KAEDAH

DAN

TEKNIK

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN

DALAM

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Pengenalan Gabbard, LeBlanc dan Lovy (1994) menyatakan bahawa kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran merujuk pada suatu proses mengatur lingkungan belajar dan merupakan gabungan beberapa pembolehubah. Pembolehubah yang penting dalam kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran adalah kaedah penyampaian bahan ajar, pola organisasi yang digunakan guru untuk menyampaikan materi, dan bentuk komunikasi yang dipergunakan. Secara terperinci, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran seperti yang dikemukakan di atas dapat diuraikan satu-persatu sebagai berikut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. mencapai objektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lainlain. Padanya, kaedah mengajar

bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk

Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus

berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum

mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kaedah mestilah secocok dengan tujuan dan matlamat pelajaran. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai. Kaedah juga haruslah sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran yang diajar. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:

1. Tujuan am (learning goal) 2. Objektif pelajar (specific objective) 3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran. 4. Perlu ada mekanisma untuk memantau kemajuan pelajar. 5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar.

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Umumnya ³Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran´. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan ³perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan´.

1.Kaedah Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah: saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas

itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan. Menurut kamus dewan (1994). Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan. 2. tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. pengetahuan manusia menerusi pengalaman. cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk . sikap. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam. membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Gagne (1970) dalam bukunya µThe Condition of Learning¶ mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan.Pembelajaran Masteri (Mastery Learning) Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Robert M. pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Menurut Mayer (1982). Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.

kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat. dan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir dikalangan pelajar. Peranan guru ialah untuk menenentukan pelajaran yang perlu dikuasai. Murid belajar mengikut kadarnya sendiri.memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama (Levine 1985:Bloom 1981). nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran. Berdasarkan pembelajaran masteri. Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain. 4. 2. 2. kemahiran yang diajar.2 Elemen-Elemen Penting Dalam Pembelajaran Masteri Terdapat empat elemen-elemen penting dalam pembelajaran masteri iaitu: 1. Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan bagaimana ianya akan dinilai. Antara aspek penting yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk pelajaran. Dalam proses pembelajaran masteri.1 Konsep Pembelajaran Masteri 1. 3. Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. 7. Semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya: ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya. 6. 2. 5. objektif yang hendak dicapai. 2. guru mesti memastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran. Di samping itu pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkat- .

Bentuk penilaian boleh juga disediakan sama ada secara lisan atau bertulis. ³Keller Plan´ iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya. iaitu: 1. iii. . Ini bermakna. Misalnya. 3. Audio-tutorial. iv. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan. v. antaranya: i. Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah pemulihan yang sesuai. 2. misalnya menggunakan lembaran kerja atau latihan. Modul dan pakej pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar.3 Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri dilaksanakan berdasarkan empat langkah. Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar mengikut kadar mereka sendiri . Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai terlaksana atau sebaliknya. dalam suatu mata pelajaran. guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame) (³Programmed Instruction´). Penentuan hasil pembelajaran. Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai. 4. pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1. ii. Pembelajaran berbantukan komputer. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran.peringkat.

Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru apabil mereka telah berjaya menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam topik yang sedang dipelajari. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan 4. 3. 3.4 Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri mempunyai ciri seperti berikut: 1. Walau bagaimanapun guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai 80%. Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar memahami dan mencapainya. Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan. kumpulan kecil. Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. kumpulan besar. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas. 5. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran.2. Ini akan memudahkan mereka menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan. Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek yang lebih kecil. 4. berpasangan atau secara individu. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran. 2. . Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesuatu tajuk atau topik. Pelaksanaan tindakan susulan. 2.

Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum balas secara tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran. Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid. Penilaian juga mestilah bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. 8. 6. situasi dan kejadian. kontekstual membawa pengertian: . Secara umum.Kaedah Pembelajaran Kontekstual APAKAH yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan kaedah kontekstual? Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih belum menguasai aras masteri yang telah ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai aras masteri. berkesan.Pemilihan dan penggunaan strategi. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid. menarik dan menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti pengayaan. kaedah dan teknik dalam suatu pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Konteks pula membawa maksud keadaan. 3. 7. pendekatan. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid.

Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak). seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. makna dan kepentingan (meaningful). Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). dalam makmal.Yang berkenaan. Terbentuk daripada pemahaman ini. Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi. kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri. sama ada dalam bilik darjah. namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori. mengikut konteks. Secara lazimnya. Menurut teori pembelajaran kontekstual. Oleh itu. pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah.Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran. dalam makmal komputer. Yang membawa maksud. . iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. ada hubungan atau kaitan langsung. releven.

pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu. atau di ladang tanaman.tampat atau lokasi kerja. Contohnya. Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran. ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. warga masyarakat dan pekerja. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pengajaran berasakan kajian masa depan mengandungi lima bahagian: Bahagian 1: mengandungi penerangan am daripada aspek objektif modul latihan. . fizikal. Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga. pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. 4. psikologikal. pengukuhan dan menghubungkaitkan. prinsip organisasi dan pengoperasian modul latihan. konsep utamanya ialah: berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa-masa depan. Bahagian 2: Mengandungi konsep belajar sendiri (apa? mengapa? bagaimana?) yang menerangkan konsep utama dan pemahaman pengajaran berasaskan kajian masa depan. Konsep dihayati melalui proses penemuan. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial. Dalam persekitaran sedemikian.

gambarajah. jarak. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan. pelan. radio. diameter. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan.ceramah. Cerita. lebar. berat Gambar. peta.benda maujud. ucapan. televesyen. Membina sikap dan nilai tentang masa depan. suhu.proses. Panjang. . rakaman. 4.pepenjuru. carta.slid. Bahagian 3: Cara menjalankan pengajaran berasaskan kajian masa depan (rangka perancangan) serta renungan dan penilaian kendiri. Bahan-bahan bertulis dan cetakan Tayangan vedio. laporan. Isipadu. graf. Mendengar Membaca Menonton syarahan.1 Senarai Aktiviti Inkuiri Penemuan : Aktiviti Bahan/keadaan Carta. dalam. filem. spesimen. tinggi. model Memerhati situasi. Mengukur Menyukat Menimbang Melukis dan melabel perimeter.

akibat.eksperemen.berbincang Memasang Idea. Membuat laporan Menemubual Membuat rujukan pemerhatian Tokoh. pameran.pertunjukan. pakar. hutan rimba. pekerja dan orang-orang lain. prinsip dan teori . Aktiviti pembelajaran Berkenaan idea. ekspo. tasik dan lainMembuat lawatan Merancang Membuat hipotesis lain. kejadian. keadaan. zoo. kawasan perusahaan. menjelaskan sifat dan Membuat eksperimen fakta.fenomena. taman tanaman. model Hasil kajian. peristiwa Alat. peristiwa Prosedur. proses. sebab. tokoh Ke tempat bersejarah. ladang. masalah. tempat rekreasi. sifat benda. pusat pelancongan. bersoal jawab. radas. pertunjukan. proses. spesimen. lawatan. situasi. Bahan bacaan. mencari bukti konsep. simulasi Mencerita Menghurai Menerang. masalah Untuk mengumpul data. pemerhatian Kesan.

teka-teki. contoh. situasi dan kejadian. aktiviti. Sifat. jigsaw dan lain-lain. prosedur. situasi. kepurusan. langkah. maklumat . mencari benda Permainan Melakon simulasi Memeta tersembunyi. Benda dalam kumpulan atau kategori Data. proses Benda yang mempunyai persamaan dan Mengelas Menjadual Menyenarai Menyusun Menganalisa/mentafsir perbezaan Aktiviti. Peristiwa. silang kata.Membuat kajian Mengumpul data dan maklumat Semua situasi Menggunakan berbagai-bagai cara Berdasarkan kepada konsep atau prinsip dengan menggunakan format seperti tanggaular. rumah dan lain- Membuat model Membanding lain. Objek. benda. Taburan dan lokasi Alatan. binaan bentuk bumi.

lawatan. untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan mereka dari aspek . Prinsip. kejadian. Kajian masa depan merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran boleh memberi kesan penting kepada guru dan murid yang bersedia menghadapi abad baru (penuh dengan cabaran dan dugaan). Bahagian 5: Berkonsepkan penambahan ilmu. Alfred Binet seorang psikologis dari Perancis telah berjaya membina satu ujian kecerdasan ± Skala 1905. Teori Kecerdasan Pelbagai Konsep dan Definisi Mengikut pandangan tradisi. situasi Berdasarkan ujikaji. kemungkinan Isu. kajian Keputusan. Mereka diharapkan dapat merancang masa depan dan ini akan mewujudkan masyarakat berwawasan yang lebih rasional. dinamik. teori Bahagian 4: Mengaplikasikan konsep berkongsi apa yang saya tahu yang merangkumi perincian dan nota guru.Membuat perkiraan Membuat ramalan telahan Menyelesaikan masalah Membuat kesimpulan Membuat generalisasi Berdasarkan data dan maklumat terkumpul Cuaca. hukum. Pada tahun 1904. peristiwa. Skala 1905. kecerdasan adalah ditakrifkan sebagai keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur. boleh menerima dan menangani perubahan. kreatif.

berjenaka dan bercerita. mental. dan jika dicungkil boleh digunakan untuk melakukan sesuatu. emosi dan jasmani. Mengikut sesetengah pendidik. rohani.keupayaan sentuh dan mereka bentuk sehingga keupayaan mentakrif konsep yang abstrak. berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan «´ (Falsafah Pendidikan Kebangsaan ) Kecerdasan-Kecerdasan Menurut Howard Gardner. tulisan kreatif. Pada tahun 1912. berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan scaffolding. Potensi Dan Kecerdasan Manusia Potensi ialah keupayaan dan kebolehan terpendam dalam individu. Menurut Vygotsky. Dikaitkan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia ± kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya. perbahasan. termasuk keupayaan mengadaptasi kehidupan dan belajar daripada pengalaman harian. William Stern telah memperkenalkan konsep darjah kecerdasan (IQ) dan berjaya membina rumus. menggunakan perbendaharaan kata. rohani. emosi dan sosial ³« memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Kecerdasan Linguistik Kecerdasan membaca. kecerdasan bukan serupa dengan umur. puisi. . tinggi atau berat (tidak boleh diukur secara langsung) tetapi sebagai kemahiran penyelesaian masalah. Ditinjau dari aspekaspek jasmani.

menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta mengamati dunia visual. Kecerdasan intrapersonal Kecerdasan berinteraksi secara dalaman untuk merangsang diri sendiri. gimnastik. kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. melukis. kecerdasan spritual Ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama. Kepentingan Mengetahui Kecerdasan Pelbagai 1. sukan. Kecerdasan tubuh kinestetik Kecerdasan gerak badan. mewarna. kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik. kawalan fizikal tubuh badan.kecerdasan logikal-matematikal Kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks. Kecerdasan visual-spatial Kecerdasan menepati ruang. kawalan anggota. membentuk corak. bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu. . permainan dan mereka cipta gaya menari. Menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid. Kecerdasan interpersonal Kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama. mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual Kecerdasan muzik Kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal.

6. masyarakat dan alam pekerjaan. Matlamat Membantu guru memahami. Mewujudkan kolaboratif disekolah. Mempelbagaikan penilaian. 2. Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah Kontekstual Definisi Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu. Meningkatkan harga diri. Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan murid 3. 3. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti mindson dan hands-on. kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. 7. Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. 5. Melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1.2. . Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Teori Kontekstual Mengikut teori pembelajaran kontekstual. Teori pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsur-unsur berikut: 1. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.Objektif Guru berupaya: 1. 4. 2. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Kepelbagaian persekitaran pembelajaran ‡ Bilik darjah ‡ Makmal ‡ Tempat kerja . 3. Konteks pembelajaran yang pelbagai ‡ Budaya ‡ Sosial ‡ Psikologi ‡ Fizikal 2. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Kemanusiaan.‡ Kehidupan harian 3.ia dapat diringkaskan menjadi ³REACT´ a) Relating (menghubungkait) Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Komunikasi. Kepelbagaian disiplin ilmu ‡ Matematik ‡ Sains ‡ Komunikasi ‡ Teknikal dan Vokasional ‡ Kemanusiaan Unsur-unsur tersebut menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Pendekatan konteksual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik. . Sains. Teknikal dan Vokasional. Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual Dalam proses pembelajaran secara kontekstual. pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut .

dan sebagainya. taakulan. Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan.Apabila kanak-kanak membesar. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan. peristiwa dan keadaan harian. Contoh murid dibawa melawat kawasan bersejarah dan diceritakan sumbangan tokoh-tokoh. Ini boleh dilakukan dengan teks. tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. merayakan hari kebudayaan.pembelajaran dalam konteks eksplorasi. b) Experiencing (mengalami) Pengalaman . video. Pengalaman ini boleh digunakan sebagai satu tauladan dan meningkatkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tokoh-tokoh dan tempat bersejarah. . penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. makmal dan amali. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajarpelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. c) Applying (Mengaplikasi) Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari. Kemudiannya. Dalam kursus pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video. atau aktiviti berasaskan teks. adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah.naratif.

kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Penyelesaian untuk meyiapkan tugasan tersebut memerlukan delegasi. cadangan dan perbincangan. bertindak balas. senyum dan sebagainya. e) Transferring (Memindahkan): Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada. pemerhatian. Secara tradisinya. Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan sewaktu melakukan aktiviti berkumpulan di dalam kelas. dan komunikasi dengan pelajar lain . apabila murid mempelajari teori dan konsep menghormati orang yang lebih tua. kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu kumpulan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. atuk. seterusnya dengan ilmu yang diperolehi tersebut. . murid dapat mempraktikkan ilmu tersebut apabila bertemu dengan orang yang lebih tua dengan cara memberi salam. nenek dan sebagainya. Lazimnya. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian. d) Cooperating (Bekerjasama): Pembelajaran dalam konteks berkongsi. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu dengan orang yang lebih tua seperti guru.Contohnya. Contoh murid mempelajari cara menghormati orang tua di sekolah.merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam pembelajaran konteksual. atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual.

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konteksual Perlaksanaan ini memerlukan: Motivasi Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio Kesimpulan . Contohnya sebelum cikgu mengajar tajuk keluarga kembangan. Penilaian Boleh dilakukan dengan cara lisan. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. pemerhatian. guru boleh menyuruh murid melakonkan watak dalam suatu ahli keluarga tersebut dan ini akan membuat murid tertarik dan bermotivasi serta bersedia dengan apa yang akan di ajar oleh guru selepas aktiviti tersebut. Kemahiran Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian. perubahan sikap dan bertulis. cenderung kepada aplikasi konsep.Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Konteksual Terdiri dari kumpulan yang sederhana. perbincangan kumpulan dan membuat kajian. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz. Pemahaman Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. dan terdorong melakukan aktiviti hands-on.

· Fasa Keempat . budaya. · Fasa Kedua Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal. ³Pendidik yang cekap harus melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial.Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. berkesan dan menyeronokkan. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar. · Fasa Ketiga Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran. tempat kerja atau kehidupan harian.´ Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme iaitu : · Fasa Pertama Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik. makmal. seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid. Murid juga harus mengambil bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti P&P. fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Konstruktivisme Definisi dan Konsep Menurut pendapat John Dewey (1910).

y Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesional. murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme ‡ Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru menyokong pembelajaran secara koperatif ‡ ‡ ‡ Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oelh murid Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar ‡ Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme y y y Guru merasa mereka tidak mengajar. Implikasi Konstruktivisme . Dalam proses ini. Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik.Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara asimilasi dan akomodasi. Kawalan kelas agak merosot. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

4) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian-kajian daripada bidang-bidang yang berkaitan dengan ilmu pendidikan. Dalam pengajaran Sivik dan Kewarganegaraan. Jika demikian halnya. Ia bukanlah seharusnya lahir daripada gerak hati atau institusi guru itu sahaja. sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajarannya. Teknik pengajaran Sivik dan Kewarganegaraan mempunyai beberapa objekif. 2) Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. seperti bidang psikologi. Di antaranya ialah : a) Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara ang yang boleh menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka. teknologi pengajaran dan sebagainya. TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. sosiologi. tentulah teknik pengajaran yang digunakan oleh guru itu kurang berkesan. 3) Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. atau terbaik untuk semua situasi pengajaran.1) Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Teknik yang digunakan harus bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta pengajaran yang hendak disampaikan. guru harus boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan. Semasa menyampaikan pengajaran sivik dalam kelas. .

Teknik Bercerita. latih tubi. Berikut adalah di antara teknik-teknik mengaar yang biasa digunakan. sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan adalahlebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama. Cara-cara atau peralatan itu meliputi pelbagai jenis cara bermain (permainan). objektif pengajaran yang sebenar hendak disampaikan ketika itu menjadi menjadi kabur. . Oleh yang demikian. amat gemar mendengar cerita.b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan berkesan. malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. perbincangan. Janganlah disebabkan terlalu seronok bercerita. Teknik mengajar yang dimaksudkan di sini ditakrifkan sebagai cara atau alat yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian disamping menjadikan pelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. pasti proses pembelajaran akan lebih berkesan. lawatan boleh digunakan sebagai teknik mengajar. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada murid-murid mereka. tunjuk ajar dan menghafaz. jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. Walaubagaimanapun guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berbeza. televisyen. bersyarah. berlakon. radio. khususnya di sekolah-sekolah rendah. Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru. Caracara lain seperti menggunakan filem 16 mm. simulasi. video. Murid-murid. tetapi apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat segera difahami dan kadang kala dapat pula sekaligus memahami maksud cerita itu tadi. Walaupun mereka masih kecil. bercerita. buku teks. penyelesaian masalah.

e) Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu. atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek nilai yang hendak disampaikan itu. g) Sediakan kad-kad perkataan. dan tidak mengambil bahagian yang cergas. Kemudian sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Interksi satu hala seperti yang biasnya berlaku. d) Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum mencuba teknik ini. Penekanan harus dilakukan kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita Langkah-langkah yang harus diambil oleh guru dalam persediaan teknik bercerita adalah seperti berikut: a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur. atau lain-lain alat bantu mengajar. objek-objek sebenar. . kecerdasan dan minat murid-murid. Teknik Bersyarah. frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain berkaitan dengan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan untuk pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya. tidak banyak dapat melibatkan aktiviti murid. c) Hafazkan frasa-frasa. Teknik ini sebenarnya banyak menerima tentangan kerana dikatakan murid-murid selalunya pasif. f) Guru boleh menggunakan gambar.Cara perlaksanaan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan pengajaran cerita. tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Teknik bersyarah sering juga diertikan sebagai teknik kuliah dan ia melibatkan pengajaran fakta-fakta atau prinsip-prinsip oleh guru secara lisan. b) Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut.

Selain daropada itu guru harus banyak menggunakan rangsangan seperti peta. Setelah mengkaji maklumat-maklumat mengenai mengenai muid. Teknik ini tidaklah semestinya digunakan untuk keseluruhan waktu mengajar dan ia boleh disingkatkan. papan tulis dan sebagainya.Bersyarah bukanlah bermakna membaca sahaja daripada sesuatu teks. kerana segala idea dan pengalaman guru dapat dikmukakan sekaligus. bahan pengajaran sebenat. Di sudut lain. tetapi guru mestilah menerangkan. . pekara-perkara asas yang menjadi isi bagi bahan yang dikuliahkan. Ini akan dapat memudahkan muridmurid memhami prinsip dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya. Teknik bersyarah ini mempunyai beberapa kelebihan. Disamping perancangan ini.Pastikan sama ada mereka telah boleh memahami konsep-konsep. guru harus merancang dan menyusun kuliahnya dengan rapi. Rangka kuliah seperti ini menjadi panduan kepada muridmurid. Dengan itu masa tidak terbuang sebagaimana yang berlaku apaila murid-murid itu dibiarkan belajar sendiri atau berbincang. Guru harus terlebih dahulu menyelidik dan meninjau setakat manakah kebolehan murid-murid mereka unttuk mengikuti syarahan yang disampaikan. Waktu yang terlalu panjang untuk satu-satu syarahan itu hanya akan membosankan dan murid tidak berupaya memberikan tumpuan kepada pengajaran sepenuhnya. guru harus juga menyediakan rangka kuliah. Walaubagaimanapun. Teknik ini tidak sesuai digunakan untuk murid-murid sekolah rendah kerana masa penumpuan perhatian mereka singkat . kejayaan teknik ini sebagai salah satu cara mengajar bergantung kepada kebolehan guru yang menyampaikan syarahan tersebut. dicetak dan diedarkan kepada kelas. Waktu-waktu yang selebihnya boleh dijalankan perbincangan. Guru-guru yang tidak mahir menggunakannya akan hanya menambahkan kesusahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat menjimatkan masa. memberikan intepretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu. kelebihan-kelebihan yang ada pada teknik boleh menjadi lemah jika ia disalahgunakan.

Teknik Berbincang. menghuraikan idea-idea dan sebagainya. guru harus menerangkan. membuat interpretasi. atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik.Berikut diperlihatkan beberapa langkah untuk mempertingkatkan mutu teknik bersyarah: a) Sediakan nota-nota yang mencukupi. b) Mulakan syarahan dengan mengulang secara ringkas perkara-perkara yang telah dikaji terdahulu daripada itu. Masalah-masalah itu boleh dituliskan di papan tulis. c) Syarahan boleh dimulakan dengan menimbulkan atau mengemukakan satu atau beberapa masalah. sambil guru memandu dan mengarahkan pandangan ±pandangan mereka ke suatu prinsip yang menyeluruh. Sewaktu perbincangan dijalankan. murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan. Melalui teknik mengajar ini. murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan dan diri dan sosial mereka dengan baik. Kaitkan isi pelajara dengan masalah-masalah ini. g) Hidupkan syarahan dengan menyemai minat dan semangat untuk pelajaran tersebut. e) Syarahan tersebut harus disampaikan dalam bentuk peraturan biasa. d) Kandungan syarahan hendaklah terdiri daripada perkara-perkara yang penting sahaja. Jangan baca sahaja. h) Soalan-soalan boleh digunakan untuk mendorong pemikiran murid-murid. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas. f) Tunjukkan rasa yakin semasa menyampaikan syarahan. mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama . i) Guru harus membuat kesimpulan di akhir syarahannya. Perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan dalam kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Ini boleh dilakukan dengan cara mengulang-ulangkan perkara-perkara yang penting.

penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Mereka kelihatan cergas. Dengan cara ini. d) Ketika perbincangan. berani dan tegas. c) Bahan-bahan juga harus terdiri daripada isu-isu terbaru dan ia mungkin dapat mengekalkan minat ketika perbincangan dijalankan. Ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian oleh guru sewaktu menjalankan aktiviti perbincangan: a) Guru harus memilih tajuk yang berkaitan dengan pengalaman dan latar belakang murid-murid. d) Bahan-bahan harus mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Selepas itu guru bolehlah meneruskan dengan aktiivitiaktiviti seperti penulisan. b) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dicapai. menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke jalan yang betul¶ e) Setelah tamat perbincangan. c) Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan mereka. b) Bahan-bahan yang dipilih haruslah menarik minat dan dianggap penting oleh murid.bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain. guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis mengikut manamana yang penting. . Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut: a) Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan . Ia juga harus mengambil kira kebolehan dan kecerdasan mereka.

Perbincangan harus menumpukan kepada kekuatan dan kelemahan peranan terutama dari segi perkara yang dituturkannya an mnilai sama ada main peranan itu telah dapat menyelesaikan masalah asal. c) Sewaktu main pernan itu dijalankan. b) Sebelum peranan-peranan itu dilakonkan. Pemain-pemain peranan harus tidak terkeluar daripada peranan mereka. Tentukan peranan-peranan yang diperlukan. terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasi dan masalahnya. Main peranan kadangkala disebut sebagai µambil peranan¶ atau µsosiodrama¶yang mementingkan interaksi iindividu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Teknik ini menekankan perkara-perkara berikut : a) Main peranan tersebut hendaklah dirancangkan oleh guru dengan teliti. Selepas itu diminta mereka melakonkannya.Teknik Main Peranan. Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Main peranan adalah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. murid-murid lain diminta memerhati. pelakon-pelakon yang sesuai. alat kelengkapan yang diperlukan dan sebagainya. televisyen. . Apabila sampai pada penghujung masa yan sesuai. atau memperlihatkannya melalui filem. Main peranan boleh dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar. Biasanya. Melalui teknik ini murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. d) Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid. guru harus menamatkannya. Masalah itu dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya. main peranan melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. mendengar rakaman dan sebagainya.

Soalan-soalan itu tidak seharusnya menimbulkan jawapan-jawapan yang bertentangan dan tidak pula mengelirukan murid-murid. guru harus berhenti sekejap dan memerhatikan seluruh kelas. dan ditujukan khusus kepada orang tertentu dalam kelas. Teknik soal jawab mementingkan perkara-perkara berikut : a) Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah jelas dan keruan. tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan. Biasanya memang ada isyarat-isyarat bukan lisan yang dapat menyatakan sama ada seseorang murid itu sudah bersedia untuk menjawab. Soalan itu harus disebut dengan cara yang tenang. Guru patutlah membentu murid-murid untuk mengeluarkan jawapan yang betul. Ia tidak dikaburkan dengan hentian-hentian yang tidak diperlukan.Teknik Bersoal Jawab. b) Hentian dan cepat-lambat dalam penyoalan harus diberi perhatian. c) Soala-soalan yang dikemukakan haruslah tersebar dengan baik. kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan. Di samping itu ia menjadi teras kepada pembinaan konsep-konsep. Sebaik-baik sahaja menyoal. . Mengangkat tangan itu menyatakan secara formal bahawa seseorang itu telah ada jawapannya tetapi sebelum ini ada-ada tanda lain yang harus diperhatikan. Galakkan mereka berfikir dan mencuba menjawab soalan-soalan tersebut secara mendalam dan berkesan. Guru harus mengurangkan kecenderungannya untuk mengarahkan soalan-soalan kepada murid-murid tertentu d) Soalan-soalan yang dikemukan itu juga haruslah bersifat mencungkil. penglibatan dan percaya diri dalam kalangan murid-murid. e) Soalan-soalan yang baik biasanya tidak mengandungi terlalu banyak maklumat. ringkas dan tepat. Soalan-soalan ini mungkin akan mengelirukan. Teknik ini adalah satu cara penyampaian pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan guru-guru di sekolah. Pemilihan guru-guru ke atas teknik ini bukanlah kerana ia mudah dilaksanakan.

Model umum proses pengajaran yang melibatkan empat komponen ini adalah sebagaimana yang dicadangkan oleh Glaser (1968) adalah seperti rajah di bawah Proses pengajaran berasaskan Model Glaser Model Robert Glaser Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran.Objektif pengajaran 2.Proses penilaian. kaedah mengajar dan penilaian. sesuatu proses pengajaran mempunyai empat komponen asas iaitu: 1. objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan . Pada setiap komponen.Pengetahuan sedia ada. Beliau juga menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.KOMPONEN UTAMA PENGAJARAN Komponen utama pengajaran berasaskan model Glaser Secara umum. guru memberikan maklum balas untuk membantu dan membimbing pelajar untuk mempelajari sesuatu konsep. Menurut beliau.Kaedah pengajaran 4. pengetahuan sedia ada pelajar. 3.

demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kemudian. berasaskan kepada matlamat tertentu(objektif).agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya. pelaksanaan. penilaian dan maklum balas. Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pengajaran Sim Selain membahagikan sesuatu pengajaran kepada empat komponen asas di atas. Interaksi antara kelima-lima komponen dalam sesuatu proses pengajaran ini adalah sebagaimana ditunjukkan dalam rajah dibawah. penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan. kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar. Model Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan. Seterusnya. Model pengajaran Sim .pengetahuan sedia ada pelajar. terdapat juga kecenderungan melihat proses pengajaran sebagai interaksi antara sumber pengajaran (persekitaran dan isi pelajaran) dengan manusia (guru dan pelajar). Kesimpulannya.

Model ini adalah berguna untuk tujuan mengembangkan idea pelajar terhadap sesuatu topik pelajaran yang telah sedia diketahui dengan lebih lanjut. Ciri utama model ini adalah fasa cabaran iaitu semasa pandangan beberapa tokoh seperti tokoh kemerdekaan yang menerangkan tentang erti kemerdekaan sebenar. Model ini sengaja mengenakan cabaran minda ke atas konsep awal pelajar yang berbeza daripada idea asal mereka supaya pelajar dapat mengubahsuai apa yang telah diketahuinya. objektif pengetahuan yang ingin dicapai adalah pada asasnya menumpu. Komponen/fasa Persediaan Aktiviti guru Meninjau pendangan Aktiviti pelajar pelajar secara informal Mencetuskan pandangan tokoh Mengenalpasti pandangan lama dan sebabnya satu pandangan lama ditolak. Model pengajaran interaktif melibatkan empat komponen/fasa seperti jadual di bawah. Oleh itu. Guru akan cuba mewujudkan satu keadaan sama ada pandangan itu diterima sebagai lanjutan kepada pemahaman awal pelajar mahupun pandangan itu bertentangan dengan pemahaman awal mereka. Mula memberi sumbangan perbincangan Menyediakan pengalaman kepada yang memotivasikan tentang konsep Memikirkan apa yang berlaku. Fokus Menetapkan konteks.Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pengajaran Generatif Model pengajaran ini diperkembangkan oleh Osborne & Freyberg (1985). menanya soalan .

dengan pandangan kelas. analogi. Menjelaskan pandangan Mentafsir dan menjelaskan diri tentang konsep.Menyertai dan soalan menanya berkaitan dengan konsep. persekitaran. pejuang kemerdekaan. Cabaran Memperkenalkan pandangan pejuang Membandingkan tokoh-tokoh dan tokoh-tokoh pandangan kemerdekaan. . pandangan pelajar Membentangkan pandangan diri kepada kumpulan dan kelas melaui perbincangan persembahan. konsep mentakrif Menguji pandangan kesahan dengan cara menggunakan mengemukakan alternatif dan semula istilah. pekerjaan dan dalam konteks diri mereka. dan dan Menentukan memerihalkan diketahuinya apa dan yang terbuka diri berorientasikan individu. Mengemukakan bukti-bukti yang pandangan menyokong tokoh-tokoh mendapatkan bukti. waktu kemerdekaan lapang. Aplikasi Meminta menggunakan tokoh-tokoh pelajar Menimbangkan aplikasi pandangan untuk diri sendiri. tentang gerak balas peristiwa berkenaan. Mentafsir pelajar.

berlainan dengan struktur yang bermatlamat bersaing atau berindividu secara kaedah pembelajaran tradisional.Tun Onn dan Komponen/Fasa Model Pengajaran Generatif Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif melibatkan pelajar-pelajar bekerjasama dalam struktur dengan matlamat bekerjasama. pandangan menggunakan yang sebagai asas. harga diri. Pembelajaran koperatif dicirikan melalui saling bergantungan secara positif di kalangan setiap ahli kumpulan. . tanggungjawab individu kepada kejayaan kumpulan. kuiz. interaksi bersemuka dalam ahliahli kumpulan. Kajian telah menunjukkan bahawa model pembelajaran ini membawa kesan positif kepada pencapaian akademik. pejuang diterima umum Contohnya Tunku Hussein sebagainya. Abd pandangan. kemahiran kolaboratif dengan interaksi sosial serta pemprosesan refleksi tentang cara perbincangan dijalankan. Memikirkan masalah yang dapat diselesaikan dengan Menyelesaikan mudah dan elok dengan yang menggunakan tokoh praktikal masalah dengan konsep baru dengan bidang pemahaman yang lain. Rahman. tekakonsep ini teki. perbincangan dengan konsep lain yang yang mengeratkan konsep dipegang mereka.Memudahkan mengaitkan pelajar Menikmati permainan.

Persediaan bahan dan maklumat bacaan adalah paling penting kerana memerlukan bahan rujukan secukupnya semasa perbincangan dijalankan. kerjasama. Persediaan Kelas bersama guru memilih tajuk lalu mencari maklumat latar belakang. dan sikap terhadap ahli yang kurang upaya. Jigsaw. Pandangan terdahulu Kelas atau individu menyatakan apa yang diketahui tentang tajuk Aktiviti penerokaan Melibatkan pelajar secara aktif tentang tajuk Penyoalan pelajar kelas dijemput untuk menanyakan soalan tentang tajuk . Pembelajaran koperatif menekankan kemahiran berfikir aras tinggi seperti analisis dan penilaian. Tiga jenis yang popular ialah Student Team Achievement Division (STAD). tingkahlaku.saling hormat antara budaya. Guru perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan pembelajaran jenis ini. dan Group Investigation (GI) yang disenaraikan mengikut format tiga fasa dalam pembelajaran koperatif seperti jadual di bawah. Terdapat beberapa jenis pembelajaran koperatif.

Komponen dalam pengajaran koperatif . Pandangan kemudian Kenyataan individu atau kumpulan dikumpul dan dibandingkan dengan kenyataan awal mereka. katakan 2-3 soalan sehari.Penyiasatan Guru dan pelajar memilih soalan untuk disiasat. Refleksi Masa untuk mengukuhkan apa yang telah dibuktikan dan apa yang masih perlu diselidiki.

Fasa ini dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka.Komponen Utama Pengajaran Mengikut Model Lima Fasa Needham Model Pengajaran dan Pemelajaran (P&P) Lima Fasa Needham ini dicadangkan dalam "Children's Learning in Science Project" (Needham. Terdapat lima fasa/komponen dalam model ini. Fasa renungan kembali (refleksi) merupakan fasa yang terakhir. . Fasa ini juga dapat mengembangkan kemahiran meta kognitif. Adalah dipercayai bahawa idea baru yang dibina oleh murid itu sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka sekiranya idea tersebut mudah difahami dan berguna. fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian murid supaya bersedia mengikuti sesi pemelajaran. iaitu dalam pencetusan idea. iaitu penstrukturan semula idea. murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. murid digalakkan bertukar-tukar fikiran. Dalam fasa keempat. Fasa pertama dimulakan dengan pencetusan idea. iaitu penggunaan (aplikasi) idea. tunjuk cara oleh guru. sama seperti set induksi. penggunaan perisian atau permainan komputer. Orientasi: Fasa ini bertujuan untuk menimbulkan minat murid dan menyediakan mereka dengan suasana pemelajaran. Fasa-fasa berasaskan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham adalah seperti berikut: 1. 1987). Murid diberikan peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Seterusnya menerusi fasa ketiga. tayangan video dan keratan akhbar. Fasa kedua. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah menyebabkan perubahan terhadap idea mereka. Kaedah/teknik yang digunakan seperti amali penyelesaian masalah sebenar.

penulisan kendiri. mengenal pasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri. amali.2. Renungan Kembali (Refleksi): Fasa terakhir ini untuk menyedari tentang perubahan idea murid. pemetaan konsep dan laporan. menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubah suai. Kedah/teknik biasanya dengan cara penyelesaian masalah yang baharu seperti penulisan kerja projek dan reka cipta. Penstrukturan Semula Idea: Tujuan fasa ini ialah untuk mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. perbincangan kumpulan. input guru. Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham ini sesuai dilaksanakan jika sesuatu P&P Pendidikan Sivik dan Kewarganegaran itu menekankan aktiviti ³hands-on´ dan ³mindson´. catatan peribadi dan lain-lain. 4. Kaedah/teknik yang digunakan biasanya ialah perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan. perbincangan dalam kumpulan kecil. pembacaan. eksperimen dan tunjuk cara oleh guru. kerja projek. Murid dapat membuat refleksi sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Biasanya fasa ini menggunakan kaedah/teknik seperti penyoalan reflektif. melakukan pengubahsuaian. dikembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik. pengembangan/pertukaran idea. 3. menguji kesahan idea-idea sedia ada. 5. . Pencetusan Idea: Fasa ini bertujuan supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu. Penggunaan Idea (Aplikasi Idea): Fasa ini pula bertujuan untuk mengukuhkan atau mengaplikasikan idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa. Kaedah/teknik yang digunakan seperti soal jawab.

emosi dan minat pelajar secara berkesan. guru boleh menentukan pendekatan. selain berpotensi meransangkan pelajar belajar secara aktif. guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis. Dalam merancang persediaan mengajar. ia juga haruslah mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Koh Boh Boon (1992) menyatakan bagi . Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna. aktiviti-aktiviti yang dipilih mestilah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep diterjemahkan secara jelas. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Dalam sesi pembelajaran. Seorang guru perlu bijak menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran. tetapi mereka juga perlu menciptakan pengajaran yang berkesan. guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Strategi yang dipilih itu. Dalam pendidikan formal. memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. proses pengajaran dan pembelajaran haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Aktiviti juga harus boleh mempengaruhi intelek. aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik serta diselaraskan dengan isi kandungan dan objektif pengajaran menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.Unsur-Unsur Pengajaran Berkesan Pendahuluan Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para murid-muridnya. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Untuk memenuhi tugas ini.

Oleh sebab itu.ia perlu tahu kelompok pelajar yang hendak diajar. terdapat tiga bahagian penting iaitu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu. sebelum bermulanya proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pada awal semester lagi . Guru juga mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada setiap hari dan menyediakan bahan-bahan bantu mengajar seperti . Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. isi kandungan pelajaran dan matlamat serta objektif yang dihasratkan untuk dicapai oleh pelajar di akhir pelajaran nanti. Sebelum Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Rancangan Pengajaran Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan perancangan yang mantap oleh seorang guru sebelum ia terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Justeru. seseorang guru mestilah membuat Rancangan Pengajaran Semester (RPS) berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Modul PSVK yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penuh teliti dan bertanggungjawab. Oleh itu. Hal ini melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan. ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran.bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Sebagai seorang guru. pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku.

Memanglah terbukti. lambang-lambang lain daripada sumber atau penyampai kepada penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan persamaan. Seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berbanding dengan pelajar dan kepakaran di dalam bidang yang diajar atau subject content adalah merupakan faktor dominan yang menyumbang ke arah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. keratan video dan sebagainya. . Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Komunikasi Berkesan. guru juga boleh mendapatkan maklumat melalui internet dan akhbar. pengetahuan. Menurut Sulaiman Md. dengan adanya perancangan pengajaran yang baik dan teratur ini akan membantu seseorang guru itu untuk melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan cukup berkesan. Yassin (2002). Membuat Rujukan Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula juga seseorang guru juga mestilah membuat rujukan mengenai tajuk yang hendak diajar semasa dalam kelas sewaktu sesi P&P Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan.persembahan ³power point´. idea. Selain itu juga. Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang guru Pendidkan Sivik seharusnya melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan yang luas dan sebanyak mungkin kerana pelajar masa kini tidak akan menerima sesuatu maklumat secara bulat ± bulat tanpa diterangkan rasionalnya. komunikasi adalah merupakan satu proses pemindahan makna iaitu maklumat. persefahaman. Selain dari membaca dari buku-buku rujukan. kertas edaran. guru boleh mengadakan perbincangan ilmiah ³ intellectual discouse ´ bersama rakan guru yang lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai penemuan-penemuan baru untuk dikongsikan bersama dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. seseorang guru mesti bijak dalam menggunakan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan.

bijaksana. maka guru perlu menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan kemampuan kognitif kanakkanak sekolah rendah. suara dan alam persekitaran pelajar itu sendiri. Untuk memastikan pelajar memahami apa yang diajar. Komunikasi guru dan pelajar berlaku dua hala iaitu dengan kaedah penyoalan dan pelajar menjawab. Kemahiran Berjenaka. Apabila seorang guru itu melihat keadaan bilik kuliah menjadi suram dan pelajar menunjukkan tanda-tanda keletihan dan mengantuk . nyata dan bersemangat. seorang guru juga perlu memastikan nada suaranya sentiasa berubahubah rentaknya agar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. jenaka dapat diistilahkan sebagai sesuatu perbuatan dan perilaku yang mencuit hati. Selain komunikasi secara lisan. Dengan kaedah komunikasi yang berhikmah.Selain menyampaikan kuliah dengan suara yang jelas. tidak menyentuh peribadi . Menurut Kamus Dewan. Hasilnya pelajar akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. seorang guru juga perlu mempraktikkan komunikasi bukan lisan yang merangkumi pergerakan badan. lemah-lembut dan percakapan yang baik diharap akan menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi yang baik bagi menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. penampilan dan persembahan diri. Namun begitu ia perlu dipastikan bahawa bahan jenaka tersebut mesti ada kaitan atau releven dengan isi pengajaran. maka ia sepatutnya berusaha untuk menceriakan keadaan dengan unsur-unsur kecindan. menepati masa dan suasana. Kaedah komunikasi berkesan yang diamalkan ini terbukti telah membantu untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dari segi perubahan tingkah laku. pencapaian dan prestasi akademik pelajar. Dengan ini pelajar akan merasakan diri mereka dihargai dan kewujudan mereka di dalam bilik kuliah adalah disedari. menunjukkan bahawa lebih kurang 35% komunikasi lisan dan 65% komunikasi bukan lisan perlu dilakukan oleh seorang guru semasa mengajar bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian oleh Ray Birdwhistell ( 1955). Melakukan jenaka merupakan unsur hiburan dan perkara yang disampaikan tidak pula dianggap sebagai fakta kerana ia hanya merupakan suatu gurauan.

Antaranya mereka perlu mempunyai unsur-unsur humor yang menjadikan pengajaran mereka tidak membosankan. pula dalam bukunya bertajuk Competencies For Teacher Education. seseorang guru perlu membuat refleksi terhadap pengajaran yang telah disampaikan kepada pelajar sama ada pelajar dapat memahami atau tidak isi kandungan yang telah disampaikan.seseorang individu dan tidak menghalang objektif pengajaran tercapai dengan sempurna. Selepas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Refleksi & Penilaian Menurut Hanipah ( 1999 ) . Laurence J. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai. mencari alasan. Dapatan atau tindak balas yang diterima daripada pelajar akan berguna Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa unsur kecindan juga memainkan peranan penting di dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran . Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid ( 1992 ) guru yang baik mempunyai kualiti dan sifat tertentu. Proses refleksi ini memang amat penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu. Kemahiran berjenaka adalah amat penting dan merupakan salah satu ciri guru yang baik kerana mereka dapat menghasilkan perubahan tingkah laku yang efektif di kalangan pelajar. Guru juga boleh meminta supaya pelajar menilai pengajarannya dengan mengisi borang soal selidik.Peter (1975) . refleksi bermaksud proses merenung. menjelaskan bahawa bakal guru perlu menjadikan diri mereka guru yang berkesan dan berpengaruh. menganalisis. seperti menyoal balik tentang isi pelajaran. guru juga boleh membuat penilaian semula terhadap kefahaman pelajar dengan beberapa cara. membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan berterusan. dan pembelajaran. membuat kuiz dan menjalankan kajian tindakan. meminta pelajar menyenaraikan sedikit ringkasan pelajaran.

B Dato¶ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein . PENUTUP Tidak dapat dinafikan lagi bahawa tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara berkesan .´( Y. Kenyataan ini adalah selari dengan perutusan Mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang berbunyi:³ Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan Wawasan Negara. Selain menyebar ilmu. Oleh sebab itu hanya seorang guru yang mempunyai komitmen. . segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya . guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi. Ia juga akan berjaya menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna dan efektif. tetapi dalam masa yang sama juga ia berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa setiap pelajar. Perutusan Hari Guru 2006 ). budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.peranan guru amat penting untuk memastikan Nilai Nasional dapat disempurnakan. Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. professional dan sosial yang baik dan murni. Sekian. guru juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam menjayakan Wawasan Negara . iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai akhlak.untuk seseorang guru memperbaiki cara pengajaran demi pengajaran dan pembelajaran berkesan di masa hadapan. Oleh yang demikian. Di samping itu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful