Está en la página 1de 54

PJ SUAIAN

Pensyarah: PN. TAN BO JI


Disediakan oleh: NASYIHA BINTI RUSLEI

PENGENALAN

MASALAH PENGLIHATAN MASALAH PENDENGARAN AUTISME DOWN SYNDROM ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVE DISORDER (ADHD)

MASALAH PENGLIHATAN

Pada tahun 1934, Persatuan Perubatan Amerika menerima pakai istilah buta seperti yang berikut iaitu ketajaman pandangan pusat pada 20/200 atau kurang pada mata terbaik dengan kanta pembetulan atau ketajaman pandangan pusat lebih dari 20/200 sekiranya terdapat kecacatan medan penglihatan di mana pandangan sisi kucup pada tahap di mana keratan rentas terlebar dari mana luas medan penglihatan tidak melebihi 20 darjah pada mata.

MASALAH PENGLIHATAN

1926- Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka 1962- Rancangan percantuman bagi pendidikan kanakkanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan 1977- Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras 1978- Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu

MASALAH PENGLIHATAN

Dari segi perundangan didefinisikan sebagai masalah melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan seseorang. Bacaan ketajaman penglihatan akan membezakan seseorang, sama ada dia buta atau kabur penglihatan (Kementerian Pelajaran Malaysia).

Dari segi pendidikan-bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.

MASALAH PENGLIHATAN
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendifinisikan keduadua kategori buta dan rabun sebagai: Buta atau kebutaan didefinisikan sebagai penglihatan kurang daripada 3/60 manakala pada mata yang terbaik atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasan (refractive ). Rabun atau penglihatan terhad (low vision) ialah penglihatan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata terbaik atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah selepas rawatan ataupun pembedahan biasan. Individu dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.

MASALAH PENGLIHATAN

1) Baka dan keturunan 2) Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir 3) Rubela 4) Sifilis 5) Kecederaan 6) Penyakit

MASALAH PENGLIHATAN
Gejala yang biasa menunjukkan kanak-kanak mungkin mengalami masalah penglihatan dapat dilihat daripada tiga aspek iaitu: 1. Rupa Bebola mata yang selalu berputar-putar Bintik-bintik putih pada pupil Mata yang selalu bergerak-gerak Tindak balas terhadap cahaya yang terang Mata yang terlalu sensitif terhadap cahaya Mata selalu berair Bahagian tepi mata berwarna merah

MASALAH PENGLIHATAN

2. Tingkah laku Kerap berkelip Kerap menangis Kerap menggosok mata Selalu terlanggar objek Keliru dengan huruf Meniru kerja kawan Selalu mengerutkan ataupun mengecilkan mata Selalu menutup sebelah mata

MASALAH PENGLIHATAN
Tidak menyiapkan kerja/tugasan yang diberi Memegang kepala dengan cara luar biasa Sering mencari-cari baris ayat yang dibaca Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, misalnya untuk melihat papan tulis ataupun objek. Menonton televisyen ataupun membaca buku dengan jarak terlalu dekat Memegang buku ataupun bahan bacaan terlalu dekat dengan muka ataupun pada sudut berlainan. Selalu mengelak membuat sebarang tugasan yang diberi

MASALAH PENGLIHATAN

3. Aduan Selalu mengadu sakit kepala, loya dan pening Penglihatan kabur Sensitif terhadap cahaya Mata selalu gatal Nampak dua imej pada satu objek Penglihatan kabur selepas tekun membuat kerja

MASALAH PENGLIHATAN
RUANG Perabot dikekalkan ARAHAN Konkrit dan mudah BAHAN Bersaiz besar, menarik & berwarna warni LABEL Tebal,besaiz besar dan timbul PERATURAN Tetapkan peraturan dan guna kaedah ganjaran

MASALAH PENGLIHATAN
PERALATAN YANG SESUAI

tongkat putih, mesin Braille, buku Braille, alat sentuhan seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang dilengkapi dengan kemudahan mesin Braille, alat rakaman audio, duplicator Braille, bilik penyelenggaraan Braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectecble magnifier dan teleskop

MASALAH PENGLIHATAN

1) Tulisan Braille pada bahan-bahan pengajaran 2) Lekatkan label yang diperbuat daripada kadbod tebal 3) Bahan bacaan bersaiz besar 4) Rancangan pendidikan individu

MASALAH PENDENGARAN
Menurut Goldstein (1933), penulis terawal yang mengenalpasti suatu bentuk kepekakan dari aspek pewarisan ialah Johannes Schenck (1531-1598) yang mencatatkan sebuah keluarga yang mempunyai beberapa anak yang dilahirkan pekak. Reardon (1990) pula merujuk kepada Sir William Wilde (1815-1876) yang memberi perhatian kepada masalah kepekakan yang disebabkan oleh corak pewarisan yang berlainan iaitu perkahwinan diantara saudara yang mempunyai pertalian darah sebagai suatu faktor yang penting.

MASALAH PENDENGARAN
Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu. Dari aspek fisiologi- seseorang yang pekak (deaf) mengalami kehilangan pendengaran sebanyak 90 bB ataupun lebih. Seseorang yang separa pekak (hard of hearing) mengalami kehilangan pendengaran yang kurang daripada 90 dB. Dari aspek pendidikan - seseorang yang pekak tidak berupaya memproses maklumat linguistik dengan menggunakan atau tanpa menggunakan bantuan alat pendengaran. Seseorang yang separa pekak pula mempunyai pendengaran sisa yang mencukupi untuk memproses maklumat linguistik dengan menggunakan atau tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran.

MASALAH PENDENGARAN
Sebelum lahir: Baka yang disebabkan oleh gen. Bukan baka. Jangkitan semasa hamil, terutama oleh virus seperti rubella, demam glandular dan selsema. Semasa hamil, si ibu mendapat penyakit yang berkaitan dengan pemakanan seperti beri-beri dan kencing manis. Semasa hamil, si ibu mengambil dadah ataupun bahan kimia seperti kuanin dan streptomycin. Toksemia pada peringkat akhir kehamilan. Kerap hamil.

MASALAH PENDENGARAN

Semasa lahir Masa lahir yang terlalu lama ataupun susah lahir menyebabkan tekanan yang kuat pada bahagian telinga. Kelahiran tidak cukup bulan. Kecederaan semasa dilahirkan, terutama pada bahagian telinga. Penyakit hemolisis selalunya yang disebabkan oleh faktor Rh.

MASALAH PENDENGARAN

Selepas lahir Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria dan virus seperti beguk dan demam campak. Kemalangan yang mencederakan bahagian telinga. Pengambilan antibiotik seperti streptomycin. Terdedah pada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama.

MASALAH PENDENGARAN

Sejarah penyakit tersebut dalam keluarga Pengumpulan cecair pada bahagian tengah rongga telinga Bayi yang lahir dengan berat badan kurang dari 1.5 kg Kekurangan bekalan oksigen ke bahagian otak yang teruk semasa proses kelahiran Jangkitan kuman seperti 'congenital rubella' atau 'congenital syphilis' Jangkitan kuman pada lapisan dalam otak (meningitis)

MASALAH PENDENGARAN
Penggunaan ubat-ubat yang ada kesan toksik kepada telinga seperti ubat penyakit barah, ubat untuk penyakit batuk kering(tuberculosis) Selalu terdedah kepada bunyi bising Tahi telinga yang tebal dan mengeras dalam telinga Gegendang telinga telah pecah Jangkitan kuman pada bahagian tengah telinga (otitis media) Penyakit-penyakit metabolisma yang kronik seperti kencing manis dan kandungan kolesterol dalam tubuh yang tinggi Peningkatan umur

MASALAH PENDENGARAN
Kanak-kanak kurang memberi perhatian di dalam kelas Kelihatan selalu berkhayal Butir-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal. Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang. Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi. Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur. Sering bertanya mengai tugasan yang perlu dilakukan. Pencapaian dalam pelajaran lemah terutama yang berkaitan bahasa

MASALAH PENDENGARAN

Meminta percakapan diulang berkali-kali Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan Sukar memahami perbualan di tempat bising Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari Sukar memahami perbualan telefon Toleransi terhadap bunyi bising berkurang Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat

MASALAH PENDENGARAN

Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatan atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan Hilang dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan pendengaran secara perubatan atau pembedahan. jenis
konduktif

Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah Hilang memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walau Pendengaran jenis sensori bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran.
neural

Hilang pendengaran jenis campuran

Kombinasi dari hilang pendengaran jenis konduktif dan sensorineural.

MASALAH PENDENGARAN
Dapatkan latihan awal di sekolah khas Bahasa isyarat Alat bantaun pendengaran Internet Bacaan bibir Auditory oral

AUTISME
Tahun 1912 - Eugene Bleuler - seorang pakar Swiss adalah yang pertama menemukan pola pada individu penghidap skizofrenia yang kelihatan mementingkan diri sendiri. Bleuler adalah orang pertama yang membuat dan menggunakan istilah "autism" (autis). Namun, dia bukan orang pertama dalam sejarah autis yang mengenali autisme sebagai gangguan jiwa terpisah dari skizofrenia.

AUTISME
Perkataan autisme merupakan gabungan dua huruf Greek iaitu aut yang bermakna diri dan ism yang membawa makna orientasi atau keadaan. Oleh itu autisme boleh didefinisikan sebagai keadaan seseorang yang tidak biasa dengan dirinya. Black burn (1997), pula menyatakan autisme merupakan kecelaruan dalam perkembangan otak sama seperti disleksia, mental retardasi tetapi bukanlah satu kerencatan akal walaupun ramai individu autistik menunjukkan sikap seperti mengalami kerencatan akal tetapi biasanya mereka lebih pintar. Merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain daripada dirinya sendiri (Micheal 1990).

AUTISME

Baka/genetik

Faktor persekitaran

Komplikasi sebelum/semasa lahir

Imunisasi badan

Fungsi otak

Masalah pencernaan

Rubela

AUTISME
Tidak menghiraukan orang lain Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang) Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran Lebih suka bermain sendiri Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi. Lambat bercakap Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

AUTISME
Tidak boleh berkomunikasi dengan baik Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap) Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

AUTISME
Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang Tidak boleh duduk diam Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa) Suka mengasingkan diri biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri Bersikap pasif tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk.

AUTISME
Pengurusan tingkah laku Menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat Ganjaran/denda

AUTISME
Buku berwarna-warni ataupun kad bergambar Mengucapkan terima kasih Alunan muzik Konsep pembayang awal Program sekolah dirumah

SINDROM DOWN
Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).

SINDROM DOWN
Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866

SINDROM DOWN

Dalam proses meiosis, pasangan kromosom sepatutnya terbahagi (berpecah) kepada dua dan pergi ke tempat yang berlainan dalam sel yang terbahagi itu, peristiwa ini dikenali sebagai disjunction. Namun begitu, ada kalanya terdapat sepasang kromosom yang tidak berpecah dan menyebabkan keseluruhan pasangan kromosom itu pergi ke dalam satu tempat. Ini bermakna dalam sel-sel terbabit, satu sel mempunyai 24 kromosom dan satu sel lagi mempunyai 22 kromosom sahaja. Kejadian ini dikenali sebagai nondisjunction. Kesannya, apabila sperma atau telur dengan jumlah kromosom yang tidak normal ini bergabung dengan pasangannya yang normal, maka telur yang terhasil seterusnya akan mempunyai jumlah kromosom yang tidak normal juga

SINDROM DOWN
Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek. Orang Mongol : Golongan etnik yang tertumpu di Mongolia dan Cina
SIFAT PADA KEPALA MUKA DAN LEHER.

SINDROM DOWN
Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease".
SIFAT PADA TANGAN DAN LENGAN

SINDROM DOWN

Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.

SIFAT PADA KAKI

SINDROM DOWN
Bersabar Bagi peluang mencapai kemahiran Bimbingan dan bantuan Guna ayat pendek Kawasan/ruang p&p Tetapkan peraturan

ADHD

ADHD ( Attention Deficit Hyperactive Disorder) adalah gangguan tingkah laku yang disebabkan kegagalan fungsi neurologi, dengan simptomsimptom utama dengan yang lain serta ketidakmampuan untuk menumpukan perhatian, perlakuan hiperaktif dan cetusan impuls otak yang berlebihan (Baihaqi & Sugiarmin, 2006).

ADHD

Merokok Pengambilan alkohol Kandungan plumbum Pengambilan gula Kecederaan otak Faktor genetik Komplikasi sebelum/semasa hamil

ADHD

Peringkat awal kanak-kanak

Ciri-ciri ADHD mempunyai tahap aktiviti yang lasak bercakap tidak berhenti- henti sukar memberikan tumpuan sukar bermain secara senyap atau diam impulsif dan mudah terganggu berpencapaian rendah dalam akdemik

ADHD
Peringkat pertengahan tahun

Ciri-ciri ADHD resah yang keterlaluan sukar duduk di tempat lalai dalam kerja-tidak ikut arahan pencapaian yang rendah dalam akdemik gagal membuat tugasan yang diberi

ADHD

Peringkat remaja

Ciri-ciri ADHD tidak boleh duduk diam dan rasa gelisah sukar melibatkan diri dalam apa jua aktiviti sering pelupa dan tidak dapat menumpukan perhatian tidak sabar dalam pekerjaan sering melibatkan diri dalam aktiviti berbahaya mempunyai pencapaian yang rendah dalam akademik

ADHD

Pilih tempat / persekitaran yang kondusif Pilih masa yang sesuai untuk bermain Alat Bantu Mengajar Yang Pelbagai Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Permainan yang sesuai 1. Berlari keliling 2. Tuju kon

ADHD
beri murid-murid maklum balas dengan serta merta dan kerap. hendaklah sentiasa tetap dengan keputusan atau tindakan. Lebih banyak bertindak, bukannya bercakap. Guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi salurkan maklumat-maklumat penting tentang anak mereka bagi menyusun strategi P&P. Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya. Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.

ADHD
Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Cara ini adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik. Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari. Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan. Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.

SEKIAN TERIMA KASIH

También podría gustarte