Está en la página 1de 4

NURFATIN IZNI BT IBRAHIM MOHAMED ARIF 2012

Refleksi Perkhemahan Bina Insan Guru Nama : NurFatin Izni Bt Ibrahim Mohamed Arif No Kad Pengenalan : 910505-02-5848 Opsyen : PISMP TESL (2) SEMESTER 4 Pada 08 Oktober sehingga 10 Oktober 2012, kesemua pelajar PISMP Semester 4 Ambilan 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu dikehendaki untuk menjalankan Projek Khidmat Masyarakat bagi memenuhi jam kredit Program Bina Insan Guru (BIG) bagi fasa keempat. Selaras dengan tujuan Program Bina Insan Guru (BIG) iaitu memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG iaitu ketuhanan, kemahiran, kenegaraan, kerohanian, kemanusiaan dan keilmuan yang bertempat di Kok Keli, Tumpat. Perkhemahan ini disertai oleh 270 peserta dari pelbagai opsyen seperti TESL, Pengajian Bahasa Melayu, Pengajian Agama Islam, Matematik, Pendidikan Khas dan juga Pemulihan. Isnin, 08 Oktober 2012 Pada hari Isnin, 08 Oktober 2012 kami telah berkumpul di perkarangan stor Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu pada pukul 7.30 pagi. Mengikut tentatif yang diberikan, kami sepatutnya bertolak pada pukul 8pagi, namun begitu bas yang sepatutnya membawa pelajar-pelajar telah terlewat. Kami meninggalkan perkarangan institut pada pukul 8.30 pagi. Setelah 45 minit perjalanan, kami telah berhenti di Kok Keli untuk sarapan pagi. Selepas bersarapan pagi, kami meneruskan perjalanan dan sampai di tapak perkhemahan. Kami telah diarahkan untuk memunggah barang-barang dan perlatan perkhemahan untuk dibawa naik ke tapak perkhemahan. Selepas itu, kami dikehendaki untuk ke dewan bagi mendengar taklimat dan juga kuliah untuk slot yang pertama iaitu taklimat penyediaan tapak, ikatan asas dan mendirikan khemah. Setelah sampai di tapak perkhemahan, kami diarahkan untuk memasang khemah. Terdapat sedikit masalah dalam memasang khemah kerana kami tidak biasa menggunakan khemah yang telah diberikan kepada kami. Namun, beberapa orang pelajar lelaki telah membantu kami bagi mendirikan khemah. Kami diberikan rehat untuk membersihkan diri dan dan menunaikan solat. Seterusnya, kami bersiap-siap untuk ke Majlis Bersama Masyarakat Setempat yang diadakan pada jam 4.30 sehingga 6.30 petang. Kami diberi peluang untuk bermesra dengan masyarakat setempat di Kok Keli. Selepas pulang dari majlis tersebut, kami memperisiapkan diri untuk solat berjemaah Maghrib serta Isyak dan

REFLEKSI PERKHEMAHAN BIG 2012

Page 1

NURFATIN IZNI BT IBRAHIM MOHAMED ARIF 2012


juga disambung dengan Program Kerohanian, dan tazkirah. Selepas makan malam, kami telah menjalani LDK 1 iaitu EIC Intrapersonal. Selasa, 09 Oktober 2012. Hari ini dimulakan dengan solat subuh berjemaah serta kuliah subuh. Seusai kuliah subuh, kami dikehendaki berada di kawasan lapang bagi aktiviti Malaysia Cergas iaitu senamrobik serta menaikkan bendera. Di samping itu, kami dikehendaki menyanyikan lagu IPG serta nyanyian lagu-lagu patriotik. Selesai aktiviti senamrobik, kami bersarapan pagi yang disediakan oleh pelajar Pendidikan Khas. Pada pukul 8.00 pagi, kami memulakan aktiviti Kembara Sosial yang mengambil masa selama lapan jam. Aktiviti kembara ini tamat pada pukul 4.30 petang. Selepas aktiviti kembara, kami diberikan masa untuk membersihkan diri untuk menunaikan solat berjemaah serta program kerohanian serta tazkirah. Pada hari ini, kelas TESL telah ditugaskan untuk memasak untuk makan malam. Kami telah diberikan bahan-bahan untuk memasak tomyam. Selesai memasak, kami bersiap-siap untuk solat Maghrib dan Isyak serta makan malam. Seusai solat Isyak dan makan malam, aktiviti diteruskan dengan refleksi kembaran sosial yang telah dijalankan pada siang hari tersebut. Rabu, 10 Oktober 2012. Pada pagi Rabu 10 Oktober 2012, aktiviti dimulakan dengan solat berjemaah dan tazkirah. Selesai solat berjemaah, kami telah melakukan aktiviti Malaysia Cergas dan acara menaikkan bendera, nyanyian lagu IPG serta lagu patriotik. Pada pukul 8 pagi, kami menyambung aktiviti LDK 2 iaitu EIC Intrapersonal. Pada pukul 10.30 pagi, aktiviti refleksi sepanjang perkhemahan telah dilakukan. Selesai aktiviti refleksi tersebut, pada pukul 12.30 tengahari,kami diarahkan untuk mengemas barang-barang dan juga menyimpan semula khemah-khemah yang telah digunakan. Majlis penutup telah diadakan dan acara menurunkan bendera serta pembersihan tapak perkhemahan telah dijalankan. Selesai majlis penutup dan membersihkan kawasan perkhemahan, kami mengemas dan membawa turun barang-barang dan bertolak pulang. Kami selamat tiba di perkarangan institut dan diarahkan untuk memunggah dan mengira semula barang-barang yang digunakan dan disimpan ke dalam stor institut. Perjalanan aktiviti perkhemahan ini berjalan dengan lancar dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perkhemahan ini. Selepas menjalani program Bina Insan Guru fasa keempat ini, banyak pengajaran yang saya perolehi semasa proses sebelum, semasa dan selepas program berlangsung. Program BIG fasa kedua ini merupakan program perkhemahan dan kemasyarakatan. Ini REFLEKSI PERKHEMAHAN BIG 2012 Page 2

NURFATIN IZNI BT IBRAHIM MOHAMED ARIF 2012


merupakan pendekatan yang terbaik serta ruang dan peluang untuk saya merasai pengalaman yang lebih dekat dengan masyarakat. Program ini adalah bersifat sepenuh masa di lapangan. Program perkhemahan BIG fasa keempat ini lebih kepada latihan dan pratikal mendirikan khemah, pengisian kerohanian, sesi latihan dalam kumpulan (LDK) dan pengalaman merasai kehidupan bersama masyarakat kampung. Saya umpamakan proses ini sebagai proses pengajaran dan pembelajaran ketika saya berada di sekolah nanti. Saya sedia berkhidmat dan memberikan bantuan sebagaimana yang diarahkan dan diperlukan dengan penuh jujur dan ikhlas. Setelah menjalani program Bina Insan Guru fasa kedua ini, saya dapat membuat resolusi tentang keseluruhan program ini. Antara kekuatan program ini ialah memberi pendedahan awal kepada guru pelatih untuk menguruskan sesuatu program. Sepertimana yang kita sedia maklum, tugas guru tidak hanya pada pengurusan di dalam bilik darjah semata-mata tetapi guru di sekolah akan merancang aktiviti untuk para pelajar dan memerlukan interaksi dengan pihak luar. Selain itu juga, melalui program ini saya dapat merasai sendiri pengalaman bersama masyarakat kampung. Melalui aktiviti Kembara Sosial, saya dapat melihat nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat kampung. Antaranya, konsep menghormati tetamu, amalan bergotong-royong dan sikap peramah melayani tetamu. Saya begitu terharu apabila kedatangan kami diraikan oleh penduduk kampung dengan pelbagai aktiviti yang boleh memberikan satu pengalaman baru kepada saya. Menerusi slot tazkirah Subuh dan Magrib, saya dapat menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Melalui teknik penemuan terbimbing, saya berupaya membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menyelesaikan soalan-soalan yang diajukan oleh fasilitator. Pengisian kerohanian yang lebih menekankan kepada pembinaan modal insan guru dan pembangunan akhlak memberikan kesedaran kepada saya tentang peranan guru sebagai role model murid di sekolah. Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang membincangkan tentang konsep intrapersonal dan interpersonal memberi peluang kepada saya untuk membuat penilaian terhadap diri saya. Hal ini penting kerana seorang guru perlu mempunyai kemahiran dalam pengurusan interpersonal dan intrapersonal untuk

memastikan pengurusan yang dilakukan berjalan dengan lancar. Tambahan pula, program ini amat mementingkan peraturan, arahan tetap dan etika peserta yang bertujuan untuk memastikan kelicinan dan keberkesanan program. Ini merupakan latihan untuk saya lebih berdisiplin terutamanya dalam aspek pengurusan masa dalam menjalani program yang telah ditetapkan. Malah, sifat kepimpinan guru pelatih banyak dipupuk melalui slot Perhimpunan Malaysia Cergas dan Cerdas dan slot refleksi Kembara Sosial. Jadi, saya bertekad REFLEKSI PERKHEMAHAN BIG 2012 Page 3

NURFATIN IZNI BT IBRAHIM MOHAMED ARIF 2012


mengambil peluang untuk meningkatkan kualiti dan prestasi diri sepanjang program ini berlansung. Kesimpulannya, program ini melengkapi kehendak dan hasrat untuk

menghubungkaitkan teori dan amalan serta dapat merealisasikannya sebagai aktiviti harian. Melalui program ini, penilaian guru pelatih dalam kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan dapat dijalankan. Diharapkan pada masa akan datang saya berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan dan memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.

REFLEKSI PERKHEMAHAN BIG 2012

Page 4

También podría gustarte