Está en la página 1de 9

SMK TUNKU SYED IDRUS 73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PROGRAM BINA SEMANGAT KERJA BERPASUKAN (TEAM BUILDING) PENDIDIKAN KHAS 2013
15 - 16 MAC 2013 / JUMAAT & SABTU (2 HARI 1 MALAM)
TEMA :

HARGAI DIRI, HORMATI RAKAN

Anjuran : KELAB USAHAWAN (PENDIDIKAN KHAS) & PERSATUAN PENGAKAP (PENDIDIKAN KHAS) Dengan kerjasama

KERTAS KERJA (TEAM BUILDING) PENDIDIKAN KHAS 2013

MELAKA TROPICAL FRUIT FARM SG. UDANG, MELAKA

Page 2

KERTAS KERJA (TEAM BUILDING) PENDIDIKAN KHAS 2013

KERTAS KERJA PROGRAM BINA SEMANGAT KERJA BERPASUKAN (TEAM BUILDING) PENDIDIKAN KHAS 2013

1.0

PENGENALAN Ford (1981) mendefinisikan Pendidikan Luar sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang. Aktiviti kokurikulum yang pelbagai kini semakin diminati oleh golongan pelajar terutamanya aktiviti yang mampu mencabar kemampuan dan kreativiti mereka. Hal ini selari dengan sifat semula jadi seseorang remaja yang memang dahagakan cabaran dan pengalaman baru yang lebih unik malah tidak terkecuali juga kepada para pelajar pendidikan khas Aktiviti kem bina semangat misalnya, jika dirancangkan dengan betul dan rapi, sudah pasti akan mampu menjana pelbagai faedah kepada mereka yang terlibat. Setiap pelajar termasuklah para pelajar pendidikan khas wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk memberi keseimbangan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti seperti kem bina semangat ini sedikit sebanyak diharapkan dapat membantu mereka kelak dalam menjalani kehidupan seharian. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi juga kepada aspek kemahiran, komunikasi dan sebagainya. Dalam konteks penyertaan para pelajar berkeperluan khas, perancangan yang teliti perlu dilakukan terutamaya daripada aspek perancangan sebelum, semasa dan selepas mengadakan aktiviti pendidikan luar seperti persiapan peralatan perkhemahan, pelaksanaan aktiviti, halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar berkeperluan khas semasa perkhemahan dan seterusnya pelan tindakan semasa kecemasan. Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para pelajar ini dapat mencapai objektif aktiviti kem bina semangat ini dengan jayanya.

Page 3

KERTAS KERJA (TEAM BUILDING) PENDIDIKAN KHAS 2013

2.0

RASIONAL Program ini diadakan untuk memupuk sifat kerjasama dan disiplin dalam diri para pelajar bekeperluan khas. Sifat seperti kepimpinan, keyakinan diri, semangat berpasukan, keberanian, toleransi, ketahanan fizikal, mental dan rohani hendaklah tersemat di dalam diri para pelajar. Ini merupakan matlamat utama program ini dilaksanakan. Pelbagai bentuk aktiviti seperti flying fox, lake crossing, mud futsal, dan lain-lain disusun supaya para pelajar dapat menonjolkan sifat kepimpinan dan bakat masing-masing di samping bekerjasama dengan baik sesama ahli pasukan dalam menempuh cabaran yang lebih mencabar pada masa yang akan datang.

3.0

OBJEKTIF DAN MATLAMAT 3.1 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap pelajar. 3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran semasa. 3.3 Melatih pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

3.0

TEMA HARGAI DIRI, HORMATI RAKAN

4.0

TEMPOH / MASA PROGRAM 4.1 4.2 Program ini dijalankan selama 2 hari 1 malam Masa perlaksanaan program ini melibatkan waktu siang dan malam di mana ia bermula seawall 5.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah malam (rujuk lampiran / tentatif program)

5.0

TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM 15 Mac 2013 sehingga 16 Mac 2013 (Jumaat dan Sabtu)

Page 4

KERTAS KERJA (TEAM BUILDING) PENDIDIKAN KHAS 2013

6.0

LOKASI / TEMPAT Tempat yang dirancang untuk program ialah Melaka Fruit Tropical Farm, Sg. Udang, Melaka. Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana : Kawasan rekreasi dengan bentuk muka bumi yang pelbagai dan jarak yang tidak terlalu jauh daripada sekolah dan kawasan kediaman pelajar. Sesuai untuk sukan rekreasi dan perkhemahan kerana kawasan yang luas untuk pelbagai aktiviti. Kawasan yang mesra pengunjung kerana mempunyai pelbagai kemudahan seperti tandas, kafeteria dan sebagainya. Kawasan yang selamat dan tiada sebarang gangguan yang boleh menjejaskan program. Fasilitator berpengalaman dan terlatih.

7.0

SASARAN PESERTA 7.1 7.2 Para pelajar Pendidikan Khas SMK Tunku Syed Idrus, Tampin (30 orang) Semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI (7 orang)

8.0

AKTIVITI REKREASI / PENDIDIKAN LUAR Terdapat enam (6) jenis aktiviti utama yang akan dilakukan sepanjang program ini iaitu : 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 8.6 Flying Fox Mud Futsal Nine Obstacles Lake Crossing Trem and Fruit Sampling Latihan Dalam Berkumpulan (LDK)

Page 5

KERTAS KERJA (TEAM BUILDING) PENDIDIKAN KHAS 2013

9.0

SENARAI JAWATANKUASA JAWATANKUASA PENGURUSAN Penaung Penasihat Penyelaras PPKI JAWATANKUASA PERLAKSANA Pengerusi Program Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK Pengangkutan AJK Disiplin / Kebajikan AJK Dokumentasi AJK Makanan : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat : Pn. Faizol Azni Binti Azazi : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat : Pn. Faizol Azni Binti Azazi Pn. Azura Binti Rosli : Pn. Syazrah Binti Sahrani En. Jaafar Bin Md. Zin : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat Pn. Nurafidah Binti Razali : Pn. Navamani A/P Raman Pn. Azura Binti Rosli Pn. Nurafidah Binti Razali : Pn. Hjh. Nurul Azmi Binti Zaini : Tn. Hj. Mohammad Jeffry Bin Mohd Isa : Pn. Syazrah Binti Sahrani

10.0

PELAN TINDAKAN KECEMASAN 10.1 Bekalan Ubat / Kenderaan Peti Kecemasan dilengkapkan dengan pelbagai ubat selain bantuan persediaan daripada pihak Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF). Pihak pengurusan dan fasilitator MTFF telah dimaklumkan tentang kondisi dan keupayaan para pelajar bekeperluan khas. Kenderaan guru dan pembantu pengurusan murid juga berada di dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku apa-apa yang memerlukan pengangkutan. 10.2 Kawalan Keselamatan

Page 6

KERTAS KERJA (TEAM BUILDING) PENDIDIKAN KHAS 2013

Seorang guru dan dua orang pembantu pengurusan murid akan bermalam bersama para pelajar bekeperluan khas manakala guru dan pembantu pengurusan murid yang lain akan hadir selama 2 hari tanpa bermalam. 11.0 TENTATIF / PENGISIAN PROGRAM TARIKH
15 MAC 2013 JUMAAT

MASA
2.30 pm -

AKTIVITI
Berkumpul di kawasan perkarangan sekolah SMK Tunku Syed Idrus

CATATAN
Kawasan Parking SMKTSI Pengangkutan : Bas Semua pihak Dorm

3.00 pm

Bertolak

ke

Melaka

Tropical Fruit Farm 3.30 pm Tiba di Melaka Tropical Fruit Farm Taklimat bilik 4.00 pm 6.30 pm 9.00 pm Aktiviti 1 : 9 Obstacles Aktiviti 2 : Mud Futsal Rehat : Makan Petang Persiapan Diri / Solat Aktiviti 3 : Latihan Dalam Berkumpulan (LDK) 11.00 pm 16 MAC 2013 SABTU 7.30 am 6.00 am Majlis Bersurai Solat / Sarapan Pagi Aktiviti Senaman RIngan Aktiviti 4 : Flying Fox Aktiviti 5 : Lake Crossing Aktiviti 6 : Trem / Fruit ringkas dan pembahagian kunci dan

Fasilitator MTFF

Semua pihak

Semua pihak

Semua pihak

Fasilitator MTFF

Page 7

KERTAS KERJA (TEAM BUILDING) PENDIDIKAN KHAS 2013

12.00 pm

Makan Tengahari Bertolak Pulang

Pengangkutan : Bas

12.0

ANGGARAN PERBELANJAAN BUTIRAN 8.1 Pengangkutan - Pergi dan balik (berlainan hari) 8.2 Bayaran Pakej Team Building - RM 150.00 x 15 orang pelajar - RM 70.00 x 7 orang guru / ppm 8.5 Hadiah / Anugerah / Cenderamata - 6 Hamper x RM 10.00 JUMLAH BESAR : RM 60.00 RM 3300.00 RM 2250.00 RM 490.00 ANGGARAN RM 500.00

13.0

SUMBER KEWANGAN 13.1 13.2 13.3 Bayaran daripada pelajar menggunakan elaun pelajar ( RM150.00 x 15 pelajar = RM2250.00) Bayaran daripada guru dan ibu bapa (RM70.00 x 7 orang = RM490.00) Peruntukan LPBT Pendidikan Khas

14.0

PENUTUP Aktiviti kem bina semangat kerja berpasukan (team building) yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, akan mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti seperti ini juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu Page 8

KERTAS KERJA (TEAM BUILDING) PENDIDIKAN KHAS 2013

mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah. Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

(PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT) Pengerusi Program Bina Semangat (Team Building) PPKI SMK Tunku Syed Idrus 73000 Tampin Negeri Sembilan Darul Khusus

(PN. SYAZRAH SAHRANI) Penyelaras Pendidikan Khas Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Tunku Syed Idrus 73000 Tampin Negeri Sembilan Darul Khusus

Disokong oleh,

Diluluskan oleh,

(TN.HJ MOHAMMAD JEFFRY BIN MOHD ISA) GPK Kokurikulum SMK Tunku Syed Idrus 73000 Tampin Negeri Sembilan Darul Khusus

(HJH. NURUL AZMI BINTI ZAINI) Pengetua SMK Tunku Syed Idrus 73000 Tampin Negeri Sembilan Darul Khusus

Catatan / Ulasan : .............................................................................................................................................. .............................................................................................................................................. ..............................................................................................................................................

Page 9

También podría gustarte