Está en la página 1de 6

ABDUL RAHIM KAJAI

O Abdul Rahim Kajai 1894 - 5 Disember 1943; nama

sebenarnya Abdul Rahim bin Haji Salim) ialah Bapa Kewartawanan Melayu. O Dilahirkan di Selangor, Malaysia, Abdul Rahim mendapat pendidikan awal sehingga darjah lima di Sekolah Melayu Setapak, Kuala Lumpur. Beliau kemudiannya dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran agama dan Bahasa Arab di Makkah sehingga tahun 1909. O Pada tahun 1925 Abdul Rahim berkhidmat sebagai wartawan di akhbar mingguan Edaran Zaman yang berpusat di Pulau Pinang. Selepas itu, beliau berpindah ke akhbar Saudara pimpinan Syed Sheikh Al-Hadi. Dalam penulisannya ketika itu, beliau menggunakan nama pena "Abdul Rahim Kajai". Kajai adalah nama sebuah kampung di Minangkabau, Sumatera, iaitu kampung halaman ibubapanya.

O Pada tahun 1931, Abdul Rahim menjadi Pengarang

untuk akhbar Majlis. Dari situ, beliau berpindah pula ke akhbar Warta Malaya juga sebagai Pengarang. Pemilik Warta Malaya, Syed Husin al-Sagaf kemudiannya menerbitkan dua majalah, iaitu Warta Ahad dan Warta Jenaka dan Abdul Rahim ditugaskan untuk menulis rencana pengarangnya dan juga cerita-cerita humor untuk kedua-dua majalah itu. O Abdul Rahim pernah juga berkhidmat di Utusan Melayu dan Utusan Zaman sebagai Pengarang. Begitu juga sebagai Pengarang majalah Mustika (sekarang di sebut Mastika). Pada tahun 1943 semasa Perang Dunia II, Abdul Rahim bertugas di akhbar Berita Malai. O Abdul Rahim meninggal dunia pada tahun 1943. Dalam hidupnya, beliau pernah mengarang 48 buah cerpen dengan pelbagai tema.

O Antara karyanya O Karya Cerpen:

O Pusaka Kajai, Singapura, Qalam Press Ltd. 1949


O Banyak Udang Banyak Garam, Singapura, Geliga O O O

O
O

Ltd. 1949 Lain Padang Lain Belalang, Singapura, Geliga Ltd. 1961 Rahsia dalam rahsia DBP , 2005. Pak Lacuk. Singapura: Qalam, 1949. Telatah Kajai. Singapura: Qalam, 1950. Abdul Rahim Kajai, wartawan dan sasterawan Melayu /oleh Abdul Latiff Abu Bakar : Dewan Bahasa dan Pustaka , Kementerian Pelajaran Malaysia, 1984.

O Terjemahan: O Hikayat Dzul-Ruhain, Singapura, Qalam Press Ltd.

1928 O Cerita Dzul Ruhain, Penang: Jelutong Press, 1930


O Melahirkan karya yang membawa pelbagai

temaMenyedarkan masyarakat Melayu tentang nasib bangsa mereka dengan menghasilkan karyakarya yang membawa tema nasionalisme, ( Awang Putat, Si Mat Pisang Rebus) politik, ekonomi ( Awang Putat, Ceretera Hiburan Raya Aidilfitri) dan agama(Siapa salah, Tercabut Iman Kerana Cinta

Memberi sumbangan dalam perkembangan akhbar 1. 1925 menjadi penulis khas akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang 2. 1928 penulis khas akhbar Saudara 3. 1931 pengarang akhbar Majlis di Luala Lumpur 4. 1935 wartawan khas akhbar harian Warta Malaya di Kuala Lumpur 5. 1936 ketua pengarang akhbar harian Warta Ahad dan Warta Jenaka di Singapura 6. 1936 Ketua pengarang akhbar harian Utusan Melayu Utusan Melayu Press di Singapura 7. 1939 menerbitkan Utusan Zaman 8. 1942 pengarang akhbar Perubahan Baru dan Berita Malaiiv

También podría gustarte