1.

0 PRABACAAN

Prabacaan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu :1. 2. 3. Pengamatan penglihatan Pengamatan pendengaran Pergerakan tangan dan mata

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi

menyediakan kanak-kanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan. Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua, iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan

peglihatan, aktviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Menurut Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly, Chong (1992) pula, tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca. Dengan kata lain, makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran . Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembaca boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. Guru hendaklah menjalankan aktiviti melukis garisan-garisan tertentu yang menyerupai huruf.

1

Garisan-garisan ini hendaklah dimulakan dengan garisan lurus atau bentukbentuk yang seimbas dengan huruf yang diperkenalkan kepada murid. Di akhir tahun-tahun 1970-an, terdapat laporan-laporan yang menyatakan ramai murid sekolah rendah (terutama yang tinggal di luar bandar) yang tidak boleh membaca atau tidak cekap membaca bahasa mereka sendiri (bahasa Melayu). Tentu banyak sebabnya perkara „tidak boleh membaca‟ ini berlaku. Tetapi bagi mencari penyelesaian, elok dikaji semula antara lain, kaedah mengajar Bahasa Melayu di peringkat awal (Darjah 1 atau 2), dan menggubal cara yang lebih sesuai, mudah dan berkesan. Seharusnya sebahagian besar (90%) daripada murid-murid kita dapat membaca bahan-bahan bacaan yang „senang‟ pada akhir Darjah 1 persekolahan mereka, jika pengajaran membaca dibuat secara sistematik dengan mengambil kira hal-hal berikut: a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah „alphabetic‟ dan fonemik – ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. (Ini berbeza sekali dengan sistem ejaan bahasa Inggeris yang amat rumit itu). b) Suku kata perkataan-perkataan bahasa Melayu adalah mudah dan jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain –dengan bahasa Inggeris

misalnya). Kedua-dua ciri dalam bahasa Melayu di atas sahaja seharusnya sudah dapat meyakinkan kita bahawa kita tidak boleh meniru dan mengambil terus kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris untuk mengajar membaca di peringkat awal. c) Murid-murid Melayu (termasuk sebahagian besar murid-murid Bukan Melayu) yang melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mengetahui bahasa Melayu dan mempunyai perbendaharaan kata bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka terus belajar membaca bahasa Melayu. Ertinya mereka belajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bukan sebagai bahasa kedua (misalnya bahasa Inggeris). Jika kita meniru kaedah mengajar membaca bahasa Inggeris (sebagai bahasa kedua) untuk mengajar mambaca bahasa Melayu sudah tentu ini akan membawa kepayahan dan

2

kelambatan

untuk

murid-murid

kita

belajar

membaca

bahasa

kita.

Terdapat pelbagai kaedah mengajar membaca yang pernah digunakan oleh guru-guru kita – „kaedah abjad‟ , „kaedah fonik‟, „kaedah pandang dan sebut‟, „kaedah eklektik‟ dan sebagainya. Bahan-bahan untuk murid berlatih membaca sendiri adalah penting, ini kerana jika murid-murid tidak mempunyai bahan-bahan atau buku yang boleh mereka membaca di masa lapang atau di rumah, pembinaan kemahiran membaca akan terencat. Ini terutamanya akan berlaku di kalangan murid-murid di luar bandar atau daripada keluarga miskin di mana bahan-bahan bacaan di rumah sangat kekurangan. Agak munasabah kenyataan bahawa murid-murid akan menambah kecekapan membaca dengan terus diberi kemudahan untuk mereka membaca. Dalam rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (3M) nanti, kejayaannya – dari segi matlamat supaya semua murid dapat membaca, menulis dan mengira – bergantung besar atas faktor adanya bahan-bahan dan bukubuku yang sesuai, beragam dan mencukupi untuk murid-murid membaca. Bahan-bahan itu haruslah menarik dan berisi : berbagai „ilmu pengetahuan‟, mesej moral, dan sebagainya.

1.1 KAEDAH MENGAJAR MURID-MURID MEMBACA DI PERINGKAT AWAL

Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat membaca dengan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain, dan daripada beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius. Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca (termasuk menulis dan mengira) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru-guru, dan ibu bapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga-tiga kemahiran itu menjadi alat yang asas untuk kanak-kanak mempelajari Ilmu Sains, Ilmu Alam, Sejarah, Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, Seni

3

Perusahaan, mata pelajaran Teknikal, Agama serta pengetahuan dan kemahiran lain. Kemahiran 3M adalah „alat‟ asas untuk seseorang meneroka ilmu, mencipta, dan membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam menguasai 3M amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari. Maksudnya, definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat „mengenal huruf‟ sudah tidak memadai lagi. Taraf minimum yang harus dianggap sebagai „functionally literate‟ di Malaysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan seseorang itu membaca dan memahami tulisan di dalam

suratkhabar, dan menulis surat-surat urusan harian sendiri. Taraf pencapaian minimum inilah yang harus dapat dicapai oleh 90% daripada murid-murid sekolah apabila mereka sampai ke Tingkatan 3. Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-asas yang kukuh perlu dibina secara progresif dari awal. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak dalam negara kita, mula mengenal huruf hanya apabila mereka menjejakkan kaki di bangku sekolah. Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. Hal ini sengaja ditekankan kerana sudah diterima sebagai „biasa‟ bahawa di antara tugas utama guru-guru di sekolah dasar ialah mengajar kanakkanak supaya dapat membaca dan menulis. Jika ini belum dicapai, apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan, tugas guru belum dikira sempurna. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem persekolahan kita memberikan kecekapan membaca, menulis dan mengira kepada anak-anak, dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran tersebut, maka sistem persekolahan itu dianggap gagal, dan harus dikaji semula serta dipulihkan. Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang besar di dalam sistem pelajaran kita, hanya sekadar untuk meninjau beberapa kaedah mengajar di peringkat awal : (beberapa definisi dan andaian asas) a) Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat permulaan membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid Darjah 1, di sekolah-sekolah dasar kita;

4

Saya kira kaedah ini mengambil masa yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas. kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya. atau lebih untuk mengetahui nama-nama huruf hingga tahu membaca ayat-ayat .b. Setelah beberapa minggu barulah disebutkan huruf-huruf vokal: a.Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Kemudian barulah diberi latihan membaca ayat-ayat yang pendek. a.b) Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah „normal‟ dari segi keupayaan atau kebolehan mereka belajar.i. Memulakan pengajaran membaca dengan menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf. Selepas itu dibina sukusuku kata “ba – tu”.c. dan diikuti pula dengan mengeja perkataan-perkataan. Murid-murid hanya mengambil masa tiga hingga empat bulan. Murid-murid diajar menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a. menguasai perbendaharaan kata yang „mencukupi‟ akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu.b. atau bercampur-gaul dengan orang-orang Melayu.…z. c) Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan (walaupun mungkin dalam bentuk dialek). 1.2.o. sebenarnya menegaskan sesuatu yang boleh membosankan murid-murid. 1.e.c…hingga z. Dengan kata lain mereka belajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama.u. “ka – ki” dan sebagainya.2 KAEDAH PENGAJARAN YANG BIASA DIBUAT 1.1 Kaedah abjad Kaedah Abjad bolehlah dianggap sebagai kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan Melayu.2 Kaedah ‘Pandang dan Sebut’ (look and say) 5 .2.

Kecelaruan ini menyebabkan ahli-ahli pendidik bahasa menganggap kaedah Pandang dan Sebut itu lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar permulaan membaca. bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan fonemik yang sempurna. Kaedah itu lebih bermakna daripada Kaedah Menghafal „nama setiap huruf itu‟. Jadi. pensel dan sebagainya. rumah. sekolah. Jadi Kaedah Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. budak. dan murid-murid ini sukar mengenal perkataan-perkataan yang „baru‟.Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. baru-baru ini timbul semula hujah-hujah dan kajian-kajian yang membuktikan bahawa kaedah fonik 6 . sebab didapati ramai murid biasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca. perkataan pensel. dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya. Kadang-kadang digunakan kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di bawah gambar rumah. sejak beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula. Bahkan ramai yang menghafal „perkataan-perkataan‟ berdasarkan gambar daripada „mengenal‟ perkataan-perkataan. Di sebalik menggunakan kaedah ini untuk mengajar. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli-ahli pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. Kemudian baru diajar mengeja tiap-tiap perkataan. Tetapi. meja. Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba „mengenal‟ keseluruhan lambanglambang itu untuk mendapat membaca. Kemahiran murid-murid „mengenal‟ perkataan-perkataan tidak dapat menjelma dengan cepat. Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik sekarang pun) kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. bercelaru dari segi symbol-sound relationship. Misalnya batu. Mereka harus mengenal beberapa puluh „lambang perkataan‟ sebelum boleh membaca ayat-ayat. pokok. dan sebagainya. Perkataanperkataan yang ditulis penuh adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya.

yang melambangkan sesuatu benda. Ertinya lambing huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. „s‟ –„ss‟. maka kaedah fonik 7 . dan oleh sebab suku kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas. „ba‟. „z‟ – „zz…‟. Kemudian baru digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan – „dada‟. 1. Kaedah ini akan menyusahkan dan melambatkan lagi murid-murid mencapai kemahiran membaca bahasa Melayu. (iaitu ada hubungan yang agak teratur di antara „huruf‟ dan „bunyinya‟). terutama mengajar murid-murid Melayu. „tu‟.3 Kaedah Fonik Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan di antara simbol (huruf) dan „bunyi‟ (grapheme phoneme relationship) supaya kemudian mereka dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi. Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang menggunakan perkataan-perkataan ini. suku kata pula dibina. Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya. „kata‟. „mi‟ dan sebagainya. „ka‟. Misalnya „a‟ dibunyikan „aa…‟. Misalnya. „lu‟.mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada kaedah Pandang dan Sebut untuk mengajar permulaan membaca bahasa Inggaris. „u‟ – „uu…‟. diajar „bunyi-bunyi‟ huruf. dan sebagainya. dan sebagainya (satu morfem) dengan satu perkataan. „batu‟. „da‟. oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik. Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu huruf boleh dikatakan melambang satu „bunyi‟ – lebih fonemik daripada misalnya sistem ejaan bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang dan Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu. Nyata sekali. Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasa-bahasa yang memakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik) seperti sistem ejaan bahasa Cina. „lalu‟. dan sebagainya. „t‟ – „tah‟.2. idea.

1. Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara Kaedah ini diterapkan. Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini.ini sesuai sekali digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataanperkataan Melayu. yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa Melayu. Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf yang kurang bermakna pada permulaannya.4 Kaedah Eklektik Kaedah ini adalah kaedah Campuran – campuran kaedah-kaedah mengikut kesesuaian murid. dan keadaan pembelajaran murid-murid Melayu di pihak lain. Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut. ada penujuan analitik dan ada pula penujuan sintetik-analitik.2. agak banyak yang mengajar kurang sistematik. Dan biasanya masa yang agak panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan dan ayatayat yang bermakna. struktur suku-katanya. tetapi Kaedah itu haruslah sistematik 8 . Jadi kerap kali Kaedah ini menjadi akedah cacamurba. Bagi bahasa Melayu. Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar „eklektik‟ tetapi sistematik. Ada yang menggunakan penujuan sintetik. Maksudnya kita harus menciptakan Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama. kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini. situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan. dan tatabahasanya di suatu pihak. ialah seolah-olah mereka memikirkan Kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi kanak-kanak Melayu kita. kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan.

dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna. Kaedah yang dicadangkan ini menegaskan yang kita boleh menggabungkan terus „kaedah fonik‟ dan „kaedah pandang dan sebut‟ dalam satu pelajaran membaca. tiga pelajaran saja mereka akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat.1. Malahan kita tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a. c) Ciri-ciri yang baik daripada „kaedah fonik‟ dan „kaedah pandang dan sebut‟ boleh digabungkan. c… sampai z secara tertib biasa. b) Suku kata perkataan-perkataan Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain – dengan bahasa Inggeris misalnya). dan merasa bangga yang mereka boleh membaca serta faham akan yang dibaca. 9 .3 KAEDAH GABUNGAN YANG DICADANGKAN Kaedah gabungan untuk mengajar membaca bahasa Melayu kepada murid-murid peringkat awal (prabacaan) yang dicadangkan di sini berasaskan hal-hal berikut: a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik – ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka disuruh membaca perkataan-perkataan atau ayat. Kaedah gabungan ini mencadangkan biar murid-murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan. b. dalam satu dua pelajaran. Kita tidak perlu menunggu muridmurid mengetahui semua nama huruf. pada peringkat awal. d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke Darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai perbendaharaan bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca. Dengan cara begini dalam dua.

terdapat beberapa contoh: a) Mulakan dengan perkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a o u dengan menggunakan kad imbasan (flash card). c) Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata: da di du ka ki k u sa si su Seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna. kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latihan murid-murid membacanya: baba bubu dada kuku d) Perkenalkan gabungan lain: a ku aku a da ada i ni ini i tu itu bu ku buku ba ba baba bu ka buka ba ju baju 10 . selang-seli. b) Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan. misalnya: ba ba baba bu bu bubu da da dada ku ku kuku Ulangkan ini beberapa kali.Untuk menjelaskan kaedah ini secara konkrit. Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali. misalnya: d k m dengan menggunakan kad imbasan. dan buat latih-tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas.

‘baju’. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula: buku dia buku baba buku aku/ku Gantikan ‘buku’ dgn ‘baju’. e) Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya.Seluruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas: aku ada buku aku buka baju ini buku aku itu baju aku Kemudian gantikan ‘aku’ dengan ‘baba’ dan ulang membacanya. dan ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan. i bu ibu bu di budi u da uda budi ibu budi ibuku budi uda di a dia ka ki kaki kaki dia kaki ibu kaki kuda Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta: ibu buku baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda 11 .

Dari segi emosi. dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. emosi dan fizikal. kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi mintanya terhadap bahan-bahan bacaan (seperti bermain dengan bahan bacaan. e.Begitulah beberapa contoh kaedah gabungan yang boleh diajar di dalam tiga. Dari segi umur. Selain faktor fizikal. Secara khusus. o : b. membelek-belek bahan bacaan. k dan membaca suku kata. emosi dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Secara luas. kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telah diketahuinya. keupayaan matanya mengecam bentuk. sama ada di peringkat mendirikan asas. khususnya yang berupa cerita. perkataanperkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya. sentiasa melihat orang di sekeliling membaca dan ada pula orang yang membacakan 12 . kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan. sejam sehari.4 KESEDIAAN MEMBACA Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental. melihat bahan bacaan. 1. factor persekitaran amat mempengaruhi kesediaan kanak-kanak membaca. kanakkanak yang terdedah dengan pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir. Sebagai contoh. ada kanak-kanak bersedia membaca seawall umur empat tahun dan ada pula kanak-kanak yang hanya bersedia membaca setelah berumur enam tahun. mengukuhkan asas mahupun peringkatperingkat lain yang lebih tinggi. emosi dan mental. Dari segi fizikal kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari sudut keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan. empat hari. iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang aktiviti bacaan. Dari segi mental. kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal. dan berminat melihat orang di sekitarnya membaca) dan minatnya untuk mendengar bacaan. d. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a. i.

Meniarap (aktiviti kesediaan membaca) merangkak ( aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca) . malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak. Berdasarkan pandangan Syed Abu Bakar ini dapat kita rumusan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan peringkat-peringkat bacaan seperti yang di bawah.berdiri (aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca . usaha untuk mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia. Cuma bentuknya berbeza.” Beliau berpendapat. Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami oleh kanak-kanak dalam perkembangan otototot tubuh mereka. berlari ( mahir membaca peringkat tinggi) 1.5 AKTIVITI KESEDIAAN MEMBACA Syed Abu Bakar (1994) mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua. Peringkat bacaan meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. mereka perlu meniarap. Menurutnya. Menurut Ismail Zakaria. makna istilah tahap prabacaan dan kesediaan membaca adalah sama. merangkak dan berdiri terlebih dahulu. ibubapa dan guru. Salmah Othman dan Elly Chong (1992) pula. Keadaan yang sama berlaku untuk kemahiran membaca. Dengan kata lain. kemahiran pengamatan penglihatan. Umpamanya sebelum mereka boleh berjalan.buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebaya yang tidak mendapat peluang yang sama. tahap prabacaan merupakan satu tempoh menyediakan murid untuk membaca.berjalan ( mahir membaca peringkat rendah) . Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran. Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca sangat penting. aktiviti koordinasi psikomotor. “Jika tahap ini tidak dapat dicapai terlebih dahulu. Pada tahap ini murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang 13 . iaitu peringkat prabacaan dan peringkat bacaan.

14 . Guru member murid kad gambar dan murid melekatkan kad itu di papan kenyataan mengikut tajuknya seperti benda hidup. aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Buku Sumber Bahasa Malaysia Tahun 1 (1983) dapat dimanfaatkan oleh para guru. pakaian. pengamatan pendengaran. 3. iaitu pengamatan penglihatan. warna dan saiz. pakaian. Aktiviti Guru/Murid: 1.mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. benda yang tidak boleh dimakan.6 AKTIVITI PENGAMATAN PENGLIHATAN 1.6. benda yang boleh dimakan. 1. kelas dan kumpulan. benda bukan hidup. Aktiviti Murid: Murid melaksanakan gambar yang telah dicampuradukkan oleh guru.6. Tiga kategori aktiviti disediakan. Guru berbincang dengan murid tentang benda hidup dan benda bukan hidup. alat tulis-menulis dan lain-lain. 2. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah : Untuk mencapai tujuan ini.1 Aktiviti Pengamatan Penglihatan 1 Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis. baju.2 Aktiviti Pengamatan Penglihatan 2 Menggunting dan menampal berbagai-bagai gambar mengikut tajuk di papan kenyataan atau di buku skrap kelas. Murid menyebut “benda hidup” atau “benda bukan hidup” sebagai respons terhadap kad benda yang diimbaskan oleh guru. dan alat tulismenulis. lain-lain. Aktiviti ini dilaksanakan secara individu. Bahan: Pelbagai gambar kereta. Bahan: Gambar benda hidup. 1. dan pergerakan tangan dan mata.

Aktiviti Guru/Murid: 1.1 Aktiviti Pengamatan Pendengaran 1 Mengetuk benda satu persatu untuk mendapatkan pelbagai bunyi dan mengecam perbezaan bunyinya. 15 . paku. hujan lebat. Murid menyanyi lagu “Mari Bergembira” dengan meniru nyanyian daripada pita rakaman atau nyanyian atau nyanyian guru sendiri. 1.2 Aktiviti Pengamatan Pendengaran 2 Mendengar rakaman dan menyatakan bunyi-bunyi alam seperti bunyi air mengalir. Aktiviti Guru/Murid: 1. 2. air menitik. air menitik. petir.7. Murid menyatakan sama ada bunyi benda itu sama atau tidak. meja. Guru memperdengarkan bunyi-bunyi daripada pita rakaman. 1. 2. petir. meja dan batu.7. batang kayu. 3. Murid menggunting gambar dan menampalkannya dalam buku skrap mengikut tajuk tertentu. Beberapa gambar carta yang dapat disesuaikan dengan bunyi-bunyi yang diperdengarkan. Rakaman bunyi-bunyi itu diperdengarkan sekali lagi dan murid menyatakan jenis bunyi itu. angin menderu. dan ombak. Guru memperkenalkan benda-benda yang menghasilkan bunyi seperti tin. tin.4. angin menderu. Guru mengetuk dua benda yang berlainan. Bahan: Pita rakaman yang mengandungi bunyi air mengalir. Bahan: Paku. angin kencang. batu. 4.7 AKTIVITI PENGAMATAN PENDENGARAN 1. hujan lebat. angin kencang. Guru mengetuk benda itu satu persatu beberapa kali dan murid mendengarnya. tempurung. batang kayu. tempurung. dan ombak.

model pokok. Minta murid menceritakan hasil kerja mereka. benda maujud (dulang berpasir. 1. Murid melakar garis pada dulang pasir dari model pokok ke tiang bendera.8. cawan. 2.8 AKTIVITI PERGERAKAN TANGAN DAN MATA 1. manik. kertas pendua yang mengandungi perjalanan atau arah yang dibuat dengan garisan putusputus. 1. model tiang bendera. Teknik memegang cawan dipelbagaikan. air). Murid-murid lain memilih gambar yang sesuai dengan bunyi yang dinyatakan. dan bubur kertas. tanah liat atau bubur kertas dan lain-lain.3.2 Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata 2 Melakar bentuk yang sesuai dari kiri ke kanan.1 Aktiviti pergerakan Tangan dan Mata 1 Membentuk benda daripada plastisin. Aktiviti Murid: 1. Bahan: Plastisin.8. Bahan: Lembaran kerja. Berikan bahan kepada murid dan minta mereka membentuk benda atau model yang disukainya. bola. Aktiviti Guru/Murid: 1. Murid memegang cawan plastic yang penuh dengan air dengan tangan kanan dan menggerak-gerakkan tangan kanan mereka ke kiri ke kanan dan sebaliknya. dari kanan ke kiri dan dari atas ke bawah untuk membolehkan membentuk huruf. 3. 2. Buat satu atau dua benda daripada bahan yang diberi sebagai contoh. tanah liat. 16 . Menggolekkan bola di atas dulang berpasir dengan jari dari kiri ke kanan dan sebagainya. 3.

Sebagaipermulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. menganyam. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. tangan. sepatutnya mereka telah faham dan boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa.jari serta kordinasi mata tangan. mengoyak. Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah 17 . Tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. 1) Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga keperingkat contengan terkawal. 2.2.lain 2) Menguasai gerak tangan bebas. cara duduk dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak mendapatkan latihan otot.0 PRATULISAN Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh kelompok masyarakat. cara memegang alat tulis.1 TULISAN MEKANISME Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti menggunting. 3) Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan. menampal. menguli tepung dan lain. Peringkat pra tulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut: 1. dari atas ke bawah dan lain-lain. 4) Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

arah tulisan yang tidk betul. bercelaru. Bermula dengan ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil sempit.. Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. kemahiran belajar dan membentuk makna. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis.………….2 KEMAHIRAN MENULIS ASAS Teknik Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis asas Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat dengan bacaan. kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah". Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis. mengenal. menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. mengeja. Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat. …………. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah menulis.terlalu jarak atau terlalu dekat. masalah emosi. --------. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan. …………. 2.. huruf. ………… 18 .latihan membentuk huruf diberikan. Meneliti. i. membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis. tanda baca. senget.. 2. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :    Kemahiran mengawal dan memegang pensel.3 AKTIVITI-AKTIVITI LATIHAN PRATULISAN a) Latihan mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri ke kanan. Mercer (1985) yang bersetuju pendapat Hidreth (1947) "menyatakan bahawa punca utama ialah masalah ‟psikomotor‟.

di atas pasir. e) Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dan garisan lurus. BULATAN BESAR – BULATAN KECIL c) Latihan-latihan gerak jari dengan mempermain-mainkan jari. 19 . menekannekan jari. d) Latihan membentuk garisan lurus.0 PEMULIHAN BACAAN 3. di meja.Dilakukan secara bebas. 3. pengetahuan.b) Latihan membentuk bulatan di udara. meramas-ramas jari dan sebagainya.1 PENGENALAN Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. di rumput tanpa menggunakan alat tulis. menggoyangkan tangan. di lantai. dan pengalaman sedia ada. aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. Justeru. Terdapat dua faktor yang menyebabkan seseorang murid itu tidak dapat membaca: a) Faktor yang ada pada murid itu sendiri (pembaca) o Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini adalah seperti kecerdasan berbahasa. f) Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat. kebolehan berbahasa.

C. . Melalui aktiviti pemulihan. panjang pendek ayat. penggunaan dan organisasi bahan grafik. o Faktor-faktor yang tergolong dalam bahagian ini pula meliputi perbendaharaan kata.. 20 .. 3. diftong. kendungan bahan. guru perlu memastikan murid-murid supaya menguasai dan menghafal huruf „a‟ sehingga „z‟ dengan urutan yang betul.2 AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN Aktiviti utama dalam mengajarkan pemulihan bacaan adalah pengajaran fonetik dengan betul. Penghasilan artikulasi yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza. guru perlu melaksanakan aktiviti berikut:     Nyanyian lagu A. Justeru. struktur cerita. Pengajaran bunyi vokal.B.b) Faktor yang ada pada bahan bacaan. guru perlu mengajarkan alat-alat sebutan bunyi seperti:          Bibir Gigi Gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Lidah Rongga tekak Rongga mulut Kaedah abjad juga merupakan asas yang perlu dikuasai murid. Justeru. dan konsonan juga perlulah ditekankan. Menayangkan huruf satu persatu secara berulang Padanan abjad Menyebut huruf satu persatu secara berulang.

Guru perlu melalui pelbagai proses semasa menyediakan bahan bacaan seperti memproses bahan. memilih bahan. Bahan pengajaran pula perlulah menarik. mengolah bahan. 3. Aktiviti pemulihan membaca perlulah dilakukan dengan menggunakan pendekatan. Pengetahuan dan pengalaman guru tersebut dapat membantu perancangan dan penyediaan proses pengajaran.Latihan Pandang dan Sebut juga menjadi asas pemulihan yang perlu diajarkan oleh guru supaya murid berjaya menguasai kemahiran membaca. dan teknik yang sesuai agar muridmurid mampu menguasai asas kemahiran berbahasa iaitu membaca. kvk. dan memenuhi keperluan pancaindera. kv+kv. Pengetahuan dan pemahaman guru dapat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kefahaman. dan kv+kvk. Latihan ini juga melibatkan penggunaan gambar untuki merangsang murid supaya bertutur.3 ANALISIS AKTIVITI PEMULIHAN BACAAN Guru sepatutnya dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan murid. permainan baling dadu untuk membentuk perkataan yang mempunyai suku kata kv. Antara permainan yang boleh dijalankan oleh guru termasuklah permainan yang berbentuk pergerakan. membina. Aktiviti permainan bahasa dapat memupuk minat murid untuk menguasai kemahiran membaca. menggunakan dan menilai bahan. 21 . kaedah. permainan respon terhadap bunyi huruf. Pengolahan bahan pengajaran merupakan aspek yang penting dalam mengajarkan asas kemahiran bacaan.

Kelas pemulihan ini biasanya diberi nama kelas lembam (yang kebetulannya membawa berbagai-bagai makna negatif). langkah yang pertama sekali ialah untuk mengesan dan mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam bidang membaca. Diagosis ini akan memberi petunjuk kepada guru mengenai langkah-langkah khusus dalam pengajarannnya untuk mengatasi kelemahan murid tersebut. sama ada bidang membaca. Peperiksaan penilaian darjah tiga di sekolah rendah pula ialah bertujuan mengesan kelemahan murid untuk dibetulkan. atau diberi pemulihan dalam darjah empat. iaitu menentukan jenis kelemahan secara khusus dalam sesuatu bidang sahaja. menulis dan mengira. rancangan pemulihan yang sedang dijalankan di sekolah ditumpukan di sekolah rendah. menulis dan mengira.0 PEMULIHAN TULISAN 4. Langkah ini diberi nama saringan. 22 .4. Murid-murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru bersama murid lain diasingkan. Kemudian. dan seorang guru pemulihan ditugaskan untuk mengajar murid-murid ini. berikut dikemukakan cara-cara pelaksanaan rancangan pemulihan dalam 3M. supaya pengajaran benar-benar sesuai untuk murid tersebut. Setakat mana perkara ini dilaksanakan terpulanglah kepada kemampuan dan kesanggupan guru-guru darjah empat. menulis atau mengira. Guru pemulihan yang ditugaskan akan membuat penyelidikan dan penyiasatan latarbelakang murid.1 CARA-CARA PELAKSANAAN RANCANGAN PEMULIHAN Pada masa ini. setelah murid-murid tersebut dikesan dan diasingkan. Selaras dengan keperluan kurikulum di sekolah rendah yang mementingkan kebolehan membaca. Sebelum Sesutu rancangan pemulihan dapat dijalankan. Beberapa waktu pelajaran telah diasingkan untuk memberi pengajaran secara individu kepada murid-murid ini. langkah yang kedua ialah diagnosis.

2 SARINGAN DAN DIAGNOSIS Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. 2. guru akan menyuruh mereka berhenti clan mengutip tulisan tersebut. b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid. kerana ada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Setelah tiga minit. Walau bagaimanapun. atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru bilik darjah. Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan. cara yang dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik. Guru sangat kenal akan tulisan buruk. dan selalunya marah kerana ia terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak dibacanya. atau ringkasan. Ayat. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan. Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal semua kandungannya. cara ini kurang memuaskan.4. guru menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. atau perenggan biasa boleh digunakan. asalkan me¬matuhi dua syarat berikut: a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja. guru boleh memberitahu murid supaya menulis ayat tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan. 1. Cara berikut untuk mengesan. Dengan itu. dan murid itu juga mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihad¬kan. atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis. Setelah semua murid selesai menulis. 23 . 3.

c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan dibahagi dengan masa). b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan ujian yang menghadkan masa. dan dari kajian ini satu skel purata disediakan yang dapat diperkait¬kan dengan darjah murid Dengan menggunakan Skel Tulisan ini. guru harus dapat membuat diagnosis. 5. sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. dan 'Minneapolis Handwriting Scale'. atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah. atau menentukan apakah jenis kelemahan murid tersebut. b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak mengehadkan masa.4. c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses 24 . atau yang tulisannya terlalu besar.`Ayres Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition) „. Contoh-¬contoh skel ini ialah „Thorndike Scale for Handwriting'. Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan. Dari ujian ini. guru harus memerhatikan perkaraperkara berikut: a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa. d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri. Walau bagaimanapun.`American Handwriting Scale'. Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas. a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian yang masanya dihadkan. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya. Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanya memadai untuk situasi bilik darjah. murid-murid berikut memerlukan latihan pemulihan tulisan. Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut. skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan) dan tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis.

kecuali huruf L Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca. atau yang memerlukan penelitian kali kedua. diikuti dengan huruf n.3 CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiap murid. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid sekolah rendah. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi 25 . n seperti u. tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. menutup e. Huruf besar biasanya mudah dibaca.e. Penerangan. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca. untuk menyediakan cartanya itu. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis r seperti i. beberapa huruf didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca.diagnosis ini ialah dengan membaca tulisan murid.s dan t. Contohnya huruf kecil r. Dari penyelidikan Pressey.a. adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid.n. 4. Perkara ini mudah dibuat dengan meng¬gunakan Carta 'The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'.o.menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50%. Huruf yang paling menimbulkan kerumitan ialah r. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. membuat d seperti cl. o seperti a dan a seperti u.

dan seluruh anggota tangan harus dihayun. walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. atau krayon adalah seperti berikut: 1. seperti pada umur empat tahun setengah. Kemudian. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis. Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil. murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah belakang pensil. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat. atau krayon.4 KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA Pengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh. 3.menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam. Kemudian. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil. Seperti pengajaran bahasa juga. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Perihal menghubung¬kan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. 4. 2. bukanlah setakat tapak tangan sahaja. murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini. 4. penulisan adalah lebih mudah dipelaj ari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil tersebut. 26 . sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa. atau dalam fikirannya. maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk. Dengan sebab ini.

garisan. 27 . dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid. murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta. supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul. jari telunjuk. Bentuk-bentuk yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan. 4. lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka.5. Setelah itu. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan.5 LATIHAN SEBELUM MENULIS Murid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan jari mereka.

murid-murid akan tertarik dengan pengajaran guru tersebut dan ini akan meningkatkan motivasi murid-murid untuk terus mencuba apa yang dipelajari sehingga berjaya. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid.4. Guru juga perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas.6 RUMUSAN Murid bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanakkanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam. 28 . Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Jika pengajaran dan pembelajaran guru tersebut menarik. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Walau bagaimanapun. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Penerangan.

Dengan ini. penggunaan boneka juga juga mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan.1 PENGENALAN Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.BAHAGIAN 5: AKTIVITI PEMULIHAN MENGGUNAKAN KAEDAH BONEKA 5.Selain daripada itu. Boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau maklumat dengan lebih berkesan. 29 . Pengaplikasian permainan boneka akan mendedahkan murid untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita. murid-murid akan lebih menghayati dan memahami sesebuah penyampaian itu dengan khusyuk di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. dan merangsang imaginasi. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog.

Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya.5.2 Boneka lidi Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal.1 Boneka Sarung Tangan Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini. kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka. 5. boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.2.2. 30 .2 JENIS-JENIS BONEKA 5.

lutsinar dan kertas tebal. diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. 31 . Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi.3 Boneka wayang kulit Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal. Semasa memainkan boneka ini. plastik. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.5.2. ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Boneka ini juga boleh dibuat daripada kulit.

Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit tetapi berbentuk tiga dimensi. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. 5. Semasa digunakan. rotan. tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak. plaster-of-Paris atau kayu.2. 32 .2.5 Boneka tongkat Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu.4 Boneka bertali Boneka bertali atau „marionette‟ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache.5. buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut.

33 . Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walau bagaimanapun guru boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Guru perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. guru perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu. Skrip cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu guru menyampaikan cerita. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. dan pengajaran bahasa. Pertama.5. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita. kemudian guru perlu membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. guru menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita. Variasi suara perlu difikirkan kesesuiannya dengan boneka yang akan digunakan. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut. Kedua.2 AKTIVITI BONEKA Guru boleh mengapikasikan teknik bercerita dengan menggunakan boneka bagi pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna. sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. guru perlu memilih untuk bercerita terlebih dahulu dengan mencipta skrip. Guru mempunyai dua pilihan untuk menggunakan aktiviti ini. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada guru di samping menggalakkan daya kreativiti pendengaran murid-murid. Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang. pengetahuan sains.

5. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas dimana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditonton dengan bahagian badan dan kepala sahaja. pakaian.5. jarum. sarung kaki. kertas. sarung tangan.3 KAEDAH MENCIPTA BONEKA Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan. gunting. di antaranya sarung tangan. Alat/ bahan: -Kain belacu. dan sebagainya. sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki.1 Contoh cara membuat boneka sarung tangan Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat.4. ia mempunyai bahagian kepala. benang jahit dan benang bulu Berus cat 34 . pensel.

Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu. Catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki. 35 . Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus. Gunting garisan pengguntingan. 2. Terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas. 5. 3. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya. 7. 6. Lipat belacu sekali.Cara membuatnya: 1. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi – ini garisan jahitan. 4. ini garisan pengguntingan. Boneka siap untuk dilakonkan. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya.

Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas .5.1 Persekitaran Persekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik. 5. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan. gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan kanak-kanak. 5.5 PERSEMBAHAN BONEKA 5.5.3 Teknik penyampaian Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka.5. Semasa bercerita. Guru juga boleh mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka.2 Susun atur Boneka hendaklah disusun di sudut perkembangan bahasa atau di sudut komponen kreativiti dan estetika. jarak serta pertukaran masa dan waktu.5. 36 . Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah guru menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan kanak-kanak tanpa menggunakan pentas. Seeloknya dihamparkan sebidang permaidani untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka.

4 Persembahan Boneka Semasa membuat persembahan boneka. 7. pelbagai jenis pentas boleh digunakan. Pentas kerusi Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas. Guru sebagai pemain boneka duduk di belakang kain semasa menggeraklakonkan boneka. Rentang kain hitam sebagai tirai. Pentas pintu Seperti tingkap. Guru duduk di belakang meja semasa bermain boneka.5. Pentas meja Susun beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian hadapan. papan atau kertas tebal boleh direntangkan untuk menutupi bahagian bawah pintu. Boneka tanpa pentas Boneka (biasanya sarung tangan) dimainkan ke arah audiens. Gunakan dua atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang. Aktiviti yang sesuai ialah aktiviti lisan hyang dilakukan secara berpasangan. Pentas berlipat Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebgai bingkainya kemudian ditutup dengan kain. Guru duduk di luar dan murid di dalam kelas. Pentas rentang Tirai kain hitam diikat merentang pada dinding. Pentas tingkap Tingkap terbuka (tanpa cermin) boleh digunakan sebagai pentas. 4. pintu juga boleh digunakan sebagai pentas. 5. 37 . Kain. Pemain boneka berada di luar dan penonton di dalam bilik darjah. 3. 2. 6. Jenis-jenis pentas tersebut adalah seperti berikut: 1.5.

8. Objek diletakkan dan digerakkan dan digerakkan di atas cermin lutsinar. Teknik overhead projektor (OHP) Overhead projektor boleh digunakan untuk menggantikan teknik wayang kulit. OHP dipancar ke dinding atau kain layar. 38 .

Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.6 RUMUSAN Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan. kefahaman dan membina sebuah karangan.Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti.sosio emosi. menghubungkaitkan dengan keseronokan.perkembangan komunikasi dan bahasa.5. meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik. 39 . Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan. menambah ilmu pengetahuan dan juga pengalaman. Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya.meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan. Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan.

Selain menggunakan kemudahan internet. 40 . saya juga telah mencari bahan-bahan berkaitan dengan isu ini daripada sumber bacaan yang ada seperti keratan akhbar. Saya telah melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan serta isu semasa yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Terutamanya sumber rujukan yang berteraskan buku. Saya dan rakan telah cuba mencari bahan mengenai tajuk yang telah dipilih. Semasa mengkaji isu ini. Namun. perasaan yang terdetik di dalam hati ialah sama ada mampu atau tidak untuk menyiapkan tugasan ini sebelum tibanya tarikh penghantaran. saya berasa sangat sedih kerana kami kekurangan sumber. sumber bahan rujukan yang terdapat di institut ini tidak mencukupi serta tidak banyak berkaitan dengan tajuk ini. akhirnya saya dan rakan sekumpulan berjaya siapkan walaupun berbagai halangan perlu kami tempuhi. Dengan semangat berpasukan yang tinggi.REFLEKSI (NUR AZLAN BIN ABDUL MANAF) Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada pensyarah. Persoalan-persoalan ini saya abaikan terlebih dahulu.

Guru bukan sahaja perlu kreatif malah perlu lebih inovatif serta mampu berfikir secara analitik dalam memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna. 41 . Tugasan yang diberi secara tidak langsung dapat memupuk minat yang tinggi dalam menghasilkan bahan p&p yang pelbagai walaupun memakan masa dan memerlukan pengorbanan dari segi wang ringgit.Tugasan ini memerlukan banyak rujukan daripada buku-buku dan juga internet. Paling mencabar ialah untuk menyiapkan boneka yang memakan masa hampir 2 hari. Diharapkan pendedahan yang diberikan oleh pensyarah sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat membantu saya dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu tinggi agar bersesuaian dengan tahap penerimaan murid sekolah rendah. Ini kali pertama saya menghasilkan boneka kerana sebelum ini saya tidak pernah mendapat pendedahan samada di peringkat sekolah menengah mahupun rendah. Bukan mudah menjadi seorang guru.

html.html. Aktiviti Pemulihan Penulisan. http://ctfazira. Kementerian Pendidikan Malaysia.com/2009/09/pemulihan-tulisan. http://ctfazira.blogspot. http://mohdnorizwansulaiman. Prabacaan. Marohani Yusoff (1999). Diakses pada 16 September 2009 Siti Nurfazira Ramli (2009).com/2009/05/prabacaan. Pratulisan. Diakses pada 16 September 2009 Mohd Nor Izwan Sulaiman (2009).blogspot.com/2009/05/aktiviti-pemulihantulisan. Diakses pada 15 September 2009 Norazlin Nor Shah (2009).html Diakses pada 15 September 2009 42 .blogspot. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.RUJUKAN Buku Azman Wan Chik (1993).blogspot. Mengajar Bahasa Melayu Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Pemulihan Tulisan. http://mohdnorizwansulaiman.com/2009/09/pratulisan. Internet Siti Nurfazira Ramli (2009).html.

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS NAMA AHLI KUMPULAN : KUMPULAN : PISMP AMBILAN JANUARI 2009 UNIT : SNS/BI/PJ SEMESTER : 2 MATA PELAJARAN : WAJ3104 LITERASI BAHASA MELAYU PENSYARAH PEMBIMBING : TARIKH CATATAN T/TANGAN 43 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful