperinci (meningkatkan keobjektifan dan kebolehpercayaan) boleh disediakan secara bertulis Berstruktur iaitu setiap soalan diperuntukkan markah tertentu secara terperinci berbentuk

Skala Pemarkahan Penyelarasan pemarkahan

Skala Nominal dan skala Ordinal Mesyuarat penyelelarasan oleh ketua pemeriksa dan pemeriksa berkenaan diperlukan

Bentuk soalan

Sesuai untuk soalan karangan atau esei.

Bentuk jawapan

Perlu dijawab secara terperinci, Jawapan tidak semestinya seragam dan berstruktur seragam seperti skema yang disediakan dimana sesuatu esei memberikan pelbagai bentuk luahan pemahaman pelajar Secara pecahan eg. 7/10 A,B,C,D,E atau pangkat 1-5 (Cemerlang gagal) Bergantung kepada kemahiran pemeriksa tahap

Bentuk markah

Masa

Panjang

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

1.4 Pemilihan kriteria Terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat dalam pemilihan kriteria untuk seseorang guru melakukan pentaksiran terhadap murid. Antara perkara tersebut adalah dari segi kandungan, pengelolaan dan proses.

Kandungan Pengelolaan

Proses

Pemilihan Kriteria
Kriteria kandungan Mencakupi maklumat dan pengetahuan untuk mencapai objektif. Perkembangan dan olahan idea. Aspek dan kriteria yang diberi markah perlu dinyatakan.

Kriteria pengelolaan Pemilihan alat dah bahan yang digunakan hendaklah sesuai dengan tajuk dan tema yang diberi. Pemilihan teknik juga perlu sesuai dengan bahan dan alatan yang dipilih. Penggunaan/pengaplikasian alat dan bahan serta teknik yang telah dipilih.
8

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

Kriteria proses Tatacara, langkah dan proses menghasilkan sesuatu karya. Aspek-aspek yang dinilai dalam kriteria ini ialah: Kreativiti Ketepatan Kekemasan Keaslian Berikan contoh dalam proses dalam menghasilkan sesuatu karya.

1.4.1 Kebaikan pemilihan kriteria Guru boleh mengesan kelemahan pelajar. Memudahkan guru memberi penilaian. Kesalahan pelajar dapat dilihat dengan jelas. Guru hanya perlu memeriksa sekali sahaja.

También podría gustarte