Está en la página 1de 7

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 17 TAHUN 2012 SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL PENGKALAN CHEPA

Tarikh Masa Tempat Jumlah Kehadiran

: 8 Mac 2012 : 9.00 Pagi : Dewan SMVPC : 180 orang

1.0

Ucapan YDP PIBG

1.1Tn. Hj. Che Adinan selaku YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir kerana kehadiran ibu bapa dapat memberi semangat dan menyelesaikan banyak masalah. 1.2Beliau memperihalkan bahawa mesyuarat ini merupakan Mesyuarat Agung Terakhir kerana untuk kolej tidak lagi dipanggil Persatuan ibu Bapa dan Guru tetapi akan dijenamakan semula. 1.3Beliau juga turut memaklumkan bahawa Kolej Vokasional akan memberi peluang kepada pelajar yang dianggap duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan pelajar SPM dan mengingatkan kepada pelajar agar merebut peluang tersebut. 1.4YDP juga mengajak ibu bapa untuk menghulurkan sumbangan bagi pembinaan Surau An-Nasuha yang masih belum mencukupi sebanyak RM 300,000. 1.5Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pengetua bersama barisan penolong-penolong kanan dan guru-guru yang sentiasa memberi kerjasama yang baik yang baik kepada AJK PIBG dalam menjayakan setiap program yang dirancang.

2.0Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke- 16 Pada 16 April 2011

2.0Pengerusi meminta para ibu bapa merujuk kepada Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-16 tahun 2011 dan mencadangkan minit mesyuarat tersebut diterima, disahkan dan disokong.

2.1Pn. Normah mewakili ibu bapa telah mencadangkan Minit Mesyuarat Kali Ke-16 diterima dan disahkan. Cadangan beliau disokong oleh En. Yusoff b Abdullah.

3.0

Perkara Berbangkit

3.0Tiada perkara berbangkit.

4.0

Laporan Kewangan

4.0Pn. Hjh. Shahrizam bt Hanipi selaku Bendahari membentangkan Laporan Kewangan 2011. Beliau meminta para hadirin merujuk kepada Penyata Kewangan PIBG 2011 yang berakhir pada 31 Disember 2011.

5.0 Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2011

5.1 En. Abdullah b Hamid menerima dan mengesahkan penyata kewangan tersebut dan disokong oleh En. Mohd Suhaimi b Ismail

6.0

Laporan Aktiviti PIBG 2011

6.1En. Mt Yusoff b. Che Cob selaku setiausaha PIBG membentangkan laporan aktiviti 2011. Beliau meminta para hadirin merujuk kepada Laporan Aktiviti PIBG 2011 dalam buku Penyata Mesyuarat Agung Kali Ke-17 pada halaman 11.

7.0Membentang dan Mengesahkan Bayaran Tambahan 2012

7.1 Tn. Hj Che Adinan membentangkan bayaran tambahan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat AJK PIBG yang telah diadakan pada 17 Disember 2011. Beliau meminta para ibu bapa penjaga merujuk kepada lampiran yang disediakan.

7.2 En. Ahmad Syukri b Hassan menerima dan mengesahkan bayaran tambahan tersebut dan disokong oleh En. Wan Ahmad b Wan Jusoh.

8.0 Membahaskan usul 8.1 AJK PIBG dan AJK Surau An-Nasuha memohon kerjasama daripada semua ibu bapa agar dapat memberikan sumbangan ikhlas untuk menyiapkan Surau An-Nasuha yang dalam pembinaan sekarang dan dicadangkan supaya pelajar dapat memyumbangkan sepuluh sen sehari. 8.1.1 Usul ini mendapat sokongan sebulat suara daripada para ibu bapa. 8.2 AJK PIBG dan AJK Surau An-Nasuha memohon persetujuan daripada ibu bapa untuk mengadakan Jamuan Amal seperti Majlis Makan Laksa dan sebagainya bagi mengutip dana untuk menyiapkan Surau An-Nasuha. 8.2.1 Usul ini juga mendapat sokongan sebulat suara daripada ibu bapa. 8.3 AJK PIBG memohon agar pihak sekolah sekolah menyediakan tempat rehat yang berteduh dan mencukupi untuk kegunaan pelajar selaras dengan kenaikan taraf Kolej Vokasional. 8.3.1 Tn Pengetua menjelaskan bahawa pihak sekolah telah meminta dana daripada Bahagian Teknik dan Vokasional (BPTV). Pihak sekolah telah menyediakan satu bajet yang dihantar kepada BPTV dan sehingga kini masih menunggu jawapan. Beliau juga mengalu-alukan sumbangan daripada ibu bapa. 8.4 AJK PIBG mencadangkan pihak sekolah dapat mengambil tindakan terhadap pelajar yang meletakkan motosikal di luar sekolah dan memohon pelajar yang membawa motosikal meletak kenderaan di kawasan parkir yang di sediakan. 8.5 AJK PIBG mencadangkan agar pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah dan jika pelajar melanggar arahan ini, telefon yang dirampas oleh pihak sekolah tidak akan dipulangkan.

8.5.1 En Yusoff b Abdullah mencadangkan agar semua usul yang dibawa oleh AJK PIBG 2012 iaitu usul satu hingga lima disokong dan terima sebulat suara.

8.6 En. Ghazali b Hamzah memohon masa persekolahan Tingkatan 5 dikaji semula untuk membolehkan pelajar mengikuti kelas tuisyen.

8.6.1 Tn. Hj Abd Rahman memaklumkan bahawa pihak sekolah telah memohon daripada Pengarah tetapi tidak dipersetujui oleh BPTV kerana tidak boleh ada dua sistem dalam satu sesi persekolahan. Hal ini menyebabkan pihak sekolah terpaksa akur.

8.7 Pn. Wan salma bt Wan Dollah mencadangkan pihak sekolah menyediakan guru al-Quran untuk pelajar yang tinggal di asrama.

8.7.1 Tuan Pengetua memaklumkan bahawa kelas al-Quran tidak serancak tahun-tahun lepas. Biasanya bayaran guru al-Quran diambil daripada wang lebihan makan asrama. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah akan mencari guru al-Quran yang baharu selepas buka sesi persekolahan nanti.

8.8 AJK PIBG (Ibu Bapa) memohon pihak sekolah membuat penjelasan tentang komputer 1Malaysia yang dibekalkan oleh kerajaan kepada pelajar secara percuma tidak diterima oleh para pelajar sekolah ini.

8.8.1 Tuan Pengetua menyatakan bahawa JPN memaklumkan bahawa SM. Vokasional Pengkalan Chepa akan dapat untuk pakej kali kedua. Namun sehingga kini tiada lagi maklumat yang diterima.

9.0 Pemilihan AJK PIBG 2012/2013

9.1 Tn. Hj Che Adinan membuat pengistiharan pembubaran AJK yang sedia ada. Beliau meminta ibu bapa membuat pelantikan pengerusi mesyuarat yang baru. Majlis sebulat suara meminta

Tn. Hj Che Adinan meneruskan tugas sebagai pengerusi majlis.

9.2 En. Zaid b Abdul Rahman mencadangkan agar AJK lama dikekalkan kecuali mereka yang tidak menghadiri mesyuarat AJK sebanyak dua kali berturut-turut. Cadangan beliau disokong oleh En. Wan Ahmad b. Wan Yusoff.

9.3 Tn. Hj Abdul Rahim mencadangkan En. Abdullah b. dilantik sebagai NYDP yang baharu. Cadangan beliau disokong oleh En Zaid b Abdul Rahman.

9.4 Pn. Hjh Saripah Rodziah mencadangkan agar Pn. Normah bt Abdullah dilantik sebagai AJK yang baru. Cadangan beliau disokong oleh Pn. Nik Zainab bt Nik Abu Bakar.

9.5 Tn. Hj Che Adinan mencadangkan En. Wan Ahmad b Wan Yusoff dilantik sebagai AJK yang baru. Cadangan beliau disokong oleh Tn. Hj Shamsul Arif b. Mamat.

9.6 Tn. Hj Abdul Rahim mencadangkan En. Zaid b Abdul Rahman dilantik sebagai AJK yang baru. Cadangan beliau disokong oleh En. Othman b Mat.

10.0 Hal-hal lain.

10.1 Ibu kepada pelajar yang bernama Afiq memaklumkan bahawa makmal komputer tidak boleh digunakan. Oleh itu, pengetua memaklumkan bahawa KPM telah menghentikan line internet dan akan diteruskan oleh Bestari Net. Setakat ini penggunaan internet masih tidak diperlukan. Walau bagaimanapun, pengetua akan menanyakan keperluan penggunaan internet daripada guru-guru mata pelajaran. Untuk makluman juga bahawa

juruteknik akan menyediakan pemancarnya dengan bantuan guru KFL. YDP juga akan turut berbincang dengan pengetua berkaitan kemudahan bilik computer.

10.2 Mantan NYDP iaitu Ustaz Mazlan B. Ibrahim mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa PIBG 2011/12 dan berharap agar meneruskan kerja dengan baik. Sememangnya beliau seronok sepanjang bersama-sama dengan jawatankuasa. Di samping itu, beliau amat menghargai sumbangan dan kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah sepanjang beliau berada di barisan jawatankuasa PIBG SMV Pengkalan Chepa.

10.3 En. Zaid b. Abdul Rahman yang merupakan jawatankuasa baru PIBG mengemukakan usul berkaitan isu menghisap rokok di asrama. Beliau menasihatkan agar pelajar tidak menghisap rokok malah menurut perundangan, mereka yang menghisap rokok di kawasan awan atau premis-premis kerajaan akan dikenakan tindakan. YDP mengucapkan tahniah kerana mendapat ahli jaawatankuasa yang arif dalam hal-hal berkaitan kesihatan dan mencadangkan untuk mengadakan ceramah kepada pelajar berkaitan Kesan-kesan Daripada Menghisap Rokok.

11.0 Ucapan Penangguhan

11.1 Tuan Pengetua mengucap tahniahkepada AJK PIBG sese 2012/2013. Beliau juga mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada En. A. Mazlam b Ibrahim dan Pn. Hjh Saripah Rodziah bt Syed Ahmad atas komitmen yang diberikan selama ini.

11.2 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah akan menggunakan segala keputusan mesyuarat Agung ini dalam apa jua urusan dengan ibu bapa. Beliau juga menyatakan bahawa walaupun SMV Pengkalan Chepa telah dinaik taraf menjadi Kolej namun masih menggunakan peraturan sekolah. 11.3 Tn. Hj Abdul Rahman menyatakan bahawa setelah mendapat kelulusan JPN nanti pihak sekolah akan mengedarkan surat pungutan yuran/ bayaran tambahan 2012. 11.4 Tn Hj Che Adinan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi menunggu sehingga ke akhir majlis

11.5 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG 2011/2012 yang sentiasa bersama bagi menjayakan semua program.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari

Disediakan oleh

Disemak oleh

(MT YUSOFF B CHE COB) Setiausaha PIBG Sek. Men. Vokasional Pengkalan Chepa Pengkalan Chepa (HJ CHE ADINAN B HJ GHANI) Pengerusi PIBG Sek. Me. Vokasional