Está en la página 1de 2

Krim Kastard Bahan 1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm 1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung

~ ita tambah 1/2 cawan gula ~ ita tambah lagi anggaran 2 sudu besar 4 biji kuning telur 3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair 30 gm butter 1 sudu teh esen vanilla Secubit garam Non Dairy Whipping Cream secukupnya. Cara 1. Ayakkan tepung terlebih dahulu. Satukan tepung dan gula dalam satu bekas 2. Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. Kacau hingga adunan sebati. Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla dan kacau rata 3. Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.Bila ia dah meletup-letup segera tutup api. Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat. Biarkan ia sejuk 4. Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin 5. Sepertimana yang ita katakan tadi, adunan ni dapat agak banyak. Ia boleh terus di gunakan jika kita inginkan rasa kastard. Tapi jika inginkan rasa yang sedikit creamy, macam Cream Puff Beard Papa's boleh lah kita campurkan dengan Non Dairy Whipping Cream caranya: -Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental. Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi. Kaup balik hingga adunan sebati, jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental. Puff Pastry Bahan 120 gm butter 3/4 cawan air 1 1/3 cawan tepung ~ 170 gm di ayak 5 biji telur ~ berat telur 60 gm sebiji atau timbang telur seberat 300 gm untuk 5 biji 1/4 sudu teh garam 1 sudu teh gula ~ nak letak boleh tak letak pun ok!

Cara 1. Dalam satu periuk kecil, satukan butter yang di potong kiub bersama garam, gula dan air. Panaskan atas dapur hingga ia mendidih, bila dah mendidih, segera alihkan dari api atau tutup api.Dengan segera tuangkan tepung yang telah di ayak tadi .Kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi doh yang lembut 2. Panaskan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan terus kacau hingga dasar periuk terbentuk kepingan-kepingan nipis.Tutup api dan masukkan telur ~ sebelum tu telur hendaklah di pukul dahulu hingga rata. Tuangkan telur sedikit-sedikit dan terus kacau hingga adunan menjadi licin dan sebati 3 Masukkan adunan ini ke dalam piping bag. Jika ada nozel boleh letak nozel jika tak de potong aje bucunya. 4. Panaskan oven terlebih dahulu ~ 15 minit sebelum adunan di bakar Suhu 210 ~ 220 bergantung kepada kepanasan oven masing-masing. Guna api atas dan bawah dan jika oven ada kipas boleh hidupkan kipasnya, jika tiada tak mengapa. 5. Sediakan dulang pembakar. Lapik dulang dengan baking paper .Paipkan adunan atas dulang pembakar. Biarkan ia agak meninggi sedikit, Jarakkan sedikit kerana adunan akan mengembang 2 kali ganda dengan segera masukkan ke dalam oven.Bakar pada suhu 210 C selama 20 ~ 25 minit sehingga permukaannya kuning keemasan 6. Keluarkan puff dan letakkan atas redai hingga ia sejuk.Untuk dapatkan puff yang naik membuncit tinggi, selepas di paipkan atas dulang pembakar jangan berlengah lagi, terus bakar supaya doh tidak turun. Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan Cream Custard di dalamnya. Untuk paipkan Cream Custard, masukkan Cream Custard dalam paiping bag.Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh dan terkeluar sedikit

También podría gustarte