Está en la página 1de 8

Pengenalan Syarikat Boon Siew Sdn. Bhd.

Merupakan satu-satunya pengedar motorsikal jenama Honda yang terkemuka di negara kita. Syarikat ini diasaskan oleh Mendiang Tan Sri Dato Loh Boon Siew. Beliau merupakan seorang anak pedagang China yang datang ke Tanah Melayu pada tahun 1924 untuk tujuan berniaga. Berdasarkan kenyataan sejarah beliau bermula bekerja sebagai seorang mekanik. Dia juga melakukan kerja-kerja sambilan yang lain seperti mencuci bas dan kereta untuk menyara kehidupannya. Mendiang hanya tahu bertutur dalam bahasa hokkien sahaja. Beliau tidak tahu membaca dan menulis, tetapi memiliki tahap ingatan yang amat tinggi. Apabila mencapai umur 18 tahun, Boon Siew berminat untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang perniagaan. Wang yang dikumpul dan disimpan sedikit demi sedikit membantunya membeli beberapa peralatan mekanik yang bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Perkhidmatan bas beliau telah mendatangkan hasil yang lumayan iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 setiap hari. Keuntungan tersebut disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam tempoh masa 7 tahun, Boon Siew mempunyai 40 buah bas dan membuka perniagaan lain seperti kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua, Boon Siew meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal yang dikeluarkan British. Dalam tahun 1958, beliau telah membuat lawatan ke negara Jepun untuk makan angin. Di situlah beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia. Beliau berfikir untuk memperkenalkannya di Malaysia kerana mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Beliau berusaha menjumpai pengeluarnya lalu membuat perjanjian untuk memesan 12 unit terlebih dahulu. Motosikal-motorsikal ini kemudian dijual kepada kawan-kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda menjadi bahan ejekan orang ramai yang menganggap ianya tidak berguna dan cepat rosak. Namun Boon Siew tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963. Akhirnya, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling ia mungkin

diminati oleh rakyat Malaysia. Beliau berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara Malaysia pada suatu ketika dahulu. Beliau juga mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam bidang perniagaan dan juga sebagai seorang tokoh korporat. Lantaran itu, Bonn Siew sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan menjadi salah seorang antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Walaubagaimanapun, Datuk Boon Siew tidak pandai membaca dan menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Syarikat Oriental Holdings Bhd. telah memegang francais bagi memasang dan mengedarkan motosikal Honda sejak tahun 1957 lagi. Ia merupakan hasil usaha sama perniagaan yang wujud antara pengasas Oriental, mendiang Tan Sri Loh Boon Siew dan pengasas Honda, Soichiro. Kini, anak syarikat Oriental, Kah Motor Co Sdn. Bhd. memasang motosikal Honda sementara Syarikat Boon Siew mengedarkannya. Tan Sri Loh Boon Siew berpendapat bahawa, motosikal Honda adalah yang paling sesuai dengan masyarakat Malaysia. Berdasarkan pendapatnya itu, beliau telah berusaha dan berjaya dalam memperoleh lesen sebagai pengedar tunggal bagi motosikal Honda di Malaysia. Hari ini, beliau telah menikmati kekayaan melalui perniagaannya yang telah dicipta itu sebagai pengedar tunggal bagi motosikal Honda,. Pada masa kini, motosikal Honda telah menambat hati majoriti keluarga di Malaysia berbanding dengan motosikal-motorsikal berjenama lain seperti Yamaha, Suzuki atau pun motosikal dari negara Barat seperti Lambretta dan Vespa. Daripada desa sehinggalah kepada bandar besar, daripada remaja sehingga kepada yang tua, motorsikal Honda tetap menjadi kenderaan tunggangan tetap dan mewarnai landskap kenderaan bermotor di jalan-jalan raya di Malaysia selama lebih 50 tahun.

PROSES KREATIVITI DALAM PERNIAGAAN BOON SIEW Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang amat mencabar. Ini adalah kerana tahap persaingan adalah tinggi dalam kalangan para usahawan disebabkan masing-masing

cuba menghasilkan produk atau perkhidmatan yang terbaik untuk menawan pasaran. Seperti yang kita sedia maklum, keuntungan atau perolehan yang tinggi merupakan objektif ataupun tujuan yang utama seseorang usahawan dalam dalam bidang yang diceburinya . Oleh itu, wujudlah persaingan yang ketara di antara para usahawan untuk memonopoli pasaran. Dalam menghadapi persaingan ini, unsur kreativiti memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan produk-produk atau perkhidmatan yang terbaik dan berdaya saing supaya mampu memikat pelanggan atau pengguna. Para pelanggan mempunyai keinginan yang berbeza antara satu sama lain dan sentiasa mencari sesuatu yang baru dan canggih. Berdasarkan ini, seseorang usahawan ini akan menghadapi masalah dalam memenuhi kehendak pelanggan atau pengguna yang pelbagai ini. Oleh itu, seseorang usahawan itu haruslah memikirkan sesuatu yang kreatif untuk memenuhi kehendak pengguna yang pelbagai serta menraik perhatian mereka terhadap perniagaannya. Kreativiti dan inovatif bukan sahaja terhad kepada penghasilan produk-produk dan perkhidmatan yang mampu menarik perhatian para pengguna malah ia juga mencakupi pemikiran yang kreatif dan inovatif. Kreativiti melibatkan perkembangan unik dan proses tindakbalas kepada permasalahan dan prospektif. Oleh yang sedemikian, kreativiti menuntut keupayaan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi. (Schermerhourn, 2002). Menurut Kuratko & Hodgettts (2004, dalam OUM, 2007) terdapat 4 langkah dalam proses menjanakan pemikiran yang kreatif. Rajah 1 menerangkan secara ringkas tentang keempat-empat fasa yang disarankan oleh Kuratko & Hodgettts (ibid).

Inkubasi Dalam fasa ini seseorang itu tidak terlibat langsung dalam sebarang aktiviti perniagaan tetapi pemikiran separa sedar mereka menjana kreativiti. Pemikiran kreatif ini boleh tercetus dalam pelbagai keadaan seperti dalam tidur, semasa berehat, membaca atau dalam pelbagai situasi lagi.

Percambahan Pengetahuan Untuk memulakan pemikiran yang kreatif, seseorang itu harus bersedia mengumpul maklumat yang berkaitan samada dari pembacaan, perbincangan dan sebagainya.

Idea Dalam fasa ini penyelesaian atau jawapan kepada permasalahan dapat dirungkaikan. Kadangkala fasa ini merujuk kepada istilah eureka factor

Proses Kreativiti

Penilaian dan Pelaksanaan Dalam fasa terakhir ini usahawan akan mentranformasikan idea kepada kepada reality. Fasa ini adalah tahap yang paling sukar kerana ianya memerlukan keberanian, displin diri keyakinan yang tinggi dan kecekalan.

Rajah 1: Empat Fasa Proses Untuk Menjana Pemikiran Kreatif.

Adaptasi dari Kuratko & Hodgettts (2004 dalam OUM, 2007)

Menurut Kinicki & Williams (2003, dalam OUM, 2007), inovasi merupakan satu jalan atau strategi yang digunakan untuk menyampaikan produk atau perkhidmatan. Dalam bidang perniagaan, perubahan atau pembaharuan adalah sangat penting dalam menghasilkan satusatu produk atau perkhidmatan. Ini adalah kerana perubahan atau pembaharuan yang akan dibuat dapat menarik perhatian dan minat pengguna dan seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran kerana produk atau perkhidmatan yang disediakan mampu memenuhi pemintaan

pasaran. Di samping itu, inovasi juga menjadi kunci kejayaan atau kegagalan kepada satusatu perniagaan (Chell, 2003; Belch & Belch, 1998). Tan Sri Dato Loh juga telah melalui 4 fasa proses kreatif ini dalam menjayakan perniagaannya. Ianya dapat diterangkan melalui rajah 2 yang berikut:

Tan Sri Dato Loh telah mendapat idea untuk memulakan


Inkubasi

perniagaan ini dalam situasi di mana beliau melawat ke negara Jepun. Peluang ini difikirkan atau wujud secara tidak langsung dalam fikirannya apabila melihat akan motorsikal yang belum lagi digunakan di negara kita.

Tan Sri Dato Loh bukan sahaja mempunyai idea untuk mendapatkan keuntungan melalui menjual motorsikal itu di
Idea

negara kita. Malah beliau ingin menjadi pengedar tunggal negara supaya dapat mengurangkan persaingan dalam bidang perniagaan motor.

Tan Sri Dato Loh bukan sahaja mempunyai idea untuk mendapatkan keuntungan melalui menjual motorsikal itu di
Percambahan pengetahuan

negara kita. Malah beliau ingin menjadi pengedar tunggal negara supaya dapat mengurangkan persaingan dalam bidang perniagaan motor.

Oleh itu, adalah penting bagi seseorang usahawan itu mempunyai ciri-ciri kreatif dan inovasi untuk bersaing dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baru. Menurut modul OUM (2007), terdapat 4 startegi yang boleh diaplikasikan oleh seseorang usahawan untuk meningkatkan tahap kreativiti dan inovasi. Pertama ialah mengetahui kebolehan atau kemampuan kendiri. Ini adalah penting kerana dengan mengetahui kebolehan sendiri maka seseorang itu akan mampu menangani permasalahan atau peluang yang tercetus dari kreativiti dan inovasi. Ciri yang Kedua, menukar atau mengubah persepsi. Ini adalah kerana sesuatu masalah yang wujud dalam perniagaan tidak seharusnya dilihat dari satu sudut sahaja malah harus dilihat dari pelbagai sudut atau perspektif kerana jika tertumpu kepada satu sudut sahaja, adalah sukar untuk seseorang itu menangani masalah atau pun peluang yang wujud. Seterusnya yang ketiga, seseorang usahawan itu harus menukar budaya organisasi. Ini adalah kerana dalam budaya organisasi traditional seseorang peneraju sesebuah organisasi sering menggunakan atau mengamalkan kuasa veto dalam mengurus sesuatu organisasi. Ini akan menyekat para pekerja dari memberi pandangan mereka. Oleh kerana itu, seseorang usahawan itu mestilah menggalakan pekerja supaya menjadi kreatif dan inovatif. Dengan cara ini maka usahawan itu dapat mempelbagaikan kreativiti dan inovasi yang dihasilkan. Yang keempat ialah berani untuk gagal. Seseorang itu harus sedar bahawa apabila menceburi bidang keusahawanan, bermakna seseorang itu akan berhadapan dengan risiko yang tinggi. Ini adalah kerana apabila menceburi bidang keusahawanan bermakna seseorang itu terlibat dalam penghasilan idea-idea baru dalam penghasilan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ingin ditawarkan. Risiko menghadapi kegagalan adalah tinggi jika produk atau perkhidmatan yang ditawarkan itu gagal mencapai matlamat yang disasarkan. Oleh yang demikian seseorang usahawan itu harus bersedia dan berani menghadapi kegagalan. Kegagalan yang dihadapi hendaklah dianggap sebagai motivasi untuk membaiki kelemahan yang menjadi faktor kegagalan. Jika seseorang itu berani menghadapi kegagalan, ianya menjadi satu kelebihan kepada usahawan itu kerana dari kegagalan yang dihadapi, seseorang usahawan itu boleh membuat kajian atau penilaian tentang faktor yang menjadi pendorong kepada kegagalan dengan membaiki segala kelemahan dan mengenalpasti punca kegagalan itu. Seseorang usahawan itu haruslah melalui beberapa proses sebelum memulakan perniagaan dan dalam menjanakan idea-idea. Ini penting untuk mempastikan perniagaan yang akan diceburi mempunyai daya saing yang tinggi dan juga kompetetif. Sebelum memulakan

perniagaan mengedar motosikal, mendiang Tan Sri Dato Loh juga telah berkemungkinan melalui berberapa proses dalam menjanakan idea-idea sebelum memulakan perniagaan. Seperti yang kita sedia maklum, idea untuk mengedar motosikal Honda tercetus apabila mendiang melawat ke Negara Jepun. Daripada idea itu maka telah mencetuskan peluang kepada pernigaan kepada mendiang apabila beliau menyedari bahawa motosikal Honda adalah kecil dan ringan dan dengan yang demikian motosikal tersebut adalah sesuai untuk dipasarkan di Malaysia. Menurut OUM (2007), mengenal pasti peluang merupakan satu dari fasa utama dalam proses menubuhkan perusahaan dan proses menubuhkan sesuatu perusahaan itu bermula apabila seseorang itu mengenal pasti peluang. Manakala peluang itu wujud atau dirangsang oleh faktor ekonomi. Apabila kita merujuk kepada kes mendiang Tan Sri Dato Loh, peluang yang beliau perolehi ada hasil dari permerhatian beliau semasa melawat ke Jepun. Lantaran itu maka secara tidak langsung berlaku proses tertentu yang mendiang mungkin telah lalui sebelum memulakan pernigaan. Sebelum memulakan perniagaan sebagai pengedar motosikal Honda, mendiang pada mulanya mungkin mengenal pasti keadaan ekonomi negara pada masa itu. Beliau sedar bahawa ekonomi Malaysia pada masa itu sedang pesat membangun baru saja mencapai kemerdekaan. Peluang ini beliau ambil untuk menceburi bidang keusahawanan kerana beliau sedar bahawa dengan keadaan ekonomi yang sedang pesat maka peluang untuk mencapai kejayaan adalah tinggi. Seterusnya beliau mungkin mengenal pasti perubahan sosial pada ketika itu. Perubahan sosial adalah didorong oleh perubahan ekonomi dimana mungkin beliau menyedari yang penduduk pada ketika itu mempunyai ekonomi yang stabil dan mampu memiliki kenderaan seperti motosikal. Apabila sesebuah negara itu telah mencapai kemerdekaan, maka peluang pelaburan adalah tinggi kerana negara pada masa itu telah membuka pintu yang luas kepada sesiapa untuk menceburi bidang perniagaan. Untuk menarik minat para usahawan untuk memulakan pernigaan maka sudah semestinya peluang untuk mendapat modal dari institusi kewangan adalah tinggi dan di samping faedah yang rendah. Ini untuk membantu menjana ekonomi negara yang sedang pesat membangun pada ketika itu. Di samping itu, beliau juga mengenal pasti keadaan pasaran. Apabila ekonomi mantap maka perubahan dari segi kehidupan sosial juga terus meningkat maka dengan secara tidak langsung permintaan pasaran adalah tinggi jika beliau mengedar motosikal yang mampu dimiliki oleh penngguna dengan harga yang kompetetif. Teknologi pembuatan pada masa itu adalah sesuatu yang baru pada negara kita. Justeru itu, beliau sedar bahawa peluang untuk

membawa teknologi ke dalam negara mungkin tidak praktikal kerana kos yang amat tinggi untuk membawa masuk teknologi luar. Maka dengan menjadi pengedar maka faktor-faktor tersebut dapat dielakkan dan kos akan mejadi lebih murah. Seterusnya beliau juga mengenal pasti jumlah pesaing yang ada pada ketika itu. Beliau sedar yang saingan adalah kurang. Dengan kurangnya persaingan maka peluang memasarkan produk dan perkhidmatan akan menjadi lebih tinggi. Dengan wujudnya dasar ekonomi baru yang di wujudkan oleh kerajaan pada masa itu beliau sedar bahawa peluang beliau untuk berjaya dalam pengedaran motosikal adalah tinggi dengan adanya bantuan dari pihak kerajaan. Apabila semua kajian dan penyelidikan tentang faktor-faktor dalaman dan faktor-faktor luaran langkah seterusnya yang beliau mungkin lakukan ialah merancang perniagaan. Rancangan perniagaan adalah penting kerana ianya menerangkan atau mengambarkan secara terperinci dan keseluruhan rancangan pernigaan yang akan diceburi dan juga objektif dan matlamat penubuhan pernigaan tersebut. Rancangan pernigaan juga boleh dijadikan garis panduan oleh mendiang Tan Sri Dato Loh untuk menyemak atau mengenal pasti kekuatan atau kelemahan yang mungkin wujud (Patricia Utton, 2001 dalam OUM, 2007; OUM, 2007). Penyediaan rancangan perniagaan adalah penting kerana dari situ mendiang Tan Sri Dato Loh akan dapat mengenal pasti tahap perkembangan yang sepatutnya syarikat beliau capai dengan perpandukan perancangan yang telah digariskan sebagai pengukur. Dengan adanya perancangan perniagaan, beliau juga menetapkan visi dan misi syarikat yang beliau tubuh. Oleh kerana perniagaan yang beliau ceburi adalah menjadi pengedar tunggal motosikal Honda maka penjenamaan adalah penting. Ini adalah kerana jenama mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas kuasa belian pengguna. Oleh yang sedemikian, penjenamaan merupakan salah satu daripada proses yang beliau lakukan. Untuk mengeluar produk atau perkhidmatan dengan jenama yang baru dan kurang dikenali adalah sesuatu yang sukar dan akan memberi kesan kepada perancangan pernigaan (McCarthy & Perreault, 1994). Di sini kreativiti memainkan peranan yang penting. Untuk mencapai penjenamaan yang baik dan akan dikenali dan dalam pada masa yang sama untuk menarik kepercayaan dan kuasa beli para pengguna, mendiang Tan Sri Dato Loh telah mengekalkan jenama asal motosikal tersebut yang sememangnya telah dikenali seluruh dunia dan membuat sedikit modifikasi dengan meletakan nama beliau juga. Maka dengan itu beliau telah berjaya menghasilkan jenama yang baru yang menjadi lambang syarikat beliau dan secara tidak langsung penjenaam semula motosikal yang beliau telah lakukan telah menjadikan perniagaan beliau berkembang dengan pesatnya dan dapat bertahan sehingga hari ini.

También podría gustarte