Está en la página 1de 13

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH


PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Pentaksiran Sekolah (PS)

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. PS boleh dilaksanakan dalam bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, ujian penggal. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran (P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P.

PS adalah proses pentaksiran yang berterusan dan dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.
1|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Ciri- ciri Pentaksiran Sekolah:

Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. PS boleh dilaksanakan secara: 1. 2. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

2|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

STANDARD KURIKULUM

STANDARD PRESTASI

Matlamat Objektif MP Standard Kandungan Standard Pembelajaran

PENTAKSIRAN

Pernyataan Standard Deskriptor Evidens Instrumen

Apa yang patut dipelajari

Apa yang dilaporkan tentang perkembangan dan pencapaian murid

Standard Prestasi

Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi ; Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

3|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu. Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara dan kualiti yang ada pada murid yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut.

Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu.

Kerangka Standard Prestasi Jadual 1: Kerangka Standard Prestasi

BAND

STANDARD

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Tahu, Faham dan Boleh Buat

4|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Tahu dan Faham

Tahu

Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterangkan dalam Standard Kurikulum bagi matapelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran.

Pernyataan evidens (murid) adalah pernyataan yang menerangkan bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti ini juga merujuk kepada aspek aspek yang boleh dilaksana dan boleh ditadbir.Evidens (bahan) merujuk kepada bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens boleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan tingkah laku murid. Guru harus kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji penguasaan / pencapaian murid bagi sesuatu domain. Antara contoh instrumen yang sesuai digunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz.

Dalam aspek pengurusan masa dalam PS, kita tidak boleh lari membincangkan perancangan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Sejak kebelakangan ini banyak suara-suara sumbang yang mempersoalkan pelaksanaan PBS. Banyak pihak menyuarakan bahawa PBS menambahkan beban guru, PBS mengganggu P&P, pelaksanaan PBS akan menyebabkan tidak cukup masa untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran.

5|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Rajah 1: Proses Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran (3 P)


Peranan Standard Prestasi dalam PS
MULA

Pemulihan

Belum mencapai tahap penguasaan

Telah mencapai Tahap penguasaan

2012 LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

50

Pentaksiran sekolah bukan suatu perkara yang baru dalam sistem pendidikan. Ianya berlaku sejak sekian lama. Pentaksiran sekolah dalam bentuk formatif berjalan sering dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran. Kini, dalam PBS penekanan juga diberikan kepada perekodan pencapaian murid secara online. Lembaga Peperiksaan tidak pernah mencadangkan perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran, Cuma LP menekankan kepada kaedah pentaksiran baru yang sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh guru di sekolah.

Permulaan proses pengajaran-pembelajaran ialah perancangan guru menyediakan perkara yang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi, mengikut kreativiti guru.Guru kemudian akan mentaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran juga boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara tidak formal, sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu guru menilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat. Guru juga boleh menilai pencapaian dengan cara penyoalan secara lisan, atau menggunakan pelbagai instrumen yang sesuai dengan
6|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

kehendak standard prestasi. Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen standard prestasi untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu. Bagi murid yang telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan pengajaranpembelajaran kandungan yang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum. Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran berdasarkan pengalaman pembelajaran untuk membantu murid.

Bagi murid yang telah menguasai standard yang ditetapkan, guru akan merekod dan melaporkan tahap penguasaan murid dalam aplikasi SPPBS. Bagi memudahkan dan menjimatkan masa, guru perlu merekodkan pencapaian tersebut di dalam borang prestasi transit terlebih dahulu. Kerja merekod ke dalam SPPBS mungkin boleh dilakukan bila-bila masa yang sesuai. Pelaporan tahap penguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS perlu dikeluarkan oleh pihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan.

7|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Jadual 2 : Jadual Pengoperasian PBS BIL 1. PERKARA Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke JPN. 2. Mengedarkan Surat Pekeliling dan Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah. 3. Mesyuarat Jawatankuasa PBS Sekolah. Januari - Mac, April - Jun, Julai - September Oktober - Disember 4. 5. Pendaftaran SPPBS. Tempoh pelaksanaan PBS. Januari Februari Sepanjang sesi persekolahan 6. Aktiviti Penjaminan Kualiti: Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan. 7. Pengumpulan skor murid dalam SPPBS. 8. Pelaporan skor murid. Mengikut keperluan Sekolah Sepanjang tahun Sepanjang tahun dan Sekolah / PPD / mengikut keperluan JPN / LP / Bahagian KPM Sekolah Sekolah Sekolah JPN / PPD / Sekolah Disember JPN TEMPOH Disember TINDAKAN LP

Peranan Pihak yang Terlibat dalam Pelaksanaan PS

PS memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan pihak berkepentingan. 1 Pentadbir Sekolah i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS. ii Menyediakan peralatan, bahan dan jadual.

iii Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS. iv Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod.
8|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

v. Menjalankan pementoran, pemantauan dan penyelarasan.

Guru i. Menjadi pentaksir / pemudah cara dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran. ii Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran. iii iv v. Menyediakan instrumen pentaksiran. Memberi maklum balas tentang pencapaian murid. Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh. vi. Mengumpul rekod dan data penguasaan murid.

vii. Melaporkan penguasaan murid.

Murid i. ii Mengetahui dan memahami standard prestasi. Mengetahui perkara yang perlu dikuasai.

iii Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai. iv Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan.

Ibu Bapa i. ii Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran. Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak. dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual

iii Memahami differences).

iv Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.

5 Pihak Berkepentingan i. ii. Mengetahui dan memahami transformasi pendidikan dalam aspek pentaksiran. Memahami dan menyedari peranan yang boleh dimainkan dalam menjayakan pentaksiran di sekolah. iii. Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.

9|Muka Surat

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Evidens PS

Evidens PS adalah bahan tau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses a. Penulisan

i.

Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukntuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.

ii.

Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

b.

Bahan cetakan

Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

c.

Persembahan

Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti.

d.

Foto

Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

e.

Grafik

i.

Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.

10 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

ii.

Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

f.

Artifak

i.

Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama.

ii.

Bahan yang dihasilkan seperti arca.

g.

Laporan

Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

h.

Model

Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

i.

Produk

Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

j.

Rakaman

Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

k.

Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)

Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

11 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

l.

Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

m.

Lisan / verbal.

n.

Perlakuan

Penyediaan Fail Murid

Sediakan dua fail untuk menyimpan evidens murid. Fail tersebut adalah seperti berikut:

a. Fail Perkembangan Murid (FPM) Setiap murid 1 FPM, menyimpan setiap evidens terkini untuk setiap mata pelajaran Evidence diserah kepada murid setelah direkodkan dalam SPPBS dan pelaksanaan Penjaminan Kualiti

b. Fail Showcase (FS)

FS adalah untuk menyimpan evidens murid yang terbaik dan terpilih dalam band. Fail ini boleh dijadikan bahan showcase. Fail ini boleh dibentuk mengikut :

i. aliran (contoh: semua tingkatan 1) ; atau

ii. kelas; atau

iii. mata pelajaran.

12 | M u k a S u r a t

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

Nota: Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti perkara (a) dan (b) di atas di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun kaedah pelaksanaannya tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.

Pengurusan evidens oleh guru :

a. Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS.

b. Guru hendaklah memberi maklum balas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan, pentaksiran semula dan pengayaan pembelajaran.

c. Evidens yang terbaik dan terpilih pada tahun semasa dalam band boleh dijadikan bahan showcase.

13 | M u k a S u r a t

También podría gustarte