Está en la página 1de 4

Agen- Agen Pembentukan Pandang Darat Fizikal Pinggir Pantai Terdapat empat agen geomorfologi utama yang bertindak

di Zon Pinggir Pantai iaitu, ombak, pasang surut, arus dan angin. Ombak Ombak dapat didefinisikan sebagai bentuk permukaan air laut yang tinggi rendah atau beralun-alun yang disebabkan oleh tiupan angin. Ianya juga boleh wujud disebabkan oleh gempa bumi, runtuhan tanah di pinggir pantai atau di dasar lautan dan juga ribut siklon yang kuat. Ombak terbahagi kepada dua iaitu :Ombak Pembina (constructive waves) Ombak Pembinasa (destructive waves)

Sejenis ombak panjang yang rendah dengan Sejenis ombak pendek yang lebih tinggi dengan selang masa kejadian antara 8 hingga 10 saat selang masa kejadian antara 4 hingga 5 saat dan dan kekerapannya antara 6 hingga 10 kali dalam kekerapannya antara 12 hingga 15 kali seminit. seminit. Fenomena ombak pembinasa lazimnya berlaku Fenomena ombak pembina lazimnya wujud semasa ribut atau musim tengkujuh atau ketika laut tenang dengan tiupan angin lazim Tsunami yang lemah. akibat daripada gempa bumi dan

gerakan tektonik di dasar laut.

Merupakan gelombang limpah yang mempunyai Merupakan gelombang junam yang mempunyai damparan yang kuat tetapi lurutannya adalah damparan yang perlahan tetapi lurutan yang lemah. kuat.

Makanya, ombak pembina berkeupayaan untuk Makanya, ombak

pembinasa berkeupayaan

membawa dan menyebarkan bahan ke atas untuk membawa balik dengan lebih banyak pantai dengan banyak tetapi membawa balik bahan pantai kembali semula ke laut semasa semasa lurutannya adalah sedikit. lurutannya.

Kesan daripada ombak pembina lebih banyak Kesan daripada ombak pembinasa lebih banyak memendap berbanding menghakis. menghakis daripada memendap.

Pasang Surut Pasang surut merupakan suatu fenomena yang tetap dan penting di laut. Dari segi kejadiannya, ia adalah diwujudkan oleh interaksi tarikan graviti bulan, bumi dan matahari. Waktu bagi air pasang

dan air surut kelihatan berkait rapat dengan letakan bulan, iaitu apabila bulan melalui di atas meridian, satu fenomena yang berlaku secara puratanya 50 minit lebih lewat bagi tiap-tiap hari berikutnya. Walau bagaimanapun, terdapat suatu perbezaan masa antara air pasang dan pergerakan bulan merentasi meridian dan ianya adalah berbeza-beza antara satu tempat ke satu tempat yang lain dan juga di tempat yang serupa bergantung pada pergerakan pasang surut yang terdapat di lautan. Selain itu, pasang surut dibahagikan kepada dua iaitu pasang surut perbani dan pasang surut anak. Pasang surut perbani kebiasaanya berlaku dua kali sebulan kerana keadaan perigi terdapat hanya semasa bulan penuh dan bulan anak. Manakala pasang surut anak juga berlaku dua kali sebulan iaitu semasa apogi dan kuadratur, iaitu di kedua-dua masa antara bulan penuh dan bulan anak. Sebenarnya perbezaan aras air yang terdapat, ditengah-tengah lautan adalah sungguh kecil, tetapi perbezaan yang serupa akan menjadi bertambah besar di kawasan hampir pesisir kerana kedalaman air di kawasan tersebut adalah kurang. Peranan pasang surut dalam mempengaruhi hakisan atau pemendapan adalah berkait rapat dengan ombak yang datang ke kawasan pinggir pantai. Dalam konteks ini sekiranya tidak terdapat pasang surut pada satu-satu tempat, ombak yang melanda tempat tersebut hanya akan dapat menghakis atau memendapkan bahan mendak pada satu aras tertentu sahaja. Tetapi, sekiranya kawasan tersebut mengalami beza antara pasang surut, pengaruh tindakan ombak akan mencapai aras tindakannya yang biasa. Selain daripada pengaruhnya secara tidak langsung, pasang surut juga mempunyai pengaruh langsung dan kuat di kawasankawasan pinggir pantai yang terlindung dan di kawasan-kawasan muara sungai yang cetek. Arus Arus turut mempengaruhi dalam menghakis, mengangkut dan memendapkan bahan- bahan mendak di kawasan pinggir pantai. Terdapat tiga jenis arus di kawasan sekitar pinggir pantai yang diwujudkan oleh kekacauan ombak iaitu arus seret, arus tempur, dan arus pesisir atau sepanjang pantai. Selain daripada arus pasang surut terdapat juga arus di sekitar kawasan pinggir pantai yang diwujudkan oleh kekacauan- kekacauan ombak antaranya arus seret. Arus seret ini adalah penting sebagai suatu agen mengangkut bahan mendak dari kawasan pesisir ke arah laut. Walau bagaimanapun, sebenarnya hanya terdapat kira- kira 1/30 bahagian air yang terkumpul di pesisir yang terlibat dalam arus seret ini. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa arus seret tersebut wujud kerana suatu tindakan air untuk mengantikan bahagian laut yang telah kekurangan air akibat dari tiupan angin ke arah pesisir. Ini bermakna terdapatnya suatu edaran air di permukaan ke arah

pesisir akibat dari tiupan angin dan pergerakan air di dasar laut sebagai arus seret bagi menggantikan air yang telah air yang telah kurang di lautan. Seterusnya adalah arus tempur yang berlaku sekali sekala sahaja dan kedudukannya di pinggir pantai adalah sungguh berubah-ubah. Ia terdiri daripada tiga bahagian, iaitu sektor pembekal, sektor leher dan kepala (lihat Rajah 1.0)/cari gambar arus tempur. Bahagian lehernya terdapat antara 20 hingga 35 meter lebar manakala bahagian kepalanya terdapat sehingga 300meter lebarnya. Pada kebiasaannya arus tempur ini kuat, sempit dan bergerak ke arah laut dari zon ombak pecah atau zon riak. Halaju pergerakannya adalah dibekalkan oleh arus sepanjang pesisir pantai. Arus tempur ini biasanya terjadi di kawasan telukan dan wujudnya adalah secara tiba-tiba. Arus tempur ini juga jarang-jarang berlaku di kawasan pesisir yang mempunyai pergerakan air yang kuat dan tetap ke arah laut. Sebaliknya arus tempur banyak terjadi di kawasan pesisir semasa terdapatnya ombak biasa yang kuat ke arah pantai. Arus pesisir atau arus sepanjang pantai terhasil daripada momentum sudut pergerakan ombak yang datang ke arah pantai secara menyerang. Dalam keadaan ini tidak keseluruhan dari tenaga dan halaju ombak digunakan dalam pemecahan pergerakannya yang berubah haluan menyusur sepanjang pantai dan mewujudkan arus pesisir. Pada asalnya, pergerakan arus pesisir ini adalah bergantung ataupun dipengaruhi dengan kuatnya oleh kontur dasar laut hampir pesisir kerana jika kontur yang terdapat di bawah air tidak seragam, pemecahan ombak juga tidak sama dan dengan itu akan mewujudkan pergerakan arus-arus yang berlainan. Selain itu juga arus pesisir dapat membantu agen-agen lain dalam menghakis kawasan pesisir dan juga memendapkan bahan-bahan mendak yang diangkutnya di tempat-tempat tertentu. Angin Tindakan angin di kawasan pinggir pantai dapat kita perhatikan pada dua tindakan iaitu tindakan secara langsung dan tidak langsung. Dalam kedua-dua tindakan tersebut angin dapat bertindakan sebagai agen hakisan ataupun agen pemendapan. Pada kebiasaannya angin ribut yang bertiup berterusan di kawasan lautan akan dapat mewujudkan ombak yang besar dan di kawasan-kawasan pinggir pantai yang tertentu akan menyebabkan hakisan yang kuat. Sebaliknya angin yang tidak kuat tiupannya dan juga angin yang bertiup di kawasan laut yang agak tertutup tidak mempunyai pengaruh yang kuat untuk membentuk ombak pembinasa dan dengan itu pada kebiasaanya angin tersebut secara tidak langsung akan membantu dalam kerja-kerja pembinaan kawasan pesisir.

Selain daripada itu, angin juga mempengaruhi atau membantu dalam hakisan kawasan pinggir pantai, khususnya di kawasan pesisir dengan mewujudkan arus seret yang dapat menghakis satu- satu kawasan tertentu. Oleh demikian, secara langsungnya angin dapat bertindak menghakis dan memendapkan bahan terutamanya pasir yang halus yang terdapat di kawasan pesisir belakang.

También podría gustarte