Está en la página 1de 3

Asalammualaikum Semua sahabat !!!.

Saya sambung lagi bagi bahan/media untuk Rawatan kepada pesakit iaitu AIR RUQYAH atau AIR JAMPI. Air adalah satu unsur dari 4 unsur dalam penciptaan manusia.Jika tiada air,manusia tak dapat hidup.Selain air,ada 3 unsur iaitu angin,api dan tanah.Maka sempornalah kehidupan manusia.70 % badan manusia mengandungi air dan 3/4 dari bumi kita adalah air.Olih air sangat sangat penting kepada kita. Dalam Perubatan Tradisional,air adalah bahan paling penting.Air yang telah di rukyah kan akan di minum dan di mandi kan kepada pesakit.Jenis air yang bolih di buat air Rukyah iaitu ; 1.Air Zam Zam 2.Air Kolah masjid atau surau. 3.Air Hujan 4.Air Embun 5.Air Gunong/air tanah 6.Air Sungai 7.Air Perigi 8.Air Paip Hukum atau dalil menggunakan Air Rukyah/jampi. Surat AL Shaad ;42 Maksud nya..Hentamkan kaki kamu,inilah air sejuk untuk mandi dan minum.Peristiwa ini berlaku pada zaman Nabi Ayud As sakit berat dan Allah swt memerintahkan Nabi Ayub As,menghentak bumi maka air terpancut keluar dan Nabi Ayub As,mandi dan minum akan air itumaka Allah swt sembuh kan penyakit Nabi Ayub As.Daripada Dalil ini,ramai Ulama Islam membolihkan kita berubat dengan air Rukyah/jampi yang di jampi kan menggunakan Ayat Al Quran, Zikir zikir Asma Allah dan Selawat Nabi saw serta doa. Sebahgian Ulama Islam membenarkan kita mencamporkan wangian/bunga,limau purut/nipis,air herba dan tumbuhan yang berkhasiat.Ada juga yang membenarkan penggunaan tulang binatang yang halal di makan,yang telah halal di sembelih dengan sembelihan Islam.

1.Khasiat Air Zam Zam. Air Zam Zam adalah air paling baik di dunia ini.Air yang paling istimewa di anugerah kan Allah swt kepada kita.Air Zam Zam mempunyai susunan molikul air paling tersusun indah seperti berlian.Pernah di uji secara saintifik dan lampu letrik menyala. Ada sebahgian ulama mengatakan,cukup di buat minum dan mandi tanpa rukyah/jampi untuk niat perubatan.

2.Khasiat Air Kolah Surau/masjid Air Kolah juga sangat berkhasiat kerana keberkatan air ini di gunakan untuk berwuduk.Air lebihan wuduk akan bercampor kembali ke dalam kolah.Air ini sentiasa mendengar Alunan Azan,khamat,zikir,bacaan Al Quran serta sentiasa mendengar doa para wali wali Allah,orang Mukmin dan orang Islam.Lebihan air wuduk Wali Allah,Sholihin Allah dan Mokmin Allah semasa mengambil wuduk seoertiga malam terakhir.

3.Khasiat Air Hujan Air Hujan menjadi berkat kerana air ini menghidupkan bumi yang gersang/mati.Allah swt turunkan dari langit untuk kehidupan di mayapada ini.Diantara air hujan yang paling berkat ialah hari hujan malam Jumaat.Dan air ini di kira air paling kualiti dalam air hujan.Di samping itu ada juga malam lain yang berkat seperti malam jumaat bulan penoh/kliwon,malam lailatul qadar,malam bulan Ramadan,tetapi sangat sukar nak dapat dan jumpa.

4.Khasiat Air Embun Khasiat Air Embun yang terbaik di tadah pada malam Jumaat,pada sepertiga malam terakhir.

5.Khasiat Air Gunong Air Gunong yang terbaik ialah air gunong yang tidak tercemar.Air yang turun dari awan seperti di Gunong Ledang.Bercampor dengan mineral,tumbuhan herba dan penawar.Air di Gunong Ledang yang terbaik adalah di Gua Majapahit dan Gua Nenek.Kesemua gua ini terletak di puncak ke 6 pada aras ketinggian 4000 kaki.

6.Khasiat Air Sungai Air sungai yang terbaik ialah air sungai yang mengalir deras.Air dari sungai yang tidak kotor dan tercemar.Atau kita kenali dengan nama Air Jeram.

7.Khasiat Air Perigi Air Perigi yang berkhasiat adalah perigi yang berseh.Tidak tercemar dan di gali serta di guna pakai olih orang orang Alim.Sebagai contoh.Perigi Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail,di Pulau Besarsahingga sekarang di guna pakai.Perigi di tepi surau Pulau Besar.Di Pulau Besar ada banyak perigi.Perigi di Masjid Kampong Hulu,Melakadi sedut air nya, untuk berwudokdan di sini,sudah ada 2 keberkahan..pertama air perigi dan kedua air kolahsebab itu lah air kolah Masjid Kampong Hulu,sangat berkah.di rebuti olih orang yang mengetahui sahingga ke Singapura malah Brunai dan Indonesia.Dan saya pernah melihat segala bangsa mengambil air ini !!!,Kenapa tidak dengan kita ????.

8.Khasiat Air Paip Khasiat Air Paip hanya lah jika air lain sukar di dapati.Bagi saya,saya akan camporkan dengan Teras Akar Kayu penawar,jika saya mahu menggunakan air paip.Air campuran ini barulah saya rukyah kan dan baru lah saya mandikan setiap pesakit saya.Untuk minuman pula saya akan camporkan air teras Penawar dengan Air Mineral.Air Mineral memang bolih di gunakan sebagai Air Minuman Rukyah/jampi. Selain Air di atas,Satu air yang sangat UNIK,yang Allah swt anugerahkan kepada kita iaitu Air Kelapa.Air Kelapa sangat mujarab untuk penawar segala penyakit kecuali asma !!!.Air kelapa untuk menawarkan segala keracunan makanan,santau,bisa dan buang toksid.Antara pokok yang paling UNIK di dunia ini adalah satu satu nya Pokok Kelapa.Mana ada pokok lain yang buah nya berisi air

seperti buah kelapa ???.Dari akar,batang,kulit,pelepah,daun,bunga,manggar,buah,nira,santan,hampas kelapa,lidi dan seludang .semua nya berguna !!!.Yang tak tau gunakan ialah kita,kerana kita banyak tak tau dari TAHU !!!.

Tok syeikh

También podría gustarte