Está en la página 1de 12

TEORI FONETIK & FONOLOGI

NURRAZIMAH MOHD YAMAN NURSHUHADA ABU BAKAR NUR THAHRAH YUSNI

DEFINISI FONETIK
Umum kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon), serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ahli Bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Arbak Othman (1983) kajian tentang bunyi-bunyi ujar.

Dr. Lufti Abas (1985) mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal (kecil/tidak penting), dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. Kenstowicz dan Kisserberth (1979) the study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics yang bermaksud pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik.

Cabang Fonetik
Fonetik Artikulasi

Mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi serta pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator).
Mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa iaitu gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak.

Cabang Fonetik

Fonetik Akustik

Fonetik Auditori

DEFINISI FONOLOGI
Umum - (daripada Greek: "suara, bunyi, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.

FrankParker (1994) suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.
Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985) mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa.

dalam

Henderson the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology. Dal bor (linguistik Barat) phonology is the study of the function and patterning of speech sounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia.

PERBEZAAN FONETIK DAN FONOLOGI


Fonetik Fonologi

Fenomena bunyi atau manusia seluruhnya.


Asas kepada kajian fonologi.

pertuturan Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa.
Input kepada kajian linguistik tinggi, iaitu morfologi dan sintaksis. Dapat merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara teliti dan terperinci dengan tujuan untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi secara spesifik.

Tidak dapat memerikan seluruh bunyi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat menghalusi segala variasi bunyi tersebut dan tidak dapat menghuraikan sistem bunyi semua bahasa yang dituturkan oleh manusia dengan sempurna.

SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU


Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor.

MATLAMAT SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU


Umum - tujuan penyeragaman Khusus Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua pengguna bahasa Melayu. Untuk memantapkan struktur dalaman dan sistem bahasa Melayu, iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, laras bahasa, sistem ejaan dan kosa kata. Untuk mewujudkan satu kepelbagaian sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi rasmi. Mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah

PELAKSANAAN SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU


Sebutan Huruf Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Sebutan Kata Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan. Intonasi Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.

Contoh
Vokal a dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka, tertutup, di tengah atau di akhir kata. Ini bermakna vokal a disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan.

Huruf Vokal a

Fonem/Bunyi [a]

Ejaan saya berapa apa

Sebutan [sa ya] [be ra pa] [a pa]

Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV ,KVK , KVK + KVK.
Ejaan (Imbuhan Awalan) pengajar pengedar terasa berlari terangkat Sebutan Baku [pe nga jar] [pe nge dar] [t era sa] [ber la ri] [ter ang kat] Sebutan Johor Riau [pe nga ja] [pe nge da] [t era se] [ber la ri] [ter ang kat]

Contoh
Kata serapan Bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu.
Ejaan Sebutan Baku Sebutan Johor Riau

i) Bahasa Indonesia sama bunyi anda merdeka beza bunyi bangsa


ii) Bahasa Arab sama bunyi fatwa takwa beza bunyi makna iii) Bahasa Inggeris frasa drama

[an da] [mer de ka]

[an da] [mer de ka]

[bang sa]

[bang se]

[fat wa] [tak wa] [mak na]

[fat wa] [tak wa] [mak ne]

[fra sa] [dra ma]

[fra sa] [dra ma]

También podría gustarte