Está en la página 1de 150

Rin Ahmad

Bab 1
AK LONG, nanti kalau Lili penat kerja, Lili pergi lepak kat bilik kak long ya, rengek Nur Lili manja atau lebih tepat lagi, mengada-ada. Sakit hati Nur Lisa dengan Nur Lili masih bersisa. Nasib baik sekarang mereka di tengah-tengah keluarga. Ada papa, ibu tiri yang dipanggil mak cik dan adik bongsunya, Nur Lara. Tak mungkin dia lupa taktik kotor Nur Lili untuk menyatukan dirinya dan Syed Azri kembali. Kena tanya tuan punya bilik. Itu bukan bilik kak long. Perkataan bilik ditekankan dan jelingan dihadiahkan oleh Nur Lisa kepada Syed Azri di sebelah. Abang long on punya balas Nur Lili. Sejak bila kau panggil dia abang long? Bukan kau panggil dia bos ke? perli Nur Lisa dan terus bangun. Syed Azri yang sedang berbual-bual dengan papa hanya buat-buat tak dengar. Kak long ni tak sporting langsung. Tak apalah. Lili tak pergi kerja seminggu macam tu.

Untuk Semua Dosaku

Its up to you Lili. But if I were you, every day I get up and look through the Forbes list of the richest people in Malaysia. If my name was not listed in there, I go to work. Nur Lisa berkata sinis. Ayat 2-dalam-1. Untuk Nur Lili dan Syed Azri sekali gus. Marah juga apabila Syed Azri menyuruhnya berhenti kerja tapi dalam diam dia hanya menghantar permohonan cuti tanpa gaji untuk tiga bulan. Bagi alasan kepada pejabat konon-konon nak pergi bulan madu. Bulan madu apa sampai tiga bulan? Kalau ya, agaknya lepas tiga bulan badan Nur Lisa lunyai dan enam bulan lepas tu dah siap dapat hasil agaknya. Saya naik kemas barang jap. Nur Lisa memandang Syed Azri dan menapak ke tingkat atas banglo milik papa tanpa menanti jawapan si suami. Panas membahang dirasakannya ruang tamu itu walaupun penyaman udara dihidupkan. Aturan perkahwinan oleh papa kerana hasutan daripada Nur Lili membuat hati Nur Lisa menggunung dengan amarah. Penghinaan yang papa lemparkan masih terasa sakitnya. Kenapa Nur Lili beriaia mahu Nur Lisa bersama Syed Azri? Hingga kini Nur Lisa masih tak tahu puncanya. Come onlah kak long. Kalau dulu kak long boleh berkepit dengan Azri kat sana macam suami isteri, kenapa sekarang papa suruh kahwin tak nak pulak? Baru nak belajar jadi alim sikit dah berlagak nak kahwin dengan ustaz? Papa! Nur Lisa tergamam. Dari dulu hingga sekarang papa tak pernah puas hati dengannya. Mungkin kerana seawal umur lima belas tahun, Nur Lisa tegar memilih untuk tinggal bersama mama selepas perceraian papa dan mama. Papa cakap mereka

Rin Ahmad

bertiga kena ikut tinggal bersamanya kerana waktu itu mama tak bekerja tapi Nur Lisa membangkang. Sebagai anak sulung, dia faham perasaan mama, faham kedukaan dan kesengsaraan mama. Dia tak hadap untuk mengikut papa yang akan berpindah ke Johor ketika itu. Dia tak kisah hidup susah bersama mama di Kuala Lumpur. Dia langsung tak iri hati mengenangkan adik-adiknya yang dilimpahi dengan kemewahan oleh papa. Itu pilihannya. Lagipun pada waktu itu, dia ada dunianya sendiri. Kawan-kawannya sendiri. Nur Lisa ingin sentiasa mendampingi mama dan menyokong setiap usaha mama untuk membesarkannya. Tak dinafikan papa memberi belanja yang cukup untuknya tapi untuk mama, Nur Lisa meniupkan semangat agar mama memulakan hidup berdikari dan perlahan-lahan mengambil upah menjahit baju di rumah sehinggalah mama mempunyai pelanggan tetapnya sendiri dan mampu menyara hidup mereka berdua dengan selesa. Alasan mereka bercerai? Kata papa, mama tak memahami kerjaya papa yang sentiasa sibuk. Kata mama, tak ada jodoh. Kata Nur Lisa, mak cik yang bergelar ibu tirinya kini adalah penyebab sebenarnya. Bukan kak long nak cari ustaz, tapi kami dah lama berpisah. Azri dah ada haluan hidupnya sendiri. Dia masih cintakan kak long. Kalau tak, takkan dia suruh keluarganya pinang kak long. Itu sebab Lili yang buat cerita, balas Nur Lisa dengan kasar. Papa nak kak long terima. Keputusan muktamad Encik Tajudin memenuhi ruang makan itu. Memaksa anak daranya agar menerima pinangan Syed Azri. Kalau Nur Lili tak tunjukkan gambar-

Untuk Semua Dosaku

gambar Nur Lisa dan Syed Azri yang entah, tak tahu macam mana dia nak cakap. Tak sampai hati nak cakap dan tak sangka. Tak sangka kerana setelah empat tahun setengah anak sulungnya berada di Jerman, kepulangannya dengan penampilan baru amat menyejukkan hati. Hati tua mana yang tak tersentuh melihat anak dara sulungnya sopan dan ayu bertudung. Segala-galanya mengenai Nur Lisa amat membanggakannya walaupun Nur Lisa dibesarkan oleh bekas isterinya. Hakikatnya, fizikal yang ditampilkan oleh Nur Lisa sekarang tak mampu menutup kekecewaannya setelah mengetahui kisah lampau Nur Lisa di rantauan. Arahan papa umpama pita rakaman berputar di kepala. Nur Lisa menutup beg besar yang disumbat kasar kesemua bajunya. Sedih mengenangkan masa depannya yang tak pasti. Dia bukan mengharapkan seorang suami yang maksum tanpa dosa tapi cukuplah sekadar yang mampu membimbing dirinya. Bukan seperti Syed Azri. Dulu lainlah, memang dia tergila-gilakan Syed Azri. Dengan rupa parasnya yang maskulin, kepintarannya dan sikap budiman Syed Azri melayannya membuat dia rebah dan tersungkur di alam khayalan. Tetapi itu dulu. Sekarang, dia sendiri masih tercari-cari arah hidupnya. Kata Lydia, (sahabat baiknya) mungkin Allah jodohkan dia dengan Syed Azri agar suatu hari nanti Syed Azri berpaling kepada paksi kebenaran. Tapi bagi Nur Lisa, dia boleh memilih. Dia berhak memilih pasangan yang baik untuknya. Ya, Syed Azri bukan lelaki jahat tapi dia juga bukan baik sangat untuk menjadi pembimbingnya meniti jalan ke jannah. Impian Nur Lisa sebenarnya semudah ABC. Senarai impiannya tak penuh sekajang kertas. Cukup setakat menetapkan hati untuk berubah ke arah kebaikan. Dalam

Rin Ahmad

keadaan merangkak-rangkak sekalipun, setiap hari dia berazam untuk menambah ilmu di dada. Untuk menjadi hamba Allah yang menuju ke arah jalan terang. Impiannya juga untuk menjadi anak yang solehah. Kalau dulu sering sahaja Nur Lisa meninggikan suara kepada papa. Maklumlah apa sahaja mengenai papa, kalau terkenang nasib malang mama, pastinya Nur Lisa tak mampu mengawal perasaannya. Macam mana mahu menjadi hamba yang disayangi-Nya kalau hubungan dengan orang tua sendiri pun tak sempurna. Paling penting dia mahu melupakan kisah silam yang merantai ruang ingatan. Kisah silam itu ialah kisah bersama Syed Azri yang kini bergelar suaminya. Argh!!! Sampai bila-bila pun tak boleh lupa kalau begini. Bersama Syed Azri, Nur Lisa tak yakin semuanya mampu dilakukan dengan mudah. Tanggapan Syed Azri terhadap dirinya yang menjadi punca perpisahan mereka di bumi Bavaria dari dulu hingga sekarang tak pernah berubah. Mana mungkin sekarang mereka boleh meladeni rumah tangga yang baru dibina dengan aman bahagia.

NUR LISA menapak perlahan ke tengah-tengah bilik. Rambut yang berbalut tuala dilepaskan dan disikat rapi. Dijeling sekilas baju tidur yang tersarung di badan. Seksi sangat pun tak, sopan sangat pun tak. Cukuplah untuk kelihatan cantik sedikit di hadapan Syed Azri. Hubungan mereka yang masih haru-biru ditolak tepi. Penampilan diri sebagai seorang isteri tetap diambil berat. Perasaan Nur Lisa sekarang, resah dan gelisah sudah pasti. Keputusan Syed Azri untuk terus menetap di

Untuk Semua Dosaku

Hotel Seri Murni amat bertentangan dengan kehendak jiwa dan raganya. Nur Lisa tahu Syed Azri sengaja menderanya. Lepas kahwin ajak tinggal di bilik hotel tempat dia bekerja? Hotel Seri Murni mempunyai dua ratus buah bilik dan salah satu biliknya dihuni oleh Syed Azri! Kata Syed Azri, pemilik hotel adalah saudara jauh keluarganya. Syed Azri sendiri seawal bekerja di Hotel Seri Murni memohon sebuah bilik untuknya menginap. Katanya malas nak menyewa di luar. Tolonglah ikut logik akal sikit. Lepas kahwin kena tinggal menetap di dalam bilik hotel yang dulunya merupakan bilik bujang Syed Azri. Dia bukan bodoh untuk menilai mainan psikologi Syed Azri tapi daripada duduk di banglo papa di Jalan Serama tu lebih baik dia mengikut sahaja rentak Syed Azri. Tak kisahlah duduk di bilik hotel yang cuma ada katil, TV, peti ais kecil dan bilik air. Semuanya ala kadar. Menyesal sangat datang ke Hotel Seri Murni yang terletak di Johor Bahru ini beberapa bulan yang lalu. Pertemuan kedua di Malaysia yang menjadi rentetan kepada perkahwinan mereka ini. Semuanya atas ajakan Nur Lili, si adik yang beza umur hanya setahun daripadanya. Mana dia tahu Syed Azri dan Nur Lili bekerja di hotel yang sama. Kalau hotel lima, enam, tujuh bintang adalah juga perkara yang boleh dibanggakan tapi ini hotel dua bintang. Ala-ala hotel budget. Sampai sekarang mulut Nur Lisa terkunci untuk menanyakan bagaimana senior pujaan hatinya suatu ketika dulu boleh terdampar menjadi senior manager di Hotel Seri Murni ini. Amatlah tak sesuai dengan Syed Azri. Rasanya tak ada seorang umat pun yang Syed Azri berurusan hari-hari di sini menggunakan bahasa Jerman. Bertahun-tahun belajar

Rin Ahmad

kat Jerman lepas tu balik Malaysia duduk bertapa kat Johor Bahru? Kaput la jawabnya slanga Deutsch Syed Azri. Menelusuri pertemuan kali pertama mereka, Nur Lisa terpaksa membesarkan lubang telinganya berkali-kali untuk memahami soalan Syed Azri dengan slanga Deutsch yang pekat. Maklumlah, dia baru menapak di bumi Bavaria tidak sampai empat puluh lapan jam. Harapkan kelas bahasa yang dipelajarinya di Malaysia, apalah sangat. Nur Lisa memandang sekeliling bilik. Kemas seperti biasa. Dua tahun bersama cukup untuk membuat Nur Lisa kenal akan sikap pembersih dan pengemas Syed Azri yang masih kekal sehingga kini. Nur Lisa berbaring di atas katil. Matanya berkelipkelip dan sekejap-sekejap memandang pintu. Menanti kelibat Syed Azri yang sudah sah bergelar suaminya dengan sekali lafaz. Hati Nur Lisa berdetak kerisauan. Dia tahu Syed Azri ingin memilikinya kini adalah kerana obsesi semata-mata. Tak mungkin setelah apa yang berlaku di bumi Bavaria dulu, Syed Azri boleh memaafkannya. Apatah lagi mengangkat darjatnya sebagai seorang isteri dengan ikhlas. Dia tahu sikap ego Syed Azri. Ego yang membuat sifat kelelakiannya terserlah dan mencairkan jiwa dan raganya, tapi itu dulu. Sewaktu dia masih sesat dengan dunia remajanya. Nur Lisa tiba-tiba tegak berdiri di sisi katil macam patung apabila mendengar pintu dibuka dari luar. Terkejut sudah pasti. Macam diseru-seru pula mamat ni. Hai, sapa Syed Azri sepatah. Terkejut melihat Nur Lisa tegak berdiri di sisi katil. Sangkanya pasti Nur Lisa sudah tidur kerana jadual yang padat dalam tempoh seminggu ini. Majlis perkahwinan mereka yang berlangsung di rumah papa Lisa di Jalan Serama

Untuk Semua Dosaku

dan majlis resepsi di pihaknya berlangsung di Thistle. Syed Gilani, daddynya dan Sharifah Aulia, mummynya sudah selamat kembali ke Dubai. Seperti juga Nur Laila, mama Nur Lisa yang telah selamat tiba di Kuala Lumpur malam tadi. Ha hai. Nur Lisa menjawab tergagap-gagap. Syed Azri tersenyum. Kelakar melihat gelagat Nur Lisa. Malu-malu macam baru berkenalan pula. Dari malam pertama sampai sekarang Nur Lisa ni amnesia agaknya. Tak ingat dah segala kenangan mereka di Munich dulu atau lebih tepat keintiman mereka. Jom keluar. Syed Azri merebahkan badan di atas katil. Kepala dilapikkan dengan kedua-dua belah tapak tangan dan matanya memandang Nur Lisa yang masih berdiri di sebelah katil. Dah lewat. Awak tak kerja ke esok? Sengaja Nur Lisa bertanyakan soalan bodoh. Kalau tak kerja, tak ada makna Syed Azri nak ajak dia balik ke Hotel Seri Murni. Kerja. Selagi nama saya tak ada dalam Forbes List tu, kenalah kerja Puan Lisa oi perli Syed Azri memulangkan paku buah keras. Nur Lisa terdiam seketika. Sampai bila-bila pun takkan ada dalam senarai kalau belajarnya lain, kerjanya lain. What are you doing here by the way? Nur Lisa mengambil kesempatan untuk bertanya. Dia tahu Syed Azri orang Johor tapi dulu sewaktu masih berkasih, mereka merancang untuk memulakan hidup di Kuala Lumpur kerana di sana peluang kerja lebih meluas. Working. Yeah I know, but why here? Nur Lisa bergerak ke

Rin Ahmad

kerusi yang terletak di hujung katil. Matanya dihala ke arah Syed Azri. KL tak sesuai dengan jiwa saya. Kat JB best. Harihari boleh tengok laut. Tenang. And hotel? Tak rhyme langsung. You are specialized in Numerical Simulation and Flight Engine for God sake. Tak ada kerja yang kena dengan jiwa saya, Lisa. Banyak tanyalah awak ni. Give me back my cheesy Jane, not this sweet Nur Lisa ustazah version or urghhh.... Syed Azri sedikit terjerit lantas bangun dengan jari telunjuknya bergerak dari atas ke bawah menghala ke arah Nur Lisa. Syed Azri bosan dengan versi baru Nur Lisa. Dia nak Nur Lisa versi Jumeirah Jane yang digelar oleh Syed Gilani, daddynya. Jumeirah Jane moden dan sofistikated yang hidupnya hanya untuk bergembira. Walaupun Nur Lisa sekarang tetap mampu membuat jantungnya berdegup laju seperti dulu tapi dia kelihatan kalah dengan perubahan yang dibawa oleh Nur Lisa. Kalau bukan kerana Nur Lili mungkin Nur Lisa tak akan dimilikinya. Thanks Lili! Syed Azri berjalan menghadap Nur Lisa. Judging? Again? Suara Nur Lisa meninggi. Well, depends on what you understand. Syed Azri menghampiri Nur Lisa dan mendaratkan kedua-dua tangannya di bahu wanita itu. Rindu kepada belaian Nur Lisa yang dulu, yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya. Nur Lisa sekarang teramat dingin. Walaupun Nur Lisa taklah menolak dirinya tapi segala-galanya agak berbeza. Membuat langkah jantannya sering tercabar. Egonya sering tercalar. Azri please. Nur Lisa cuba menepis tangan Syed Azri yang sudah mendarat di bahunya. Tak mahu cair dengan

Untuk Semua Dosaku

renungan mata coklat pencair wanita sejagat milik Syed Azri itu. Bukan maksud Nur Lisa nak banyak tanya tentang kerja Syed Azri, tapi dia cuma inginkan kepastian. Apa yang menyebabkan Syed Azri terdampar di bidang perhotelan. Kalau dia tahu itu pilihan Syed Azri sendiri, sudah pasti dia tak akan mempersoalkannya. Okey dia kena jugak persoalkan sebab dia nak balik semula ke Kuala Lumpur. Kat sini dia nak buat apa? Suri bilik sepenuh masa? Lisa, lets go out. Have fun. Its so stuffy in here. I give you five minutes to get ready. Syed Azri berpaling meninggalkan Nur Lisa. Saya penat. Awak tak penat ke? Lagipun dah malam sangat ni. Nur Lisa menjeling jam di dinding. Tepat jam sebelas tiga puluh minit malam. You know what naughty Dutches always said for their wives? There are only three ways to please their men. First, please them in bed. Second, make them sandwiches and third dont talk too much. Now do number three and get yourself ready, arah Syed Azri tanpa memandang Nur Lisa. Begitu sahaja caranya untuk mengembalikan semula Jumeirah Jane. Nur Lisa terkaku. Syed Azri bersandar di pintu bilik. Get dress. Now, arah Syed Azri lagi. Teragak-agak Nur Lisa berjalan ke arah beg yang baru separuh dibuka. Dikeluarkan sehelai jean hitam, T-shirt Hard Rock Cafe dengan tulisan HRC Munich, cardigan dan langkah diatur ke bilik air. Lisa, tegur Syed Azri.

10

Rin Ahmad

Ya? Nur Lisa berpaling. Langkahnya terhenti. Here. Jari telunjuk Syed Azri mengarah lagi. Nur Lisa buat muka tak bersalah. Jangan harap dia nak tukar baju kat bilik ni. Dia menyampah sebenarnya. Dulu pun berdua-duaan dengan Syed Azri di bilik yang lebih kurang saiz dan rupa bilik mereka sekarang. Bezanya dulu di Jerman. Sekarang di Malaysia. Dulu di Munich. Sekarang di Johor. Langsung tak ada perubahan. Macam mana nak maju ke depan? Desis hati Nur Lisa. Dia menutup pintu bilik dan sebentar kemudian dia muncul lengkap berpakaian. Syed Azri masih setia bersandar di pintu sambil membelek telefon bimbitnya. Pantas Nur Lisa mencapai sehelai cardigan lengan panjang yang diletakkan di atas katil tadi untuk melengkapkan gaya atau lebih tepat lagi, menutup aurat. Kemudian dia menyarung tudung aci siap dan taraaa... siap! Nur Lisa menghampiri Syed Azri dan tiba-tiba terasa hujung tudungnya ditarik. Lisa... Lisa... Lisa. We are going to Cabana. A club, not some mamak stall. So please, dress accordingly. I bagi you pakai tudung tak semestinya I bagi you pakai tudung sembarangan. Boleh tak go get all the scarves I bought for you last time. Find one that suit you and find a better jacket to put on. Syed Azri mengeluh. Dia tak biasa dengan Nur Lisa yang sederhana begini. Dia dah biasa ditadahkan dengan Nur Lisa yang manja dan seksi menggoda. Azri.... Lirih Nur Lisa menyebut nama si suami. Hampa. Terasa hati, sudah pasti namun dia akur sahaja. Tak guna bergaduh dengan Syed Azri. Dia tak akan menang.

11

Untuk Semua Dosaku

Kalau nak menang pun otak kena ligat berfikir dengan kreatif. Nur Lisa menggantikan cardigan yang dipakainya tadi dengan jaket denim berwarna ungu sepadan dengan selendang panjang bercorak ringkas dengan warna ungu terang dan hitam dililit kemas. Nampak manis walaupun ringkas dan ranggi. Nur Lisa berdiri di hadapan Syed Azri. Tangan dicekakkan di pinggang dan dia berpusing ala-ala model. Puas hati? tanya Nur Lisa, sinis. Gorgeous. Es tut mir leid. Syed Azri memuji serentak dengan memohon maaf. Dahi Nur Lisa dikucup sekilas. Dia tahu isterinya terasa hati tapi dia tak mampu untuk menidakkan kata hati. Kalau diikutkan hati, selepas kahwin mahu sahaja disuruh Nur Lisa membuka tudungnya. Baginya mahkota seorang wanita ialah rambutnya. Cantik rambutnya, cantiklah penampilannya tapi apabila mengenangkan pujian kawankawan lama mereka yang sama-sama menuntut di TUM (Technical University of Munich) pada majlis perkahwinan mereka membuat perkara yang satu ini Syed Azri mampu bertoleransi. Lisa is kinda trophy wife! Tuan Syed, cunnya isteri. Baru kena nak panggil Tuan Syed. Lisa aku tengok dah macam budak grad Jordan bukan grad TUM, kata Bird. Okey perli dan sinis tapi hidungnya tetap kembang mendengar pujian terhadap si isteri. Lagi. Syed Azri, kau dengan Lisa jugak akhirnya ya. Panjang jodoh korang. She is so beautiful today. Kau cakap

12

Rin Ahmad

dia pakai tudung macam orang kampung tapi aku tengok tak pun. Lawa weh. Tak nak bagi aku. Kasar sangat gurauan bekas rakan serumahnya dan Nur Lisa di TUM dulu, Hanif. Hidung kembang lagi tapi ada rasa macam nak tumbuk aje mulut lancang Hanif. Nak Lisa? Langkah mayat aku dulu! Lagi. Wah Azri, pandai kau transform Lisa jadi isteri solehah ya. Pakai tudung, berubah gaya dah solehah? Singkat akal Tengku Akhbar. Bukan dia tak tahu dari dulu lagi Tengku Akhbar mencari ruang untuk memikat Nur Lisa tapi isterinya lebih suka memilih rakyat marhaen sepertinya. Darah diraja tak sesuai dengan perwatakan Nur Lisa yang amat sederhana. Lagi. Oh my God, today I think my sister in law is the prettiest lady Ive ever known, puji Sharifah Azra, si adik. Jangan nak melebih-lebih. Macam tak pernah nampak perempuan di Dubai jauh lebih cantik, tapi Nur Lisa memang cantik pun. Tak pun si adik nak ampu suruh belanja apa-apalah tu. Lagi. Untung kau Azri, dapat juga kau jadi suami Lisa. Memang bertuah. Itu kata Lydia, kawan baik Nur Lisa. Kadang-kadang Syed Azri menyalahkan Lydia atas perubahan Nur Lisa tapi ikhlas benar bunyi pujian Lydia. Tapi bukan Nur Lisa ke yang bertuah dapat dia? Terbalik ni. Syed Azri tersenyum sendiri mengingatkan peristiwa pada hari pernikahan mereka. Berdebar dan cuak

13

Untuk Semua Dosaku

tak usah cerita. Bertahun-tahun mengenali Nur Lisa tetap tak mampu menenangkan jiwanya. Dulu lain, sekarang lain. Nur Lisa dulu lain. Nur Lisa sekarang lain. Dia bukan kolot semata-mata melihat penampilan fizikal Nur Lisa tapi Nur Lisa sebenarnya berhijrah lebih daripada itu. Kata-katanya terjaga kecuali dengannya. Sifat malunya terserlah. Pergaulannya dibataskan, tak seperti dulu. Nur Lisa kelihatan lebih matang. Syed Azri memandu ke Stulang Laut dan membelok ke kiri. Mereka menghala ke The ZON. Cantik. Nur Lisa memuji. Syed Azri hanya tersenyum dan mata masih difokuskan ke depan. Sesekali memandang pesisiran laut di sepanjang jalan masuk ke The ZON yang dihiasi pokok-pokok besar yang hijau merimbun. Walaupun sudah ditambak dan pemandangan lurus ke hadapan hanyalah tanah milik Singapura dan bukannya laut bebas, tapi pemandangan malam ini tetap mendamaikan. Okay, we are here. Kereta diberhentikan di kotak parkir dan mereka beriringan keluar tapi Nur Lisa tersentak apabila langkah mereka hanya beberapa meter dari Cabana. Azri.... Perlahan dan manja sahaja suara Nur Lisa dan dia tak perasan tangan kanannya menggapai tangan Syed Azri. Ya? Langkah Syed Azri juga terhenti. Like this? Please consider. Telunjuk kirinya dihala ke atas dan ke bawah. Mana ada orang masuk kelab pakai macam ni? Dia ingat Syed Azri menyebut mahu ke kelab dengan anggapan bahawa Syed Azri sudah menimbangkan penampilannya sekarang dan dia membayangkan tempat yang lebih kurang

14

Rin Ahmad

Hard Rock Cafe. Bolehlah lagi tolak ansur. Baru-baru kahwin, kalau semua nak cakap tak boleh kepada suami tak berapa nak chenta ni ada esok dah dapat pangkat janda muda. Terkejut Nur Lisa melihat di sepanjang Cabana terdapat Salivate Dance Club, Dolce Dance Club, Avenue, Modestos dan banyak lagi kelab yang membuat matanya berpinar. Tak sangka kat Johor pun macam Kuala Lumpur. Bunyi muzik dan lagu-lagu rancak berkumandang di segenap ruang. Kat luar dah bising semacam. Kat dalam tak tahulah macam mana. Cabana is no Modestos. More decent. Its a place for professional. Just sit and relax. It will not take us more than an hour. Syed Azri faham maksud si isteri. Nur Lisa terdiam. Syed Azri punya more decent bukan boleh percaya tapi kalau dah ada beberapa meter saja dari pintu masuk Cabana, ingat Syed Azri nak berpatah balik? Kirim salam. Silap hari bulan keluar ayat veto merangkap tag line kegemarannya yang dulu tapi tak tahulah kut Syed Azri dah ada tag line baru. But... No but. Like it or lump it. Syed Azri memaut pinggang Nur Lisa. Merapatkan jarak antara mereka. Memaksa Nur Lisa menuruti langkahnya. Menenangkan Nur Lisa bahawa dia selamat bersama suaminya. Tu dia. Dah keluar dah tag line antarabangsa Syed Azri Syed Gilani. Nur Lisa tersenyum dan pura-pura tak dengar. Seronok pula mengusik Syed Azri yang nampak serba salah tapi disembunyikan oleh air mukanya yang serius. Dia tahu Syed Azri cintakan dia, sayangkan dia di sebalik obsesinya. Egonya sahaja yang membenamkan kata-kata indah tapi

15

Untuk Semua Dosaku

lenggok tubuhnya cukup untuk memberitahu bahawa Syed Azri amat sayangkan Nur Lisa. Pardon? Like it or lump it, Lisa.

16

Rin Ahmad

Bab 2
Pasing, Jerman UR LISA duduk memeluk kaki di atas sofa. Dia suka dengan keadaan apartmen di Pasing. Tenang dan yang paling penting jauh dari kelibat pelajarpelajar Malaysia yang seangkatan dengannya yang sebenarnya berapa kerat aje pun. Sebenarnya untuk semester pertama, tempat tinggal disediakan oleh pihak penaja biasiswa dan kemudahan disediakan betul-betul berhampiran dengan TUM. Dengan kos sara hidup yang tinggi di bandar rasanya Nur Lisa memperjudikan pilihannya untuk mula berdikari seawal semester pertama! Bukan Nur Lisa tak gemar dengan kehidupan di bandar tapi kehadiran Tengku Akhbar menyesakkan jiwanya. Memang tak kena nak menghadap Tengku Akhbar setiap hari yang tinggal di tingkat bawah flatnya. Lagi satu sebabnya ialah baru seminggu di bumi Bavaria, Nur Lisa lemas dengan pelbagai pertanyaan Nur Lili

17

Untuk Semua Dosaku

di Malaysia mengenai Tengku Akhbar. Kata Nur Lili, kawannya obses sangat dengan Tengku Akhbar. Kata Nur Lili lagi, Nur Lisa siap boleh dapat elaun atau upah kalau rajin menyuap kawannya dengan maklumat mengenai pergerakan Tengku Akhbar di sini yang Nur Lili sendiri enggan beritahu siapa. Matilah dia nak jadi mata-mata di sini. Pantang buka Facebook, pasang Messenger, mesti Nur Lili ada aje online. Akhirnya Nur Lisa memberi alasan dia mahu berpindah. Dikhabarkan kepada Nur Lili, suasana tempat barunya tidak menarik. Padahal dia penat nak melayan Nur Lili. Dia lagi penat nak melayan Tengku Akhbar yang nampak berminat dengannya. Layan sikit-sikit tu bolehlah. Paling best, Nur Lili beritahu bahawa kawannya yang meminati Tengku Akhbar tu sanggup menolong Nur Lisa untuk mencari rumah sewa. Best la sangat offer tu. Nur Lili memang hidup mewah di Johor Bahru dengan papa, jadi Nur Lisa tak hairan pun kalau kawan Nur Lili tu stok kerabat sekalipun. Lainlah dia, campur dengan pelbagai jenis orang di Kuala Lumpur. Daripada yang sekaya-kaya Tengku Akhbar sehinggalah semiskin-miskin Jun. Nur Lili kenal Tengku Akhbar pun seminggu sebelum Nur Lisa dan Tengku Akhbar berangkat ke Jerman. Kebetulan Nur Lili ada di rumah mama, Nur Lisa minta Nur Lili temankan dia ke KBU. Ada urusan yang hendak diselesaikan di kolej sebelum berangkat. Di situlah Nur Lili berkenalan. Tang kawan dia yang tetiba pula minat Tengku Akhbar itu yang Nur Lisa musykil tapi malas nak bertanya banyak. Mengenai tawaran kawan Si Nur Lili, syarat Nur Lisa, janji ada roommate. Sharing basis flat dah cukup bagus. Malas Nur Lisa nak beritahu kenapa dia nak roommate kepada Nur Lili. Tak payah beritahu. Pelik, kan? Nur Lili di Malaysia, Nur Lisa di Jerman tapi orang Malaysia yang tolong

18

Rin Ahmad

uruskan semuanya untuk dia. Kerja Nur Lisa, kemas barang, naik Metro, Line 8. Turun di stesen Pasing dan berjalan di sepanjang Gleichmannstrasse. Lebih kurang seratus lima puluh meter menyusuri Gleichmannstrasse yang tenang dan hanya kelihatan beberapa penduduk tempatan berjalan keluar masuk kedai di sepanjang jalan menerbitkan senyuman di wajah Nur Lisa dan dia kemudian membelok ke kanan untuk ke Bodenseestrasse. Tak percaya sebenarnya Nur Lisa memilih untuk hidup terpencil di Pasing. Kalau nak mengenangkan hidupnya yang tak tentu hala di KL dulu rasanya kali ini macam berubah sangat. Cuak juga. Mampukah dia hidup gaya orang pencen di bandar kecil Pasing? Di Institutstrasse, tersergam bangunan lima tingkat yang bakal didiaminya. Nur Lisa mula bosan. Daripada duduk-duduk tak tentu hala, lebih baik dia bersihkan apa yang patut atau mengemas bajunya yang masih berselerak di lantai. Pintu gelangsar yang berwarna putih dikuak. Pemandangan dari apartmennya di tingkat lima ini menghadap Sungai Wuerm. Pemandangan untuk seorang pelajar kejuruteraan yang tak pernah terbayang di kepala Nur Lisa sebenarnya. Kalau pergi bercuti bolehlah dia nak bayangkan sewa hotel menghadap laut, menghadap sungai, tasik atau yang menjadi kegilaan sekarang ialah hotel di atas laut. Masalahnya dia bukan nak pergi bercuti tapi nak berperang untuk mendapat segulung diplom. Istilah ijazah yang digunakan di Jerman. Nur Lisa pelik juga sebenarnya. Apartmen ini nampak amat mewah untuk didiami oleh pelajar tapi Nur Lili cakap bakal teman serumahnya mencari teman untuk mengurangkan sewa. Amat gilalah kalau nak duduk seorang diri. Sewa apartmen ni sebulan ialah 1,500 Euro! Nur Lisa hanya perlu membayar 500 Euro sahaja. Nur Lili cakap teman

19

Untuk Semua Dosaku

serumahnya anak orang kaya. Agaknya anak orang kaya yang macam mana suka duduk di pinggir bandar macam ini? Siap cari lokasi baik punya menghadap sungai? Bab tu buat Nur Lisa kembang perut mendengar. Jangan stok keluaran gedung Gucci cukup, jenuh dia nak melayan. Dia bukannya anak orang kaya nak bermewahmewah sangat di bumi asing dengan kos yang amat tinggi ini. Duit biasiswa pun separuh sudah diperuntukkan untuk membayar sewa. Nur Lisa cuma bernasib baik dan tak perlu risau sangat kerana papa berjanji untuk mengirimkan wang tambahan setiap bulan. Nak kena bayar tiket bulanan Metro lagi. Nak pergi TUM dari sini bukan dekat. Mahu dalam empat puluh minit. Bas pula punyalah bercinta, dua jam sekali baru ada sehinggakan Rachel, (pengurus apartmen) pun tak ingat jadual bas. Taklah canggih mana pun negara Jerman ni kalau begitulah gayanya. Itu pendapat orang yang biasa melihat bas sebagai pengangkutan utama di Malaysia. Nur Lisa tersenyum sendiri. Kat sini lain. Macam-macam pilihan ada mengikut tempat. Metro Tram, S bahn, U bahn. Baru dia teringat untuk memberitahu Tengku Akhbar tempat barunya. Dia nak mengkulikan Tengku Akhbar menghantar saki-baki beg yang masih ada di rumah lama. Mana larat nak usung semua dengan menaiki pengangkutan awam. Akhbar, hai. Lisa, awak buat saya risau. Dah sampai? Hows the place? Banyaknya soalan. Nak jawab yang mana satu dulu ni? Tengku Akhbar di hujung talian tergelak. Nur Lisa memang suka menyakatnya. Ikutkan hati mahu saja dia

20

Rin Ahmad

berpindah mengikut Nur Lisa tapi mana mungkin. Ibu dan ayah selalu buat spot check. Kalau terajin singgah Jerman, mahu putus anak tengkuk dikerjakan ibu. Nur Lisa lain, siapa nak ambil tahu hal dia. Suka hati nak buat apa pun. Sejak mengikuti kursus A-Level German (ALG) bersama di KBU lagi dia nampak betapa hidup seorang Nur Lisa bebas bagaikan burung merpati. Jinak diajak mari, ditangkap lari. Apabila mendapat tempat di TUM, bukan main gembira lagi dia. Ingatkan tercampak di Albstadt atau mana-mana universiti terpencil di Jerman ni. Tahu pula dapat tempat yang sama dengan Nur Lisa, bertambah gembira dan riang di jiwa. Jawab soalan baru la. Roommate baru okey? Tak jumpa lagilah. Masuk lambat kut. Rachel cakap orang tu pergi berjalan rumah kawan, esok balik kut. Barang dia pun langsung tak ada. Saya hantar barang awak pagi esok ya? Lepas tu saya temankan awak pergi shopping barang rumah. Okey. Supermarket Metro dekat aje ni. Nur Lisa merengek manja. Dia tak suka pun Tengku Akhbar tapi kadang-kadang dia memang suka mengambil kesempatan. Kaya tu babe! Takkan nak pandang sepi kut. Ni namanya friends for benefit. Rimas dengan perhatian terlebih Tengku Akhbar belakang cerita, yang penting Tengku Akhbar memang baik. Tak dilupakan juga misi pesanan Nur Lili. Kena baik-baik dengan Tengku Akhbar untuk mendapatkan maklumat. Kalau tak ada pendapatan sampingan, ingat boleh duduk apartmen menghadap Sungai Wuerm ni? Jangan mimpi kalau kawan Si Nur Lili tak bayarkan deposit. Deposit mahal macam nak beli sebiji kereta BMW terpakai di KL. Sharing basis!

21

Untuk Semua Dosaku

See you tomorrow. Okey. Klik! Talian terputus. Nur Lisa mula menyelongkar beg di lantai. Niat nak mengemas entah ke mana. Botol berisi pil berwarna kelabu merah diambil. Sebiji lagi botol yang mengandungi pil berwarna ungu diambil. Nur Lisa membawa kedua-dua botol ke bilik air. Botol-botol tersebut disusun di atas rak yang tersedia di dalam bilik air tersebut. Terlupa mengambil segala toiletries, Nur Lisa keluar dan masuk semula menyusun semua ubat gigi dan berus, syampu, sabun, pencuci muka, scrub dan segala isi perut beg kecil itu disusun di atas rak. Senja mula melabuhkan tirai. Perut yang minta diisi tak dihiraukan. Nur Lisa membersihkan muka, nak mandi malas. Pakaiannya tadi ditukar kepada seluar Reebok separas paha dan baju bertali halus berbelang hitam putih. Perut lapar tapi malas nak jalan-jalan cari makan. Botol berisi pil berwarna ungu diambil dan dua biji pil dikeluarkan. Sejam kemudian, Nur Lisa tertidur pulas di atas katil.

DANG! Pintu studio dihempas kuat. Tak sengaja. Tak sempat nak halang dengan kaki. Maklumlah, tangan kanan dan kiri Syed Azri penuh dengan barang. Sedikit barang dapur dan barang keperluan harian lain sempat dibeli tadi. Suasana bilik atau studio satu bilik yang mempunyai dua single bed, satu sofa bed, dapur yang lengkap, mesin basuh, TV, Ipod dock dan wi-fi kelam diterangi lampu di balkoni sahaja. Syed Azri menggelengkan kepala. Dah nampak dah ciri-ciri teman serumah baru yang sah-sah tak boleh diharap. Pintu gelangsar ternganga. Nak buka jaket pun tak boleh, sejuk mencucuk ke

22

Rin Ahmad

tulang. Si John Doe pulak sedang enak menternak tahi mata di bawah gebar. Dalam hati dia tetap senang hati sebab ada kawan nak tong-tong kos sewa studio yang mahal giler ni. Hanif pula memandai-mandai tak nak kongsi. Nak duduk di connected room di sebelah. Katanya nak privasi. Tahu sangat, nak bawak balik awek dia senang tak ada orang nak kecohlah tu. Dulu mereka dah empat tahun setengah di Augsburg. Menghabiskan Diplom Mekanikal di University of Applied Science tapi untuk permohonan Master, yang dapat TUM, alang-alang tukar universiti, mereka mengambil keputusan untuk berpindah dan mencari rumah sewa baru. Syed Azri mengiklankan pencarian teman serumah di mudah.com. Ini musim pelajar baru masuk, mana tahu kut melekat. Tepat sangkaannya, balasan datang jauh dari Malaysia tapi kata orang yang membuat bayaran deposit, orang yang mahu menyewa sudah ada di Bayern. Tuan tanah, Rachel memberitahunya tadi kunci sudah diserahkan kepada Si John Doe yang tengah tak sedar diri di atas katil. Orang hempas pintu macam nak pecah pun tak dengar, memang terserlah sangatlah sifat jantan pemalas yang baru sampai di tanah asing ini. Syed Azri merungut. Beg baju yang tergalas di bahu dicampakkan ke dalam almari. Dijeling sekilas ke lantai. Beg berwarna hitam terbuka separuh. Malas nak ambil tahu, Syed Azri menarik tuala dan terus menuju ke bilik air. Paip shower dibuka. Sambil menikmati air suam-suam kuku yang membasahi badan, matanya terkelip-kelip menahan daripada dimasuki air. Badan yang melekit digosok perlahan. Sebelah lagi tangan mencapai sabun yang terletak di tepi dinding. Strawberi? Mata yang terpejam terus terbuka luas apabila bau strawberi terkesan di hidung. Sabun bertulis The

23

Untuk Semua Dosaku

Body Shop berwarna merah di tangan dipandang tak berkelip. Shower curtain ditarik dan badan yang basah tidak dihiraukan. Paip ditutup. Tuala disambar sambil mata mula melilau di rak dan fokus kepada barang-barang yang bersusun di atasnya. Jane Doe rupa-rupanya. Baru selangkah keluar, Syed Azri berpatah balik. Botol yang letaknya tak sempurna di rak menarik perhatian. Pil berwarna ungu di dalam botol dikeluarkan. Sebentar kemudian dia tergelak sendiri. Kaki high (khayal) rupa-rupanya. Boleh layan stone (khayal) samasama nanti. Keluar dari bilik air, Syed Azri cepat-cepat menyarungkan Bermuda dan T-shirt hitam berkolar V. Melekat di tubuhnya yang tinggi dan sasa. Tak puas hati dengan tekaan Jane Doe, Azri membuka almari kasut. Nike Walker berwarna putih dan biru lembut menghiasi pandangan. Tak puas hati lagi Syed Azri membuka beg hitam yang separuh terbuka tadi. Huh! Warna-warni barang-barang di dalamnya macam pelangi kena sumbat kat dalam beg. Syed Azri menggaru kepalanya yang tak gatal. Nak cakap kat Hanif? Takkan nak kacau dia kut. Firuz ada dengan Hanif. Malaslah nak kacau malam-malam ni. Perlahan Syed Azri menghampiri katil. Selimut ditarik kasar. Orang kalau dah tidur telan Xanax, kena humban kat dalam Sungai Wuerm tu memang sah tak sedarlah. Kaki Nur Lisa yang putih gebu terserlah. Mukanya agak tersorok dengan rambut yang serabai. Syed Azri menarik nafas panjang. Dugaan macam ni yang dia paling malas nak layan. Kalau yang datang menyerah diri lainlah. Ini stok baik ke, stok ustazah ke, dia pun kurang pasti. Syed Azri duduk di sebelah. Kepala Nur Lisa diangkat dan dibaringkan di atas pahanya dengan selamba. Syed Azri bersandar di kepala katil tapi matanya menganalisa

24

Rin Ahmad

wajah di riba. Rambut Nur Lisa yang sederhana panjang dikuak perlahan. Huh! Nafas dihembus perlahan. Baru aku clash dengan Humaira, dah dapat pengganti? Apalah perempuan zaman sekarang ni. Memang tak kisah langsung masuk kandang buaya ke, kandang singa ke. Syed Azri membuka mata Nur Lisa. Badan Nur Lisa bergerak-gerak. Syed Azri cepat-cepat meletakkan kepala Nur Lisa di atas bantal. Dia berdiri di sebelah katil. Rokok dinyalakan. Susah kalau on Xanax ni, rumah kena bom pun tak sedar. Macam ni aje nak bagi sedar. Asap rokok dihembus betul-betul ke hidung Nur Lisa. Sekali hembus, dua kali hembus, tiga kali hembus. Uhuk! Uhuk! Uhuk! Nur Lisa terbatuk. Syed Azri cepat-cepat duduk di atas sofa bed yang terletak bertentangan dengan katil. Dia nampak Nur Lisa bangun tapi mata masih terbuka dan tertutup. Mulut makin kering rasanya tengok free show depan mata. Entah berapa kali dah telan air liur ni. Lenggok Nur Lisa kelihatan amat seksi di pandangan mata. Maklumlah orang tengah high memang lain macam lenggok badannya. Akhirnya Nur Lisa berlunjur menghadapnya tapi masih tak menyedari kehadiran Syed Azri di dalam bilik. Wie Heizen sie? Syed Azri memecah keheningan bilik. Pardon? Nur Lisa yang tersedar kewujudan orang lain di dalam bilik membuka matanya dengan luas. Dia masih pening dan otaknya amat slow untuk mencerna soalan tadi. Akhirnya, mata bertentang mata. Syed Azri terpaku pada wajah mulus milik Nur Lisa. Nur Lisa terpaku pada wajah maskulin milik Syed Azri.

25

Untuk Semua Dosaku

Sorry, again. Nur Lisa cuba berdiri. Jantan mana pulak dalam bilik aku ni? Wie Heizen sie? Syed Azri mengulangi soalannya. Nak tahu sangat apa nama si jelita di hadapannya ini. Nur Lisa terpisat-pisat memahamkan soalan jejaka maskulin di hadapannya ini. Dengan jambang dan janggut yang kemas dicukur kehijauan menyerlahkan kulitnya yang cerah dan pandangan mata yang bersahaja membuat Nur Lisa terkedu. Pekatnya slang dia. Sape nama ko? Syed Azri dah mula geram. Lempang pipi tu baru sedar agaknya. Ich Heize Kuntum Renjong, balas Nur Lisa. Hah, ambik kau! Aku bagitau nama aku Kuntum Renjong. Berlagak nak mati. Ingatkan asal mana. Maklumlah muka tu ada iras campuran jugak. Dia lainlah, muka Melayu aje. Manis dan lawa pun tetap terserlah muka Melayunya. Senang sangat mamat ni nak cam. Azri. Syed Azri berdiri sambil menghulurkan salam. Sharifah Azrina? tanya Nur Lisa blur. Maklumlah Nur Lili cakap nama roommate dia Sharifah Azrina. Oh, now I get it! Hantu punya Lili! Dia nun jauh di Malaysia pun mampu nak buli aku. Kau memang adik yang kurang ajar, Lili. Nur Lisa menyumpah dalam hati. Kau gila ke apa? Syed Azri, tekan Syed Azri dan melepaskan tangan Nur Lisa kasar. Nur Lisa mencari-cari getah ikat rambutnya. Rambut dah berserabut macam ni jatuh saham depan lelaki kacak ni woi!

26

Rin Ahmad

Nah! Getah ikat rambut yang dia agak dicari oleh gadis ini dijumpai di atas sofa bed dan segera dihulurkan. Crunchy polka dot bertukar tangan dan pantas tangan Nur Lisa mengikat rambutnya. Bahunya terdedah. Kalau tadi rambutnya yang cantik sedang elok melepasi paras bahu amat seksi kelihatan beralun tapi sekarang dengan bahu yang terdedah, seksa! Terdera mata Syed Azri memandang. Bukan tak pernah nampak gadis lebih seksi daripada ini tapi mata Nur Lisa amat menggoda baginya. Lenggoknya yang separuh sedar tu jangan ceritalah. Nama kau? Syed Azri bertanya lagi. Takkan nak panggil Cik Renjong kut? Tak sesuai langsung. Syed Azri buat-buat menyusun CD yang baru dikeluarkan dari beg yang dibawa. CD stok old school rock, The Pilgrim, Audioslave, Green day, Corumn 80, Carburator Dung dan banyak lagi disusun di atas rak yang terletak di sebelah katil Nur Lisa. Tangan beralih mencari Ipod. Ipod disumbat ke dock dan speaker dikuatkan. Lagu Like A Stone berkumandang. Tak tahan sunyi begini duduk melayan awek tengah stone. Syed Azri berpatah duduk di sofa bed semula. Awak roommate saya ke? tanya Nur Lisa sopan apabila dia mulai sedar. Nur Lisa duduk di kerusi makan tak jauh dari sofa bed. Jejaka yang bernama Syed Azri dihadiahi senyuman. Syed Azri terdiam. Macam coolio giler budak ni. Tak kisah ke dapat roommate lelaki? Sorry. My name is Nur Lisa. Call me Lisa. Hah? Sweetnya nama. Syed Azri nak tergelak dalam hati. Kalau betul nama Kuntum Renjong, haru jugak.

27

Untuk Semua Dosaku

Friends? Nur Lisa yang tiba-tiba berdiri di hadapannya dan duduk di sebelah menghulurkan high five. Coolio babe! Getus Syed Azri dalam hati. Between men and women there is no friendship possible. There are passion, enmity, worship, love but no friendship, jawab Syed Azri. I take passion. Five? jawab Nur Lisa selamba. Setuju sangat dengan kata-kata Syed Azri. Antara lelaki dan perempuan, kalau bersahabat pasti ada yang tewas pada nafsu, kebencian atau cinta. I take enmity. I dont think I can stand you but five for your courage. Five! Mereka bertepuk tangan. Nur Lisa menjelirkan lidahnya. Melayani ego seorang lelaki yang cuba dipamerkan oleh Syed Azri adalah umpama makanan ruji bagi Nur Lisa. Dah biasa. Lelaki memang macam tu. Baik buat tak tahu. Rupa pun tak nampak jahat... nampak baik aje. Yang penting maskulin, kacak dan bergaya. Boleh buat cuci mata dan terasa selamat. Nur Lisa tergelak tak cover-cover. Dia berjalan ke katil menyambung aktiviti yang tergendala, buat tak tahu dengan kehadiran Syed Azri di ruang yang sama. Dalam hati memang sumpahan kepada Nur Lili masih tak bernoktah tapi dia ada pilihan lain ke? Bilik di TUM dah bagi kat orang, nak tidur tepi jalan ke? Nak tunggu duit biasiswa masuk lagi tiga bulan. Nak mintak papa? Nak mati? Papa nak top-up sikitsikit setiap bulan dah cukup baik. Girl. Nur Lisa berpaling. Panggil aku girl? Euuwww. Dengan satu syarat.

28

Rin Ahmad

Mata Nur Lisa tak berkelip memandang mulut Syed Azri yang terkumat-kamit dan tersenyum di hujung ayat. Hantu punya manusia! Mengambil kesempatan. Kalau duit aku berkepuk, memang aku ketuk kepala mamat ni dengan senduk lepas tu blah. No! Bantah Nur Lisa. Like it or lump it, Lisa.

SEBAIK sahaja bayang Nur Lisa menghilang di sebalik pintu, Syed Azri mengetuk pintu bilik studio Hanif di sebelah. Tak kiralah pagi-pagi buta pun janji ada kawan nak berkongsi cerita. Sebentar kemudian Hanif terjongol di muka pintu. Pehal? Suara orang bangun tidur itu membuatkan Syed Azri rasa nak tergelak, tapi ditahannya. Firuz, pinjam Hanif jap! Syed Azri menjerit nyaring dari luar dan terus menarik tangan Hanif masuk ke dalam rumahnya Firuz dah biasa dengan aksi luar alam mereka berdua. Syed Azri pun dah biasa dengan perhubungan luar biasa pasangan tak berapa nak matang ni. Maklumlah Firuz dan Hanif hubungan mereka umpama lampu isyarat jalan raya. Merah-hijau, on-off ikut musim. Sekejap okey, sekejap tak okey. Di dalam studio yang kini dengan rasminya milik Nur Lisa juga, Hanif disuruh duduk di sofa bed. Syed Azri berdiri di hadapan Hanif. Nif, cuba kau tengok keliling. Kau ada nampak apa-apa yang pelik tak?

29

Untuk Semua Dosaku

Apa? Aduh. Hanif mengeluh. Baru bangun tidur dah ditanya soalan setaraf dengan subjek enjin. Dengan malas, mata dipaksa melatari seluruh bilik. Hah! Kan pelik. Syed Azri berpeluk tubuh dan tersenyum. Sangkanya Hanif dapat menangkap maksudnya. Haah... la. Pokok yang Karev bagi tu patutnya kau letak menghadap cahaya matahari. Kau peruk (sorok) kat atas mesin basuh kenapa? Patutlah macam dah nak mati, balas Hanif dengan gaya tak berdosanya itu. Eyyy... sengal! Bukan tu la. Ni... ni. Dengan geram Syed Azri menolak beg baju Nur Lisa dengan susah payah ke arah Hanif dengan kaki kanannya. Damia? Eyyy... kau ni sah weng. Bukan Damia la. Ni barang roommate baru aku. Tinggi suara Syed Azri, tak mampu dah nak bersabar dengan Hanif yang lambat benar nak tangkap maksud sebenarnya. Mendengar perkataan roommate serentak dengan mata yang difokuskan kepada warna-warna pelangi baju kecik, baju besar di dalam beg dan pengakuan Syed Azri barang ini bukan milik Damia membuat Hanif tersedar dalam erti kata yang sebenarnya. Roommate baru kau? Suara mencecah frekuensi enjin kapal terbang. sahaja. Hanif tergelak besar. Mulut kau masin sangat. Syed Azri merujuk kepada ayat bunga Si Hanif semalam dalam perjalanan balik dari Freiman. Hanif sudah

Syed Azri menjawab soalan Hanif dengan anggukan

30

Rin Ahmad

Mereka bertapa di rumah Bird di Freiman sepanjang hujung minggu. Saja nak melepak ramai-ramai. Rumah Bird rumah flat kat pinggir bandar juga. Tak jauh pun dari rumah mereka ni. Flat Bird taklah seselesa tempat mereka sekarang tapi seronok bab-bab melepak di basement layan movie ramai-ramai sambil buat aktiviti tak berapa nak sah di sisi undang-undang. Karev, Jono dan Wong penyeri suasana sesi melepak mereka. Hanif tergelak besar. Teringat semalam dia cakap kat Syed Azri. Stop looking for a partner. The right person will eventually find their way to you. Tak sangka macam kena seru-seru dah sampai partner Si Syed Azri. Damia dulu memang kesilapan besar dalam hidup Syed Azri. Cun tak? Sesuai tak jadi partner kau? Tanya Hanif dengan senyum perli yang masih bersisa. Tak kut. No comment. Nama Kuntum Renjong. Kau bayangkanlah cun ke tak. Syed Azri tersengih dalam hati tapi muka serius ditayangkan kepada Hanif. Kenakan sikit Si Hanif ni. Gelakkan aku ya. Kuntum Renjong? Mata Hanif membulat.

31

Untuk Semua Dosaku

Bab 3
AK! Nur Lisa mengejutkan Syed Azri yang sedang berdiri di ruang tinjau dengan pandangan mata seakan-akan mahu menerobos ke pintu kaca dan gaya tangan yang disandarkan seakan mahu terbang ke arah deretan kapal terbang Lufthansa yang mendominasi pemandangan. Cantik pemandangan dengan kilauan LED di sepanjang tempat parkir kapal terbang nun jauh di sebalik cermin. Isy! marah Syed Azri. Terkejut disergah oleh Nur Lisa tak usah ceritalah, tapi dikawal air mukanya. Baru kenal, kan? Kenalah control macho dulu. Si Nur Lisa ni dari semalam kenal main aci redah. Tak nampak langsung kekok dengannya. Dia pula yang naik segan dengan sikap selamba Nur Lisa itu. Kalau ya pun frust tak payahlah nak ikut resam super hero. Ada ke patut super hero nama Syed Azri tengah frust nak lepak kat airport. Cuba cari tempat yang elok sikit, usik Nur Lisa.

32

Rin Ahmad

Apa kau merepek ni? Apa yang frust-frust ni? Syed Azri mula tak sedap hati dengan gurauan Nur Lisa. Apa yang budak ni dah tahu ni? Potong betul. Rungut Syed Azri dalam hati. Batman frust, lepak dalam gua. Spiderman frust, lepak atas bangunan. Super hero kacak nama Syed Azri ni frust, lepak kat airport. Nur Lisa menekankan sebutan Syed sambil tersengih-sengih. Mana kau tahu nama aku? Garau suara Syed Azri bertanya. Faham sangat dengan sengih yang dibuat-buat oleh Nur Lisa itu. Ingat muka dah cantik sangat ke nak sengihsengih macam tu? Kalau orang lain, ada muka tu nak kena ludah. Memang taklah teruk mana tempat lepak awak ni kalau nak compare dengan Superman. Superman frust, tu lagi teruk. Lepak di bulan. Itu confirm awak tak mampu nak follow. Jom balik. Jangan nak dramatik macam super hero, perli Nur Lisa tapi dia ada kejutan untuk Si Syed Azri ni. Berani nak buli dia ya? Jangan harap. Ini pun paksaan - kena jemput Nur Lisa di lapangan terbang. Saja Nur Lisa buat cerita dramatik, habis tugasan malam-malam buta takkan nak suruh dia balik sorang-sorang, kan? Siang tadi. Good luck. Syed Azri menghulurkan kamus elektronik compact ke tangan Nur Lisa sambil tersenyum sinis. Verrckt! jerit Nur Lisa memanggil Syed Azri si gila dalam bahasa Jerman dan menghempas pintu dengan kuat. Empat puluh minit kemudian, Nur Lisa tegak berdiri di dalam ruang kaca empat segi. Cuaca permulaan

33

Untuk Semua Dosaku

musim panas agak mendamaikan hati Nur Lisa. Walaupun dah terketar-ketar juga apabila bergaya ringkas begini di luar lapangan terbang tadi, tapi dia tetap okey daripada mengenangkan musim sejuk di bawah paras beku nanti. Beku di atas katil, tak boleh nak pergi kuliah agaknya. Dia masih boleh bertahan dengan purata suhu maksima dan minimum setinggi 12.2 darjah Celcius hari ini. Rokok di tangan ditenyeh ke tempat abu rokok yang tersedia di atas meja. Tersengih panjang dia apabila melihat papan tanda berwarna oren dengan gambar rokok di atas kotak kaca segi empat. Tempat merokok yang dikhaskan di dalam lapangan terbang ini. Matanya terarah kepada papan tanda di dinding kaca yang bertulis SMOKE and GO! Apa lagi cepat-cepatlah dia melangkah masuk sementara menanti azab untuk hari ini. Kali pertama berada di lapangan terbang antarabangsa Munich ni dulu, kena kawal ayu juga di hadapan kawan-kawan yang lain. Mana dia nak cari tempat merokok. Tahan sajalah. Nur Lisa bukan perokok tegar pun tapi stok memang sentiasa ada. Rajin hisap, malas tak hisap dan kalau tak hisap tak mati pun. Sepuluh minit kemudian, Nur Lisa berdiri di tempat menunggu. Gambaran tetamu yang diberitahu oleh Syed Azri diputar di kotak memori. Saiz badan orang putih yang pastinya tinggi dan besar. Sekali tengok ada iras George Clooney berjambang. Dua kali tengok ada iras Pak Arab. Kod pakaian adalah formal. Lengkap tali leher dan kot bagai. Nur Lisa? Yes, thats me. Nur Lisa tergagap menjawab. Terkejut dengan kehadiran orang yang ditunggu. Apalah Syed Azri ni. Susah payah cakap macam George Clooney, Pak Arablah. Cakap ajelah macam Pirate of

34

Rin Ahmad

Caribbean, Johnny Depp versi tua tapi kemas dan segak. Tak boleh blah Nur Lisa tengok rambut di belakang tetamu yang berdiri di hadapannya diikat sejemput. Stylo! Memang gaya korporat habis di sebalik rupanya yang errr... tatau nak tafsir macam mana. Senang cerita, kalau muda confirm handsome la. Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Nur Lisa menjawab perlahan. Muslim ke? Confusenya aku. Rupa macam campuran orang putih dan Pak Arab. Cara cakap pun siap ada loghat. Are you Malaysian? tanya tetamu yang masih belum diketahui namanya itu. Yes, sir. Nur Lisa tersenyum. Sungguh dia tak pasti kombinasi loghat apa yang tetamu di hadapannya ini gunakan. British accent pun ada sikit-sikit. Arab accent pun ada sikit-sikit. Oh, orang Malaysia. Senanglah uncle. Terus keluar bahasa ibunda daripada mulut Syed Gilani. Mati-mati dia ingat Syed Azri menghantar foreigner untuk menjadi translator untuk memudahkannya faham dalam sidang ekspo yang akan dihadirinya sebentar tadi. Sepatutnya Syed Azri sendiri yang menemaninya hari ini tapi biasalah anak muda. Macam-macam alasan diberi untuk mengelakkan diri. Oh, uncle ni Malaysian ke? Nur Lisa menarik nafas lega. Yalah, tadi cara Syed Azri menerangkan rupa tetamu di hadapannya ini langsung tak membayangkan rupa orang Malaysia. Dan, kalau uncle di hadapannya ini tak mengaku rakyat jelata Malaysia rasanya Nur Lisa pun tak tahu nak teka dari mana asalnya lelaki ini. Yes, Im proud to say that Im Larkin born. Its just

35

Untuk Semua Dosaku

that Ive been away for so long. My name is Syed Gilani Kamarudin. Syed Gilani membuka salam perkenalan. Gadis di hadapannya yang berskirt paras lutut, blaus berwarna putih dan bersanggul comel di kepala dengan jaket merah terang disangkut di lengan amat cantik pada pandangan matanya. Sekali pandang, nak cakap orang Indonesia pun boleh. Nak cakap orang Filipina pun boleh. Rupa Nur Lisa amat Asia pada pandangan matanya. Nur Lisa tersengih. Tang Kamarudin tu bunyinya dekat-dekat aje dengan Tajudin jadi bunyi Malaysialah jugak. Tang Syed Gilani tu ya ampun aku tak pernah dengar, okey. Nama komersial tak hengat. Komen Nur Lisa dalam hati. Larkin? Boleh tak, Nur Lisa tak nak mengaku Encik Tajudin pun orang Johor? Nak mengaku diri tu orang Kuala Lumpur aje. Okay uncle. Shall we start our day or do you want to grab some food first? Nur Lisa mula memainkan peranan. Berbayar, kan. Syed Azri cakap sepuluh patah perkataan Jerman yang keluar daripada mulutnya bernilai 1 Euro. Sekarang habuk pun tak ada lagi. Jawabnya tolonglah nanti kat dalam conference tu dia kena alih bahasa banyak-banyak. Kaya yeop! Tak, kita terus ke Trade Centre. Uncle nak jumpa kawan uncle dulu sebelum mula conference. Okey. Kita pergi naik teksi ya. Nur Lisa mengambil kesempatan. Malaslah rasanya dari lapangan terbang nak naik train atau shuttle bus. You are my guidance angel. Anything you said. Syed Gilani bermulut manis. Melayan Nur Lisa seperti anak perempuannya, Sharifah Azra. Actually I found out that, the centre offers shuttle

36

Rin Ahmad

bus commuting from airport and Munich Trade Fair Centre during international conference but we have to wait. They have schedule so better option is just to hop in taxi, terang Nur Lisa yang sempat buat homework semasa dia berlegarlegar di lapangan terbang tadi. Nur Lisa tersenyum. Syed Gilani yang membimbit briefcase mengekori langkah Nur Lisa. Mereka berdua memboloskan diri ke dalam teksi yang bersusun di luar lapangan terbang. Teksi berwarna putih dengan kadar rata sebanyak 56 Euro. Jangan suruh dia bayar, cukup. Messe Mnchen International. memberitahu destinasi mereka. Nur Lisa

Munich Trade Fair Centre lebih dikenali oleh orang tempatan dengan panggilan Messe Mnchen International. Lisa, I suppose you should know a little bit about my background to make your translation easy. I hope your translations will portray my good image and the words are carefully chosen. Jantung Nur Lisa macam nak terlepas keluar. Siapa pak cik ni sebenarnya? Tengok gaya memanglah korporat habis tapi gaya cakap dah macam pak menteri. Aku ada tak kenal menteri kabinet Malaysia ke? Rasanya semua dia tahu kalau tak dia tak akan lepas sesi saringan untuk mendapat biasiswa dan tempat di TUM. Okey, jawab Nur Lisa sopan. This is my card. Syed Gilani menghulurkan sekeping kad perniagaan ringkas hiasannya tapi nampak amat profesional dengan pilihan tulisan yang kemas dan warna yang terang. Nur Lisa menelan air liur.

37

Untuk Semua Dosaku

Dr. Syed Gilani Kamarudin Director Corporate Strategic Planning & Performance Dubai Maritime City Authority (DMCA) United Arab Emirates You? Some background would be useful. Syed Gilani memandang Nur Lisa di sebelah yang masih khusyuk menatap kad yang dihulurkan tadi. You are working with Dubai government? tanya Nur Lisa agak terkejut. Soalan untuk dirinya tidak dihiraukan. Yes. Malaysia, kan boleh.... Jawab Syed Gilani dengan nada berlawak. Nur Lisa berpura-pura tersenyum. Dalam hati menggelabah tak hengat. Sah-sahlah orang yang bakal bergaul dengan Syed Gilani nanti semua stok-stok gomen A-list. Aduh, bala betul! Saat ni kalau Syed Azri ada di hadapan mata mahu leher dia patah kena lipat. Cakap sidang ekspo biasa. Oh my. Nur Lisa mengeluh perlahan. Why Lisa? Syed Gilani mengesan air muka Nur Lisa yang berubah keruh. He said I just need to assist and translate simple Germans. Nur Lisa meluahkan rasa gundah. Baik terus terang. Malu karang nanti tak reti nak translate. He? Syed Gilani menggelengkan kepala. Syed Azri punya kerjalah ni. Yes, the one who hired me.

38

Rin Ahmad

Takkan nak cakap ni kes roommate kena buli? Syed Azri si anak bertuah tu maksud Lisa? Syed Gilani menggeleng-gelengkan kepala. He is your son? Tinggi suara Nur Lisa memecah suasana sunyi di dalam teksi. Nasib baik dah nak sampai. Malu tak usah cerita. Mangkuk hayun betul Si Azri ni. Syed Azri bin Syed Gilani rupa-rupanya.

PENAT bercakap sepanjang mengekori Syed Gilani bertemu dengan rakan seperjuangan yang datang dari pelbagai pelosok negara dan yang paling haru ialah apabila terpaksa mentafsir setiap penerangan daripada exhibitor atau tuan rumah. Berbelit lidah Nur Lisa nak mentafsir perkataan yang kerap berulang seperti wasserversorgung iaitu water supply, lamberlastigung iaitu noise pollution, energieressourcen iaitu energy resource dan pelbagai lagi perkataan yang berkaitan dengan topik pameran dan conference iaitu IFAT ENTSORGA yang bermaksud The Worlds Leading Trade Fair for Water, Sewage, Waste and Raw Materials Management. Ruang pameran IFAT ENTSORGA di Munich Trade Fair Centre dipenuhi dengan pakar-pakar dari seluruh dunia, wakil-wakil sektor kerajaan dan swasta, wakil institusi dan universiti serta wakil-wakil industri itu sendiri. Sekarang ialah payback time. Selepas makan di Kafer, restoran terkenal di Munich yang terdapat di Munich Trade Fair Centre, nak terbatuk Nur Lisa mendengar komen Syed Gilani. Azri banyak kerja agaknya, itu yang dia hantar Lisa jadi uncle punya guardian angel. Thank you for all your hard work this whole day.

39

Untuk Semua Dosaku

Mahu tak terbatuk kalau Syed Azri menghantarnya ke sini semata-mata untuk membulinya sahaja. Rasanya Syed Azri sedap aje tu berlingkar di atas katil. Tadi kata tak ada kelas pun. Dia okey aje uncle. Busy sikit aje. Glad to hear that. Ingat dia layan frust lagi dengan budak Damia tu. Uhuk, uhuk! Langsung Nur Lisa terbatuk tak boleh nak covercover. Syed Azri frust? Tu yang berjambang bagai? Kah kah kah... boleh jadi bahan lawak bekalan setahun ni. Nur Lisa mula beriak nakal. Syed Gilani yang memandangnya hanya disedekahkan senyuman. Uncle sebenarnya dah lama tak jumpa dia. Suruh pergi Dubai langsung tak nak. Mummy dia kalau rindu, kenalah datang sini. Kalau uncle yang datang, cuba tengok ni. Lisa yang dihantarnya. Syed Gilani sedikit merungut. Perangai pelik Syed Azri tak pernah berubah. Buat hal sendiri dari dulu sampai sekarang. Uncle nak jumpa dia ke? Tanya Nur Lisa. Kat dahi bersinar macam spotlight dah.

NUR LISA bersiul-siul kecil. Gembira apabila Syed Azri hanya mengekorinya tanpa membantah. Dia ingat Nur Lisa nak bawa pergi tempat lepak Superman ke? Silap hari bulanlah bro. Cantik nama Damia tapi saya yakin nama Lisa lagi cantik. Nur Lisa tersenyum mengusik. Syed Azri terdiam. Dah lebih ni. Tak sampai dua puluh empat jam berkepit dengan daddy dah macam-macam dia tahu. Mesti dah tahu dia anak Syed Gilani ni. Menyesal

40

Rin Ahmad

buli Nur Lisa dengan cara macam ni. Suka pula dia. Ingat nak baling bom ke kat airport ni. Apabila Nur Lisa menelefon menyuruh Syed Azri datang menjemput, cuak juga dia sebenarnya. Mengada-ada. Nak balik berjemput pula tapi mengenangkan jasa Nur Lisa menggantikan tempatnya, bolehlah bertolak ansur sikit. Lagipun bukan ada apa nak buat kat rumah. Tak payah nak cakap bukan-bukan. Dengar ni, not everything that can be counted counts, and not everything that counts can be counted. Ayat cover terbaiklah konon-konon tapi ketawa Nur Lisa meletus. Malas Syed Azri nak melayan. Diam ajelah. Apalah agaknya yang daddy cerita lagi kat Si Nur Lisa ni. Ayat giler matematik. Sah petik ayat Albert Einstein. Nur Lisa menarik tangan Syed Azri agar berjalan laju. Jalan setapak-setapak sambil tangan masuk jaket, ingat maco sangatlah tu. Syed Azri terkejut. Nur Lisa ni memang main aci redah aje tapi orang hulur takkan nak jual mahal. Buat-buat selamba jugaklah gamaknya. I want you to meet someone. Nur Lisa menunjuk ke arah Syed Gilani yang sedang duduk di sebuah kerusi menunggu di bilik menunggu VIP. Mati-mati Syed Azri ingat Nur Lisa menghala ke jalan singkat untuk keluar ke S-bahn. What are you doing? Badan Nur Lisa ditarik menghadapnya. Tegas suara Syed Azri bertanya. Payback time. Tak suka jumpa daddy ya? Jomlah jumpa daddy. Nur Lisa menjelirkan lidahnya. Ayat mengadaada diucapkan, sengaja nak sakitkan hati Syed Azri.

41

Untuk Semua Dosaku

Kerat lidah tu karang. Syed Azri mengerutkan dahinya, geram. Kerat tak mo, kiss tak apa. Nur Lisa membalas selamba. Bagi terbakar terus hati Syed Azri. Lisa! Syed Azri meninggikan suara. Like it or lump it. Nur Lisa membalas. Puas hati dapat menyebut perkataan yang sama. Well, okay if you say so. Syed Azri memegang bahu Nur Lisa yang sedang mentertawakannya. Bibirnya dilekapkan kepada bibir merah jambu Nur Lisa. Badan Nur Lisa ditarik ke dalam pelukan. Tawa halus Nur Lisa mati. Hati siapa yang sedang terbakar ni? Azri! Nur Lisa terjerit kecil. Nak marah mulut dia yang cabul. Nak suka, helo? Baru kucupan pertama aje pun. Jauh lagi nak menilai seorang Syed Azri bin Syed Gilani. Ya, Cik Lisa? Senyuman sinis dihadiahkan kepada Nur Lisa. Tangan Nur Lisa ditarik main-main dan dilepaskan. Tadi kata nak. Nak juga tengok sampai mana Si Nur Lisa ni berani main aci redah. Dengan jelingan tajam, Syed Azri melangkah tegap menuju ke arah Syed Gilani.

CEPAT dapat pengganti? Syed Gilani yang tengah ralit membaca The Munich Times terkejut apabila disapa oleh Syed Azri. Tadi Nur Lisa memohon diri untuk pergi menjemput kawan. Tak sangka kawan yang dimaksudkan ialah Syed Azri. Batang hidung Nur Lisa tak nampak pula. Mana ada daddy. She is just my junior.

42

Rin Ahmad

Ini yang malas nak jumpa ni. Selepas berbasa-basi dah boleh agak ini yang akan ditanya oleh daddy. Nak cakap lebih-lebih pun dia bukan mengenali lagi siapa sebenarnya seorang Nur Lisa ni. Bukan Syed Azri tak faham perlian daddy. Dia berani hantar Nur Lisa sebagai translator pun sebab dia main aci confident yang Nur Lisa mampu buat. Sepatah aje dia tanya sebelum buat Nur Lisa ternganga dengan idea luar alam dia. Kena jugak tanya latar belakang Nur Lisa untuk melayakkan diri dengan tugasan tu. Kalau tak layak, malulah Dr. Syed Gilani. Kau belajar U mana ni? TUM. Jawapan Nur Lisa cukup untuk menjayakan rancangannya untuk mengelak daripada berjumpa dengan daddy. Budak ijazah masuk TUM minta maaflah, amat luar biasa! JPA pun tak hantar budak pergi TUM. MARA adalah kut tapi agak terhad. Tak tahulah nanti tahun-tahun depan JPA pun hantar. Nak masuk TUM, A-Level German (ALG) harus kena full score. Full score tahu tak! Kenapa nak kena full score dan bahasa Jerman wajib berabuk (fasih) ialah sebab ijazah yang ditawarkan di TUM hanya dalam bahasa Jerman. Kalau Master macam dia, lainlah. Ada dwibahasa. Nak ternganga pun ada masa dengar Nur Lisa cakap dengan selambanya dia budak ijazah TUM. Kalau budak ni stok sopan segala dia nak tabik spring tapi memandangkan gaya Nur Lisa yang tak berapa nak senonoh abaikan ajelah. Syed Azri cuma lupa nak tanya Nur Lisa ambil bidang apa. Jangan cakap budak kejuruteraan, cukup. Pengsan dia nanti. Kalau kursus lain, fakulti di main campus terletak di bandar. Hanya fakulti kejuruteraan mekanikal, kimia dan IT agak terpencil iaitu terletak di Garching.

43

Untuk Semua Dosaku

Mummy tahu bising nanti. Daddy tak payahlah bagitau, jawab Syed Azri senang. Seperti biasa mengambil mudah semua perkara. Damia Humaira tu anak kawan baik mummy. Azri kena fikirkan perasaan mummy tu sikit, leter Syed Gilani. I know my mummy. She wouldnt mind. Kenapa daddy tak cakap daddy sendiri yang kisah? Papa Si Damia Humaira tu bukan kawan baik daddy ke? Syed Azri malas nak layan sikap berpura-pura Syed Gilani. Orang korporat, biasalah. Ayat manis dua puluh empat jam. Kerja nak ambil hati orang sahaja. Kalau budi bahasa Syed Gilani kurang, manakan dapat memegang jawatan penting di negara orang. Dubai bukan setakat sebuah negara tapi sekarang Dubai ialah penjenamaan. Sebuah jenama yang dicipta oleh orang Arab yang rakus dan bercita-cita tinggi. Syed Azri sering ditadahkan dengan cerita kehebatan visi dan misi orang Arab untuk mencipta nama Dubai di mata dunia. Kisah pemerintahan Dubai legasi Sheikh Rashid yang diwarisi oleh Sheikh Maktoum bin Rashid al-Maktoum. Zaman pemerintahan Sheikh Maktoum pada tahun 1990 ialah zaman termakbulnya cita-cita dan impiannya untuk menjadikan Dubai sebagai pusat pelancongan nombor satu di dunia dan hab kewangan utama di tanah Arab dan seterusnya dunia. Sheikh Mohammad bin Rashid al-Maktoum mengambil alih legasi abangnya dan menyambung kegemilangan pembangunan Dubai yang mengetengahkan penjenamaan di seluruh dunia dengan tagline: The sun never sets on Dubai World. Syed Gilani selalu memberi contoh kepadanya dan Sharifah Azra agar mengikuti cara dan budaya orang Arab

44

Rin Ahmad

bekerja. Dah lali telinga mendengar cerita tentang kehebatan pembangunan Dubai tapi dalam hati Syed Azri selalu berkata hebat sangat sampai tak ingat bumi berpijak, jangan nanti jatuh termengadah. Bagi Syed Azri cara orang Arab terlalu agresif tanpa memikirkan risiko apatah lagi apabila daddy selalu bercerita tentang perancangan Dubai yang bergerak secara keseluruhan mengikut arus masa bahkan menentang masa. Kata daddy setiap bangunan yang naik, satu tingkat boleh siap dalam masa dua hari. Kata daddy lagi, mereka dalam perancangan untuk membina bangunan tertinggi di dunia yang akan dilengkapi dengan satu-satunya hotel tujuh bintang di dunia. Dahsyat! Mana tak dahsyat kalau tagline kerajaan mereka ialah Dubai city in total mobilization, not only in competition with time but it is a protest against time. Okey cukup. Kepala dah penuh dengan agenda kerajaan Dubai. Moral of the story cuma mulut manis Syed Gilani langsung tidak diwarisi oleh Syed Azri. Budak Nur Lisa ni nak kena lipat balik rumah nanti. Kang cair telinga dengar topik Damia Humaira. Nak cakap kat daddy, dia kantoi Damia Humaira curang takut karang daddy kena serangan jantung kat sini. Kalau curang dengan lelaki yang lebih baik darinya okeylah jugak, ini muka macam jambatan tak siap. Aiii kan dah mula mengeji tapi dah itu kenyataan. Damia Humaira sampai sudah tak mengaku tapi Syed Azri malas nak layan. Kawan jalan-jalan pegang tangan siap bahu lentok? Come on la! Dia tak buta lagi. Cara hidup Syed Azri dan Damia Humaira memang lebih kurang. Jumpa kawan lelaki perempuan tepuk tampar, laga pipi perkara biasa. Masalahnya sekarang jalan pegang tangan penuh mesra dah macam Marienplatz tu mereka punya. Dahlah Damia Humaira yang dulu terhegeh-hegeh menggoda

45

Untuk Semua Dosaku

dia, lepas tu diri sendiri yang buat hal, memang dia hangin satu badan. Mesti Damia Humaira tak sangka dia balik cepat dari Amsterdam. Lantaklah. Dia bukan suka tahap gila bayang pun kat Si Damia Humaira ni. Dah, baliklah dulu. Dah lewat ni, tegur Syed Gilani. Tak boleh nak sentuh hal peribadi Syed Azri, panjang jawabnya. Ini sambung Master pun bukan reti nak bincang. Dah dapat baru nak bagitau orang tua. Sharifah Azra nasib baik boleh dikawal. Nasib baiklah Syed Azri ni anak lelaki, hati Syed Gilani taklah runsing sangat. Pandaipandailah jaga diri. Ingat overnight kat sini. Syed Azri menukar topik. No, Im catching Emirates last flight tonight. Tomorrow afternoon Ive lunch session with my team. Lisa mana? Oh.... Tu aje yang Syed Azri mampu jawab. Hidup seorang Syed Gilani. Boleh mati tak cukup rehat untuk orang yang tak biasa kerja kuat. Syed Azri menggamit Nur Lisa yang berdiri macam anak patung di tempat yang ditinggalkannya tadi. Beku dah kena cium. Mulut durjana. Memang nak kena ajar. Bisik Syed Azri dalam hati pakai ayat kejam. Kata pilih passion, kan... rasakan kehangatan anak Syed Gilani. Uncle, sapa Nur Lisa sopan apabila menghampiri Syed Gilani dan Syed Azri. Dia malas nak menghampiri dua beranak ni tadi. Gaya Syed Gilani cerita macam dah lama tak jumpa Syed Azri, jadi biarlah anak-beranak ni bercerita tanpa orang luar.

46

Rin Ahmad

Thank you for spending your precious time with me today. Youre welcome. I am hired and will be paid handsomely. Dont worry. Nur Lisa membalas sopan dan menjeling ke arah Syed Azri yang sedang menguis-nguis kasutnya ke lantai. Entah apa yang dikuis. Dua-dua tangan dalam poket. Nampak sangat malas nak melayan si ayah. Be my translator again on my next trip. Syed Gilani tersenyum. Baik budak Nur Lisa ni. Kalau Damia Humaira tak adanya dia tu nak bermesra dengan orang tua. Kalau jumpa pun, tangan Syed Azri terus ditariknya dan dibawa lari jauh-jauh. Sekadar senyum dan angguk-angguk sahaja batas hubungannya dengan bekas kekasih Syed Azri tu. Dia sendiri pun malas nak masuk campur. Nur Lisa ni pula tak berani dia nak teka apa hubungan sebenarnya dengan Syed Azri. Sehari bersama Nur Lisa dan melihat cara dia membawa diri nampak amat matang. Kalau betul Nur Lisa berada di bumi Bavaria tak sampai pun sebulan, hebat sungguh jati dirinya. No, no. You be my translator on my trip to Emirates. Syed Gilani tergelak. Pandai Nur Lisa mengambil hati. Which part of Emirates do you want to go? Nur Lisa tersengih-sengih. Dubai la. Dah kata pak cik kerja kat Dubai. Takkan nak pergi Abu Dhabi kut. Nur Lisa bermonolog sendiri. Apabila Nur Lisa menjawab pertanyaan Syed Gilani, dia termalu sendiri. Fahamlah Nur Lisa selama ini dia

47

Untuk Semua Dosaku

tersalah info. Ingat Dubai tu sebuah negara. Rupa-rupanya dalam United Arab Emirates (UAE) terdiri daripada tujuh buah negeri iaitu Abu Dhabi sebagai capital, Dubai, Sharjah, Ajman, Umm Al-Qaiwain, Ras Al-Khaimah dan Fujairah. Malunya apabila diberi penerangan ringkas oleh Syed Gilani. Eiii... rasa macam katak bawah tempurung betul. Tengok Lisa, teringat foreigner ladies strolling along Jumeirah Beach. Local people call them Jumeirah Jane. You are the exact version of Jumeirah Jane, tegur Syed Gilani selepas ceramah UAE For Dummies. Jumeirah Jane? Nur Lisa pelik. Nama tak boleh blah. We have a place called Jumeirah Beach Road at Dubai. Foreigners especially all the mat salih expatriate will buy a house along the beach. The mat salih will go out for work and the minah salih or the wife will spend their leisure strolling along Jumeirah Beach. They are leading a very lavish lifestyle. So, local people call the minah salih Jumeirah Jane. Im exactly the opposite version uncle. I am here now with scholarship not family sponsor. That makes a lot of difference already. Jawab Nur Lisa merendah diri. Nak hidup pun seksa. Dia boleh siap kira berapa patah perkataan keluar tadi. Rasanya beratus Euro juga dia dapat daripada Syed Azri nanti ni. Itu dikatanya lavish lifestyle? Amatlah tak! Kalau Lisa Jumeirah Jane, haruslah si semak Azri ni Jumeirah Jo. Syed Gilani mengusik. Sekadar menduga reaksi anak sendiri yang dari tadi diam tak berkutik. Terangkat muka Syed Azri mendengar namanya disebut.

48

Rin Ahmad

Nur Lisa tergelak. Azri semak? Not semaklah tapi sexy-smart-beard Jake Gyllenhaal perhaps? Biasanya Nur Lisa antijanggut tapi melihat Syed Azri dengan renungan tajamnya dan muka bersahajanya membuat matanya amat fokus kepada SSB (sexy-smart-beard) yang menghiasi wajah Syed Azri. Nur Lisa menjeling ke arah Syed Azri. Dup! Mata mereka bertentangan. Nur Lisa melarikan pandangan. Syed Azri buat-buat melihat jam di tangan. Apa yang semaknya? Baru lepas trim ni. Syed Azri menggosok dagu yang melengkapkan lagi pakej pada wajahnya yang hampir sempurna itu. Syed Gilani tersenyum. Syed Azri Syed Azri.

SAMPAI di rumah, Syed Azri tak puas hati. Berani kenakan kita. Tak pasal-pasal kena menghadap daddy. Syed Azri melangkah ke arah mesin basuh dan sebentar kemudian menghadap Nur Lisa yang tengah melayan TV. Bukan reti nak tukar baju, pergi tidur ke. Rungut Syed Azri dalam hati. Nah. Syed Azri menghulurkan pasu comel berisi sepohon pokok lebih kurang setinggi hampir satu meter ke arah Nur Lisa. Apa ni? tanya Nur Lisa blur. Kerja wajib kau kat rumah mulai hari ini. Syed Azri menunjukkan tempat yang sepatutnya Nur Lisa letakkan pasu tersebut. Jari telunjuknya dihala ke arah hujung balkoni yang akan menghadap cahaya matahari pada siang hari. Tak paham. Kerja apa? Nur Lisa menonong mengangkat pasu dan diletakkan elok-elok ke tempat yang ditunjukkan oleh Syed Azri.

49

Untuk Semua Dosaku

Sebelum kau pergi kelas, tolong bagi pokok tu minum susu. Sekali sehari aje cukup. Susu? Nur Lisa terperanjat. Pokok apa siram guna susu? Nur Lisa mula membayangkan dirinya membuka botol atau kotak berisi susu segar dan menuangkan isinya ke dalam pasu. Tak pernah kujumpa pokok kena siram dengan susu. Paling kurang, dia pernah dengar siram guna air basuhan beras adalah. Pokok apa ni? Adakah? Lagi satu, tadi pakwe kau Tengku Akhbar datang. Hah? Syed Azri memotong segala teori yang baru nak berkembang di kepala Nur Lisa. Sah Nur Lisa tak tahu pokok ganja kena siram guna susu. Sebenarnya tak kisah guna air biasa pun tapi hasil kualiti daun adalah berdasarkan cara penjagaan. Kalau siram susu, rasanya nanti lebih kaw!

SELEPAS menutup pintu balkoni rumah, Nur Lisa melangkah ke katil. Potong mood nak menghayati keunikan pokok minum susu tu. Dahi ditepuk. Macam mana boleh lupa nak telefon Tengku Akhbar batalkan janji temu ni. Patutlah Tengku Akhbar telefon banyak kali siang tadi tapi dia sibuk bekerja. Mana boleh nak jawab panggilan. Lantaklah. Nanti pandai-pandailah dia pergi kutip beg-beg dengan Tengku Akhbar tu. Takkan Tengku Akhbar rajin nak datang Pasing lagi sekali. Mandi, tukar baju dulu baru tidur, tegur Syed Azri

50

Rin Ahmad

apabila melihat Nur Lisa mula berlingkar di atas katil dengan baju siang tadi. Dia sendiri dah mandi dan tukar seluar pendek. Disarungkan juga T-shirt sleeveless Lakers. Kan dah susah ada roommate, housemate atau studio mate tak sama spesies ni. Memang boleh nak buat selamba seksi-seksi di dalam rumah tapi saham kena kasi up dulu. Getus Syed Azri dalam hati dan duduk di atas sofa bed menghadap TV. Alahai, malasnya. Nur Lisa merungut. Busybody jugak Si Syed Azri ni. Ikut hati nak tidur aci campak blaus dan skirt kat lantai, bush masuk gebar cepat-cepat tapi segan pula dengan Syed Azri yang dah wangiwangi dengan baju tidurnya. Dengan malas Nur Lisa melangkah ke bilik air. Mandi dalam lima minit lepas tu dengan selamba dia keluar dengan tuala berbalut di tubuh. Lupa nak bawa masuk baju tidur ke dalam bilik air tadi. Syed Azri menjeling sekilas. Budak ni betul-betul menggoncangkan iman aku. Lisa, iman aku tak cukup tebal nak tahan kau punya free show. Jangan nak goda-goda. Yalah sahut Nur Lisa. Sound direct langsung tak tapis Si Syed Azri ni. Nur Lisa merungut, cepat-cepat mengambil pijama kartun Tweety dan menghilang ke dalam bilik air. Keluar sahaja dari bilik air, TV sudah ditutup, lampu utama juga sudah ditutup. Dengan bantuan lampu sisi katil Syed Azri, Nur Lisa melangkah ke arah katilnya. Malam kedua tidur serumah. Semalam dalam keadaan Xanax menguasai diri, dia langsung tak ada perasaan yang pelik. Saat ini, cuak pula. Susun atur studio satu bilik ini sebenarnya bukak pintu sahaja, sebelah kanan ialah pantri

51

Untuk Semua Dosaku

yang lengkap dengan kabinet dan peralatan memasak. Depan kabinet ada sebuah meja makan dengan tiga buah kerusi. Lepas pintu bilik air ialah sofa bed yang menghadap TV yang dipasang melekap di dinding. Sebelah TV ialah katil Nur Lisa. Katil Syed Azri di hujung balkoni yang menghadap meja belajar. Tetiba terasa studio ni sempit sangat. Rimas juga nak mengharungi hidup hari ke hari dengan orang yang tak dikenali. Nur Lisa berhenti lama di hadapan katilnya. Tak jadi melangkah ke katil sendiri, Nur Lisa melangkah dua tiga tapak lagi menuju ke katil Syed Azri. Awak. Nur Lisa tunduk sedikit memegang bahu Syed Azri. Apa? Mata yang baru belajar nak pejam terpaksa dibuka. Nak cakap ni. Nur Lisa menolak kaki Syed Azri ke tepi. Dia duduk di hujung kaki Syed Azri. Syed Azri buat-buat bodoh. Apa pulak ni? Memang leceh la kalau serumah dengan perempuan. Ada aje kerenahnya. Cakaplah. Aku ada kelas esok ni, jawab Syed Azri acuh tak acuh. Saya nak berkenalan. Kekoklah macam ni. Nur Lisa duduk bersila. Kakinya bersentuh dengan kaki Syed Azri yang berlunjur. Macam budak-budak. Kaki ditolak ke pinggang Nur Lisa. Saja nak menyakat. Main gesel-gesel kat orang, dia ingat aku ni siapa? Buaya tahu tak. Kena masa aku lapar selamatlah kau Lisa. Bisik hati kecil Syed Azri nakal.

52

Rin Ahmad

Soalan pertama. Awak belajar mana kat sini? Ke dah kerja? Master. TUM. Sama kita. Laaa... sempitnya dunia. Jangan nak over. Soalan kedua. Dulu degree kat mana? TUM jugak ke? Tak. FH. Augsburg. FH ni kat sini orang panggil macam university of applied science atau kat Malaysia universiti atau institusi teknikal yang tawarkan kursus yang ada asas kejuruteraan sahaja. Soalan ketiga. Wow! Dah lama kat sinilah. Dulu belajar course apa? Sekarang amik course apa? Diplom Mechanical. Master of Science in Mechanical Engineering. Specialized in Numerical Simulation and Flight Engine. Detail enough? Syed Azri bangun bersandar di kepala katil. Tak senang tengok mata bundar Nur Lisa yang bercahaya itu. Apa yang dia nak teruja pun tak tahu. Nur Lisa yang patut kena puji sebab dah sah dia yang lebih gempak tapi takut Nur Lisa kembang semangkuk jadi abaikan sahaja pujian itu. Was studierst du? Kau budak architect ke? tebak Syed Azri. Bertanyakan soalan yang sama kepada Nur Lisa. Dalam hati berharap janganlah budak engine jugak. Istilah biasa untuk pelajar kejuruteraan. Oh, no. Im doing mechanical. I guess I am your most beautiful junior. Nur Lisa tersengih. Mempamerkan giginya yang putih tersusun rapi. Uhuk, uhuk! Air liur ditelan dah rasa macam pasir.

53

Untuk Semua Dosaku

Syed Azri menggelengkan kepala. Dunia tengah berputar salah paksi ke ni? Kaji selidik dia kat TUM ni, Malaysian tak sampai tujuh orang. Master dia dan Hanif. Itu pun Hanif punya course ialah elektrikal. Kampus Hanif di bandar. Fakulti yang ada di kampus yang terletak di bandar ialah fakulti arkitek, elektrikal, sivil dan bisnes. Lagi satu kampus TUM adalah di pinggir bandar Garching Research Center. Hanya fakulti mekanikal, kimia dan IT ada di Garching. Yang ramai di TUM ialah budak PhD. Memang tak mampu nak kenal la sebab peluang nak jumpa tak ada, lagilagi kalau lain kampus. Budak ijazah setakat ini yang dia tahu ialah Si Nur Lisa ni la. Kalau tengok gaya Nur Lisa yang agak daring dan luar alam, tak hairanlah kalau IQ pun luar alam juga. Budak pandai perangai memang semacam. Ops! Budak gaya model Itali pagi tadi yang nama Tengku Akhbar tu pun belajar di TUM juga ke agaknya? Syed Azri bertanya dalam hati. Nak tanya Nur Lisa takut kena cop tukang sibuk pula. Kau apehal nak duduk jauh-jauh? tanya Syed Azri. Nak tahu kisah seorang Nur Lisa terbabas jadi roommatenya. Nak tukar topik junior cantik itu juga. Haru! Saja tak nak campur. Kat sana tempat yang dia orang sediakan tu ada sekor mamat ni duk ikut bontot aje. Rimas! Nur Lisa main aci tak tapis juga memberi alasan sebenar dia berpindah. Yalah tapi takkan tak check roommate kau siapa? Kau budak mana? KL eh? teka Syed Azri lagi. Sekor mamat tu agaknya Tengku Akhbar si model Itali tu kut. KL tu dia teka sebab gaya Nur Lisa yang nampak dah biasa lepas bebas. Dia pun lepas bebas juga. Tapi dia orang Johor. Biasalah pengaruh negara jiran pun tak kurang hebatnya. Yes, KL. Saya kena tipu. Orang yang tolong cari tu cakap roommate saya orang perempuan. Nak buat macam

54

Rin Ahmad

mana jawab Nur Lisa selamba. Ada riak sedih juga di wajah. Riak sakit hati diperbodohkan oleh adik sendiri juga terpamer di wajah. Ada riak takut juga kalau la Si Syed Azri ni seorang yang jahat. Semuanya cuba dibungkus, simpan dalam ceruk hati. Pandai-pandai kau pun ada juga part bodoh ya? perli Syed Azri sambil mengerutkan dahi. Nur Lisa mencubit paha Syed Azri. Panjang aje tangannya mencapai. Aduh! Apa ni? Dahi Syed Azri berkerut menahan sakit. Kuku cantik berias Nur Lisa itu sangat tajam. Sakit tu. Sorry. Last saya nak tanya. Awak betul tak kisah ke? Soalan terakhir Nur Lisa. Macam tak boleh percaya aje itu soalan terakhir. Ehem.... Syed Azri membetulkan anak tekak. Aku sebenarnya tak suka tapi aku okey kalau kau behave. Pandai-pandailah tolerate kalau nak hidup aman bahagia dengan aku. Ceh! Ayat nak hidup aman bahagia gaya pasangan dah kenal lama. Tak, aku serius ni. Kau tahu, kan aku cakap semalam kalau kau sedar la masa tu. Frienship will never work between a man and a woman so, what are we after this is based on what are we sharing and what kind of life are we leading after this. Oh. Nur Lisa tak mampu nak mengulas panjang. Nampaknya Syed Azri dah berfikir jauh risiko mempunyai teman serumah berlainan jantina.

55

Untuk Semua Dosaku

And, I tell you. I am a perfect blossoming man. Syed Azri mengenyitkan mata, sengaja menakutkan Nur Lisa. Kena ingatkan jangan nak buat tayangan perdana kat depan dia kalau nak hidup aman bahagia. Bukan boleh percaya Si Nur Lisa ni. Dia sendiri lagilah tak boleh percaya diri dia sendiri. Dengan Damia Humaira dia boleh tahan sebab kenangkan nak buat isteri, kenangkan mummy dan daddy, jadi boleh tunggu kut. Tapi kalau dengan Nur Lisa dia takut karam tak bersebab nanti. Patutnya saat Damia Humaira menyerah dia ngap aje. Menyesal! Mesti dah dapat kat mangkuk tingkat yang dia nampak hari tu agaknya, madu Damia Humaira. Noted. Thank you. Nur Lisa agak cuak dengan ugutan Syed Azri. Dia memang biasa bergaul bebas dengan lelaki. Lepak di rumah Ariana di Mahkota Dewi yang selalu ada Jack dan Fuad. Kadang-kadang hujung minggu balik kelab pagipagi buta singgah tidur di kondominium mewah Tengku Akhbar. Pergi kelab bertemankan lelaki bersilih ganti tapi duduk serumah? Ini tak pernah. Dia mana ada kekasih. Stok geli-geli adalah. Hidup dia belajar, belajar. Dan enjoy, enjoy. Kalau bercinta nanti leceh. Belajar entah ke mana. Nak enjoy lebih-lebih pun banyak sekatan nanti. Nur Lisa berdiri mahu bergerak ke arah katilnya. Baru dia nak melangkah, tangan kanannya disambar oleh Syed Azri. Woman engineer to be. Please be a nice roommate will, ya. Syed Azri tersenyum. Oh, tahukah Syed Azri bin Syed Gilani senyuman itu pembuka kepada jalan-jalan dan ruang-ruang penyatuan hati nanti? Nur Lisa menggelengkan kepala. Menghilangkan

56

Rin Ahmad

ketidakpercayaan kepada senyuman manis yang dilemparkan oleh Syed Azri. Tangan Syed Azri ditolak dengan tangan kiri. Jangan nak goda-goda aku. Nur Lisa menahan rasa tapi senyuman paling manis dibalas. Bagi seri satu sama satu la, kan. Syed Azri terkasima. Coolio betul budak ni. Do you know what woman engineer capable of doing? Syed Azri melepaskan tangan Nur Lisa tapi pandangan terhala tepat kepada Nur Lisa yang berjalan ke katilnya. What? Sie beginnen mit Nhmaschinen und mit der Atombombe geendet. Gila! Balas Nur Lisa kuat. Ada patut cakap they begin with sewing machines and end up with the atomic bomb. Dahsyat sangat tu. Yang Syed Azri tak sedar; They begin with love and end up with detest. They begin with simple relationship and end up with complex one. Yang Nur Lisa tak sedar; They begin with roommate and end up with marriage. They begin with dark path and end up with her bright ad-Din preference path. Good night Love Lisa. Halt deinen Mund und schlaft bitte! Marah betul Nur Lisa kena usik. Shut up and sleep please. Syed Azri mengajuk kata-

57

Untuk Semua Dosaku

kata Nur Lisa dalam hati. Kepala dibaringkan kembali ke bantal. Nur Lisa menarik gebar. Tak nak tanya pasal Tengku Akhbar ke? Azri!

58

Rin Ahmad

Bab 4
UR LISA menyusuri jalan lurus dari blok rumahnya menuju ke stesen S-bahn Pasing. Hari ini hujung minggu yang damai. Dia bangun pagi-pagi lagi, keluar dulu berjoging menyusuri Sungai Wuerm dan balik ke rumah terus bersiap untuk keluar. Janji temu dengan Tengku Akhbar asyik tertangguh. Lagipun hari ni Nur Lisa nak nobatkan sebagai Hari Shopping Sedunia. Duit dalam poket taklah banyak sangat tapi Tengku Akhbar, kan ada? Lagipun kena buat-buat ambil berat tentang Tengku Akhbar. Kan ke nak kena suap Nur Lili dengan info. Manalah tahu keluar hari ini, Tengku Akhbar ada gaya terbaharu, muka licin dah naik jerawat ke, rambut kemas dah jadi botak ke, senyuman menggoda dan suram serinya ke. Banyak yang dia nak kena lapor kat Nur Lili tapi kali ni kalau upah sikit, minta maaflah. Sorry Lili, got to go. Sakit hati kena ayam dengan Nur Lili pun tak habis lagi ni. Nasib baik setakat ini Syed Azri masih budiman orangnya. Tak adalah dia sakit hati sangat. Jarak berpuluh-puluh ribu kilometer pun, nak marah, nak gaduh pun buat sakit hati diri sendiri. Paling tak, dah

59

Untuk Semua Dosaku

seminggu Nur Lisa langsung tak layan Internet. Putus hubungan dunia dia dengan alam maya sekejap. Biar Nur Lili tertunggu-tunggu depan lap-top cari dia. Padan muka! Sekadar menyarungkan ballet flats, langkahnya dipercepatkan apabila terasa diri diekori. Panjang-panjang langkahnya dihala ke arah stesen yang dah nampak di hadapan mata. Nur Lisa mula rasa tak sedap hati tapi dia cuba berlagak tenang. Sudah seminggu dia mempunyai rutin yang sama. Hari-hari berjalan ke stesen S-bahn Pasing hingga ke Marienplatz. Kemudian kena tukar naik U-bahn pula dari Marienplatz sehingga ke Garching Forschungszentrum (Garching Research Center). Tak pernah pula dia rasa tak selamat begini. Biasanya dia yakin aje berjalan di muka bumi yang pernah diperintah oleh Adolf Hitler ni. Semangat Nur Lisa nak meneruskan hidup pun ala-ala Adolf Hitler. Kalau semangat kecil, macam mana nak mengharungi hidup dengan Syed Azri yang banyak helah tu? Lepas Syed Azri bagi gaji beberapa hari yang lalu, bersorak Nur Lisa dapat upah lebih. Hampeh! Rupa-rupanya diselitkan sekali dengan duit barang dapur terutamanya duit susu pokoknya. Okay here you go. Berkeping-keping Euro dihulurkan kepada Nur Lisa. Banyaknya. Yahooo!!! Nur Lisa bersorak, siap berpusing-pusing gaya orang menang loteri. Kedua-dua tangan Syed Azri dipegang konon ajak pusing sekali. Si Syed Azri ni pula layan aje la walaupun muka serius aje. Ehem ehem Cik Nur Lisa. Ya? Nur Lisa berhenti berpusing tapi senyuman masih merekah di bibir.

60

Rin Ahmad

That is including one month household expenses and milk supply for my baby. Tangan Syed Azri menunjukkan ke arah pokok yang diwasiatkan kepada Nur Lisa untuk dijaga. Apa lagi silalah jadi seorang suri studio, ya cik kak. Hidup nak senang aje... mana boleh! Syed Azri kadang-kadang tak lepas daripada memerhatikan setiap laku Nur Lisa. Selamba sangat dan sentiasa dalam dunianya sendiri. Tak banyak tanya. Tak banyak kerenah. Memang dia kagum sangat-sangat. Ingat duduk sehari dengan perempuan dia dah rasa macam nak sepak Nur Lisa keluar rumah tapi Nur Lisa langsung tak memberinya alasan untuk berasa rimas. Selepas sesi berkenalan sebelum tidur tempoh hari, mana ada Nur Lisa tanya apa-apa lagi dah. Kadang-kadang sengaja Syed Azri mendera. Berebut bilik air pagi-pagi nak pergi kelas, selamba minum air kopi yang Nur Lisa dah bancuh atau selamba makan apa-apa makanan yang Nur Lisa siapkan untuk tapau pergi kelas, sekadar nak menduga tapi Nur Lisa stok tak kisah. Syed Azri nak masuk dulu, dia bagi. Siap boleh lepak-lepak tunggu dia keluar dari bilik air sambil layan TV. Tak pun dia layan diri kat balkoni sambil hisap rokok. Kalau air dan makanan dia hilang, dia buat balik tapi jangan tak tahu dia tulis besarbesar kat nota warna-warni dan tampal kat peti ais. Psiko! Azri pencuri kopi! Ngeee. Azri pengepau sandwich! Ish ish. Azri amik saya punya rokok! Jahatnya dia. Hari ini pie saya hilang kena telan buaya! Kesian saya.

61

Untuk Semua Dosaku

Yang ni Syed Azri dah tak boleh nak tahan gelak. Boleh dia tulis macam tu. Memang pelik betullah Nur Lisa ni. Segan agaknya nak sound direct. Maklumlah kalau dia jadi Nur Lisa pun dia fikir banyak kali. Nur Lisa pandai juga ambil langkah berjaga-jaga mengenali hati budinya. Bukan dia tak tahu cantik pepper spray dan pisau lipat tersorok kat bawah bantal Nur Lisa tu. Hari Nur Lisa kelam-kabut bangun terlambat nak pergi kelas, dia sengaja nak berbakti tolong kemas katil, bulat mata nampak benda tu tapi tersengih juga dia tengok. Dia pun awal-awal mati-mati tabik hormat, gilalah awek ni cari maut perjudikan nasib duduk dengan orang yang baru dikenalinya tapi silaplah. Kalau dah nama budak bijak. Rupa-rupanya dari A hingga Z Nur Lisa dah siapkan rancangan kalau musibah melanda. Ceh! Tangan Syed Azri dilepaskan kasar. Buat malu teruja gaya budak dapat lolipop. Ada niat nak mengkulikan dia rupa-rupanya tapi baguslah. Sekurangkurangnya dia tak payah nak risau duit belanja makan kat rumah. Tinggal nak fikir duit belanja kelas aje. Bagus ni. Untung juga duduk serumah dengan anak Syed Gilani.

KUNTUM RENJONG. Kuntum Renjong!!! Nak tercabut anak tekak Hanif memanggil roommate baru Syed Azri. Boleh dia buat derk aje. Cadang Hanif nak pergi beli surat khabar di kedai yang terletak selang sebuah blok dengan rumah tapi nampak Nur Lisa yang sedang berjalan beberapa meter di hadapan, gatal pula nak menegur. Makin dia rapat, makin laju pula langkah Si Kuntum Renjong ni. Syed Azri yang tunjuk dari jauh Si Nur Lisa ni.

62

Rin Ahmad

Nama aje duduk sebelah-menyebelah tapi tak pernah diperkenalkan oleh Syed Azri secara langsung. Dia rasa dia tak silap apabila Syed Azri menunjukkan Si Kuntum Renjong di dalam S-bahn tempoh hari. Mereka kebetulan naik kereta api yang sama tapi Kuntum Renjong ni duduk seorang diri layan buku. Tak perasan langsung dia dan Syed Azri. Penat sangat agaknya lepas balik kelas. Syed Azri main tunjuk itu pun lepas Hanif tegur. Ada awek cun la. Muka macam Asian tu. La... tu la Si Kuntum Renjong. Roommate aku. Lawa seyh. Ish... dia tahu tak aku ada Firuz? Kalau kau tak cerita lagi, kau jangan cerita boleh? Aku nak cuplah. Hotak kau. Firuz pun kau tak terbela ada hati nak bela lagi seorang. Kau dah ehem ehem... eh? Jangan nak buat lawak sarkas. Tak ada ehemehemnya. Kalau aku nak, aku mintak gentle punya tapi so far aku sober lagi. Kemudian-kemudian la aku kenalkan. Hanif tergelak. Sober la sangat. Sampai bila boleh tahan tu? Bukan dia tak tahu Syed Azri mengamuk bila tahu kes Damia Humaira dengan mangkuk mana baru-baru ni. Yang paling Syed Azri menyesal kenapa dia layan Si Damia Humaira tu baik sangat. Patutnya dilaukkan siang-siang. Baru padan muka tapi Syed Azri ni nak cakap baik tak juga. Nak cakap nakal pun masih di tahap terkawal. Jadi, dia mampu gelak sahaja dengar Syed Azri merungut. Hari ni kebetulan nak kenal Si Kuntum Renjong ni secara langsung. Tak kisahlah nama klasik tahap zaman purnama pun janji muka kellasss lawa gaya moden-moden gitu. Budak TUM pula. Trofi tu kalau dapat.

63

Untuk Semua Dosaku

Hey! Sie fallen etwas. Mana ada benda jatuh pun tapi Hanif nak tergelak juga tengok Si Kuntum Renjong brek dan pandang bawah tiba-tiba. Trick menjadi. Cak! Awak tertinggal tapak kaki aje. Hanif menyembunyikan senyuman dan cepat-cepat menghampiri Nur Lisa. Entschuldigen Sie mich (excuse me?). Si Kuntum Renjong mencerlung tajam apabila tahu dipermainkan. Entschuldigung. Hanif meminta maaf. Dia pelik. Syed Azri kata Melayu. Tak cakap Melayu ke Si Kuntum Renjong ni? Dia saja tegur dalam bahasa Jerman nak main helah. Boleh Si Kuntum Renjong jawab dengan buat muka tak bersalah siap pandang orang macam orang pula yang salah. Mati akal Hanif tak tahu nak tegur macam mana ni. Sprechen Sie Englisch? Hanif gelabah. Mula bertanya adakah Si Kuntum Renjong boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. Isk! Rasa nak tampar pipi sendiri. Patutnya tanyalah boleh cakap Melayu ke tak tapi dia terkaku apabila berhadapan dengan awek ni. Cun siot! Boleh tergagap-gagap nak usha. Potong betul. Dengan ketinggian yang kalau tenggelam kat tengah-tengah bumi Bavaria orang boleh tersalah cakap orang tempatan, kulit yang licin berseri dan gaya berpakaian yang amat moden walaupun tampil ringkas dengan skinny jeans, T-shirt oversize paras lutut yang diserikan dengan jaket jean hitam, leher yang dililit skarf dan bahu yang tersandang beg kulit coklat labuh. Rambut Si Kuntum Renjong yang panjang bawah bahu sikit aje nampak amat seksi beralun dengan kepala yang digelengkan berkata tidak. Nein. Hanif terdiam. Dia tahu gadis di hadapannya menipu. Tak nak mengaku pulak. Macam mana Si Syed Azri

64

Rin Ahmad

boleh tahan duduk serumah dengan awek macam ni? Pakai lengkap macam ni pun aku dah rasa seksi semacam. Rambut dia tak boleh tengoklah. Menutupi dahi separuh dan seksi dibiarkan lepas bebas di bahu. Ingat awek rambut panjang macam Damia dan Firuz sahaja yang menggiurkan tapi versi Kuntum Renjong ni fenomena betullah. Hanif mati kutu. Tanya terus terang ajelah. Sie sind Kuntum Renjong? Hanif inginkan kepastian, nak juga tanya nama. Nein. Nur Lisa nak tergelak tapi dikawal. Kurang ajar. Mesti ni kawan Si Syed Azri yang duduk sebelah studio mereka. Sah makhluk tu beritahu nama dia Kuntum Renjong. Balas nampak. Maklumlah dia yang bagi nama tu dulu. Siap kau, Syed Azri. Knnen Sie mir behilflich sein? Nur Lisa menyambung kata, meminta pertolongan. Was? Hanif bertanya kembali nak minta tolong apa. Lassen Sie mich in ruhe. Azri, sagen Sie ihm, um zu sterben. Nur Lisa menyuruh Hanif jangan mengganggunya dan memberi pesanan kepada Syed Azri tell him to die. Padan muka! Pandai-pandai beritahu kat orang nama dia Kuntum Renjong. Hanif ternganga. Betullah ni Si Kuntum Renjong. Laju sebut nama Syed Azri. Cet! Saja nak kenakan aku. Nak cakap sombong, air muka Kuntum Renjong nampak biasa, boleh aje layan dia bercakap elok-elok. Sah! Saja nak kenakan aku. Muka Hanif dah tebal semacam. Boleh buat stok cerita kat Freiman hari ni. Kalau nak bagi lagi sadis, dia suruh Syed Azri buka connected door tu. Sambung saja bilik.

65

Untuk Semua Dosaku

Pengsan ternganga Kuntum Renjong balik nanti. Maklumlah studio mereka sebelah-menyebelah dan memang mereka sengaja memilih studio yang bersambung. Kononnya senang kawan-kawan datang lepak kalau hujung minggu. Aktiviti budak lelaki di rantauan. Hujung minggu melepak ajelah. Bezanya mereka akan membuat rutin giliran. Minggu ni lepak kat mana, rumah siapa, minggu depan kat mana pula. Bergilir-gilir. Cuma setakat ini tempat kegemaran dia dan Syed Azri ialah Freiman rumah Bird la dan kejap lagi mereka memang nak pergi Freiman. Dah janji nak buat BBQ. Kadang-kadang mereka ada juga turun Sigmaringen, ke rumah Wong. Hanif agak Si Kuntum Renjong harus nak pergi window shopping. Aktiviti biasa pelajar perempuan. Kalau anak super lord lainlah, siap boleh shopping sakan. Mana nak peduli berapa kali ganda nilai Euro kat sini.

HUJUNG minggu yang sengal. Nur Lisa pagi-pagi lagi dah lesap. Tak tahu pergi mana. Maklumlah tak pagi mana pun. Baru ingat nak ajak Nur Lisa pergi Freiman. Nak kenalkan Nur Lisa dengan budak Malaysia yang lain. Konon nak ajak jalan-jalanlah juga. Sekurang-kurangnya kalau dia tak ada, ada kecemasan ke apa ke adalah tempat Nur Lisa nak bergantung. Walaupun Syed Azri tahu sangat yang semua kawannya nampak nakal tapi semua boleh harap. Semangat setia kawan tinggi kalau berada di rantauan. Syed Azri bersiap ala kadar. Washed jeans biru dipadankan dengan Polo shirt lengan panjang berbelang merah hitam dan berkolar putih. Tak lupa topi kegemaran,

66

Rin Ahmad

Liberty Snapback Cap berwarna hitam dengan gambar bola kecil di tengah dengan tulisan New di atas dan York di bawah bola melengkapkan gaya maskulin. Mata melilau sekeliling rumah sebelum melangkah ke rumah sebelah. Sedang elok pintu rumah Hanif sedia terbuka. Jomlah, ajak Syed Azri dan menapak ke dalam. Kau sembang lebih. Kata nak ajak Kuntum pergi sekali. Alih-alih aku nampak dia menonong keluar jalan pagipagi lagi, sembur Hanif. Kau tegur dia? Confirm ke dia? Kau bukan kenal dia pun. Syed Azri duduk di kerusi makan. Roti yang ada di atas meja makan dirembat. Lapar. Confirm sebab meh sini aku translate dia cakap, tell Azri to die. Syed Azri tersedak. Nasib baik tak tercekik makanan dalam mulut. Angin tak ada, ribut jauh sekali, kenapa tibatiba nak suruh aku pergi mati pula ni? Ho ho... relaxlah. Hanif tersengih melihat reaksi Syed Azri. Apehal pulak ni? Syed Azri bertanya. Entah. Kau panggil dia apa? Syed Azri mula rasa tak sedap hati. Kuntum Renjonglah. Dah kau cakap tu nama dia. Mangkuk! Kau memang mangkuklah. Memanglah dia marah. Tu bukan nama dia. Dia tak baling muka kau dengan kasut kira dah cukup baik dah. Syed Azri tersenyum. Dahi sedikit berkerut dan mata bersinar-sinar. Patutlah. Kaulah mangkuk. Kau tak cakap betul-betul kenapa? Mana aku tahu kau serong (tipu). Hanif berdiri dan

67

Untuk Semua Dosaku

menutup TV yang sedang ditontonnya. Malu aku. Siot aje Si Syed Azri ni. Its Nur Lisa. I call her Lisa. Syed Azri berdiri. Membetulkan topi dan mengekori Hanif ke luar rumah. Nama sikit punya sedap. Mahu dia tak marah. Rungut Hanif sambil memandang Syed Azri yang sedang menyarungkan suede loafers.

TIBA di Freiman, sesak juga nafas kena bahan dengan Bird dan Wong. Selamba Hanif buka cerita. Pandai-pandai cakap dia tak nak bawa Nur Lisa sebab simpan kat rumah. Stok baek mana boleh tayang-tayang. Kau biar betul? Bird menghulurkan gelas berisi air suam kepada Syed Azri. Datang-datang aje mengada-ada nak minum air suam pula. Apa yang betul, apa yang tak betulnya? Syed Azri buat-buat tak faham. Lisa dah sah jadi awek kau ke? Ish... drop the subject please. Syed Azri malas nak melayan. Kalau cakap tak, nanti ada pulak Si Nur Lisa jadi trofi rebutan karang. Kalau cakap ya, kasihan pula kut jalan Nur Lisa nak dapat pakwe baik-baik (konon) kat sini tipis sebab saham dah jatuh. Maka diam adalah jalan sebaikbaiknya. Dalam niat baiknya terselit juga niat nakalnya. Hey! Punya cun tu takkan senang-senang nak lepas. Bagi dia tapis dulu. Syed Azri tersengih dan meletakkan gelas di atas meja. Aku siap jemput Diandra, Huda dan Verona kau

68

Rin Ahmad

tahu tak? Kata nak bawak Lisa. Ingatkan kalau minah bertiga tu ada, takdelah Lisa rasa segan. La ya ke? Dalam hati Syed Azri memuji budi bahasa Bird. Tokoh tuan rumah terbaik abad ini. Huda ada? Jangan dia usung sekali Damia Humaira, cukup. Ada orang tu sendu sepanjang hari karang, usik Hanif. Kan ke Huda tu kawan baik bekas awek Syed Azri. Kau nak kena cepuk ke apa ni? Mata dalam Syed Azri dihala ke arah kawan tak guna ni. Ada aje nak mengenakan dia hari ni. Siap kau Hanif. Malas nak melayan, Syed Azri keluar dari bilik dan bergerak ke basement. Nanti kalau mereka berkumpul kat flat Bird ni, sah duduk kat basement. Mana ada nak berhimpit kat dalam bilik sempit Bird ni. Tangan gatal nak menelefon Nur Lisa. Suara Nur Lisa kedengaran ceria di hujung talian. Lisa kau pergi mana? Bukan tak ada kelas ke hari ni? Memanglah tak ada kelas. Pergi shopping. Kan baru dapat gaji. Bukan reti nak bagitau. Hello Tuan Syed, you are not my boyfriend. Be one, then you can mess with my life. Since you were not, stay out of it. Be one? Siap kau Lisa. Ill be the one. ASAP! Syed Azri membesarkan telinga. Cuba meneka di mana Nur Lisa berada. Nak tanya segan. Dah siap kena sound direct. Kadang-kadang dia geram juga dengan sikap Nur Lisa yang cakap tak pernah nak fikir dulu. Silap hari bulanlah. Ni anak Tuan Syed Gilani. Pantang dicabar. Kalau dapat nanti. nak buat apa Syed Azri? Remember you chose enmity?

69

Untuk Semua Dosaku

Soalan bodoh tiba-tiba menjengah ruang fikiran. Tak kisahlah buat apa pun, pilih apa pun. Janji dapat dulu. Shes not bad at all though! You are talking to Syed Azri, Nur Lisa. La, tahu sangat. Siapa lagi kalau bukan yang berani pergi kompang nama saya Kuntum Renjong. Sure the one and only Syed Azri, perli Nur Lisa satu das. Okay, sorry for that. Tu ke Hanif? Nur Lisa melilau mencari Tengku Akhbar yang terlindung di celah-celah rak baju agaknya. Kalah perempuan shopping pula dia ni. Spesies lelaki metroseksual, pentingkan penampilan dari hujung kaki ke hujung rambut. Rimas! Yes, sorry on behalf. Syed Azri mula mengayat. Nah... its okay. See you at home. Lisa wait. Yes? Tak menyesal ya. Tak nak tarik balik kata-kata awak tadi? Nota kaki di situ. Kau dah bertukar jadi awak. Idea datang tiba-tiba. Bagus juga Huda datang hari ini. Kalau dia usung Damia Humaira lagi bagus. I do the talking a lot. Which one you meant, dear roommate? Nur Lisa tergelak. Sengal la Syed Azri ni. Pebende merepek entah. Ill be the one. Betcha. Nur Lisa tergelak besar. Orang buat lawak dia buat serius la pula. Ego seorang lelaki. Tak boleh tersentuh. Nur Lisa ambil mudah. Tak sangka jalan-jalan di

70

Rin Ahmad

hadapan yang akan bermula bersama Syed Azri. Permulaan yang tiada penghujungnya. Walk the talk Syed Azri.

71

Untuk Semua Dosaku

Bab 5
UR LISA memandang sekeliling. Batang tubuh Tengku Akhbar dicari. Senyuman masih bersisa di bibir. Syed Azri Syed Azri. Pantang dicabar. Menggelabah dua puluh empat jam. Patutnya dia yang resah gelisah tiap kali berdua-duaan dengan Tuan Syed tapi Tuan Syed pula yang nampaknya selalu mengelak. Mengelak mungkin kerana tiga sebab: 1. Mungkin malu, alahai. 2. Mungkin serabut dengan kehadirannya. 3. Mungkin tak tahan godaan syaitan, ini dugaan besar ya. Nur Lisa sendiri pun boleh lagi menepis bab malu duduk serumah berlainan jantina. Lepas kena sound baek punya jangan buat tayangan perdana di dalam rumah, tak adalah dia nak keluar berkemban buat macam rumah sendiri. Bertapis jugalah kelakuannya.

72

Rin Ahmad

Mungkin serabut dengan kehadirannya? Agaknya la kut sebab tak pernah Syed Azri nak bersesak apatah lagi bertoleransi dengannya di rumah. Kalau nak mandi, memang selamba dia potong giliran, kalau nak guna mesin basuh itu pun dia potong giliran tapi Nur Lisa selamba sumbat sekali pakaiannya sekali harung. Pernah satu kes pelangi kecilnya tercampak sekali semasa Syed Azri nak keluarkan bajunya, macam nak runtuh rumah nama dia kena jerit. Haru betul. Kalau nak cerita kes syahdu pula, dia dah biasa telan air liur tiap kali air bancuhannya kena paw, telan bau tiap kali sandwic dan masakannya yang tak seberapa kena paw. Nur Lisa cuma mampu tulis nota cinta untuk memperingati kerja-kerja rompakan Syed Azri. Dia mampu lagi bertahan. Godaan syaitan? Sah Syed Azri gagal bab ni sebab bibir dia yang dia bela dan sentiasa berperisa strawberi dah lunyai dikerjakan di Munich Airport dulu. Jangan cakap sebab pantang dicabarlah, dia bukan budak kecik tak pandai nak menilai. Dia pun pandai membaca gerak tubuh Syed Azri. Kalau tiba-tiba Syed Azri bersaing jalan dengannya, selamba tangannya berlingkar di bahu Nur Lisa. Perlukah gesturegesture macam tu kepada seorang roommate? Amatlah tak perlu. Kalau jumpa tengah clubbing, belakang cerita. Pandai cerita bab Syed Azri yang gagal, bab dia sendiri? Belum gagal lagi tapi kalau Syed Azri betul-betul walk the talk? Confirm youll never walk alone Lisa! Bisik hati Nur Lisa. Langkah Tengku Akhbar yang menghampirinya melenyapkan bayangan Syed Azri. Tengku Akhbar yang sopan, baik hati, pemurah, kacak, kaya dan segala-galanya tentang Tengku Akhbar hampir sempurna. Nur Lisa sahaja yang antisempurna. Sempurna serba-serbi baginya ialah satu

73

Untuk Semua Dosaku

kekurangan. Susah nak bela nanti. Jangan cerita rupa Tengku Akhbar yang stok model. Kerdil terasa berdiri di sebelah dia. Kena up sikit keyakinan diri baru langkah Nur Lisa tak terasa pincang berjalan bersama. Memang tak ada sebab untuk kawan Nur Lili tak angau sampai merentas benua. Bagi Nur Lisa, angau kawan Si Nur Lili ialah rezeki untuknya. Dia dah tahu apa nak dilaporkan kepada orang di Malaysia. Pertamanya kena tunjuk yang Tengku Akhbar seorang yang amat mementingkan pelajaran jadi kawan Nur Lili tak payah risau sangat Tengku Akhbar kena ngap. Laporkan sahaja Tengku Akhbar sibuk, kalau jumpa pun kena cari di perpustakaan yang Nur Lisa pun tak pernah pergi sebab dia belajar kampus Garching bukan di main campus. Karang sahaja ceritanya. Nur Lili mesti terima bulat-bulat. Nak bagi lagi sedap, cakap sahaja Tengku Akhbar dah turun berat badan sekilo dua sekali tengok sebab kononnya sibuk belajar dan jadual yang ketat di sini. Berita macam ni memang membuat si gadis boleh simpati dan teruja. Nur Lisa tahu sangat. Dia pun gadis juga, bezanya langkahnya maju di hadapan. Dia nak, dia yang mulakan. Dia tak nak, dia yang cabut dulu. Kes Tengku Akhbar agak terpencil, dia tak nak tapi dia tak nak cabut. Sebab? Tengku Akhbar ialah kawan yang baik-baik sebenarnya tambah lagi berpakejkan poket yang tebal. Nur Lisa berdiri tegak memandang Tengku Akhbar yang kelihatan segak dengan seluar jean hitam dan T-shirt putih. Sesekali bosan pun ada tengok gaya skema Tengku Akhbar tapi hakikatnya memang kemas sangat-sangat dan walaupun ringkas, persona seorang kerabat amat terserlah. Kulitnya yang licin dan sentiasa berias rapi, percakapannya yang amat lembut dan teratur sememangnya bisa meruntun hati ramai wanita. Nur Lisa mengetap bibir. Wahai cinta,

74

Rin Ahmad

kalau nak jatuh bergolek pun silalah untuk lelaki baik seperti ini. Tiba-tiba Nur Lisa tersenyum sendiri. Inilah yang orang cakap manusia. Apa yang ada depan mata tak nak, nak kejar apa yang tak ada di depan mata. Serimas-rimas dia dengan sikap terlebih mengambil berat Tengku Akhbar, terselit juga perasaan kagum. Mana Tengku Akhbar pernah mengambil kesempatan. Kalau kat BBU dulu, dia pergi clubbing sampai jauh malam tak nak balik rumah, Tengku Akhbar yang selalu jadi The Rescue. Bawa dia dan Adriana balik ke kondominium mewahnya di tengah ibu kota. Kalau Nur Lisa pokai dan nak masuk kelab tak ada orang nak payung (belanja), selamba dia telefon Tengku Akhbar suruh datang. Dilayannya Tengku Akhbar betul-betul seperti pepatah omputih friends for benefits. Adriana siap betting sebelum dia terbang bahawa pepatah yang dipakai oleh Nur Lisa tak akan bertahan lama dengan Tengku Akhbar. Pasti kecundang di mana-mana. Katanya ada lima sebab kenapa pepatah ini takkan boleh bertahan lama: 1. Nur Lisa akan cemburu apabila Tengku Akhbar yang kacak, kaya dan baik hati mula dirapati oleh wanita lain. Kata Nur Lisa setakat ini tak pula dia rasa macam tu. Nak cemburu apa? Tengku Akhbar bukan hak milik kekal dia. 2. Nur Lisa akan feel attached.

75

Untuk Semua Dosaku

Errr ya ke? Tak ada pun. Tak adalah sampai dia bergantung hidup dengan Tengku Akhbar ni. Nur Lisa yang dulu-dulu angkat langkah seribu tak nak duduk dekat. Kalau dia ada perasaan nak melekat dua puluh empat jam dengan Tengku Akhbar pasti dia takkan jauh membawa diri ke Pasing. Cewah. Tak boleh pakailah Adriana sebab nombor dua engkau ni. 3. Nur Lisa akan mudah terasa hati. Lebih tepat, offended kalau layanan Tengku Akhbar macam nak tak nak aje. Nur Lisa tak kisah pula kerana kalau Tengku Akhbar tak bertanya khabarnya setiap hari, hidup aje dia. Tak ada pun angau-angau sampai dia sakit hati. Tak ada. Tak ada. Nur Lisa menggelengkan kepala. 4. Nur Lisa boleh termengandung. Ini paling gila wahai Adriana. Mana boleh jadi kalau Tengku Akhbar sekali pun tak pernah ambil kesempatan. Kalau dengan Syed Azri ada kemungkinan ni. Nur Lisa tergelak jahat dalam hati. 5. Nur Lisa akan terlalu bergantung kepada Tengku Akhbar. Maklumlah nak hidup senang di tempat orang sehinggakan Nur Lisa tak sedar semuanya diharapkan kepada Tengku Akhbar.

76

Rin Ahmad

Ini Adriana silap, Nur Lisa nampak sahaja mempergunakan Tengku Akhbar tetapi taklah sampai bergantung hidup. Kelima-lima sebab yang Adriana sebut semuanya Nur Lisa ambil mudah tanpa menyedari kesemuanya akan berlaku tetapi bukan dengan Tengku Akhbar sebaliknya dengan seorang Syed Azri bin Syed Gilani!

SIAPA nak bayar ni nak makan tempat-tempat mahal macam ni? Saya tengah pokai. Lurus Nur Lisa bertanya dan memandang Tengku Akhbar yang kebetulan memang sedang memandangnya. Ajak breakfast di Nathalies Gourmet Studio. Tahulah breakfast kat sini memang terbaik tapi tang harga yang memang terbaik juga yang membuat Nur Lisa muncung kat depan kedai. Mahal sangat untuk pelajar sepertinya. Tengku Akhbar tersenyum. Terhibur dengan sikap Nur Lisa yang bersahaja. Terasa ingin mengusik si gadis yang setelah selama ini kalau diajak keluar, banyak benar helahnya. Pagi ini baru boleh keluar setelah susah payah memujuk. Well, that depends on how the date goes, usik Tengku Akhbar dan tersenyum. Nur Lisa mengangkat kepala dan memandang Tengku Akhbar dengan serius. No, thanks then. Nur Lisa terus berlalu. Kurang ajar. Tadi cakap ada benda nak cakap. Macam penting. Ni dah lain. Baik dia blah. Lisa, please wait. Itu dulu, kat Malaysia. Masalahnya sekarang kat

77

Untuk Semua Dosaku

tengah-tengah Bayern atau dikenali juga sebagai Bavaria ni pun dia boleh buat muka pokai kat depan LeBuffet, Oberpolligger. Tadi kata nak shopping Si Nur Lisa ni, tapi tengok tak ada apa yang dirembatnya. Segan ke apa? Atau lelaki yang ditemuinya di Pasing dulu jauh lebih mampu untuk memuaskan keperluan Nur Lisa? Itu Tengku Akhbar boleh terima tapi kalau hati Nur Lisa pun dipuaskan sekali? Bolehkah dia menerima dan melepaskan Nur Lisa yang sudah lama dikejarnya? Siapa nak bayar ni nak makan tempat-tempat mahal macam ni? Saya tengah pokai. Sini pakai Euro. Kalau RM pun saya pokai jangan cerita nak pakai Euro. Selamba Nur Lisa berkira-kira di depan pintu masuk. Memang tak makan saman. Beg yang tersandang di bahu ditepuk-tepuk. Mana dia pernah segan dengan Tengku Akhbar. Tengku Akhbar menggelengkan kepala. Inilah lainnya Nur Lisa dengan gadis-gadis lain yang menghampirinya. Nur Lisa dengan gaya tak berdosa mengepaunya dan terang-terang. Langsung tak hipokrit seperti gadis lain yang berpura-pura melayaninya dan selepas mendapat layanan baik, jari telunjuk mula terangkat tunjuk itu dan ini. Nur Lisa lain, kalau dia nak apa-apa, dia cakap terus terang. Kelakar pulak bila difikirkan. Kebar, kalau saya baik temankan awak satu hari kat library. Malam ni saya nak reward tau. Malamnya selamat sebuah beg Gucci Nur Lisa paw. Argh, tak mau teman. Malaslah nak layan kawankawan awak stok kerabat tu tapi saya macam nak beli buku yang Dr. Ifah cakap tu la.

78

Rin Ahmad

Esoknya Nur Lisa riang ria menemaninya di majlis keramaian dan terbang RM300.00 beli buku yang diimport di MPH. Tak boleh keluar, tayar kereta mama tak ada bunga. Bahaya. Punyalah sengal alasan Si Nur Lisa tapi tersengihsengih juga dia keluar apabila dijemput di hadapan rumah malam tu dan esoknya keempat-empat tayar kereta mama Nur Lisa ditukarnya. Kenangan kali pertama Tengku Akhbar membawa Nur Lisa keluar setelah bersusah payah mengayat memang syahdu. Tak pernah dibuat awek berdiri kat depan kedai tanya siapa nak belanja. Nur Lisa tak sedar agaknya dia diangkut naik Ferrari, lagi nak tanya soalan gaya keluar dengan mat rempit. Semua tu Tengku Akhbar tak kisah kerana Si Nur Lisa dalam mengambil kesempatan, dia tahu Nur Lisa ikhlas tiap kali bersamanya. Lawak jenaka Nur Lisa semua tulen. Kalau dia ketawa, mulut selamba ternganga dan gigi putihnya terserlah. Mana ada cover cun. Tengku Akhbar belum buta nak menilai perilaku gadis kegilaannya itu. Dia pun pernah test Nur Lisa dan Nur Lisa lulus dengan cemerlangnya dan apa ujian itu? Biarlah rahsia. Haish... dan jangan lupa nama panggilan yang digunakan oleh Nur Lisa. Kebar tu diturunkan darjat oleh Nur Lisa seorang. Orang lain semua panggil Ku Bar tapi Nur Lisa cakap geli kalau nama Ku Ba tu dijadikan satu nama (kuba) dah sama macam sebutan untuk kerbau di kalangan orang pantai timur. You are way too handsome to be called that. Kebar!

79

Untuk Semua Dosaku

Suara Nur Lisa mematikan khayalan Tengku Akhbar. Terasa nak mengusik Nur Lisa seperti kali pertama keluar dulu. Well, that depends on how the date goes. It will go nowhere so no, thanks then. Nur Lisa terus bergerak setapak sebelum Tengku Akhbar menyambar pergelangan tangannya dan menyeret Nur Lisa ke meja di dalam LeBuffet yang terletak di tingkat paling atas pusat membeli-belah Oberpollinger di tengah-tengah Munchen atau Munich. Nur Lisa memuncung. Pandangan ditala ke luar tingkap restoran yang juga menyajikan masakan Asia di dalam kuali panas. Tengku Akhbar buat tak tahu. Menu ringkas dipesan. Lisa, you never change. Tengku Akhbar menarik tangan Nur Lisa, memujuk. Merujuk juga kepada jawapan Nur Lisa yang tak pernah berubah. Selalu mengelak. Why should I? Cepat sungguh servis restoran ini. Tak nak makan buffet tapi gaya a la carte pun amat cemerlang layanannya. Sekejap sahaja minuman yang dipesan terhidang. Nur Lisa memusing-musing straw di dalam gelas. Would you telling me the truth about moving to Pasing? Tengku Akhbar menukar topik, memulakan kata. Sejak keluar tadi lagi dia memberi peluang untuk Nur Lisa bersuara sendiri tapi jangan harap Nur Lisa nak memulakan. What truth? Nur Lisa membesarkan biji matanya. Lili told me everything. Dont you think its a bit

80

Rin Ahmad

overboard move in with your boyfriend here? Even yes I know nobody is bothered but have you thought twice your own safety? You just know him like a few months? Burrrr! Tersembur air yang baru menerjah ke dalam mulut. Ayam kau Lili!

81

Untuk Semua Dosaku

Bab 6
UR LISA menapak perlahan ke arah flat yang sudah nampak di hadapannya. Syed Azri dah balik ke belum ni? Dah malam. Takkan tidur sana kut? Kepala dahlah pening ni. Menjelajah baru sikit aje tanah yang pernah diperintah oleh Adolf Hitler. Orang Malaysia panggil Jerman. Nama dalam bahasa Inggeris ialah Germany. Rakyatnya sendiri panggil Deutschland. Orang Itali panggil Alemania. Banyak sungguh nama negara Jerman ini setelah Jerman Barat dan Jerman Timur bersatu. Kalau nama dia banyak macam tu, tak ke pening? Nasib baik mama dan papa letak nama seringkas Nur Lisa. Oh! Lupa dia ada nama baru. Kuntum Renjong. Siap kau Syed Azri. Nur Lisa termengah-mengah di hadapan pintu rumah. Elok sahaja pintu rumah terbuka, Nur Lisa ternganga. Rumah atau studio yang didiaminya sudah bertukar rupa. Kalau dulu nampak comel dan kiut-miut sahaja studio mereka yang sekangkang kera ini tapi kini nampak amat luas

82

Rin Ahmad

apabila connected door dibuka dan ruang tamu studio rumah sebelah bersambung dengan ruang tamu rumahnya. Hai Lisa. Syed Azri yang sedang berdiri di hadapan kabinet dapur terkejut dengan kehadiran Nur Lisa tapi cepatcepat dia berjalan mendapatkan Nur Lisa. Penat? Dahi Nur Lisa dikucup dan Syed Azri kembali melangkah ke arah kabinet dapur. Nur Lisa meraba dahinya. Apehal mamat ni? Nur Lisa mengekori langkah Syed Azri dan berdiri di sebelah lelaki itu. Kenapa rumah kita macam ni? Sorry, we are hosting a house warming and I am introducing you to my friends. So, get ready. Go get change and Ill bring you downstairs. We rented the basement for the night. Go. Later we will gather here so we need bigger space. Syed Azri memberi arahan ringkas. Tangannya lincah memotong buah. Nak bagi tetamu makan buah aje? Mana ada. Kat bawah, kat porch tu nanti ada BBQ. Ini saya siapkan sebab roommate saya tak boleh diharap. Jangan nak salahkan kita pula. I know nothing about this plan. Nur Lisa mendengus dan cepat-cepat bersiap. Tak sampai sepuluh minit Nur Lisa siap mandi kerbau dan menukar pakaian yang lebih santai. Cotton dress bertali halus berwarna merah dengan polka dot hitam paras buku lali cukup menyerikan wajahnya yang sebenarnya amat keletihan. Kepalanya digeleng ke kiri dan ke kanan untuk membiarkan rambutnya beralun bebas di bahu. Nur Lisa langsung tak sedar Syed Azri yang menunggunya di balkoni memerhatikan setiap langkahnya. Nasib baik dia dah membiasakan diri tukar pakaian di dalam bilik air.

83

Untuk Semua Dosaku

Gorgeous, puji Syed Azri yang tiba-tiba sudah berdiri di sebelah Nur Lisa. Dia sendiri masih memakai T-shirt lengan panjang berbelang dari pagi tadi cuma seluar jean ditukar dengan seluar pendek berwarna putih. Mana sempat, kelam-kabut dia kerah Hanif menjayakan rancangan yang sepatutnya berlangsung di Freiman. Walk the talk punya pasal. Syed Azri langsung tak membazir masa. Nur Lisa membantu mengangkat Tupperware berisi buah-buahan yang telah siap dipotong. Kecoh suasana di basement. Ramai juga kawan Si Syed Azri ni. Katanya dikumpulkan semua yang berdekatan dan boleh datang. Maklumlah bumi Jerman ni luas, kalau yang tinggal di kawasan Bayern, Pasing, Freiman tak pun paling jauh Sigmaringen boleh lagilah nak jalan-jalan hujung minggu begini. Kalau yang belajar jauh-jauh dan di luar kawasan bandar Munich memang susahlah nak datang. Nur Lisa tersenyum apabila diperkenalkan dengan Hanif. Hai Lisa please. Cepat-cepat Nur Lisa memotong. Jangan mimpi nak panggil dia Kuntum Renjong lagi. Mereka berdua tergelak serentak. Lisa, come here. Syed Azri melambaikan tangan. Mahu memperkenalkan Nur Lisa dengan Bird, Wong, Karev dan Jono pula. Nur Lisa hanya tayang senyuman. Tak tahu nak cakap apa tapi semuanya menegurnya dengan ramah. The girls? tanya Nur Lisa. Minta diperkenalkan dengan kawan-kawan perempuan Syed Azri. Are they TUMs? Nur Lisa bertanya lagi.

84

Rin Ahmad

No, only Hanif. Awak pergi kenal-kenal sendiri boleh? Be a good hostess, pesan Syed Azri perlahan seakanakan berbisik dan tangan kanannya mengusap pipi Nur Lisa dengan lembut. Nak cakap dia tak marah dengan tangan Syed Azri yang asyik menjalar aje kerjanya memang tipulah. Marah juga tapi ada sesuatu pada sentuhan Syed Azri yang membuatnya terkaku. Sentuhan yang taklah sampai menggetarkan jiwa tapi membuat nafasnya sesak sesaat. Pandangan mata Syed Azri yang tajam tapi redup membuat Nur Lisa terdiam. Lupakan Lisa, lupakan. Nur Lisa melangkah ke arah sekumpulan kawan perempuan Azri. Bukan susah nak kenal. Lima minit kemudian dia dah mesra alam dengan Verona, Huda dan Diandra. Katanya ada seorang lagi yang tak ada. Naik atas pergi bilik air tapi tak pula terserempak dengannya dan Syed Azri tadi. Masuk ikut pintu rumah Hanif kut. Nur Lisa menyusun steak yang telah siap dimasak di dalam bekas aluminium di atas meja. Syed Azri dari tadi mengajaknya makan dulu tapi nak cakap dia kenyang tak sampai hati. Keluar dengan Tengku Akhbar takkan lapar kut. Lelaki budiman seperti Tengku Akhbar takkan sesekali membiarkan perut Nur Lisa kosong. Makan. Paksa ni. Syed Azri menarik tangan Nur Lisa untuk menyertai kawan-kawannya yang rancak berbual. Kawan-kawan Syed Azri semuanya peramah. Seronok Nur Lisa melayan mereka. Pelbagai soalan luar alam ditanya kepada Nur Lisa mengenai Syed Azri dan tak lupa soalan-soalan bonus untuknya juga tapi Nur Lisa tenang sahaja. Jawab mana yang patut. Yang tak patut, senyum ajelah.

85

Untuk Semua Dosaku

Pinggan berisi steak yang sedang elok masak siap dihidang bersama jagung bakar dan sedikit kentang dihulurkan kepada Nur Lisa. Dah siap potong ni. Makan, arah Syed Azri. Ya, Tuan Syed. Nur Lisa tergelak. Tak payah nak terharu dengan layanan Si Syed Azri ni sebab dia kan roommate kesayangan, haruslah dilayan bak puteri. Baju yang hampir sedondon warna tu jangan ceritalah jadi bahan lawak sepanjang malam. Dia pun sengal boleh tak perasan. Kannst du mir bitte kurz helfen? Nur Lisa dan Syed Azri mendongak serentak ke arah suara yang meminta tolong. Nur Lisa terdiam. Saja la awek ni nak tunjuk dia pro cakap Jerman. Cakap Melayu macam tak boleh. Saja berslang bagai. Maklumlah Nur Lisa mana biasa lagi cakap local. Dia lancar cakap Jerman pun pakai bahasa baku lagi. Kalau Nur Lisa yang cakap saya nak minta tolong jadinya Knnen Sie mir behilflich sein padahal maksud sama sahaja dengan Kannst du mir bitte kurz helfen. Apa dia? Kasar sahaja balasan Syed Azri. Pisau ni tak boleh potong steak ni, keras sangat. Pandai pun cakap bahasa Melayu. Nur Lisa tersenyum. Tukar. Amik pisau ni. Pisau di pinggan Nur Lisa diambil dan ditukar dengan pisau di tangan gadis yang berada di hadapan mereka. Maybe you should take.... Just take this. Syed Azri memotong ayat Nur Lisa dengan gaya menghalau.

86

Rin Ahmad

Dia baru nak pelawa suruh ambil steak lain, ambillah yang lembut sikit. Tukar pisau apa kaedahnya. Tu bukan nak menyelesaikan masalah awek gedik tu. Ops! Terlepas juga. Dari tadi sebenarnya nak cakap apehal semacam awek ni, tapi tak sampai hati. Pisau bertukar tangan dan masam sahaja si gadis itu berlalu pergi. Okay, who is she? Why did you treat her like that? tanya Nur Lisa sambil mengunyah perlahan. Anybody except Damia Humaira or any other stupid girls will be treated nicely by me. So, that makes her Damia Humaira or stupid girl? Which one is she? Nur Lisa buat-buat blur. Itulah dia bakal menantu tak jadi Syed Gilani ruparupanya. Rambut panjang mengurai, seksi gaya seksa pun ada. Tak faham konsep agaknya perempuan kalau nak nampak seksi yang tak menyeksa mata orang, kalau dah terbuka atas, bawah tutup. Kalau terbuka bawah, atas tutup. Nampaknya Damia Humaira belum pandai nak mendefinisikan gaya berfesyen yang seksi mampu menggoda lelaki. She is both. Syed Azri membesarkan mata menyuruh Nur Lisa membuka mulut. Sumbat mulut dengan kentang ni baru reti diam agaknya Si Nur Lisa ni. Tak pasalpasal Nur Lisa yang dia haruk. Ish. Tak patut. Mayones yang bersisa di mulut Nur Lisa disapu dengan tangannya. Jangan nak romantik sangat. Ni kes nak tunjuk kat Si Damia tu ke? I can play a better role, bisik Nur Lisa perlahan, mula merapatkan badannya mendekati Syed Azri. Kepalanya sengaja dilentokkan ke bahu Syed Azri apabila dijeling sekilas oleh kawan-kawan Syed Azri.

87

Untuk Semua Dosaku

Ehem... ehem... usik Bird yang terpandang drama sebabak Syed Azri dan Nur Lisa itu. Tak menyempat-nyempat. Hanif menyambung. Syed Azri dan Nur Lisa tersenyum serentak. Tersipu-sipu Nur Lisa dibuatnya. Kantoi dengan orang lain! You dont have to do that Lisa. Only man with shallow mind will make his ex jealous. I wont waste my time doing that. So, you rather waste your time bothering me around? No, Im not wasting my time but Im spending my time with you to make you fall for me. So, another day I can go to her and tell her Sie ist meine Fruendin and pointing my finger to you. Bisik Syed Azri romantis di cuping telinga Nur Lisa. Terlupa pilihannya enmity. Tak tertelan nanti pilihannya sendiri tatkala pertama kali bersua dengan Nur Lisa. Duhai Syed Azri! She is my special girl and pointing his finger to me? Oh, my!

88

Rin Ahmad

Bab 7
Ku Bar, ada jumpa Lisa tak? Ada. Kenapa? Sejak dia pindah duduk dengan boyfriend dia, jarang online la. Sibuk kut. Semester pertama, kan tough sikit. Takut sibuk buat projek lain jer. ENGKU AKHBAR mengalihkan pandangan daripada skrin laptop. Ayat terakhir Nur Lili membuat Tengku Akhbar tak senang duduk. Daripada duduk menghadap lap-top di meja belajar, dia beralih ke katil. Dibaringkan badan yang agak kepenatan di atas tilam yang empuk. Tengku Akhbar kalih ke kiri dan ke kanan. Perbualannya dengan Nur Lisa di Lebuffet merenggut rasa tidak puas hati. Memang dia tak berhak untuk mengatur hidup Nur Lisa tapi cara hidupnya yang terlalu selamba pada Tengku Akhbar sudah berada dalam kategori penyakit sosial yang kronik. Bukan dia tak tahu dari

89

Untuk Semua Dosaku

dulu Nur Lisa memang bebas bergaul orangnya tapi rasanya masih terkawal. Kalau bukan dia sendiri yang mengawal rentak Nur Lisa dari kejauhan pasti kaki-kakinya ada di sekeliling untuk memberi laporan. Paling teruk pun setakat melayan clubbing. Turun naik kelab semata-mata untuk berhibur setelah penat berhempas-pulas belajar. Tak pernah pun Nur Lisa terjebak secara serius dengan mana-mana lelaki sebelum ini. Kalau betul kata Nur Lili sebenarnya Nur Lisa berpindah ke Pasing semata-mata untuk bersama dengan kekasih hatinya yang baru sahaja dikenali, sudah pasti lelaki yang ditemuinya di hadapan pintu alamat yang diberikan oleh Nur Lisa sewaktu dia datang untuk menghantar beg pakaiannya itu ialah kekasihnya. Habt Lisa hier wohnen? Ja. Tengku Akhbar terdiam. Lelaki di hadapannya dipandang atas bawah. Nak cakap bahasa Melayu pun boleh ni. Ada rupa Melayu tapi slang Jermannya pekat sangat walaupun sekadar menjawab tidak apabila Tengku Akhbar bertanyakan adakah Nur Lisa tinggal di alamat yang mana lelaki itu sedang bersedia untuk melangkah keluar dari pintu rumah. Tengku Akhbar memperkenalkan diri. Kebar. I mean Tengku Akhbar and I hope you speak English. Aku boleh cakap Malay pun. Aku Syed Azri. Mereka bersalaman. Aku nak hantar barang Lisa. Dia tak ada. Keluar. Kau tinggalkan ajelah barang dia kat sini.

90

Rin Ahmad

Eh, tak apa. Aku datang lagi nanti. Okey. Chow! Senyuman ringkas lelaki di hadapannya yang terus berlalu membuat Tengku Akhbar terus terfikir yang bukanbukan. Nak tanya siapa sebenarnya Syed Azri, dia segan. Kalau benar Nur Lisa tinggal di sini, maka siapa lelaki ini? Tinggi orangnya dan lengkap dengan pakej lelaki yang amat jantan pada mata lelakinya. Penampilan yang amat ringkas dan dengan beard yang terbela rapi menghiasi wajahnya yang cerah menunjukkan aura bad boy sekali tengok tapi versi educated. Suaranya garau tapi sopan. Macam terlebih pula menganalisa seseorang untuk pertemuan yang pertama tapi hatinya mula berfikir yang bukan-bukan. Sepanjang hari Tengku Akhbar menelefon Nur Lisa untuk bertanya siapa sebenarnya lelaki tersebut tapi Nur Lisa langsung tidak mengendahkan panggilannya. Jangan harap nak telefon balik. Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertanya kepada Nur Lili. Macam tak boleh tidur apabila mendengar jawapan Nur Lili. Yang pasti Syed Azri lebih senior daripada dia dan Nur Lisa. Jawapan Nur Lisa siang tadi pula lagi sadis. I hope youll be busy this whole semester. Lisa, answer me. Dont change the subject. Is he really your boyfriend? Im getting to the main point. If you mind your own business, youll stay busy all the time. Jawapan Nur Lisa memang natural. Ya pun tak. Tak pun tak. Lepas tu dia boleh gelak-gelak. Ikutkan hati yang tengah diasak cemburu ingin dipastikan letak hati Nur Lisa sebenarnya tapi kalau dipanjangkan subjek, Tengku Akhbar yakin Nur Lisa akan menjarakkan diri daripadanya dan itu

91

Untuk Semua Dosaku

perkara terakhir yang dia harapkan. Sejauh ini dia mengejar Nur Lisa dan takkan semudah ABC dia akan menghancurkan peluang untuk memiliki Nur Lisa. One step at a time. Jaga diri. Awak tu perempuan. Jangan sosial sangat. Jangan tepuk air kat dulang, percik kat muka sendiri Kebar. Senyuman sinis Nur Lisa membuatnya terdiam. Dia pun kaki clubbing. Dia pun selalu bawa Nur Lisa dan kawan baiknya, Adriana balik ke kondominium mewahnya di tengah bandar raya. Pantang balik clubbing sampai ke pagi pasti Nur Lisa diusungnya ke sana tapi lainlah. Kat sana dia tak adalah mengambil kesempatan terhadap Nur Lisa. Bilik khas disediakan untuk Nur Lisa. Bibik yang menjaga kondominium itu pun ada sebumbung dengan mereka. Manakan sama dengan keadaan Nur Lisa sekarang. Kalau nak cakap sosial memanglah, dia sentiasa menghadiri majlis keramaian dan bercampur bebas. Nur Lisa sentiasa menjadi saksi setiap kali dirinya menjadi tarikan di tengah-tengah keramaian tapi bagi Tengku Akhbar itu semata-mata lebih kepada menjaga hubungan dan rantaian perniagaan yang bakal diwarisinya nanti. Nur Lisa lain, dunia dia semata-mata untuk berhibur. Nur Lisa tak ada sebab munasabah untuk bercampur bebas sepertinya. Ah! Pecah pankreas Nur Lisa gelakkan dia kalau dia dengar alasan bodohnya ini dan akhirnya Nur Lisa dibiarkan balik sendirian petang tadi. Orang nak hantarkan, dia tak nak. Takkan nak paksa-paksa pula. Tengku Akhbar menyeluk poket seluar. Tangan menarik telefon bimbit. Helo, Lisa? Yes, dear. Ceria suara Nur Lisa di hujung sana. Bisingnya.

92

Rin Ahmad

Ada parti sikit. Parti? Tengku Akhbar yang sedang berbaring lantas terbangun dan terus berdiri di sisi katil. Punyalah dia bosan tahap gaban kat sini, tengah fikirkan Nur Lisa, tengah risaukan Nur Lisa. Boleh pula Nur Lisa kat Pasing siap berparti sakan. Owh, small gathering cum house warming. And Im not invited? Nur Lisa terdiam di hujung sana. Dont tell me... Its his gathering. Sebutan his yang nampak sangat macam Nur Lisa sengaja kuatkan dan terus memotong ayatnya membuat Tengku Akhbar mengetap bibir. Serius sangatkah hubungan Nur Lisa dengan Syed Azri? Beg-beg baju Nur Lisa yang masih berada di dalam bonet kereta boleh dijadikan subjek. Esoklah hantar. Nak juga dia tengok gaya Nur Lisa dan Syed Azri berdua. Tadi orang beria-ia nak hantar dia balik sebab nak hantar beg-beg ni sekali, tak nak. Merajuk kena soal banyak-banyak agaknya.

NUR LISA meletakkan telefon bimbit di atas meja makan. Harap Tengku Akhbar sedarlah mesej yang cuba disampaikan apabila dia dengan sengaja menguatkan sebutan his tadi. Sekarang Nur Lisa tengah sibuk dengan sesi mengemas pula. Syed Azri dan budak lelaki yang lain mengangkut barang yang perlu dibawa naik ke rumah mereka. Nur Lisa dan budak perempuan sibuk mengemas di basement. Kalau tak kemas, nanti Rachel bising. Susah nak buat port nanti. Pesan Syed

93

Untuk Semua Dosaku

Azri tadi gaya mama membebel tapi sukalah dia tengok Syed Azri ni, nampak jantan habis pun ringan tulang. Buat kerja langsung nampak tak terpaksa. Macam dah biasa. Agaknya penangan bertahun-tahun hidup di rantauan. Who called? Serius aje muka ni, tegur Syed Azri yang tiba-tiba muncul dari belakang. Jangan sibuklah. Now I know. The model the so masculine one, the Italian the look like man, the so spoilt and the rich boy, the boy that crazy about you I guess and that sum up to one name Tengku Akhbar? Apesal ayat berterabur macam orang sakit ni? Nur Lisa mengerutkan dahi. Telapak tangan yang sejuk digosok. Syed Azri tergelak. Kalau ya dia nak walk the talk memang pencabarnya bukan sembarangan. Sakit jugak tu nak beat. Bisik hati kecil Syed Azri sambil mengarahkan Nur Lisa berdiri di hujung meja. Soalan Nur Lisa tidak diendahkan. Dia pula berdiri di hujung sebelah lagi satu. Isyarat diberi agar mereka serentak mengangkat alas meja makan yang panjang agar senang untuk melipatnya. Pinjam cantik berlipat, hantar pun kena cantik berlipat. Baru Rachel, tuan rumah yang juga penjaga apartmen ni sayang. Kat sini peraturan boleh tahan leceh. Setiap minggu ada orang masuk memeriksa studio mereka, bersihkan dan periksa barang kelengkapan rumah dalam keadaan baik. Tetamu yang nak datang pun ada hadnya. Kalau macam studio mereka, seorang tetamu sahaja boleh dibenarkan tidur. Itu siap disediakan sofa bed. Malam ni konon-konon semua boys nak bermalam di sini. Kena super baik nak berlakon depan Rachel. Rules are always meant to be broken. Dont they? Okey, saya naik atas nak siapkan tempat kita orang

94

Rin Ahmad

nak sambung lepak kat atas. The girls akan balik. So, just say good bye to them and come upstairs later on. Syed Azri menepuk bahu Nur Lisa yang terdedah. Syed Azri macam terkejut. Sejuk betul bahu Si Nur Lisa. So cold. Jap, I get you a sweater. Oh, never mind. Take minelah. Jaket berzip Adidas berwarna hitam yang disambar di atas tadi dibuka dan disangkutkan di bahu Nur Lisa. Kedua-dua lengan baju ditarik ke depan dan diikat lengannya di dada Nur Lisa. Nampaklah bergaya sikit. Yang penting bahu Nur Lisa yang sejuk dan terdedah tertutup. Nur Lisa tergamam. Kalau nak lagi warm, come here. Badan Nur Lisa ditarik ke dalam pelukannya. Muka Nur Lisa disembamkan ke dadanya yang bidang dan Syed Azri menggosok belakang Nur Lisa dengan lembut. Better? Nur Lisa langsung tak bersuara. Malu tahap gaban dengan the girls yang ada. Errr thank you. Syed Azri melepaskan pelukan. Dia mengangkat kening, memberi isyarat tangan no sweat dan melangkah meninggalkan Nur Lisa di basement dan menuju ke rumah mereka. Nak setting tempat lepak pula. Sepasang mata yang memandang aksi mesra Syed Azri-Nur Lisa memberontak dalam diam. Huda, aku naik atas jap. Nak gi toilet. Pastu kita balik. Damia Humaira meninggalkan Huda yang sedang ralit mengemas bersama Diandra dan Verona. Kebetulan Nur Lisa sedang berjalan ke arah mereka bertiga, Damia Humaira hanya tersenyum nipis dan melangkah meninggalkan basement. Hatinya berdetak rasa

95

Untuk Semua Dosaku

cemburu. Sampai di tingkat atas, Damia Humaira menapak masuk ke studio Hanif. Bird yang menegur tidak dihiraukan. Sementelah bilik air di studio Hanif berorang, Karev agaknya kat dalam, Damia melangkah ke studio Syed Azri. Mata ditala ke sekeliling. Kalau Syed Azri tak nampak lepas lakunya tempoh hari pasti studio ini akan menjadi rumah keduanya juga. Tapi hati tak mampu menolak belaian hangat Isaac. Bukan Syed Azri tak membelainya tapi kucupan Syed Azri, pelukannya dan belaiannya terasa kasar tanpa soul. Tak tahu Damia Humaira nak cakap macam mana tapi soul yang dicari tiada pada Syed Azri tapi kenapa melihat Nur Lisa selesa dalam pelukan Syed Azri membadai amukan di hati? Damia Humaira menguncikan dirinya lama di dalam bilik air. Badan ditegakkan di hadapan cermin. Muka dibasahkan sedikit dan rambut dibetulkan. Kenapa dia sakit hati? Kenapa dia rasa tewas? Kenapa dia rasa kalah? Kepala berdenyut. Bayangan Syed Azri memeluk Nur Lisa menarinari di ruang mata. Dahi dipicit. Dua biji botol tersusun di atas rak di hadapan mata ditarik. Kedua-dua botol dibuka. Nur Lisa Tajudin Xanax Once a day Nur Lisa Tajudin Duromine As needed Botol Duromine yang masih terbuka diketepikan. Bukan Duromine yang diperlukannya. Dia tak perlu nak berjaga malam dan hilangkan lima kilogram sebulan dengan

96

Rin Ahmad

menelan Duromine. Itu nak ambil musim peperiksaan bolehlah. Xanax yang dia perlukan sekarang. Nak redakan sakit kepala dan sakit hati. Janji balik boleh terus tidur. Dua biji pil Xanax diambil. Pili dipusing dan air ditadah dengan tangan dan serentak Xanax menelusuri kerongkong. Phew! Damia Humaira menarik nafas lega. Tangan diluruskan ke depan. Tarik nafas. Tahan. Lepas. Kedua-dua botol diambil dan baru dia nak menutup botol-botol tersebut, telefon berdering mengejutkannya. Terlepas kedua-dua botol dari tangan dan kesemua isi perut terkeluar. Deringan telefon tidak dihiraukan. Pil-pil yang berterabur di atas lantai cepat-cepat dikutip, dicampakkan ke dalam mangkuk tandas dan bur kesemuanya hilang ditelan pusaran air. Damia Humaira dengan rasa bersalah menutup botol yang nasib baik tak pecah itu dan meletakkannya di tempat asal. Pintu bilik air dikuak. Syed Azri yang sedang berdiri di meja makan seperti sedang membancuh air ditegur. Hai. Syed Azri hanya berdeham. Are you serious with her? None of your business. You and her are incompatible. You are not given any right to judge our relationship. Syed Azri hendak melangkah ke connected door di belakang Damia Humaira. Damia Humaira menghalang. Get out of my way! Tinggi suara Syed Azri memecah keheningan studio sempit yang didiami olehnya dan Nur Lisa sekarang ini. Tak peduli kalau the boys di studio

97

Untuk Semua Dosaku

sebelah boleh mendengarnya. Yang dia tak sedar Nur Lisa sendiri yang terkaku di luar pintu rumah tak jadi melangkah masuk apabila mendengar jerkahan Syed Azri. Im just concern. I dont want you to get into trouble with her. You just know her. Like within twenty four hours you guys living together and you tell me you have special relationship with her? That is ridiculous! Damia Humaira juga meninggikan suara. Get out! jerit Syed Azri menahan baran. Maaflah, dia bukan lelaki budiman nak melayan perempuan yang tak faham bahasa. Bukan dia tak tahu terselit kebenaran dalam kata-kata Damia Humaira itu. Hanif pun ada mengingatkannya. Memang hubungan dia dengan Nur Lisa baru nak bermula dan dia yang hendak memulakannya. Tak kisahlah akhirnya jadi apa pun. Bukan aku susahkan mak bapak kau pun. Jangan kata nak susahkan kau. Bentak Syed Azri dalam hati. Nafas ditarik dalam. Memang tak ada istilah cinta pandang pertama dengan Nur Lisa tapi hati lelakinya mahu memiliki Nur Lisa. Tak kira macam mana sekalipun. Suara Nur Lisa yang manja di corong telefon mengatakan walk the talk mencabar naluri kelelakiannya. Mendetikkan satu rasa ingin memiliki. Damia, listen. Like it or lump it. Es gibt nichts zwischen uns mehr. There is nothing else between us anymore? Kepala Nur Lisa berpusing. Perlahan dia menolak pintu rumahnya. Kosong. Pasti Syed Azri dan Damia menghilangkan diri melalui pintu yang bersambung dengan bilik Hanif. Jantung Nur Lisa mula berdetak laju. Kepalanya berpusing. Dahi mula berpeluh-peluh. Perlahan kaki melangkah ke bilik air. Tuala dan baju tidur sempat disambar.

98

Rin Ahmad

Tanpa membuka pakaian, Nur Lisa duduk memeluk lutut di bawah pancuran air. Laila, boleh tak jangan nak membebel? Laila, awak tak faham ke saya kerja. Cari duit. Laila, boleh tak awak jangan masuk campur dalam urusan saya? Laila, keluar dari bilik ni. Keluar! Kita berpisah Laila. Nur Lisa menarik-narik rambutnya. Dengan baju yang basah melekat di badan, dia berjalan ke singki. Botol Xanax diambil. Kosong? Matanya membulat. Botol Duromine pula diambil. Walaupun tak mampu membuatnya tidur tapi palpitation surge mampu membuat dia melupakan semua yang menjerit-jerit di kepalanya. Kosong? Air mata Nur Lisa mula menitis perlahan. Baju yang basah ditukar. Kaki Nur Lisa longlai melangkah ke katil. Nur Lisa bersandar di katil.

SYED AZRI rasa tak sedap hati. Diam aje sebelah ni. Biasanya Nur Lisa akan menonton TV sebelum tidur. Dia tahu the girls semua dah balik dan pasti Nur Lisa tengah berehat di studio sebelah ni. Ditinggalkan sebentar the boys yang sedap melayan diri. Bersepah-sepah meja di ruang tamu Hanif dengan daun-daun, sisa air daripada botol yang tumpah dan bau asap keras memenuhi ruang tamu studio Hanif. Syed Azri tuan rumah. Nak layan sekalipun rasanya kenalah jadi orang yang terakhir. Lagipun nak dipastikan Nur Lisa selamat beradu sebelum dia hanyut dalam dunia lain. Syed Azri melangkah ke connected door dan terangkat keningnya melihat Nur Lisa yang kegelisahan di katil dan berpeluh-peluh.

99

Untuk Semua Dosaku

Azri, hilfst du mir, bitte. Sayu suara Nur Lisa meminta tolong dan memandang Syed Azri di muka pintu di ruang tengah yang ternganga. Syed Azri panik. Lisa are you okay? Nur Lisa berpeluh-peluh. Im not okay. Syed Azri bergegas ke bilik air. Dua botol keramat Nur Lisa diambil. Kosong? Double panic! Keluar dari bilik air, ligat otaknya berfikir. Die power-frauen mit der frauen-power, die powerfrauen mit der frauen-power. Mulut Syed Azri terkumatkamit. German tongue twister yang spontan meniti di bibir. Syed Azri tawakal. Lisa, take this. Im sorry but I really hope this is helping for now. Botol keramat dihulurkan kepada Nur Lisa. Tak peduli lagi. Dirembat botol yang dibuatnya untuk diri sendiri melayan nikmat dunia sebentar tadi di sebelah. Ive never tried this before. Nur Lisa menolak. If you dont want this then how can I help you? Syed Azri risau. Tekanya hanya satu, ini simptom orang ketagihan. Dahi Nur Lisa yang berpeluh-peluh dilap dengan telapak tangannya. Segelas air diambil di kabinet. Dia pula yang rasa panik. Nur Lisa ni ketagih Xanax ke apa? Syed Azri menarik Nur Lisa ke dalam pelukannya. Bibir Nur Lisa yang terketar-ketar dibasahkan dengan air. Are you addicted to something? Syed Azri bertanya. Rambut Nur Lisa yang basah dan berjuraian di dahi diselak ke belakang. Nur Lisa menggelengkan kepala. Siapa yang percaya kalau dia cakap dia menderita anxiety disorder dan panic disorder. Nanti orang cakap dia gila. Nanti orang cakap dia

100

Rin Ahmad

sekadar ketagih Xanax. Siapa yang tahu jeritan serta suarasuara papa dan mama yang sering bertingkah di kepalanya. Dia malu nak berkongsi rasa dengan sesiapa pun. Dia hanya mahu hidup gembira dan menyeret orang sekeliling dengan rahsia hatinya bukanlah Nur Lisa. Saya nak tidur tapi tak boleh. Nur Lisa cuba memejamkan mata. Tangan kanan Syed Azri yang memegang kepalanya, paha Syed Azri yang memangku kepalanya, jarijemari Syed Azri yang memicit-micit kepalanya tak mampu mendamaikan rasa di hati. Just try this. I promise you only for tonight. After five minutes. Youll be in other world and you can fall asleep like a baby. Ill be watching you. Ill promise. Argh! Lisa, Lisa. Teruk macam ni sekali ke? Harulah nak menjaga kalau macam ni, desis hati Syed Azri. Syed Azri menunjukkan cara untuk menghisap batang pen yang ditukar fungsi sebagai straw dan penapis untuk menyalurkan asap homegrown weed yang telah diproses dengan jayanya oleh Karev dan Bird tadi. Nur Lisa hanya mengikut. Lima minit kemudian Nur Lisa tersenyum dan fikirannya seperti di awang-awangan. Mata dibuka dan dikatup bersilih ganti hingga akhirnya dia tertidur di pangkuan Syed Azri. Syed Azri menarik nafas panjang. Perlahan kepala Nur Lisa diletakkan di atas bantal. Dia berjalan ke arah connected door dan menutupnya. Memisahkan kembali dunia Hanif dan the boys yang entah sekarang berada di dunia mana atau dah sampai ke bulan dengan Nur Lisa agaknya. Syed Azri menukar seluar pendek Reebok dan pagoda hitam menggantikan pakaiannya sejak parti tadi lagi. Sapu tangan bersih diambil dan dibasahkan sedikit. Perlahan Syed Azri

101

Untuk Semua Dosaku

menapak ke katil Nur Lisa. Dahi Nur Lisa dilap dan rambutnya yang kusut-masai dirapikan. Selimut yang mula melurut ditarik ke dada. What a day. Syed Azri duduk di atas lantai dan bersandar di katil Nur Lisa. Apa nak buat ek? Mata tak mengantuk lagi ni. Ahah! Syed Azri mendapat idea. Dia melangkah ke mejanya. Beberapa helai kertas dikeluarkan lalu tangannya laju melakar gambarajah. Sesudah itu dia meletakkan kertaskertas tersebut di bawah bantal Nur Lisa. Kemudian Syed Azri menutup lampu tidur di katil Nur Lisa. Baru dia nak menapak ke katilnya sendiri, suara Nur Lisa menghentikan langkahnya. Azri. Im not alone, am I? Syed Azri berpatah semula ke katil Nur Lisa. Dibisikkan ke telinga Nur Lisa. Schlaft meine Schatzie. Keine Sorge, ich werde immer bei dir. (Sleep dear. Dont worry. Ill be by your side). Syed Azri menolak tubuh Nur Lisa sedikit dan turut berbaring di atas katil Nur Lisa. Kepala dipangku dengan tangan kanan dan tangan kiri memeluk Nur Lisa.

SYED AZRI tiba-tiba terjaga. Jam di sisi meja dikerling. Tujuh pagi. Nur Lisa yang sedang tidur di sebelah ditenung. Isteriku. Kini Nur Lisa isteri Syed Azri. Bukan lagi roommate di studio kecil mereka di Pasing tapi kenapa perasaannya kini sama seperti perasaan di awal perkenalannya dengan Nur Lisa? Perasaan yang tumbuh pertama kali tidur sekatil dengan Nur Lisa di Pasing dulu.

102

Rin Ahmad

Syed Azri menyentuh bahu Nur Lisa. Tak bergerak. Perlahan dibalikkan tubuh Nur Lisa supaya menghadapnya. Wajah Nur Lisa yang tak pernah berubah ditatap penuh kasih sayang. Siapa tak sayang isteri? Nampak aje dia garang dengan Nur Lisa sejak pertemuan semula mereka di Kuala Lumpur tapi dalam hati bunga-bunga yang lama telah layu seperti disimbah dengan baja selori. Kembang mewangi. Kalau Nur Lisa memandangnya seperti manusia yang tak berguna, yang jauh tertinggal dalam dunia baru Nur Lisa, takkan dia nak tunjuk lemah, mundur dan menyerah? Akan dipertahankan egonya. Apa, Nur Lisa ingat dia hidup nak menongkat langit sampai mati? Nampaknya dua tahun hidup bersama di Pasing belum cukup untuk Nur Lisa mengenali dirinya yang sebenar. Tangan mula merayap ke wajah si isteri. Lisa... Lisa... bisik Syed Azri. Menuntut belaian. Tubuh Nur Lisa ditarik ke pelukan. Ya? balas Nur Lisa yang sedar dirinya dalam pelukan erat Syed Azri. Mata mula dicelik perlahan-lahan. Saya nak. I mean I want.... Subuh? Ya Allah! Dah pukul tujuh. Nur Lisa menolak tangan Syed Azri yang berlingkar di pinggangnya dengan perlahan. Kalut dia berlari untuk menunaikan kewajipan bagi pembuka hari yang diredai-Nya. I want you Lisa. Duh! Kenapa tak tercakap ni? Syed Azri menelan air liur. Kelibat Nur Lisa hilang di sebalik pintu balik air. I can wait. Again? Again. Like Ive been waiting since day one we were at Pasing.

103

Untuk Semua Dosaku

Kenangan senyuman kemenangan malam pertama beberapa hari yang lalu terukir di wajah Syed Azri tapi cepatcepat disembunyikan. Nur Lisa yang marah. Nur Lisa yang menyerah. Nur Lisa yang menawan. Dan perawan.

104

Rin Ahmad

Bab 8
masih berasap kepada Nur Lisa. sangat. Syed Azri yang berdiri sambil memeluk tubuh memandang Nur Lisa tergelak. Malu! Tak toleh kiri kanan, orang hulur terus sapu. Kan dah terkena. Bak sini. Pergi cuci muka. Bagi air tu suam dulu. Nanti minum. Syed Azri mengambil cawan yang dihulurkan oleh Nur Lisa dan beralih ke meja makan. Cawan diletakkan di atas meja. Mata mengekori langkah Nur Lisa ke bilik air. Nasib baik pagi ni Nur Lisa nampak okey. Tak nampak pun jet lag baru balik dari bulan. Desis hati Syed Azri nakal. Jangan difikir tidurnya lena saat Nur Lisa berada dalam pelukannya. Jantung berlari macam baru lepas pusing Stadium Allianz Arena kat Marienplatz. Sesak! Nur Lisa melentokkan kepalanya ke dada Syed Azri.

ORNING girl. Better? Syed Azri menghulurkan secawan teh kosong yang

Ouch. Nur Lisa yang terus minum terkejut. Panas

105

Untuk Semua Dosaku

Ehem! Syed Azri mengusap rambut Nur Lisa. Tangan Nur Lisa berlingkar di pinggangnya. Okay, this is not good. Syed Azri pula yang dah nak mula berpeluhpeluh. Kaki Nur Lisa bersilang di atas pahanya. Oh, my! This is bad. Syed Azri mengeratkan pelukannya. Tak tahan melihat wajah Nur Lisa yang polos. Desiran nafas Nur Lisa yang teratur menyapa pendengaran. Syed Azri menelan air liur. Perlahan wajah Nur Lisa diusap. Dahi Nur Lisa dikucup dan baru bibir mereka bertemu, Nur Lisa mengeratkan pelukannya. Azri. Azri. Nur Lisa menyebut namanya perlahan. Terhenti bibirnya daripada menyelami rasa strawberi yang hampir melekat. Yes dear, bisik Syed Azri. Spontan. Sejak bila dia kena ambil berat pasal budak ni? Tiba-tiba satu persoalan menerjah ke benak. Mendahului rasa hati dan nafsu yang memuncak. The die-power bla bla bla... Ive never heard. Suara Nur Lisa yang sekejap putus sekejap bersambung menggetarkan lagi jiwa. La sedar ke tadi masa dia merapu German tongue twister yang bermaksud woman power tu? Sedar tapi tak sedar. Mana ada dia sebut bla bla bla. Like it, kata Nur Lisa. Kemudian tersenyum. Dah sampai bulan. What? This? Syed Azri mengeratkan pelukan dan bibirnya mula menjelajah wajah dan leher Nur Lisa. I wish to wish the wish you wish to wish, but if

106

Rin Ahmad

you wish the wish the witch wishes, I won't wish the wish you wish to wish. Nur Lisa merapu. Tersenyum lagi. Lenggok Syed Azri terhenti. Potonglah Nur Lisa ni. Confirm dah sampai bulan. Im not a witch, Lisa. Im Azri. I want you so badly but I think I can wait. Bisik Syed Azri dan mata dipejamkan. Pelukan Nur Lisa yang erat amat selesa dirasakan. Matanya dibuka. Jatuh ke wajah Nur Lisa yang tersorok dengan rambutnya yang berserabai. Dikuak sedikit rambut yang menyembunyikan sebuah wajah yang bakal menginap di seluruh ruang hati seorang Syed Azri bin Syed Gilani. Malam beredar berganti siang dengan dua hamba Allah berpelukan di atas katil tanpa menyedari malaikat di kiri dan kanan mereka yang tak pernah berhenti mencatatkan setiap amalan mereka. Dua hamba Allah yang gagal mengerti Allah menyaksikan segala-galanya walau di mana pun mereka berada, di hujung dunia? Di bulan? Di studio kecil di pelosok Pasing? Dua hamba Allah yang masih belum menyedari Padang Mahsyar ialah bukan cerita dongeng purbakala. Azri!!! Suara Nur Lisa memecah kesunyian rumah sekangkang kera mereka. Lamunan Syed Azri terhenti. Tangan yang baru aje nak membelek buku-buku kononnya hendak membuat sedikit ulang kaji turut terhenti. Maklumlah fikiran dan tangan tak sekata arahannya. Kalau sekata refleks tangannya, fikiran pasti pada buku tak pun kalau sebaliknya pula pasti tangannya ini melekat pada Nur Lisa, keinginan nafsu yang mengocak tapi terpaksa ditahan sekadar menjadi roommate budiman. Erk? Syed Azri tersenyum nakal. What? Pintu bilik air yang tidak berkunci dikuak.

107

Untuk Semua Dosaku

This! This! Nur Lisa menunjukkan tanda merah seakan lebam di lehernya. Oh, sorry. Upah jaga awak malam tadi, jawab Syed Azri selamba macam tak berdosa. Siot! Boleh pula ada kesan love bite kat leher Nur Lisa. Malu dah segunung ni. Duh! Malu satu keturunan Syed Gilani. Mengambil kesempatan namanya ni tapi dah nama pun lelaki. Tak sejatilah kalau setakat pandang, kan? Syed Azri menyedapkan hati sendiri. Padahal kalau boleh muka nak sorok kat dalam mesin basuh saat ini. Azri, come here. I think we need to talk. Muncung Nur Lisa dah sedepa. Terlupa kebaikan Syed Azri semalam. Buat-buat lupa sebenarnya sebab tahap mengambil kesempatan Syed Azri lagi banyak daripada tahap kebaikannya yang seciput tu. Lagi lama dia duduk sini memang sah dia boleh jadi bahan santapan. Syed Azri hanya mengekori langkah Nur Lisa keluar bilik air dan berhenti di sofa bed menghadap TV. Nur Lisa duduk. Dia hanya setia berdiri menghadap Nur Lisa. Buat muka tak bersalah. You chose enmity, remember? Nur Lisa mengingatkan pilihan Syed Azri kali pertama bersua muka. You chose passion, remember? Syed Azri mengingatkan pilihan Nur Lisa kali pertama bersua muka. So? Nur Lisa mengangkat kening. So? Syed Azri mengajuk. You shouldnt treat me like that. Saya tolong aje. Okay, thank you. Thousands time thank you. And this! Ini bukan tolong. Ini polong! Nur Lisa menyelak

108

Rin Ahmad

rambutnya dan menunjukkan sekali lagi kesan love bite di lehernya. Lisa Lisa Lisa. Lain kali bila cakap tu fikir. Kata pilih passion. Kena sikit dah gelabah. Budak KL memang poyo. Konon best. Konon sosial tapi nak berlagak innocent. Dalam kamus Oxford maksud passion apa? Azri! Selamba badak Syed Azri nak main keji-keji status kerakyatan dia. Kalau mengaku ada sikit-sikit darah Johor nak cakap apa? Nak tukar balik ayat penyata tahap budak tak sekolah tu? Dasar mulut longkang. Kutuk Nur Lisa dalam hati. Yes, Lisa. Syed Azri buat muka tak berdosa. Dia berjalan ke balkoni. Menghirup udara pagi yang segar. Dalam hati berdebar-debar menanti reaksi Nur Lisa tapi dia purapura berlagak tenang. Of course I know. I bet you the one who misinterpret. It means strong feeling and with little gesture of course. Syed Azri angkat kening. Wrong. That is typical Malay or should I say Meleis says? perli Nur Lisa dengan memberi sebutan Malay yang berbeza. Dah mula naik angin. Nak kena ajar Syed Azri ni. Dia ingat Nur Lisa sama macam perempuan lain. It means strong love, hate and anger. Everything that I chose, the emotion that I will fill in surely strongly like we argued now with great passion. Or shall I happen to hate you. I will hate you with great passion. Or shall I happen to fall in love with you. I will love you with great passion. Senafas Nur Lisa menembak. Dia fikir dulu sebelum pilih. Jangan salah sangka. Syed Azri terdiam. Eh, ye ke? Passion tu bukan ke

109

Untuk Semua Dosaku

sekadar nafsu semata-mata? Cinta, benci dan marah tu nafsulah, Azri. Sengal! Maklumlah dalam kepala ada satu definisi nafsu aje yang melekat. Dari balkoni, dia mencuri jeling ke arah Nur Lisa yang sedang menekan-nekan alat kawalan jauh TV. Sebentar kemudian Nur Lisa beralih ke katil. Bosan tak ada benda menarik kat TVlah tu. Nur Lisa terbongkok-bongkok mengemaskan katil. Oh, man! Kepala ligat tengah fikir teori kebarangkalian. Walk the talk Syed Azri! Cool! Chill! Kasi Nur Lisa menang. Mengaku salah aje. Apa kebenda ni? Nur Lisa menarik beberapa helai kertas lukisan DIY (do it yourself) cara-cara untuk high yang terselit di bawah bantal. Cuba dilupakan peristiwa semalam. Kisah Laila-Tajuddin dan Syed Azri-Damia Humaira. Manual, balas Syed Azri sepatah. Nasib baik tukar topik. Fuh! Lega. Syed Azri menarik nafas dalam. Manual? Nur Lisa duduk di atas katil. Dibelekbelek gambarajah yang dibuat oleh Syed Azri. Menarik. Lengkap. Maklumlah hasil kerja tangan seorang bakal jurutera. Bagi penerangan rapi macam buat kertas kerja. Nampak sangat Syed Azri seorang yang teliti. Nice sketch but next time dont you ever offer me that again. Never! Speaking of that Miss Lisa. Nak tanya ni. Syed Azri beralih dari balkoni menuju ke kabinet dapur. Mana ashtray ni? Baru ingat nak layan asap. Nur Lisa yang menyedari apa yang dicari oleh Syed Azri menuding ke arah pintu rumah. Dia letak kat luar tadi. Bekas abu rokok sekali dengan tong sampah kecil di bawah tadi disumbatnya dengan botol Coke yang dijadikan pot hasil inovasi Syed Azri semalam. Tak lalu nak tengok kalau

110

Rin Ahmad

terkenang saat dirinya terbang di alam khayalan, Syed Azri sedap mengibarkan sayap burungnya. Nasib baik tak terbang tinggi. Kalau memuncak sampai ke bulan, tak ke hari ini dia boleh rasa nak terjun Sungai Wuerm depan balkoni tu? Syed Azri membuka pintu rumah. Membiarkannya terbuka. Maklumlah, mereka duduk di tingkat paling atas. Mana ada orang nak lalu-lalang kat depan rumah. Tong ashtray ditarik ke meja makan, dekat dengan katil Nur Lisa. Sebatang rokok dinyalakan. Tak payahlah pelawa Nur Lisa. Buruk sangat rupanya perempuan hisap rokok. Kadangkadang aje nampak seksi. Masa batang rokok disepit di celah jari, si penghisap tersenyum manis dan rambut beralun lembut dibuai angin, masa tu ajelah kut nampak seksi menggoda. Tapi kalau dah salah gaya, tengok macam jembalang pulak. Nur Lisa ni amatlah special case. Lain sangat. Telinga macam tak percaya pula dengar dia tak pernah layan ganja. Bukan budak-budak universiti tak kira di Malaysia pun layan apa. Nanti boleh belajar sebab tak tidur berhari-hari atau terus tidur hanyut di alam khayalan. Kesannya berbeza mengikut persediaan bahan. Strong or mild. Tanyalah. Nur Lisa mengendurkan suara. Sejak tadi dia cuba menganalisa Syed Azri. Tengah menimbang baik buruk dia berada di samping Syed Azri. Kalau semalam lelaki yang sedang memandangnya dengan renungan tajam ini mahu mengambil kesempatan rasanya tak ada apa yang dapat menghalang. Kalau dah tak sedar diri, apa guna pepper spray dan pisau lipat di bawah bantal? Awak ketagih ya? Sejak bila? For a girl like you, that would be the last thing I would wish to see. Suara Syed Azri juga mengendur.

111

Untuk Semua Dosaku

Dont judge me. Nur Lisa menunduk. Share? Rokok yang masih tinggal separuh ditenyeh ke ashtray dan Nur Lisa dirapati. Syed Azri duduk di sebelah Nur Lisa. Bersila dengan selesa memandang Nur Lisa yang tunduk memandang lantai. Nothing to share. Nur Lisa belum bersedia. Okay but youre lucky youre with me that time. Malas nak memaksa, Syed Azri mengambil langkah mengelak. Betcha. Sinis Nur Lisa berkata dan menepuk bahu Syed Azri. Lucky la sangat. Xanax addiction and Duromine are very unhealthy. You should stop consume them. Sorry, I know I can only mess with your life once you are mine but Im learning things about you. I cant just tell you I love you if I dont really know you. Suara Syed Azri hampir tak kedengaran di telinga Nur Lisa. Membuat perasaan Nur Lisa jadi tak keruan. Inilah perasaan yang cuba ditafsirkannya. Menilai Syed Azri dengan langkahnya yang gelojoh tapi perasaan yang sensitif. Setiap kata-kata Syed Azri lahir dari dalam hatinya. Langsung tak pandai nak berdrama dan setiap kata-katanya selalu terzahir dengan gerak langkah yang keterlaluan. Cara yang terlalu kebaratan, terkadang memaksa tapi terkadang lembut membuat hati Nur Lisa mula tersenyum. Dalam bahaya dan berisiko bersama Syed Azri, terselit di lubuk hati perasaan selamat berada di sampingnya. Tak pernah ada orang yang menunjukkan reaksi pada setiap perbuatannya. Menimbangkan baik dan buruk untuk dirinya. Tak pernah. Tengku Akhbar? Lain. Lain sangat. Tengku Akhbar sekadar kawan. Bagi Tengku Akhbar, Nur Lisa sentiasa

112

Rin Ahmad

sempurna di matanya. Lebihnya Tengku Akhbar ialah dia jauh lebih sopan daripada Syed Azri dari segi tingkah lakunya. Mana pernah Tengku Akhbar mengambil kesempatan seperti Syed Azri. Am I falling for a bad boy? You are a bad girl Lisa! Bad, bad girl. Then you want to tell me smoking pot is healthy? Kidding, right? Nur Lisa tergelak. Menceriakan suasana yang mula bertukar aura. Taklah macam tu tapi sekurang-kurangnya tak ketagih. Mana ada budak U hisap ganja ketagih kalau kena caranya. Daun tu kira macam herba pun boleh. Bukan ada bahan kimia macam morfin atau kokain. Itu lain. Kalau dah terkena memang terus ketagih. Kat sini semua orang smoking pot semata-mata untuk suka-suka. Awak jangan salah faham, Lisa. Perasaan di alam khayalan tu sukar nak ditafsirkan tapi nikmatnya kalau sesekali awak rasa okeylah. Jangan sampai setiap hari. Nur Lisa terdiam seketika. Malas nak melayan ayat penyata orang tak siuman ni. Saya nak keluar. Where? Muller. Okey. Syed Azri mengiakan. Kemudian dia bangun dan bergerak ke bilik air. Nak kejutkan budak-budak kat sebelah yang entah dah sampai ke planet mana. Dan dia nak menapak keluar mencari barang untuk projek barunya. Boleh jalan dengan Nur Lisa sekali. Sah Nur Lisa nak pergi beli stok ubat dalam botol keramatnya yang kosong. Muller ialah sebuah kedai serbaneka seperti Watson atau Guardian di Malaysia. Di sini Muller dikenali juga sebagai drugstore.

113

Untuk Semua Dosaku

Azri. Nur Lisa yang bersandar di katil tiba-tiba memanggil. Syed Azri berpaling. Langkah diatur kembali ke arah Nur Lisa dan dia duduk berlutut di lantai menghadap Nur Lisa. Kening diangkat tanda menyoal. All the things you did, your moves, your gestures. Dont do it again. It just not works with our relation. Nur Lisa memberi amaran. Bimbang hubungan mereka tersasar jauh. Thats why Im making you mine. Syed Azri berdiri. Tangan Nur Lisa ditarik agar berdiri di hadapannya. Jangan main-mainlah. Nur Lisa serba salah. Im not playing, Lisa. I start to enjoy your company. I do. Syed Azri membuat pengakuan berani mati. We are roommate. Remember? Nur Lisa berpaling mahu meninggalkan Syed Azri. Tak tahan dengan pandangan mata Syed Azri dan segala-gala yang ada pada Syed Azri seperti biasan cahaya pelangi yang mula mewarnakan sekeping hati Nur Lisa. Lets be frank. If you expect for a first sight kinda love relationship, then this is not. I just dumped a girl and this kinda stupid to start new so quick. I am attracted to you more of opposite attraction but do give us some time. I know you dont expect this happening so soon neither do I but I promise you, I can really take care of you. Like it or lump it, just stay here. With me. Nur Lisa ternganga. Air liur terasa berpasir. Payah untuk ditelan. Come. Belakang Nur Lisa diraih ke dalam pelukan.

114

Rin Ahmad

Semalam hanyut di bulan. Hari ini hanyut dalam pelukan. Semalam dan hari ini hanyut di arus khayalan. Hari esok menantikah sebuah kebenaran? Good mor....

SAYA tak faham apa yang susah sangat dia nak faham. We are friends. Just that. Nur Lisa merungut. Huh? Syed Azri hanya mengerutkan kening. Lelaki. Biasalah! Leave him, cucuk Syed Azri. Sebab tinggalkan dialah ni saya kenal makhluk nama Syed Azri. Betullah tu pepatah cakap keluar mulut buaya masuk mulut naga. Syed Azri tergelak. Sempat kenakan kita. Suka hati awaklah but once youre mine, never dream of seeing Tengku Akhbar again. Nur Lisa ternganga. Tak habis lagi ke mamat ni? Is he really meant all his words? Cow! Tadi drama sebabak awak dengan Tengku Akhbar sebijik macam anjing dengan kucing, komen Syed Azri menyaingi langkah Nur Lisa yang laju. Jalan ke jogathon Cik Lisa oi! Hello, Im not a cat, bantah Nur Lisa. Malu sebenarnya bergaduh dengan Tengku Akhbar tadi. If youre not then why youre here with me? You should tail him. Comfortable laid your ass on his leather seat, not walking like this. Im a cat so, Im walking with you. Apa

115

Untuk Semua Dosaku

kebarangkalian awak pakai ni? Nur Lisa memprovokasi Syed Azri. Dia tak nak mengalah!

sengaja

Yes, you are a cat. In fact ladies are like cats. Yell at a cat one time, theyre gone. Poor Tengku Akhbar. He shouldnt yell. Nur Lisa terdiam. Tepat pula teori kebarangkalian Syed Azri tu. And he is a dog. Guys are like dogs. They keep coming back so, expect of his come back, sambung Syed Azri dengan selamba. Cow! Hati Nur Lisa berdecit tak puas hati dengan Tengku Akhbar. Pon! Pon! Mata Syed Azri dan Nur Lisa serentak dihala ke arah kereta yang tiba-tiba berhenti di sebelah mereka. Oh, my!

116

Rin Ahmad

Bab 9
Pintu almari di bilik Hotel Seri Murni yang mereka diami dibuka. Telekung dan sejadah yang siap berlipat disusun rapi di dalamnya. Di sebelah susunan pakaian hariannya yang tak sampai berapa helai pun. Kebanyakannya masih ditinggalkan di rumah mama di Kuala Lumpur. Later, balas Syed Azri sepatah dan menarik gebar lalu menutup mukanya. Dah kuagak jawapannya amatlah tak memberangsangkan. Kalau aku solat subuh pun dah tahap penutup, Syed Azri punya later tu maknanya tahun depanlah. Memang ketua keluarga paling soleh abad ini. Desis hati Nur Lisa. Baju kemeja kerja Syed Azri yang berlipat ditarik. Seluar slack yang dipilih untuk dipadankan dengan baju kemeja lengan panjang berwarna hitam juga kosong ditarik. Ikutkan hati, telinga Syed Azri nak ditarik macam dia tarik

UBUH, suruh Nur Lisa sepatah usai melipat sejadah.

117

Untuk Semua Dosaku

seluar slack di celah susunan semua seluar ni dengan penuh perasaan. Gedebap! Bunyi iron board jatuh ke lantai mengejutkan Nur Lisa. Berat sangat. Rajin sangat tu kenapa? Pergi dail house keeping, nanti suruh dia orang yang gosok. Syed Azri mengarah dan bangun. Iron board yang jatuh betul-betul di kaki Nur Lisa diangkat dan disandarkan kembali di dalam almari. Syed Azri menarik baju kemeja dan seluar slack yang tersadai di bahu Nur Lisa. Go! Dail 808. Bukan 0? tanya Nur Lisa buat-buat sengal. Malu sebenarnya nak minta orang yang tolong gosokkan baju suami sendiri. Kalau zaman bercinta boleh pula dia jadi kuli batak Syed Azri dengan suka rela ataupun kadang-kadang dengan paksa rela tapi sekarang dah jadi suami, takkan pakai Syed Azri pun dia tak boleh buat sendiri. Tebal muka dengan budak-budak hotel ni nanti. Puan Lisa, suka hatilah hotel tu nak letak 0 ke, 800 ke, 8000 ke. Ada SOP (standard of procedure) ke? Oh! Lupa. Smoking pot aje ada SOP or should I call manual? perli Nur Lisa dan bergerak beberapa langkah menjauhi Syed Azri. Maklumlah aura naga dah terlihat di wajah suami. Takut kena serang nanti. Kalau serangan gaya naga keluar api tak apa, kalau kena gaya naga kena ulat bulu? Haru! Baru lepas mandi ni. Rungut Nur Lisa dalam hati. Syed Azri bergerak ke bilik air. Baju dan seluar diletakkan di atas katil. Nasib baik. Nur Lisa menarik nafas lega. Dia bergerak ke meja solek. Baru nak duduk, muka Syed Azri terjojol di muka pintu bilik air.

118

Rin Ahmad

Call now Lisa or should I wear crumple shirt to work? Astaghfirullahalazim. Nur Lisa menepuk dahi. Terlupa nak menggosok baju dan seluar si suami. Banyak sangat iklan selingan sampai terlupa niat asal. Nur Lisa bergerak ke meja sisi katil. Gagang telefon diangkat. Nombor receptionist 800 didail, bukannya 808. Morning Tuan Syed, sapa suara halus dan manja menggoda di hujung talian. Tuan Syed? Aiyak! Ehem. Assalamualaikum, balas Nur Lisa sopan. Tak payah pemanggil cakap siapa mereka dah dapat kesan panggilan diterima datangnya dari bilik mana. Sungguhlah tak manis. Nak cakap apa ni? Nak cakap tolong datang ambil baju suami saya, tolong gosokkan? Jatuh saham Nur Lisa! Waalaikumussalam. Puan Lisa. Hai. Good Morning. Anything we can help you with? Peramah sungguh pekerja Hotel Seri Murni. Actually nothing much. Tuan Syed is not feeling well today and... Oh, you want us to call a doctor? Oh, tak. Tak, balas Nur Lisa tergagap-gagap. Tak sempat nak habiskan ayat, dah menyampuk budak ni. Nur Lisa menarik nafas dalam. Jangan menipu Lisa. Jangan. Nasib baik tak serius. Lets make it simple. Segan saya nak cakap but can I ask for breakfast to be sent over? Boleh. Tuan Syed memang selalu makan kat bilik. Kalau dia balik lambat malam-malam dan pagi janji temu dah berderet, memang dia akan makan kat bilik siap-siap.

119

Untuk Semua Dosaku

Fuh! Bukan main terperinci data-data yang diberikan. Jom! Mari Mengenal Tuan Syed kita. Puan Lisa? Ada lagi ke tak ni? Ya, ya. Im here. Puan nak order apa? Boleh tengok menu yang ada kat bilik tu. Kejap lagi room service terus hantar kat bilik. Nur Lisa membelek-belek menu di atas meja. Apa yang Syed Azri paling suka makan dulu ya? Yes, remember. Spargel Suppe. Selesai membuat pesanan, Nur Lisa sempat bertanyakan nama si manis di hujung talian. Dah kata suami kerja di sini. Kenalah buat-buat ramah. Dia pun nak kena bernafas di dalam blok-blok Hotel Seri Murni jugak pun. Baik belajar membawa diri dari sekarang. Najwa, nama si manis di hujung talian. Jangan rupa Si Najwa ni manis sangat, cukup. Kalau rupa pun semanis suaranya, tak boleh nak bayang Tuan Syed kita ni dilayan dengan manis dan sopan oleh si cantik manis. Ada juga perasaan risau dan cemburu terselit di hatinya. Pasti Najwa kenal dia atau ini Najwa kenalan Nur Lili yang ditemuinya di hadapan Zouk? Kalau semua orang tahu Nur Lisa kakak Si Nur Lili, pasti macam CNN berita tersebar di pelosok Hotel Seri Murni. Lagipun masa majlis resepsi bukan main ramai kenalan Syed Azri yang datang. Dia? Seciput aje kut. Kawan sekerja ramai kat KL jadi tak semua boleh datang. Nur Lisa ingat Hanif, Bird dan Wong ada datang. Damia Humaira? Datang ke? Tak nampak pula. Lain-lain kawan Syed Azri mana ada yang dia kenal. Semuanya kenalan selepas zaman mereka bersama. Kalau nak diingat, kedatangan Tengku Akhbar boleh buat mata Syed Azri nak terkeluar soketnya. Macam nak tertanggal reben satin putih

120

Rin Ahmad

yang terikat di pinggang Nur Lisa apabila dipeluk dan ditarik oleh Syed Azri. Tak payah tunjuk pun tak apa, orang dah tahu Nur Lisa milik Syed Azri selama-lamanya. Tak habis-habis penyakit jakinya (tak puas hati) dengan Tengku Akhbar. Nur Lisa bergegas menggosok baju kemeja dan seluar kerja Syed Azri selepas meletakkan telefon. Cepat, Lisa. Cepat. Nanti Azri tahu kau tak dengar arahan, mati kau kena sembur api naga tu, desis hatinya. Baru lepas mandi pun, peluh keluar juga setitik dua. Maklumlah tenyeh seterika kat baju dah gaya orang buat senaman otot. Penyaman udara yang memang sentiasa terpasang jangan ceritalah, ada pun macam tak ada ni. Lima minit kemudian, taraaa... siap. Baju dan seluar licin bergosok kemas diletakkan pada penyidai baju dan disangkutkan di pemegang almari baju. Ngam-ngam Syed Azri menolak pintu bilik air dan keluar dengan hanya bertuala. Jangan buat-buat tak biasa Nur Lisa. Kenapa iron board ada kat luar balik? Tajam mata Syed Azri menuntut jawapan. Errr.... Nur Lisa tergagap-gagap. Terlupa nak simpan sekali iron board. Maklumlah berat semacam. Tak sempat nak main aci tarik masuk almari aje tadi. Kau dah kena penyakit gagap ke apa Lisa? Isy, macam nak tampar pipi sendiri pun ada. Expand your brain Lisa! Stretch it to the max Lisa! Ting! Tong! Loceng bilik berbunyi menyelamatkan keadaan. Mata Syed Azri yang tajam memandang Nur Lisa beralih ke pintu. Syed Azri mula mengorak langkah ke pintu. Oh, dear! Ill get the door. You sit here. Lay. Tangan Syed Azri ditarik. Badan suami yang masih lembap

121

Untuk Semua Dosaku

ditolak ke katil dan ditutup dengan gebar. Dah gaya nak tutup kereta bawah garaj. Spontan! Dear? Nur Lisa ni biar betul? Syed Azri tak sempat nak cakap apa-apa. Yang dia nampak Nur Lisa cepat-cepat mencapai selendang, menutup rambutnya yang terdedah dan membuka pintu. Tuan Syed okey? Isteri tempah menu khas untuk orang sakit ni. Tengah hari Puan Lisa ada menu khas lagi nak tempah? Tuan Syed tak masuk pejabat la hari ni ya? Pintu bilik ditutup. Baju kemeja yang telah digosok dibawa ke katil dan dipakaikan kepada suami. Syed Azri dilayan seperti menyiapkan budak tadika ke sekolah. Syed Azri hanya mengikut. Walaupun dalam hati Nur Lisa jauh terdetik kesal dengan jodohnya ini tapi siapa dia untuk menolak takdir Allah? Sampai bila Nur Lisa mahu menyalahkan takdir yang menghapuskan keinginannya untuk bersuamikan lelaki yang soleh. Yang mampu membimbingnya yang masih di awangawangan. Nur Lisa menarik hidangan yang bertutup dan dibawa menghadap Syed Azri yang disuruh duduk di atas katil. Kelu tak terkata. What is happening just now? Rasa macam bermimpi dilayan sebegini oleh isteri. Kelu seribu bahasa. Setiap soalan yang diutarakan oleh pekerja dari room service semua dijawab oleh Nur Lisa. Tak sempat dia nak buka mulut. Akhirnya dia tayang senyum sahaja. Bos awak ni okey. Penat sikit aje.

122

Rin Ahmad

Saya tempah sebab chef awak cakap dia pandai buat. Thanks to him. Tengah hari? Emmm nanti saya fikir. Masuk. Dont worry. Hell be better soon. Awak, kan sakit. Uzur. Nur Lisa membuka penutup hidangan. Plastik yang menutup sekeliling mangkuk sup dikoyakkan. Roti di piring dipotong-potong. Bila masa saya uzur? Look. Im healthy and strong as an ox. Syed Azri menunjukkan lengannya yang berotot, tersembunyi di sebalik lengan kemeja hitam yang tersarung di badan tapi jelas bentuknya. Really? Nur Lisa tersenyum-senyum. Lisa jangan main-main. Orang yang uzur aje tak boleh solat. Meh, aaa... nganga. Bismillahirrahmanirrahim. Nur Lisa menjawab tanpa memandang si suami. Takut dengan reaksi suami tapi diberanikan diri. Disudukan sup ke mulut Syed Azri. Syed Azri terdiam. Main psiko ya wahai isteri. Dalam hati rasa seperti dicucuk jarum halus. Sakit dan bertambah sakit dengan layanan Nur Lisa yang mesra, manja dan menggoda. Nak marah? Jangan buat hal. Tidur telan air liur macam semalam baru tahu. Syed Azri berdeham dan menelan sup yang disuapkan oleh Nur Lisa. Sehr leckeres Sppchen, komen Syed Azri. Menajamkan bahasa Jermannya yang hampir berkarat. Sedap sebab sup ni memang sedap ke atau sedap sebab makan ada orang suap? Nur Lisa tersenyum. Seronok mengusik Syed Azri yang memuji kesedapan sup asparagus kegemarannya. Bukan Nur Lisa buat pun. Tukang order aje. Disudukan lagi sup ke mulut Syed Azri.

123

Untuk Semua Dosaku

Syed Azri diam. Mati kutu. Kalah psikolah. Dia lagi suka Nur Lisa marah-marah. Senang dia nak sembur balik. Dah kenyang? Nanti sihat, kerja rajin-rajin. Lepas tu tengah hari balik zohor kat bilik okey? Saya tunggu. Senyuman Nur Lisa meleret. Dalam hati berdebar-debar juga. Dia tak tahu apa benar tingkahnya atau pincang tingkahnya. Entah-entah Syed Azri gelak bagai nak rak dalam hati. Nur Lisa menghantar Syed Azri ke pintu. Tangan dihulurkan. Salam bersambut. Syed Azri memandang Nur Lisa dengan tajam. Ich bin nicht von gestern. Kata Syed Azri serius. Nur Lisa terpanar. I wasnt born yesterday? Malunya. Syed Azri faham segala mesej yang cuba disampaikan. Jangan mimpilah nak dapat ciuman kat dahi macam dalam drama dan tepat sangkaan Nur Lisa. Syed Azri berlalu pergi. Hell never change.

Cabana Club, Fun Zone, The ZON. NUR LISA, aller anfang ist schwer. Syed Azri yang sedang duduk di kerusi tinggi di atas pentas bersama kumpulan live band memandang ke arah isterinya yang nampak amat tak selesa. Berbeza dengan Nur Lisa yang dikenalinya dulu. Yang akan riang dan tersenyum kegirangan tiap kali dibawa melepak di bar-bar di seluruh pelosok Munich. Pandangan Nur Lisa yang tunduk memandang menu di hadapan langsung terangkat mendengar ayat Jerman memecah ruang Cabana. Pandangan Nur Lisa dan Syed Azri bertembung.

124

Rin Ahmad

Syed Azri tersenyum. Senyuman untuk mengambil hati isteri yang sedang menahan marah. Aller anfang ist schwer. All beginnings are difficult. Setiap permulaan pasti berhalangan. Adakah si suami merujuk kepada alam baru yang mereka sama-sama tempuhi kini? Ketara sangatkah dia menidakkan tempat Syed Azri sebagai seorang pemimpin dan ketua dalam rumah tangga yang baru bertatih? Tidak. Dia bukan menidakkan, dia cuma kalah dengan impiannya yang berbeza. Nur Lisa mati-mati ingat Syed Azri marahkan dia kerana membebel-bebel apabila masuk, Cabana langsung tak seperti yang tergambar di kepalanya. Okey, yang dia percaya sangat cakap Syed Azri kenapa? Sekadar pinggang dipeluk dan langkah diatur senada tak semestinya merubah hakikat sebenar Cabana. Kelab untuk profesional konon. No change, I cant change I cant change, I cant change But Im here in my mind I am here in my mind But Im a million different people From one day to the next I cant change my mind. Suara Syed Azri yang serak-serak basah melagukan Bittersweet Symphony membuat Nur Lisa terasa terbuai-buai seketika. Menghayati maksud mendalam yang cuba disampaikan oleh suami yang sedang menjadi tumpuan

125

Untuk Semua Dosaku

semua pengunjung di Cabana. You can change, Azri. You can. Telefon di atas meja berdering menghalau memori di Cabana semalam. Suami yang cuba mengambil hati. Menyanyikan lagu yang sama. Lagu yang pernah dinyanyikan oleh Syed Azri di Alte Gallerie, Munich. Lagu yang sama cuma tempat berbeza, suasana berbeza dan maksud yang berbeza di sebalik nyanyiannya. Cepatnya masa berlalu tapi masa tetap enggan memisahkan mereka berdua. Assalamualaikum. Lisa. Ya, awak. Ada apa? tanya Nur Lisa. Syed Azri ruparupanya di hujung talian. Saya tertinggal fail kat atas meja. Tolong bawak turun. Fail biru. Ambil organiser sekali ya, arah Syed Azri. Malasnya nak turun. Nak kena bersiap lagi. Nur Lisa bersiap ala kadar dan bergegas turun ke lobi. Syed Azri sedia menanti di dalam kereta yang diparkir di tengah-tengah porch lobi utama. Pekerja yang bertugas menjaga valet parking tunduk hormat dan menghadiahi Nur Lisa dengan senyuman. Nur Lisa berjalan ke tempat bahagian pemandu. Maaf susahkan awak. Terlupa. Syed Azri membuka sunglass yang menambah gayanya dan memandang Nur Lisa yang sedang berdiri di pintu. Mereka saling berpandangan. Nur Lisa diam. Fail dan organiser dihulurkan kepada Syed Azri. Syed Azri menyambut huluran Nur Lisa. Fail dan organiser diletakkan di sebelah tempat penumpang. Melihat Nur Lisa yang diam sahaja mengundang rasa bersalah dalam hati. Pintu kereta dibuka dan Syed Azri melangkah keluar. Pintu ditutup.

126

Rin Ahmad

Lisa. Lembut Syed Azri memanggil. Pandangan jatuh ke wajah isteri yang nampak manis bertudung. Ya. Kalau bosan awak boleh keluar jalan-jalan. Saya izinkan. Boleh bawa kereta saya kat garaj. Kunci saya bagi kat Lili tadi. Suami saya ni ada berapa buah kereta? tanya Nur Lisa dengan pandangan kosong tapi perkataan suami saya dikuatkan. Maklumlah kalau Syed Azri kekasihnya, dia khatam segala-galanya mengenainya. Sekarang mengenai Syed Azri suaminya, macam bertapak-tapak dia tertinggal. Apa aje yang dia tahu? Yalah sejak bertemu kembali, bergaduh aje kerjanya. Mana nak tahu perkembangan terkini Syed Azri. Ini companys car. Kat garaj belakang tu my car. Terlupa yang dia lagi selesa menggunakan kemudahan yang disediakan oleh syarikat. Maklumlah semua percuma. Okey. Nur Lisa hanya mengiakan. Dalam otak ligat berfikir mana nak pergi. Balik bilik lepak lagi bagus. Okay girl, please. Jangan nak buat muka macam tu. Syed Azri tak senang duduk. Dah, dah pergi. Nur Lisa menghalau dan bergerak ke belakang kereta. Syed Azri mengekori Nur Lisa. Bahu Nur Lisa diraih dan secepat kilat dahi Nur Lisa dikucup. Merah muka Nur Lisa apabila dia nampak beberapa orang pekerja dan pengunjung hotel tersenyum-senyum melihat. Syed Azri ingat Malaysia ni macam Jerman ke? Sukasuka hati nak peluk cium depan orang. Ikatan suami isteri yang halal tetap tak menghalalkan kemesraan melampau di hadapan orang ramai.

127

Untuk Semua Dosaku

Pon! Pon! Mata Syed Azri dan Nur Lisa serentak dihala ke arah kereta yang tiba-tiba berhenti di hadapan mereka. Oh, my! Kenangan di Pasing mula bertandang. Nur Lisa mengeluh. Betul sangat cakap Syed Azri. Aller anfang ist schwer. Nur Lisa memandang ke wajah suaminya. Cuba menelah perasaan Syed Azri. Kalau dulu di Pasing perasaan halus yang bertandang tidak sehalus perasaan ini. Sebuah perasaan yang menyelinap ke dalam hati dan membuahkan suatu emosi yang amat sukar untuk dimengertikan. Kalau awak nak cepat pergi janji temu awak kat luar, saya boleh layan dia. Nur Lisa mempelawa diri. Apa perasaan awak sekarang? Syed Azri berbisik. Emmm unexplainable but Im okay. Nur Lisa menjawab yakin tapi tiba-tiba menusukkan kata-kata halus, mengatakan sepatutnya jodoh Syed Azri adalah dengan perempuan seperti ini. Bukan dia. Nur Lisa mengucap panjang. Tak baik berprasangka yang hanya bakal menjadikan dirinya isteri yang ingkar. Sepatutnya sahabat suaminya atau tetamu suaminya adalah sahabatnya juga, tetamunya juga. It only hurts when you start pretending it doesnt. Sinis Syed Azri berkata-kata. Tahu riak wajah Nur Lisa yang sudah mula berubah. So, what should I do? Pretend the one who is walking toward us now is a Casper? A ghost? A shadow? No, pretend that your husband only belongs to you no matter what. Now go to your room. Get the key from Lili. Ill handle her.

128

Rin Ahmad

Dont kiss her... Nur Lisa tidak jadi meneruskan kata-katanya. Damia Humaira dan Syed Azri tak pernah berubah. Berjabat salam dan diiringi ciuman di pipi ialah perkara biasa bagi mereka, walaupun sekadar sahabat, walaupun manis kata-kata Syed Azri menenangkan hatinya tapi di minda, tetap tak mampu mengusir sketsa yang berlangsung di depan mata. Hanya Nur Lisa yang cuba membetulkan jalan hidupnya. Kalau dulu pasti Damia Humaira disembur dan diperli sesuka hatinya kini dia hanya mampu melihat. Menelan rasa hati bagi menghormati perasaan orang lain. Perasaannya? Hanya Allah yang lebih mengetahui.

129

Untuk Semua Dosaku

Bab 10
Pasing, Jerman IAPA tu? Nur Lisa memanjangkan leher melihat si pemandu. Maklumlah gaya brek dan hon di tengah jalan dah macam gaya samseng Pasing. Dia tak kenal kereta ni atau lebih tepat lagi sebenarnya satu-satunya manusia yang dia kenal berkereta di bumi asing tapi bergaya macam di tanah air sendiri hanyalah Tengku Akhbar. Risau pula kalau Syed Azri ada musuh kehormat. Tak pasal-pasal dengan dia sekali terlibat. Tak mahu dia meringkuk di Stadelheim Prison biarpun sehari. Kat sini buat Heil Hitler atau gaya tabik hormat cara Adolf Hitler pun boleh kena denda 450 Euro. Semasa orientasi atau introductory course, pelbagai peraturan, undang-undang dan sedikit sebanyak sensitiviti masyarakat Jerman ditekankan. Nobody. Just walk, arah Syed Azri tapi Nur Lisa sibuk nak tengok.

130

Rin Ahmad

Maklumlah, otak Nur Lisa masih setengah masak. Malam sebelumnya Syed Azri bawa dia mengembara sampai ke bulan. Pagi-pagi dah bergaduh dengan Tengku Akhbar. Siapa suruh main terjah datang rumah orang. Memang percuma dapat tengok aksi romantis Nur Lisa dengan Syed Azri. Hati sendiri dah sakit, kita pula dimarahinya. Memang bukan cara Nur Lisa nak melayan dan silap Tengku Akhbar tak nak bertoleransi dengannya. Nur Lisa pun segan nak bersoal jawab dengan Tengku Akhbar di hadapan Syed Azri. Disuruhnya Tengku Akhbar menunggunya bersiap untuk menemaninya keluar ke Muller. Baru nak melangkah masuk ke dalam kereta, Tengku Akhbar sempat bagi ceramah lagi. Lili cakap baru kenal, kenapa dah macam suami isteri saya tengok? Botol dalam tong sampah tu kerja siapa? Saya boleh carikan awak tempat tinggal yang lagi dekat dengan kampus awak. Awak nak saya tolong tak? Nur Lisa mengangguk. Ya. Boleh tolong diam? Boleh tolong jaga urusan sendiri? Tengku Akhbar yang tercabar dengan jawapannya memandang tepat ke mata Nur Lisa dan menengking Nur Lisa agar jangan bersikap kurang ajar. Silap la. Sedang elok Syed Azri berjalan santai di sebelah kereta yang diparkir di hadapan blok apartmen, terus lengan Syed Azri disambar dan Tengku Akhbar ditinggalkannya terkulat-kulat. Betul sangat cakap Syed Azri, Nur Lisa umpama kucing. Sekali kena herdik terus mencicit pergi. Eh, stop! Macam kenal. Nur Lisa berdiri tegak di tepi jalan. Nur Lisa merapatkan badannya dengan Syed Azri. Masalah betul. Jangan jumpa tengah-tengah jalan nak buat drama sampai dia pula yang sakit, cukup. Syed Azri di sebelah

131

Untuk Semua Dosaku

dijeling. Nampak air mukanya berubah. Tadi bukan main rancak mengusik teori kucing dan anjinglah. Sedap bagi Tengku Akhbar perumpamaan anjing, orang yang baru melangkah keluar tempat duduk pemandu dan sedang berjalan menghampiri mereka yang sepatutnya mendapat gelaran tu. Perempuan spesies apa yang dah kena tolak tapi terhegeh-hegeh lagi? Nur Lisa tersenyum dan berbisik ke telinga Syed Azri. I think some girls are like dog too. They keep coming back. This one is not a cat. I am very sure. Syed Azri tergelak tapi betullah cakap Nur Lisa. Boleh tak Damia Humaira datang lain kali kalau nak mengganggu ketenteraman hidup pun? Masa Nur Lisa tak ada, misalnya. Hai. Nur Lisa buat-buat ramah dan menghulurkan salam. Sebelah tangan pun cukup. She hates me remember? Bekas kekasih dia yang perangai tak senonoh, tangan menjalar tak tentu hala, mulut manis bergula tapi kita pula yang disangsikannya. Hai. Damia Humaira tersenyum sekilas tapi terus menumpukan perhatian kepada Syed Azri di sebelah Nur Lisa yang hanya diam tak terkata. Nur Lisa tumpang sekaki tumpukan perhatian apabila Damia Humaira dengan manjanya bersalam siap pakej cium-cium pipi. Excuse me. I better get going. Nur Lisa meminta diri. Malas nak masuk campur urusan orang. Tertangguh lagi nak pergi Muller, kalau apa-apa jadi susah. Anxiety disorder kalau nak menyerang bukan kira masa. Tak nak dia rasa macam nak tercabut jantung dan rasa dunia macam nak bergoyang seperti malam tadi.

132

Rin Ahmad

Lisa, tunggu. Damia Humaira menahan. Let her go. Syed Azri menarik tangan Damia Humaira. Nur Lisa hanya menjeling. Geli pula dengan gelagat Syed Azri yang nampak tak berperasaan. No, Azri. Damia Humaira mendekati Nur Lisa yang mula menyusun langkah. Menahan Nur Lisa dari beredar. Laju Damia Humaira menuturkan kata. Elok penjelasan Damia Humaira mencapai titik noktah, Syed Azri dan Nur Lisa berbalas pandangan.

SAYA bayar, okey. Mana boleh main halau-halau. Nur Lisa merungut sambil menyumbat baju-bajunya ke dalam beg. Sakitnya hati. Just listen. Could you? Syed Azri merenung Nur Lisa dengan tajam dari sofa bed di hujung dinding. Damia Humaira sudah lesap ke bilik Hanif. Memberi ruang mereka berdua berbincang seperti suami isteri yang terpaksa berpisah. Barang lain, pandai-pandailah awak sumbat kat bilik sebelah. Saya bawa yang mana perlu. Tak kuasa nak usung segala benda. Banyaknya merungut. Syed Azri yang tadinya serius, tersenyum melihat gelagat tak puas hati Nur Lisa. Maklumlah dia pun terkejut mendengar berita daripada Damia Humaira. Dont tell me you like to stay with me? usiknya lagi. Sengaja menduga.

133

Untuk Semua Dosaku

Alang-alang nak walk the talk, biar dia mencuba sampai ke garisan penamat. Garisan penamatnya di mana? Hati Nur Lisa. This is not what I had imagined my life would be in Germany okay. Nur Lisa serius dah bertukar jadi budak tadika. Pen dan pensel yang berterabur di atas meja di masukkan ke dalam kotak pensel. Buku-buku yang bersusun di atas meja disumbat ke dalam school bag. Muka masam jangan cerita, kalah putik mempelam! Syed Azri berdiri di sebelah meja makan. Membuntang matanya melihat beg yang terbentang di hadapan mata. Bersepah. Nur Lisa main aci sumbat. Langsung tak reti nak letak elok-elok. Dibongkokkan badan, duduk bertinggung di hadapan beg sederhana besar milik Nur Lisa dan menyusun semula pakaian Nur Lisa yang berterabur di dalamnya. Tak kuasa dia nak melipat tapi setakat nak bagi nampak kemas bolehlah. Mana boleh nak tutup beg kalau semua disumbat ke dalam beg. Dia memang anti serabut-serabut ni. Marah sangat agaknya Nur Lisa. Kalau pertama kali Syed Azri meninjau keadaan beg ini dulu teratur aje. Baru beg ni kosong dah kena berisi balik, bukan Nur Lisa sahaja yang marah. Beg pun boleh marah. Azri, berapa lama ni? Nur Lisa bercekak pinggang menghadap jejaka yang tenang menolongnya menutup beg dan disandarkan ke dinding. Kedua-dua telapak tangannya ditepuk dan berpaling menatap wajah Nur Lisa yang keruh. Pertamanya, saya minta maaf. Saya tahu awak bayar. Saya akan bayar ganti rugi. Awak jangan risau. Kalau awak tak suka duduk di rumah Damia, telefon saya. Nanti saya carikan hotel. Smile please. Pipi Nur Lisa dicubit.

134

Rin Ahmad

I dont want to stay with her. Nur Lisa menghentakkan kaki. Kan dah cakap gaya dia dah bertukar macam budak tadika menagih simpati Syed Azri. Bukan dia peduli apa pandangan Syed Azri sekarang. Lisa, you are a very clever girl and a good roommate. Please act like one. I hate you. Nur Lisa memuncung. Syed Azri tergelak. Merajuk? Dia ingat dia siapa? I love you, balas Syed Azri mula berlagak Romeo. Mengambil kesempatan namanya. Jangan main-mainlah! Syed Azri tidak mengendahkan rungutan Nur Lisa. Beg Nur Lisa dibawa ke luar rumah. Kepala ligat berfikir nak menambat hati Nur Lisa. Dia faham perasaan Nur Lisa. Berpindah-randah pada awal semester yang baru bermula dan hidup apabila jadual asal dirombak tiba-tiba memang menyakitkan. Di sebalik keberanian Nur Lisa, pasti terselit rasa cuaknya, getarnya dan risaunya. Jom! Turun. Syed Azri menggamit Nur Lisa ke muka pintu. Damia? Lupa. Jap. Syed Azri melangkah ke studio milik Hanif di sebelah melalui pintu depan. Ralit pula Damia Humaira menjamah roti dengan telur hancur ditemani oleh Bird. Hanif masih kat bulan kut. Syed Azri hanya memberi isyarat dia dan Nur Lisa menunggu di kereta. Okay Lisa, lets go. Syed Azri muncul di muka pintu.

135

Untuk Semua Dosaku

Nur Lisa hanya menurut. Lisa, just now you said this is not what you imagined when you were at Germany. I mean here. Is this so bad or what actually you have in mind once you reached Munich airport? Saya datang nak belajar. Bukan nak keluar masuk mulut spesies karnivor. Okay, fine. Anything else you associated with Germany beside that? Syed Azri menahan jantung dari berlari laju. Tolonglah cakap nak pergi jalan-jalan. Nak pergi Amsterdam, nak pergi Istanbul, nak pergi Switzerland atau Prague atau Dubai sekalipun. Dia sanggup bawa Nur Lisa. Tengok muncung Nur Lisa tadi, wajah keruhnya, kaki yang dihentakhentak, manjanya mengalahkan Sharifah Azra, si adik. Baru pagi tadi dia berjanji mahu menjaga Nur Lisa, sekarang terpaksa menghalau Nur Lisa keluar rumah pula. Let be frank. If you expect for a first sight kinda love relationship, then this is not. I just dumped a girl and this kinda stupid to start new so quick. I am attracted to you more of opposite attraction but do give us some time. I know you dont expect this happening so soon neither do I but I promise you, I can really take care of you. Like it or lump it, just stay here. With me. Hatinya berkata, cakap tak serupa bikin la lu Azri. Betul nak tahu? Mood Nur Lisa kembali normal walaupun tak seceria mana. Syed Azri mengangguk. Beer and Hitler. Syed Azri yang sedang menghisap rokok terus

136

Rin Ahmad

terbatuk-batuk. Tak sangka skema jawapan Nur Lisa jauh benar dengan tekaannya. Skema jawapan semua orang yang pertama kali menjejakkan kaki ke bumi yang melahirkan tentera Nazi yang menjadi sejarah ulung dunia. Dalam fikirannya tadi lain, mungkin kerana alasan tipikal bagi seorang pelajar seperti Nur Lisa selalunya adalah kerana biasiswa yang diberi untuk pelajar ke Jerman adalah paling lumayan jadi senang nak berbelanja atau berjalanjalan. Jadi tekanya Nur Lisa mungkin memilih Jerman semata-mata untuk mewah berbelanja dan berjalan-jalan menjelajah Europe. Nur Lisa datang pun siap berteman kerabat. Memang hebatlah Nur Lisa. Bawa payung made in Malaysia. Payung ialah istilah bagi penaja yang digunakan oleh budak-budak muda sekarang. Payung yang dia nak teduhkan Nur Lisa ni, made in Germany. Susah juga nak meneka cita rasa Nur Lisa. Mana satu agaknya, payung made in Malaysia atau made in Germany? Saya boleh faham kalau awak pilih beer. Bavaria beer is the best but Hitler? Rokok yang tinggal separuh dihulurkan kepada Nur Lisa. Nur Lisa menggeleng. Crazy girl like me suit crazy world created by him the best. Selamba Nur Lisa menjawab dan berhenti melangkah. Weird. Semua orang datang Jerman mesti sibuk nak belajar sejarah mengenai Hitler. Nak tengok hasil tinggalannya. Dont tell me you adore him. Syed Azri memasukkan beg Nur Lisa ke dalam bonet kereta Damia Humaira. Nak terkeluar urat hijau di lengannya yang berotot.

137

Untuk Semua Dosaku

Maklumlah sebelah tangan menanggung beban, sebelah lagi masih tersepit rokok yang hampir separuh. Nur Lisa berdeham. Malas nak menjawab. Sesekali ditala sekeliling mencari kelibat Damia Humaira. If you said yes then you desperately need of some correct moral training, sambung Syed Azri. Nur Lisa tergelak. Memang gila siapa yang menyanjung Adolf Hitler yang telah membunuh lebih kurang seramai tiga puluh juta orang semasa Perang Dunia Ke-2 yang dicetuskan oleh hasil pemerintahannya. Nur Lisa masih rasional. Positifnya, hanya dia yang berani menghapuskan kaum Yahudi yang terang-terang disebut sebagai musuh Islam. Membuktikan yang Hitler juga umpama pejuang Islam. Beliau mempunyai pandangan yang serupa mengenai kaum Yahudi. What the.... Syed Azri hampir mencarut. Dahinya berkerut. Nur Lisa menjeling sekilas. Sexy-smart-beard (SSB) yang menghiasi wajah Syed Azri nampak menyerlahkan kematangan apabila air muka tuan punya wajah bertukar garang. Watch your say. Nur Lisa memberi amaran. You watch yours. What is so big deal about this? Nur Lisa mengejek. Sebab ramainya budak-budak yang dangkal seperti awak apabila menyuarakan pendapat. Syed Azri amat gemar membaca. Masa lapangnya di rantauan dihabiskan sama ada dengan bersuka ria atau

138

Rin Ahmad

membaca. Semua jenis genre buku akan dibacanya. Sekadar menambah pengetahuan dan memang hobinya. Baru Nur Lisa membuka mulut hendak bersuara, Syed Azri pantas memotong. Hitler membenarkan kaum tenteranya bersolat di Dataran Berlin sebelum beliau memulakan ucapan. Beliau juga pernah dilihat bersama ulama dan dikatakan juga tidak pernah meminum arak. Hitler dipetik sebagai berkata: Aku boleh membunuh semua Yahudi tapi aku meninggalkan sedikit untuk dunia mengetahui mengapa aku melakukannya. I have my facts. Itu yang awak nak cakap dengan saya, Lisa? Those are your facts? Syed Azri mengasak. Dia memang pantang orang cakap salah fakta. Dalam hidupnya cuma ada matematik dan sains. Ada bukti, pakai. Tak ada bukti, jangan nak memandai. Isu sejarah pun zaman sekarang rejim Zionis boleh manipulasikan. Sematamata mahu menyesatkan pemikiran orang Islam yang senang ditipu dan mudah dipengaruhi. Syed Azri selalu bersikap kritikal terhadap semua isu yang dibincangkan supaya justifikasinya sentiasa tepat. Salah ke? Nur Lisa mula tak pasti. Sejarah berada di carta terakhir dalam minatnya atau langsung tak ada dalam carta. Kenyataan Tony Blair pernah khatam al-Quran tiga kali, George Bush pula membenarkan tentera Amerika beragama Islam solat, itu cukup nak cakap mereka cenderung kepada agama Islam atau pejuang Islam? Dalam hati Syed Azri merujuk kepada dirinya sendiri. Dia dah khatam al-Quran dua kali. Dari kecil Syed Gilani mengajarnya. Mereka sekeluarga boleh berbahasa Arab. Dia mungkin agak merangkak tapi janji boleh. Baginya

139

Untuk Semua Dosaku

al-Quran ialah sebuah kitab rujukan. Mengandungi pelbagai ilmu bermanfaat dan penyelesaian bagi isu semasa yang sentiasa relevan untuk dirujuk. Yang tak sampai di hati Syed Azri ialah rumusan cara hidup Islam yang wajib diteladani. Membaca tanpa amal. Membaca tanpa jiwa. Menyamakan darjat seorang umat Islam bernama Syed Azri setaraf dengan Tony Blair, mantan Perdana Menteri Britain. Nur Lisa menggelengkan kepala. Kena dengar ceramah la pulak. Mana pergi Si Damia ni? Nur Lisa merungut dalam hati. Syed Azri melompat duduk di atas bonet kereta. Bosan? Syed Azri menegur. Dia sudah semakin bijak membaca riak dan air muka Nur Lisa. Taklah. Bengang aje. Nur Lisa buat muka merajuk. Tak kisah pun dengar pasal Hitler. Mulut dia juga yang cabul pun. Later, saya dah siap entertain mereka. Ill bring you to Alte Gallerie. Nearby her house and you can taste the best beer, pujuk Syed Azri. Nur Lisa diam. Angguk pun tak. Geleng pun tak. Tak payah nak pujuk. Tak jalanlah. Bisik hatinya. Just continue your ideas about Hitler. Nur Lisa menukar topik realiti kepada sejarah yang mula mencambahkan minatnya untuk lebih mengenali siapa sebenarnya Adolf Hitler. Bukan ideologi saya tapi fakta sebenar yang dikumpulkan oleh bijak pandai yang menyedari keagungan Hitler yang dijulang adalah tak memadai dengan kezalimannya yang akhirnya menjurus kepada teori bahawa radikalnya Hitler ialah kerana Islam. Maka oleh itu, Islam itu agama yang kejam. Minat Hitler kepada Islam bukannya

140

Rin Ahmad

minat kepada agama tapi minat kepada nafsu. Nafsu untuk menguasai dunia. Ramai yang terpedaya dan langsung tak mengetahui Hitler membunuh Yahudi ialah kerana dominasi dan kekejaman Yahudi memonopoli ekonomi ke atas penduduk Jerman semata-mata. Bukan kerana Islam, bukan kerana pemahamannya mengenai kaum Yahudi yang dilaknat oleh Allah. The Fhrer. Terluncur di mulut Nur Lisa. Ya, Hitler digelar The Fhrer oleh tenteranya tapi maksud sebenar Fhrer ialah pemimpin tapi dunia kini lebih menggunakan perkataan itu khusus untuk merujuk kepada Hitler. I watched The Rise of Evil. Syed Azri tergelak. Tengok filem rupa-rupanya. Sah Nur Lisa betul-betul maksudkan kata-katanya merantau ke bumi Nazi kerana Adolf Hitler. Otak Nur Lisa memang tak betul. Lain sangat pemikirannya. Why Im not surprise. Syed Azri berdiri di sebelah Nur Lisa apabila melihat Damia Humaira menghampiri mereka. Walaupun berbeza sudut pandangan saya dengan awak dan mungkin salah saya menggelarkan beliau pejuang Islam. Taklah bodoh sangat saya nak menyanjung seorang yang kejam seperti itu. Lagi baik saya sanjung Nabi Muhammad. Nur Lisa menegakkan pendiriannya. Dia pun taklah bodoh mana. Dia tahu idola yang paling agung di dunia ialah Rasulullah sendiri, pemimpin umat Islam sendiri. Good to hear that. Syed Azri malas nak mengulas namun dalam hati dia bersangka juga. Betulkah Nur Lisa tahu perbezaan cara perjuangan Hitler dan Nabi Muhammad menentang Yahudi? Kalau Hitler

141

Untuk Semua Dosaku

sinonim dengan perang Holocaust untuk memusnahkan Yahudi dengan pembunuhan kejam maka Nabi Muhammad pula sinonim dengan kisah Perang Khaibar yang mana Baginda memberi keampunan kepada yang tunduk menyerah walaupun nyawa Baginda cuba ditamatkan dengan racun perempuan Yahudi. Kisah Perang Khandak pula Yahudi Bani Quraizah yang telah melanggar perjanjian perdamaian Madinah sehingga menghancurkan Madinah. Ironinya hanya yang terlibat dalam perang itu sahaja dihukum bunuh kerana pengkhianatan kepada perjanjian dan perdamaian Madinah. Malah, mereka dibicarakan dulu dan adilnya, hakimnya dipilih oleh kalangan kaum Yahudi Bani Quraizah itu sendiri bukan oleh Baginda atau mana-mana sahabat. Kisah Adolf Hitler ialah kisah perjuangan nafsu, pejuang yang gilakan kuasa dunia. Kisah seorang pejuang yang paling bijak memanipulasikan keadaan. Kisah seorang hamba yang menggunakan segala ilmu di dada untuk kepentingan sendiri. Kisah Syed Azri ialah kisah si bijak pandai yang berpengetahuan luas. Kisah Nur Lisa si pandai yang celik ilmu. Hubung kait kisah cinta bersulamkan duniawi, ilmu yang benar tapi tidak sampai kepada amalan yang dituntut memberi satu persamaan nyata antara mereka. Hitler+Syed Azri+Nur Lisa=Manusia bertamadun yang lupa kewujudan mereka di bumi bukan sekadar menghiasi tetapi sebagai hamba-Nya. Yang dituntut supaya menuntut ilmu sehingga ke hujung dunia bukan sematamata kerana membanggakan ibu bapa di kampung halaman atau kerana merebut kuasa dunia tetapi dituntut oleh Allah

142

Rin Ahmad

agar menggunakan ilmu yang dituntut pada landasan agama yang luhur, landasan yang menjanjikan saham akhirat. Ketat aje muka masing-masing ni kenapa? Damia Humaira menegur. Hot debate. Nur Lisa menjawab ringkas. Dia berjalan ke bahagian tempat duduk penumpang. Hati Damia Humaira berdetak. Hot debate? Kena berpisah sekejap dah macam suami isteri kena paksa bercerai ke? Azri, I will go fetch our family at the airport then later after sending them to hotel, Ill come to fetch you. Damia Humaira memberi arahan. No, meet you at Marienplatz. No, remember? Sharifah Azra wants to stay at your place? Oh, yes. Sudah pasti dia kena hantar barang Sharifah Azra ke studionya dulu dan barulah mereka akan berkumpul di hotel di tengah-tengah Marienplatz. Syed Azri menyeluk tangan ke dalam poket jean dan berjalan menghampiri Nur Lisa yang sedang menarik tali pinggang. Saya tolong. Syed Azri tunduk. Tali pinggang ditarik, disilang ke dada Nur Lisa dan disemat kemas. Thank you. Take care. Kepala Syed Azri masih separuh di dalam kereta. Tunduk memandang Nur Lisa. Im sorry girl. Satu kucupan singgah di pipi Nur Lisa. Damia Humaira hanya menjeling.

143

Untuk Semua Dosaku

HAI abang. Miss you. Your place is very nice. Sharifah Azra menyalam, memeluk dan memuji Syed Azri. Tiga dalam satu. Kemudian merebahkan diri ke atas katil milik Nur Lisa. Damia Humaira duduk di atas sofa bed. Penat kerana terpaksa menjadi pemandu tak bertauliah satu hari suntuk. Tak termasuk lagi sakit hati melihat drama Syed Azri dan Nur Lisa. Ditambah pula makan hati berulam jantung dengan kata-kata sinis Nur Lisa di dalam kereta tadi. Kalau dah break dengan Azri kenapa kau susahsusah risaukan dia? Nur Lisa merujuk kepada perbualan yang didengarinya malam tadi. Mind your own business. Damia Humaira menggumam. Tak padan dengan junior. Mulut amboi!!! My business because now... He is yours? Damia Humaira menyambung ayatayat Nur Lisa. Nur Lisa cuma nak sambung lagi he is my roommate tapi nasiblah, sebab tingkah laku dan cara Syed Azri melayannya memang membuat orang salah faham. Walaupun Syed Azri secara terang bercakap mengenai hati dan perasaannya tapi bagi Nur Lisa itu sekadar mainan. Hatinya belum betul-betul tersentuh dengan kata-kata Syed Azri, hatinya belum tewas dengan permainan Syed Azri. Saya faham awak dan Azri ada family relationship thingy but the emotion should be crystal clear. Nur Lisa pun tak tahu kenapa dia boleh selamba sembur Damia Humaira. Mungkin cara Syed Azri melayan Damia Humaira jelas menolak kehadiran gadis itu. It takes a couple of seconds to say hello, but forever to say good bye. Yes, this sounds so selfish. Ive another man in my life but this is my exact feeling towards him.

144

Rin Ahmad

Nur Lisa menelan air liur mendengar pengakuan berani mati Damia Humaira. Memang patut Syed Azri hangin macam orang kena serang puting beliung apabila berhadapan dengan Damia Humaira, tapi Syed Azri pun sama. Bukannya baik sangat pun. Kalau dengan semua perempuan dia layan baek punya, kekasih hati mana yang tak bosan? Baru kenal Nur Lisa, dilayannya macam dah kenal bertahun. Kalau dia jadi Damia Humaira pun dia akan cabut. Benarkan Syed Azri berkelakuan begitu? Nur Lisa malas nak ambil pusing. Bukan masalah dia. Kalau suatu hari nanti dia menerima Syed Azri sebagai roommate yang akan mendiami hatinya sekalipun, baginya Damia Humaira seorang yang tersangat bodoh. Belajar sampai ke negara orang tapi bodoh apabila membuat keputusan yang melibatkan hati. Buat apa nak dikenang keputusan yang sudah dibuat? Kalau hati sudah berdetak Syed Azri bukan orangnya maka teruskan hidup dengan pilihan yang lain. By saying that, are you always this stupid or are you making special effort today because I am his girl? Leave him forever for God sake. Dah! Kau jangan nak tidur-tidur. Terbabas karang kesian mummy tunggu kat hotel. Siap sekarang. Suara tinggi Syed Azri gaya abang sulung memberi arahan mengejutkan Damia Humaira. Yalah. Mandi jap. Tukar baju. Sharifah Azra merungut. Penat juga perjalanan dari Dubai. Ingat nak tidur aje. Tambahan pula ditemani desiran air sungai mengalir sayup-sayup di balkoni. Sungai apalah kat bawah tu yang nampak macam kat kampung aje panoramanya. Getus hati Sharifah Azra dan melangkah ke bilik air.

145

Untuk Semua Dosaku

How is she? Syed Azri berpaling menghadap Damia Humaira apabila bayang si adik menghilang. Lisa? Siapa lagi aku nak tanya. Dia okey tak? Selesa tak duduk rumah kau? Entah. Letak aje barang lepas tu dia terus keluar. Tak sempat nak tanya. Damia Humaira menjawab malas. Keluar? Dengan siapa? Dia cakap kawan. Kebar tak silap namanya. Tengku Akhbar? Siot!

146

No. ISBN:- 978-967-5067-32-7 Jumlah muka surat:- 632 Harga Runcit:- S/M: RM22, S/S: RM25 Harga Ahli:- S/M: RM18, S/S: RM21 Sinopsis:Kisah cinta antara Nur Lisa dan Syed Azri berputik di bumi Jerman. Nur Lisa gadis pintar yang hidupnya riang bertemu dengan Syed Azri kerana rancangan nakal si adik. Sharifah Azrina yang disangkanya teman sebilik sebenarnya ialah jejaka kacak bernama Syed Azri. Tak menyesal ya. Tak nak tarik balik kata-kata awak tadi? I do the talking a lot. Which one you meant dear roommate? Nur Lisa tergelak. Sengallah Azri ni. Pebende merepek entah. Ill be the one. Betcha. Nur Lisa tergelak besar. Orang buat lawak dia buat serius la pula. Ego seorang lelaki. Tak boleh tersentuh. Nur Lisa ambil mudah. Tak menyangka jalan-jalan di hadapan

yang akan bermula bersama Syed Azri. Permulaan yang tiada penghujungnya. Walk the talk Syed Azri. Sikap selamba Nur Lisa akhirnya memikat Syed Azri yang egonya sentiasa dijulang ke langit. Di saat cinta berkembang mekar, cahaya hidayah menerjah ke ruang hati Nur Lisa. Kisah lampau, kisah zaman peralihan. Betul orang cakap, nak buat baik, beribu halangan sudah menanti di hadapan kita. Cinta yang menggunung dan kasih sayang yang melimpah-ruah terhadap Syed Azri terpaksa dikorbankan demi cinta barunya kepada Yang Esa. Lisa. Syed Azri cuba memeluk Nur Lisa. Mahu menenteramkan Nur Lisa. Dia kalah melihat titisan air mata di pipi Nur Lisa. No. Nur Lisa menolak tubuh Syed Azri dengan kasar. Boleh tak jangan keras sangat? Weve been together for years and weve done lots more than this. Please.... Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if weve been together thousands years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata untuk kisah silam kita. Lisa! I better get going before things become worse. Its worse already and I hate when you pretending to be good when I know who you are inside out. Then hate me. Bergegar dada Nur Lisa mendengar perkataan pretending.

Mereka berpisah di bumi Jerman namun jodoh mengejar Nur Lisa dan dia terpaksa akur bahawa jodoh dambaan lelaki yang boleh dijadikan peneman jalan ke jannah hanya tinggal mimpi. Pertemuan semula dengan Syed Azri di Malaysia menjadi titik ketenangan Nur Lisa dirembat dan kehidupan penuh berliku di samping orang yang pernah menolak jalan yang dipilihnya. Melayani kerenah Syed Azri yang akhirnya bergelar suami atas paksaan keluarga tak semudah ABC apabila jalan hidup yang dipilih berbeza. Apabila tiba saat diri mahu berubah, orang yang paling dekat tidak memberi sokongan malah memandang sepi. Keluarga yang memandang hina dek masa lampau yang terbongkar dan suami yang masih meragui dirinya yang kini berubah. You know what naughty Dutches always said for their wives? There are only three ways to please their men. First please them on bed. Second, make them sandwiches and third dont talk so much. Now do number three and get yourself ready. - Syed Azri. Syed Azri bukanlah lelaki kasanova dan dalam hatinya hanya terpahat nama Nur Lisa. Hanya keegoan membuat dia tegar melepaskan Nur Lisa dulu dan di saat Nur Lisa kembali dalam hidupnya, siapa sebenarnya yang didambakan dalam hidupnya kini? Nur Lisa kekasih hati merangkap roommate di studio kecil di Jerman dulu atau Nur Lisa si isteri yang kini sudah jauh berbeza? Setiap permulaan pasti berhalangan. Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur Lisa? Nur Lisa binti Tajudin : ~ Cinta yang berputik dalam kancah dosa. Adakah akan terpalit selamanya?

Syed Azri bin Syed Gilani : ~ Cinta yang tak perlu berubah. Adakah akan kekal selamanya? Bist du mit Liebe verliebt oder liebst du der, der die Liebe erschaffen hat? Are you in love with the idea of love, or do you love the creator of love? Adakah kau mencintai cinta atau mencintai Pencipta cinta? Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan UNTUK SEMUA DOSAKU di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami.Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, DWangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

También podría gustarte

  • BKN Bisikan
    BKN Bisikan
    Documento43 páginas
    BKN Bisikan
    kelabk
    100% (1)
  • Pelang I
    Pelang I
    Documento121 páginas
    Pelang I
    Penerbitan Kaki Novel
    Aún no hay calificaciones
  • ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    Documento108 páginas
    ERING KALI Mia Mendengar: Baba
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Cheese
    Cheese
    Documento68 páginas
    Cheese
    kelabk
    100% (3)
  • ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    Documento104 páginas
    ARI-JEMARINYA Laju Menekan
    kelabk
    100% (1)
  • GK
    GK
    Documento88 páginas
    GK
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Abu
    Abu
    Documento82 páginas
    Abu
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • LVD
    LVD
    Documento149 páginas
    LVD
    kelabk
    100% (1)
  • Kys PDF
    Kys PDF
    Documento112 páginas
    Kys PDF
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Cim
    Cim
    Documento127 páginas
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • CIM Bab 1-10
    CIM Bab 1-10
    Documento45 páginas
    CIM Bab 1-10
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • HC
    HC
    Documento117 páginas
    HC
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Khilaf PDF
    Khilaf PDF
    Documento93 páginas
    Khilaf PDF
    Syafiq Rizuan
    Aún no hay calificaciones
  • Cim
    Cim
    Documento127 páginas
    Cim
    kelabk
    0% (1)
  • STR
    STR
    Documento71 páginas
    STR
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Abu
    Abu
    Documento82 páginas
    Abu
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Abu
    Abu
    Documento82 páginas
    Abu
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Cerpen
    Cerpen
    Documento229 páginas
    Cerpen
    nisascr
    Aún no hay calificaciones
  • KSJ
    KSJ
    Documento99 páginas
    KSJ
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • Kon Trak
    Kon Trak
    Documento95 páginas
    Kon Trak
    kelabk
    67% (3)
  • NLBB
    NLBB
    Documento106 páginas
    NLBB
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • S&S
    S&S
    Documento97 páginas
    S&S
    Penerbitan Kaki Novel
    Aún no hay calificaciones
  • Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    Documento65 páginas
    Perak, Malaysia.: BU! Tolong Qantan!!!" Jerit Qantan Sambil
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • GB
    GB
    Documento206 páginas
    GB
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • HC
    HC
    Documento117 páginas
    HC
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • HC
    HC
    Documento117 páginas
    HC
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • KS
    KS
    Documento113 páginas
    KS
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • KS
    KS
    Documento113 páginas
    KS
    kelabk
    Aún no hay calificaciones
  • SKAN
    SKAN
    Documento104 páginas
    SKAN
    kelabk
    Aún no hay calificaciones