Está en la página 1de 9

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat bergaris di bawah ini.

1.

Kereta ayah masih rosak walaupun baru saja diambil dari bengkel. A Walaupun baru saja dibaiki tetapi kereta ayah masih rosak. B Kereta baru ayah masih lagi rosak walaupun baru diambil dari bengkel. C Keretanya masih lagi rosak walaupun baru saja dihantar ke bengkel. D Meskipun baru dibawa pulang dari bengkel tetapi kereta ayah masih rosak.

2.

Pendapatan nelayan Kuala Besut merosot bukan saja akibat pencemaran laut malahan kerana kerosakan batu karang yang menjadi tempat pembiakan ikan.

A
B C D

Pendapatan nelayan berkurangan akibat pencemaran laut dan kerosakan batu karang yang menjadi sumber makanan ikan. Tempat pembiakan ikan seperti batu karang telah rosak dan ini menjejaskan pendapatan nelayan Kuala Besut. Pencemaran laut dan kerosakan batu karang telah menyebabkan pendapatan nelayan Kuala Besut berkurangan. Kemusnahan batu karang yang menjadi tempat pembiakan ikan dan pencemaran laut telah menyebabkan pendapatan nelayan Kuala Besut berkurangan.

3.

Penyakit emak beransur baik sejak mendapat rawatan doktor pakar di Hospital Universiti Kubang Kerian. A
B C D

Semenjak mendapat rawatan doktor pakar di Hospital Universiti Kubang Kerian penyakit emak kian sembuh. Sejak mendapat rawatan doktor di Hospital Pakar Universiti Kubang Kerian penyakit emak beransur baik. Rawatan doktor di Hospital Universiti Kubang Kerian berjaya menyembuhkan penyakit emak. Sejak mendapat rawatan di Hospital Universiti Kubang Kerian penyakit emak telah sembuh.

4.

Untuk mengatasi banjir yang sering melanda kampung itu, mereka telah menambak tebing sungai itu dengan batu-batan. A Mereka membenteng tebing sungai itu untuk mengelakkan banjir daripada berulang lagi di kampung itu. B Mereka membenteng tebing sungai itu dengan batubatan untuk mengelakkan banjir yang selalu berlaku di kampung itu. C Batu-batan telah digunakan untuk menambak tebing sungai itu daripada dilanda banjir yang sering berlaku di kampung itu. D Banjir yang sering berlaku di kampung itu menyebabkan mereka terpaksa menambak tebing sungai itu.

5.

Panjat

lagi pokok itu! Biar jatuh dan patah riuk kaki kamu! kata datuk kepada budak itu.

A
B C

Budak itu jatuh dan patah riuk kakinya apabila memanjat pokok itu. Datuk menyuruh budak itu memanjat pokok itu lagi sehingga jatuh dan patah riuk kakinya. Datuk melarang budak itu daripada memanjat pokok itu dengan kata-kata yang menyindirnya. Datuk memanjat pokok itu sehingga jatuh dan patah riuk kakinya.

6. Hassan berasa kagum dengan kebolehan budak itu berpidato kerana umur budak itu baru sepuluh tahun. A B C D Cis, pandainya budak yang berumur sepuluh tahun itu berpidato ! kata Hassan. Wah, umur baru setahun jagung dah pandai berpidato! kata Hassan. Tahniah, atas kebolehan awak berpidato ! kata Hassan Amboi, walaupun umurnya baru sepuluh tahun tetapi hebatnya dia berpidato ! kata Hassan.

7.

Para penonton berdiri sambil memberi tepukan yang gemuruh apabila penyanyi itu selesai menyanyikan lagu popularnya. A
B C D

Penyanyi itu berdiri sambil menyanyikan lagu popularnya dengan tepukan gemuruh dari penonton. Apabila penyanyi itu habis menyanyikan lagu popularnya, para penonton berdiri sambil bertepuk tangan dengan gamatnya. Penyanyi popular itu selesai menyanyikan lagunya dan diberi tepukan gemuruh oleh para peminatnya. Penonton-penonton berdiri sambil memberi tepukan sebaik sahaja penyanyi popular itu selesai menyanyi.

8.

Akhirnya setelah bertungkus-lumus selama tiga minggu pengukir itu berjaya juga menyiapkan arca yang unik itu.

A
B C D

Berjaya juga pengukir itu mengukir arca yang unik itu setelah bertungkus-lumus membuatnya selama tiga minggu. Pengukir itu berjaya juga menyudahkan arca akhir yang istimewa itu setelah menukanginya selama tiga minggu. Arca akhir yang istimewa itu berjaya juga disiapkan olehnya setelah dia bekerja keras selama tiga minggu. Arca yang unik itu berjaya juga akhirnya disiapkan oleh pengukir itu setelah dia bekerja keras selama tiga minggu.

También podría gustarte