Está en la página 1de 9

PERANAN GURU DALAM PEMUPUKAN NILAI, MORAL DAN ETIKA

Penerapan Dalam Aktiviti Khidmat Komuniti Khidmat Komuniti Setempat/Luar Projek Khas Sukarelawan

Khidmat Komuniti
Kerja amali yang dijalankan di luar jadual waktu persekolahan Wujud penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti luar sekolah. Contoh: bergotong royong bersihkan balai raya, mengecat dewan, mengutip sampah di halaman sekolah, membaiki pagar prasekolah.

Matlamat Khidmat Komuniti


i. untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah ii. memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara iii. menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

Peranan Guru Yang Aktif Dalam Kerja-kerja Kemasyarakatan Atau Kerja Khidmat Komuniti

1) Ubah corak hidup ,sikap dan cara berfikir ahli masyarakat melalui penganjuran aktiviti
kursus kesihatan, cara bertani moden, amalan hidup sihat mengubah dan memajukan corak hidup masyarakat. Projek gotong-royong dan aktiviti perpaduan galak ahli masyarakat berinteraksi. Kesan memupuk persefahaman, kerjasama, sikap hormat-menghormati yang akan menjalinkan perpaduan yang lebih erat antara masyarakat berbilang kaum.

2) menerapkan semangat berpasukan dan bekerjasama dalam diri murid melalui aktiviti khidmat komuniti
ketika murid dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan dan setiap kumpulan itu dikehendaki untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.

Semasa dalam proses menyempurnakan aktiviti ini, murid secara tidak langsung dapat berinteraksi dengan rakan sekumpulan dan berusaha bersatu hati menyiapkan tugasan itu.

3) menerapkan nilai dan etika yang betul ketika berkomunikasi dengan masyarakat luar
Contoh: tunduk apabila lalu didepan orang yang lebih tua serta memberi salam apabila berkujung ke rumah orang lain. Peranan guru: i. beri tunjuk ajar dan teguran kepada murid bagaimana cara yang betul untuk berkomunikasi dengan orang kampung ii. menunjukkan teladan yang baik supaya murid berupaya mengikut teladan guru.

4) menerapkan nilai toleransi dan menghormati dalam kalangan murid dan ahli masyarakat. Murid akan bergaul sesama mereka. Murid perlu bertoleransi sesama mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru dalam kumpulan. Di samping itu, mereka juga perlu menghormati pendapat dan budaya sesama mereka demi kepentingan bersama seperti untuk menjayakan sesuatu aktiviti.

Kesimpulan
Pembinaan watak melalui kegiatan khidmat komuniti amat penting dalam mengembangkan lagi pertumbuhan sosial para pelajar supaya ianya menjadi persiapan kepada pelajar dalam menghadapi realiti hidup dan cabaran yang mendatang. Disiplin dalam komunikasi , adab dalam berinteraksi dalam masyarakat menjadi aset yang penting kepada pelajar dalam membentuk jiwa kepimpinan dalam diri mereka. Hakikatnya, pembabitan pelajar dalam komuniti merupakan suatu jambatan kepada membina keperibadian, ketrampilan dan ciri kepimpinan yang akan mempengaruhi hala tuju kehidupan pelajar tersebut pada masa akan datang.

También podría gustarte